Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dah kata hak seseorang ADUN atau ahli Parlimen untuk letak jawatan yang dipegang mereka kerana tiada sebarang perjanjian dibuat mengenai perkara ini sewaktu dilantik.
Sumber: Utusan Malaysia 22/04/09
KoMeN SuMandAk;
Setiap rakyat di Malaysia ni memang mempunyai hak untuk menentukan halatuju hidup masing-masing namanya pun negara yang mengamalkan DEMOKRASI BERPERLEMBAGAAN... tapi Sumandak nak tanya kat Azizan ni masa kempen tak kira lah Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil; ayat macam ni selalu je TERKELUAR dari mulut calon...
- Saya akan pastikan kebajikan, hak dan suara rakyat terpelihara.
- Saya akan memastikan kawasan ini dibela baik dari aspek ekonomi, politik hingga la sosial.
tapi tak akan ada calon bercakap macam ni;
- Suka hati saya lah nak letak jawatan tanpa sebarang sebab munasabah.
- Suka hati saya lah nak buat ape walaupun rakyat dah bagi peluang dan ruang untuk jaga hak, suara dan kebajikan mereka.
- Suka hati saya lah mungkir janji dengan ape yang saya dah janjikan kat rakyat semasa kempen sebab kita hidup DEMOKRASI...
Kalo lah ayat-ayat ni keluar dari mulut calon masa kempen, rasanya RAKYAT akan buat ape? Lu PikirLah Sandiri.
- Sanggupkah kita khianati setiap undi yang kita perolehi daripada rakyat...
- Sanggupkah kita mensia-siakan duit rakyat semasa kempen PRU atau PRK
- Sanggupkah kita membiarkan generasi muda kita melihat dan belajar sikap TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dari seorang pemimpin dengan jelas dah hilang dari RADAR KEPIMPINAN
Ape pun Azizan kena bertanggungjawab dengan setiap kenyataan yang dibuat kerana seorang pemimpin pilihan RAKYAT tidak mudah membelakangi RAKYAT kerana pemimpin yang ada di negara ini adalah PILIHAN RAKYAT; bukan main SUKA HATI je nak jadi pemimpin bila ada masalah suka hati je nak BERHENTI.... Belajar lah menyemai SEMANGAT JUANG DEMI NEGARA DAN BUKAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI.......
1 ulasan:
AZIZAN OH AZIZAN,NAMA AJA KATA BELAJAQ UGAMA TINGGI, DAH JADI MB PUN, TAPI SEBENAQNYA HANG TAK LAYAK LANGSUNG JADI MB KEDAH TU, BECAKAP MAIN LEPAS AJA PAKAI KILANG OTAK KAT KEPALA LUTUT PULA TU.HANG PIKIAQ LA SAMA SUSAH PAYAH ORANG NAK KELUAQ PI SOKONG HANG DALAM PILIHANRAYA DULU. KALI NI AKU TAK AKAN PANGKAH PAS/PKR/PR LAGI MENYESAL DAPAT PEMIMPIN MACAM NI.AKU PELIK BETUL PERANGAI DAN CAKAP ORANG PAS KEBELAKANGAN NI. ISSHHK.. , MENYESAL BETULLL AKU DULU PANGKAH PEMBANGKANG.WAHAI PENGUNDI PENGUNDI ATAS PAGAQ MULAI HARI NI, KITA PAKAT JANGAN DOK SOKONG PR LAGI ,.. HIDUP MELAYU....
Catat Ulasan