
"Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya memakai lilitan "BUBAR DUN" Perak."
Petikan diatas diambil dari Mstar Online. Mat Nizar dan 7 orang kerdilnya diarahkan keluar dewan dan digantung 2 hari dari menghadiri sidang dewan. Baca balik petikan aku masukkan tadi. Memang lawak. Aku cuba bayangkan bagaimana suasana dewan yang duk menanti perjuangan 'suci' Mat Nizar ini yang kembali semula ke Parlimen setelah dikatakan diasak atau diguling-gulingkan di Perak sebelum ini,kembali semula menyahut suara rakyat. Ingatkan semakin matang tapi apa yang mamat tu telah buat? Mari kita lihat sinopsis di bawah :
- Sampai diperkarangan Parlimen dengan konco-konco dan antaranya 7 orang kerdilnya.
- Aku tak pasti dia dah mula pakai lilitan BUBAR DUN di songkoknya atau belum sebelum masuk dewan tapi yang pasti kaum kerabatnya dah pakai.
- Mula mengangkat sumpah dan menandatangani akuan bersumpah Ahli Parlimen B.Gantang.
- Tak sampai 5minit,laungkan keramat mamat ni keudara "BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI!"
- Mereka juga mengingkari arahan larangan memakai lilitan BUBAR DUN di songkok ketika didewan oleh Yang Dipertua.
- Akibat keras hati,kepala,jantung,dan tuttt...mereka dihalau keluar dan digantung selama 2 hari.