Selasa, Jun 09, 2009

"HuSam TeTap AnGkur KeKaLaHan" - HaNya LaKonan

1. Husam masih tak puashati dengan kekalahan beliau tempohari. Kata-kata bahawa beliau menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka hanya manis mulut sahaja. W/pun kalah dengan majoriti yang besar, payah untuk Husam menerima kekalahan, tambahan pula dinyanyikan oleh AnWAR bahawa Husam memang boleh menang!

2. 7hb malam, di salah sebuah hotel 'berbintang banyak', Husam mengadakan pertemuan dengan penyokongnya dari lewat malam hingga awal pagi. Perbincangan berkisar cadangan Presiden PAS tentang "kerajaan perpaduan". Husam secara terbuka dan terang mengatakan bahawa cadangan itu mesti dihalang!

3. Dengan bangga Husam menyatakan bahawa YB Ustaz Nasharudin tidak menang kerana mereka masih ada Datuk Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS serta AnWAR yang akan menggerakkan pakatan pembangkang ke arah kemenangan. Husam juga menzahirkan perasaan amarahnya kepada Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din yang disifatkannya sebagai 'lupa diri' setelah diberi tempat dalam PAS.

4. Husam juga melepaskan kemarahannya terhadap Datuk Mustapa Ali, yang disifatkan beliau sebagai 'dalang' di sebalik kemenangan Ustaz Nasha dan golongan ulama'. yang menarik dalam perbincangan tersebut, Husam membawa salam AnWAR dan mengatakan AnWAR tidak merestui kemenangan Ustaz Nasha serta memaklumkan AnWAR berjanji membantu kelompok mereka (Husam) bangkit semula dalam kepimpinan PAS nanti.

5. Entah apa yang di'nyanyi'kan AnWAR kepada Husam sehingga Husam tidak menghormati pimpinan atasan PAS. Jika dahulu, PAS mengatakan UMNO tidak menghormati, malahan mencaci ulama', kini keadaan sebaliknya! Pemimpin PAS sendiri yang menghasut ahlinya agar membenci dan melawan ulama' dalam parti mereka, tentunya dengan hasutan dan percaturan AnWAR yang sentiasa mahu PAS menuruti arahannya.

6. Setelah PAS enggan patuh kepada arahan AnWAR, maka AnWAR tidak punya jalan lain selain menghuru-hara dan melemahkan PAS. Panglimanya dalam PAS, w/pun tumbang, misainya belum mencecah tanah! Kuasa sebagai Exco Kelantan masih berbisa menarik sokongan. Anwar juga akan memainkan isu 'tiada orang Kelantan' dalam AJK PAS Pusat sedangkan PAS telah memerintah Kelantan hampir 20 tahun......

Ini strategi AnWAR. Beliau pasti akan 'all out' di Manek Urai nanti bagi mengambil hati orang PAS di Kelantan. Apabila AnWAR kembali diterima oleh penyokong PAS, maka beliau akan berusaha kembali 'menguasai' PAS biarpun terpaksa berhadapan dengan golongan ulama' yang lebih mantap di masa hadapan.......

Dipetik dari Blog X-PKR!


Ulasan daripada ParpuKari

ParpuKari : Seperti yang telah dimaklumkan dahulu X_PKR adalah orang dalam yang masih berada dalam parti PKR! Beliau mendapat info fist hand! Tapi bukan itu yang kita nak bincangkan sekarang! Isu yang kita nak bincang ialah tentang kerakusan Husam Kusam!


Dulu katanya orang-orang dari UMNO yang suka memecah-belahkan parti, ini sekarang apa cerita? Pernah dengar ungkapan "WHAT GOES AROUND COMES AROUND"?

Sebenarnya saya setuju dengan penulis artikel ini. Saya nak cerita sikit la pasal kerajaan perpaduan ni. Pendek je analisis dan teori saya ni, tak perlu panjang lebar.

Sebenarnya, PAS melalui Presidennya Hj Hadi sedang mempersiapkan partinya dalam menghadapi satu bencana besar. Jadi dia perlu ada satu backup plan.

Bencana besar? Apa? Kejatuhan PKR dan Anwar selepas Julai ini.

Ya, pada hemat saya, Haji Hadi dah sedar dan yakin bahawa PAS akan tumbang jika masih menyokong Anwar. Ini kerana, dengan segala bukti-bukti yang akan didedahkan di Mahkamah nanti, tiada jalan lain untuk PAS selain mereka mengambil pendirian berkecuali atau langsung tak sokong.

Ini kerana dengan menyokong Anwar, ia seolah-olah seperti MEMBUNUH DIRI. Itu sahaja, ringkas dan straight to the point.

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"