Selasa, Jun 09, 2009

BN perlu PelAjAri SemULa SeJaRah - MeMang WaJar

Beliau mengulas mengenai segelintir pemimpin komponen BN yang tidak senang dengan teguran berlandaskan sejarah seperti mana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia melalui kolum Awang Selamat.

Baru-baru ini, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mahu Awang Selamat dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan kerana kolumnis itu menyiarkan semula kenyataan mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T. Sambanthan mengenai fakta sejarah kaum di Malaysia.


Sedangkan bahan sejarah mengenai kaum itu dinyatakan sendiri oleh kedua-dua tokoh bukan Melayu berkenaan.


Mengulas lanjut mengenai gesaannya itu, Ahmad Zahid memberitahu, penerapan elemen sejarah akan memberi lebih penghayatan kepada pemimpin BN mengenai semangat perpaduan.


"Elemen sejarah menjadikan pemimpin BN bersifat lebih pragmatik dalam menghargai keharmonian yang dikecapi hari ini," jelasnya.


Ditanya mengenai tindakan Pas yang sebulat suara meluluskan usul mendesak kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja bagi menyiasat kerajaan Perak yang kini ditadbir oleh BN, Ahmad Zahid menegaskan kerenah tersebut tidak perlu dilayan.


Katanya, BN akan memerintah Perak seperti biasa kerana apa yang penting ialah usaha mengubah persepsi masyarakat terhadap kerajaan.


"Jika mereka yakin sangat mendapat sokongan rakyat, tunggulah sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. (klik untuk berita penuh)


KoMen SuMandak:

Dah masanya kita menghayati semula pelajaran Sejarah Malaysia. Setiap yang kita nyatakan perlu merujuk semula sejarah dan jangan sekali-kali kita menciplak sejarah dari luar negara kita sendiri. Sebagai pemimpin negara kita tak perlu 'MALU' untuk mengakui bahawa diri KITA perlu menghayati semula sejarah Malaysia.

Jika kita dipenuhi dengan ilmu sejarah, Sumandak yakin kita tak mudah terpengaruh dengan dakyah, fitnah dan polemik di kalangan INSAN YANG JAHIL dan hanya tahu membawa MULUT untuk ceta AUTA...


Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"