Isnin, Jun 01, 2009

Memoir Shamsiah Fakeh; Siri 2


KoMen SuMandak:

Memoir Shamsiah Fakeh- Dari AWAS ke Rejimen Ke-10 terbitan Strategic Information and Research Development Centre 2007 telah berjaya mengarap kisah kehidupan pahit maung Shamsiah Fakeh yang "BENAR-BENAR" menentang penjajah British demi capai kemerdekaan TANAH MELAYU.

Beliau pada peringkat awalnya "BUTA" ilmu politik telah berjaya mengegarkan PENJAJAH dengan beberapa siri pidato di hadapan rakyat Tanah Melayu. Semangat yang berkobar-kobar meniupkan erti KEMERDEKAAN jelas memberi ruang serta peluang kepada Shamsiah untuk menjadi orang penting dalam parti AWAS hingga di bawah peringkat Regimen ke-10, parti Komunis Malaya (PKM).

Sepanjang perjuangan Shamsiah untuk mencapai Kemerekaan Tanah Melayu dengan cara sendiri, beliau turut berjuang membersihkan MARUAH dirinya yang turut diFITNAH oleh beberapa tokoh penting PKM di Malaya. Antara fitnah yang perlu ditanggung oleh Shamsiah apabila Musa Ahmad, semasa diwawancara pada 6 Januari 1981 mengatakan bahawa Shamsiah 'terpaksa mencampakkan bayinya yang berumur tiga bulan ke dalam sungai kerana bimbang dengan tangisan bayi yang bakal membahayakan keselamatan unit pengganas tersebut".

Kenyataan Musa Ahmad cukup menguris perasaan dan maruah Shamsiah yang terpaksa mengharungi hutan tanpa makan dan minum bersama anak yang baru dilahirkan selama 4 hari. Malah bayi yang dilahirkan telah dibunuh dengan kejamnya oleh rakan seperjuangan mereka sendiri. Cukup menyedihkan apabila Shamsiah hanya mengetahui kisah sebenar nasib anaknya selang 3 tahun yang disampaikan sendiri oleh Musa Ahmad.

Jelas dan nyata kehidupan Shamsiah semasa di bawah regimen Ke-10 tidak lari daripada fitnah di kalangan pemimpin PKM sendiri. Namun kesungguhan beliau untuk berjuang demi kemerdekaan Tanah Melayu tetap juga diteruskan. Beliau mengakui bahawa perjuangannya selama ini tidak seperti Tan Sri Aishah Ghani di bawah UMNO tetapi perjuangan serta matlamat mereka adalah sama untuk capai KEMERDEKAAN Tanah Melayu.

Akhir kata daripada Shamsiah, beliau bangga dengan perjuangannya kerana berjaya mengoyahkan penjajah. Malah beliau juga mengakui bahawa rakyat Malaysia khsuusnya tahu melindungi kebenaran sejarah. Inilah ungkapan terakhir Shamsiah yang mengakui bahawa sejarah kita adalah BENAR dan tidak sekali-kali disembunyikan sebagaimana tuduhan Pakatan Rakyat.

'KEBENARAN TETAP TERSERLAH'

4 ulasan:

MAWAR BERDURI berkata...

salam sumandak?

uih ok ah sekrang ko ada hoby baru baca buku kagum jugak diriku dgn hoby baru ko ini... barang bagus bah buku tu. nanti mawar mau carik kat pasaran..tapi klau ko posting ari2 kasi tau sinupsis aku tak baca pun tak pa la kot la bukan jubah...uhuh mcm aku tau sudah ceritanya ini..

sumandak bayu berkata...

Salam Mawar,

Bila orang mula menyentuh isu Komunis kita kena penuh semula ilmu kita dengan sejarah Malaysia, walaupun Shamsiah adalah pejuang Tanah Melayu haluan kiri namun perjuangan beliau adalah untuk menentang penjajah British.

Buku ini cukup memberi satu pengertian yang besar bahawa perjuangan beliau selama ini bukan memerangi pihak keselamatan negara kita tetapi memerangi penjajah.

Satu perkara yang cukup bermakna lagi apabila Shamsiah mengakui UMNO adalah parti yang dah berubah dari zaman sebelum merdeka hingga lah zaman di bawah era kepimpinan Mahathir. Satu pengiktirafan yang cukup bermakna buat UMNO...

Inilah yang Sumandak perolehi hasil daripada Memoir Shamsiah Fakeh... akan datang Sumandak akan cuba selamai Memoir pejuang PKM yang. Insyallah

panglimapitas berkata...

salam...
hapuskan fahaman komunis dalam diri orang malaysia..

Parpu Kari berkata...

DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"