Rabu, April 29, 2009

CEgAh viRUs sELeSeMa BaBi


CEGAH ATAU KITA GALAKKAN LAGI PERUSAHAAN LADANG BABI...
LU PIKIR LA SANDIRI...

FAKTA :


29/04/2009 : (Berita BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kementerian Luar (Wisma Putra) telah meminta semua pejabat kedutaannya di luar negeri memantau secara berterusan dan memaklumkannya mengenai perkembangan terbaru wabak selesema babi.


Kenyataan Wisma Putra hari ini berkata pejabat kedutaannya di luar negeri juga diminta menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal di negara berkenaan dan pelawat yang berkunjung ke sana supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi pesanan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.


"Seramai 60 rakyat Malaysia yang tinggal di Mexico di mana wabak itu mula tercetus dan lima lagi yang berada di negara-negara Amerika Tengah dilaporkan selamat dan bebas daripada wabak itu," katanya.


Ia menyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan penularan wabak selesema babi antara manusia ke manusia dan meningkatkan amaran influenza pandemik ke Fasa 4.


Susulan amaran WHO itu, Wisma Putra menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bercadang pergi ke luar negara atau pulang ke Malaysia supaya mengambil beberapa langkah pencegahah.


Antara langkah tersebut ialah mengelak hubungan dengan mereka yang disyaki sebagai pembawa virus Swime Influenza A (H1N1) dari negara atau kawasan yang terjejas dalam usaha memantau situasi serta membantu rakyat Malaysia yang berada dalam kawasan risiko tinggi.


Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dinasihatkan berdaftar dengan pejabat kedutaan di tempat berdekatan dan mematuhi amaran perjalanan, jika perlu.Katanya Wisma Putra bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Pusat Amaran Wabak Selesema Babi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dalam memantau dan mengambil langkah pencegahan bagi membendung wabak itu daripada merebak ke Malaysia.


Orang awam diminta melaporkan kepada Bahagian Konsular Kementerian Luar di talian 03-888-74000 jika mereka mengetahui atau dimaklumkan mengenai sebarang kes wabak itu yang menimpa kawan, saudara mara atau rakan sekerja mereka yang kini berada di luar negara.--


BERNAMA

Jumaat, April 24, 2009

FAIRUS MAngSa KeTamAkaN PoLitiK


Cukup menjadi pengajaran bagi seorang pemimpin yang muda yang diperlakukan seperti Mohammad Fairus, ADUN Penanti, semalam dah terbukti mantan YB ni dah tak bersalah... fail dia dah kena tutup oleh SPRM.. tapi sayang sungguh beliau bertindak terlalu awal hingga sanggup melepaskan 3 jawatan penting (Timbalan Menteri 1, EXCO dan ADUN Penanti.




Sebenarnya nilah mainan politik individu atau kumpulan tertentu untuk menjatuhkan Fairus...sememangnya akan ada individu atau kumpulan yang bertepuk tangan dan bakal menadahkan tangan sebab tak lama lagi 3 jawatan ni akan diisi....


Bukan itu aje, rupa-rupanya nilah salah satu gak bukti jenis politik dalam parti KeADILan Rakyat bila dorang nampak Mohamad Fairus ni tak boleh menghasil sesuatu dorang tendanglah macam bola... tapi tendangan mereka ni jenis PANELTI punya... ape tidaknya dorang kena jatuhkan pemain dulu kat kotak D baru dapat PANELTI....bukan alang-alang lagi kalo nak jatuhkan pemain... kalo kena jatuhan tak mencederakan lutut pemain ok gak tapi kalo macam kes dah jatuh ditimpa tangga lagi PARAH tu siap kita kena sediakan doktor pakar jiwa (tenangkan jiwa yang merana).


Ape pun kita doakan Mohamad Fairus tenang hadapi semua onar politik PKR sebab kejatuhan ANDA ada gak hikmah dia.. rakyat nampak nilah corak kepimpinan di bawah jagaan Anwar Al-Juburi.

Rabu, April 22, 2009

Naik kadar 50 sen prabayar kena DENDA

Kalolah kes ni dalat diselesaikan kat Sabah kan best..... ni Sumandak nak ceta atas pengalaman sendiri...

Lokasi; Pekan Inanam, Kedai Runcit

Sumandak : Bos top up digi ada ka?
Peruncit : Ada mao berapa?
Sumandak : RM10
Peruncit : ok

Selamba je Sumandak bagi duit note RM10 kat dia... tau ape dia cakap

Peruncit : Adik, ni RM10.50 la bukan RM10
Sumandak : Itu macam ka, bila masa ada 50 sen lagi
Peruncit : Dulu lagi sudah ada la adik.
Sumandak : Sape bagi arahan ada naik 50 sen
Peruncit : (senyum kambing je la jawapan dia bagi kat aku)

Ni berlaku kat Sumandak kawasan Inanam tu kalo nak dipikirkan lebih 5 ribu penduduk bayangkan 2 ribu je yang guna line DIGI prepaid confirm dia untung banyak.... Ape pun kes ni dah dicekup dek pihak berkuasa laporan terkini...

22/04/2009 3:55pm

KUALA LUMPUR 22 April — Akibat menjual kad tambah nilai telefon bimbit melebihi 50 sen daripada harga sebenar, pemilik sebuah kedai gambar didenda RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu ke atas Chong Meow Fong, 53, pemilik kedai gambar Quick Foto Sdn Bhd di sini setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Beliau didakwa menawarkan untuk membekalkan 11 unit kad tambah nilai Hotlink dengan harga RM10.50 seunit walhal harga yang tertera pada kad ialah RM10 seunit. - Bernama
KoMeN SuMandAK;
Harap-harap kat Sabah tu buatlah pemantauan segera cian kat kami rupanya dah kena TIPU BULAT-BULAT dek peniaga yang tamak haloba...... aduh ciannya...

HaK ADUN la Kalo NaK LeTAk JawaTan - AZIZAN

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dah kata hak seseorang ADUN atau ahli Parlimen untuk letak jawatan yang dipegang mereka kerana tiada sebarang perjanjian dibuat mengenai perkara ini sewaktu dilantik.
Sumber: Utusan Malaysia 22/04/09

KoMeN SuMandAk;
Setiap rakyat di Malaysia ni memang mempunyai hak untuk menentukan halatuju hidup masing-masing namanya pun negara yang mengamalkan DEMOKRASI BERPERLEMBAGAAN... tapi Sumandak nak tanya kat Azizan ni masa kempen tak kira lah Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil; ayat macam ni selalu je TERKELUAR dari mulut calon...
  1. Saya akan pastikan kebajikan, hak dan suara rakyat terpelihara.
  2. Saya akan memastikan kawasan ini dibela baik dari aspek ekonomi, politik hingga la sosial.
tapi tak akan ada calon bercakap macam ni;
  1. Suka hati saya lah nak letak jawatan tanpa sebarang sebab munasabah.
  2. Suka hati saya lah nak buat ape walaupun rakyat dah bagi peluang dan ruang untuk jaga hak, suara dan kebajikan mereka.
  3. Suka hati saya lah mungkir janji dengan ape yang saya dah janjikan kat rakyat semasa kempen sebab kita hidup DEMOKRASI...
Kalo lah ayat-ayat ni keluar dari mulut calon masa kempen, rasanya RAKYAT akan buat ape? Lu PikirLah Sandiri.
  • Sanggupkah kita khianati setiap undi yang kita perolehi daripada rakyat...
  • Sanggupkah kita mensia-siakan duit rakyat semasa kempen PRU atau PRK
  • Sanggupkah kita membiarkan generasi muda kita melihat dan belajar sikap TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dari seorang pemimpin dengan jelas dah hilang dari RADAR KEPIMPINAN
Ape pun Azizan kena bertanggungjawab dengan setiap kenyataan yang dibuat kerana seorang pemimpin pilihan RAKYAT tidak mudah membelakangi RAKYAT kerana pemimpin yang ada di negara ini adalah PILIHAN RAKYAT; bukan main SUKA HATI je nak jadi pemimpin bila ada masalah suka hati je nak BERHENTI.... Belajar lah menyemai SEMANGAT JUANG DEMI NEGARA DAN BUKAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI.......

Selasa, April 21, 2009

KeNaPa FiLipiNa BERAbis Nak TunTUt SaBah?

Takazut gak Sumandak bila terbaca akhbar hari ni..... ape la bijaksananya seorang ADUN yang cuba nak bincang tuntutan Filipina ke atas Sabah.... Bukan la nak cakap kita hanya biarkan isu ni berlalu tapi kitakan dah masuk dalam Malaysia.... kita ada saluran yang betul kalo pun nak dibincangkan.....

Sumandak cukup bangga ada Speaker yang arif lagi bijaksana dengan kenyataan yang jelas pada ADUN LIKAS selepas mengemukakan usul yang entah ape-ape....

“Walau bagaimanapun pada pandangan saya, usul tersebut tidak perlu disegerakan sehingga menangguhkan perjalanan mesyuarat (persidangan ) hari ini, atas sebab-sebab tertentu,” katanya ketika menolak usul yang dikemukakan oleh Adun pembangkang itu..

Juhar berkata, pertama isu itu(tuntutan Fili-pina ke atas Sabah) lebih wajar ditangani oleha Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Luar disebabkan hal ehwal perhubungan antarabangsa di bawah bidang kuasa kementerian di Kerajaan Pusat.

Kedua katanya. jika masalah itu (tuntutan Filipina ke atas Sabah) dibincangkan dalam persidangan DUN Sabah, ia seolah-olah kita, Kerajaan Negeri dan Kerjaan Malaysia mengiktiraf tuntutan Filipina ke atas Sabah.

“Sedangkan Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia yang berdaulat yang diiktiraf oleh Pertu-buhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Klik untuk berita penuh.....Filipina tuntut Sabah : Sumber New Sabah Times

KoMen SuMaNDak:

Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya; takkan pula rakyat Sabah nak ikut Datuk Liew Teck Chan untuk menJAHANAMkan Sabah hanya untuk perolehi populariti MURAHAN....

SAiFuL BuKTIkaN KeAkrabAN BerSAma AnWar

Hari ni Sumandak buat lawatan kat blog saiful nampak lah satu isu hangat di pasaran:- JoM KITA LIHAT KeBeNaRAnnya';-




KoMen SuManDak:

Berani gak ye Saiful ni.... demi nak buktikan yang dia benar sanggup gak dia paparkan rakaman di atas yang melibatkan kaum keluarganya..... kalo orang yang tak benar dia tak akan sanggup melibatkan kaum keluarga untuk aniaya orang yang tak berdosa..... LU PIKIR LA SANDIRI.
SABAR JE LA SAIFUL KEBENARAN PASTI PERPIHAK KEPADA ORANG YANG BENAR GAK AKHIRNYA

100 Juta Unit SaHaM PErCUMA

NAJIB Tun Razak meletakkan replika nanas emas sebagai simbolik kepada perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di Johor Bahru, semalam. Upacara itu disaksikan (dari kiri), Ahmad Sarji Abdul Hamid, Muhyiddin Yassin, Abdul Ghani Othman dan Hamad Kama Piah Che Othman.– Utusan / ishak rahmad


Ni bukan omangan kosong ape lagi nak jadi PENGLIPUR LARA.... tapi ni adalah KENYATAAN yang perlu kita RAKYAT MALAYSIA ketahui....



100 JUTA UNIT Amanah Saham Wawasan (ASW 2020) diberi kepada penduduk miskin bandar dan miskin tegar di negara kita..... ia adalah selari dengan langkah yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). (Klik berita penuh: Utusan Malaysia)

KoMen SuMandaK;

Sape yang dapat merealisasikan RMK-9???.... oleh tu jangan la kita dok asyik nak PRK je baik kita fikirkan macam mana nak tingkatkan hidup penduduk miskin dan miskin tegar. Sabah pun sedang berusaha untuk 'mensifarkan' penduduk miskin tegar menjelang 2010. Insyallah usaha ini menjadi kenyataan.

Sumandak masih lagi ingat kenyataan akhbar Guan Eng selepas PRU ke-12, kesukaran dia meminimumkan miskin tegar kat Pulau Pinang... kalo jadi lagi PRK DUN Penanti kita tengok pula ape lagi bahan kempen yang dia nak bawa.....kalo dah kebajikan rakyat pun dia dah sukar nak bawa nikan lagi nak memajukan Pulau Pinang ops.... Pulau Pinang dah sedia maju sebelum ni, Pakatan Rakyat hanya ambik nama je hasil usaha BN selama ni...... ALAMAK SUMANDAK dah TALABIH pula...

Isnin, April 20, 2009

MAT SABU NaK KeNA TANGkaP - BeRita HanGat DiPASaRan

MAHKAMAH MAJISTERT JAWI, NIBONG TEBAL MENGELUARKAN WARAN TANGKAP TERHADAP NAIB PRESIDEN PAS, MOHAMAD SABU DAN SEMBILAN PENGIKUTNYA KERANA GAGAL MENGHADIRI PERBICARAAN HARI INI BERHUBUNG TUDUHAN MENGHALANG PENJAWAT AWAM MELAKSANAKAN TUGAS TAHUN LALU.

MOHAMAD SABU, 53, DAN SEMBILAN PENYOKONGNYA ZAMARUL AINI ABDUL MALEK, 37; ZAINAL AZRUN ZAINAL ABIDIN, 35; ABDUL RAHIM MAT ARIFF, 58; MD LAZIM OSMAN, 50; MOHD BIYAMIN ISHAK, 44; FAUZI SAHARAT, 44; ABDUL RAZAK RAMLI, 42; MOHD SUBRI MOHD SAID, 42; DAN MOHAMAD SALLEH, 47; DIDAKWA MENGHALANG SUPT MOHD NASIR SALLEH DARIPADA MENYERAHKAN WARAN TANGKAP YANG DIKELUARKAN MAHKAMAH MAJISTRET JALAN DUTA, KUALA LUMPUR TERHADAP PEMIMPIN PAS ITU.

http://www.malaysiakini.com/news/102749

sumber: BlogAbAngTuah

‘MiTaTaBaNG‘ bah kita - PAIRIN


Sabah mempunyai 76 suku kaum. Masing-masing mempunyai budaya dan kepercayaan sendiri... Kehidupan masyarakat Sabah cukup unik hinggakan orang Sabah dikatakan mesra dan mudah melemparkan senyuman kepada orang luar@asing.

Namun perubahan masa dan cabaran hidup yang penuh dengan ranjau kini wujud pula budaya kurang sihat. Dan ia disedari oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah (KDCA), Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Beliau menyarankan kepada rakyat Sabah untuk membudayakan semula semangat “mitatabang” (bekerjasama) bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

“Semangat mitatabang ini masih utuh di kalangan masyarakat kita dan semangat ini perlu dipertahankan. Kalau dulu, semangat mitatabang dapat dilihat dalam konteks menyediakan makanan di mana setiap keluarga membawa makanan masing-masing untuk dinikmati bersama semasa mengadakan Pesta Kaamatan.


“Kini, semangat mitatabang terserlah melalui kerjasama serta sokongan dalam pelbagai bentuk termasuk memberi sumbangan tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan Pesta Kaamatan,” katanya.

Sumber: New Sabah Times 20/04/09 (Klik untuk berita penuh)

KoMen SuManDAk:

Datuk Pairin bukan sahaja ingin mewujudkan semangat MITATABANG untuk menyambut PESTA KAAMATAN menjelang Mei ini tetapi beliau memberi maksud tersirat kepada rakyat Sabah untuk berjuang dalam satu suara, satu tenaga, satu usaha sebagaimana saranan PM ingin membawa RAKYAT MALAYSIA dalam 'ONE MALAYSIA'.


Tidak ada ertinya sebuah negara yang penuh dengan onar kerana hanya ingin memuaskan nafsu serakah individu atau kumpulan tertentu demi kepentingan politik sendiri. Rakyat akan menderita kerana terlalu banyak isu politik bakal menggugat pelabur asing untuk melabur di negara kita... sape yang rugi?


Dikalangan bloggers PAKATAN RAKYAT pernahkah mereka membawa isu bagaimana hendak MEMAJUKAN NEGARA MALAYSIA... pernahkah mereka membawa isu bagaimana hendak MENJAGA PERPADUAN NEGARA.... pernahkah mereka menjaga TATASUSILA semasa KEMPEN sebagai bloggers yang bertanggungjawab.... pernahkah mereka menggunakan BAHASA yang baik demi menCERMINkan BUDAYA KITA SABAGAI RAKYAT MALAYSIA....


Terlalu banyak persoalan yang mereka lemparkan kepada KERAJAAN BN.....dan persoalan ini ke semuanya sama seperti lagu BANGAU OH BANGAU........ tak ada kesudahan kita jawab mereka tetap akan soal.... jadi RAKYAT MALAYSIA nak ke menerima keadaan ini.....meh kita RENUNGI BERSAMA.

Ahad, April 19, 2009

Edisi Khas : Resolusi 6 / 2009 BPN - Video Palsu Mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia Oleh Pembangkang


1. BPN merasa sangat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan seorang bergelar Malaysianews yang telah membuat video klip menghina Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

2. Ini kerana jelas ucapan yang diubah dan dicantum menzahirkan satu gambaran palsu yang berbeza sama sekali dengan ucapan sebenar YAB PM dan boleh menimbulkan keresahan berpanjangan rakyat yang pasti akan marah dengan tindakan tersebut.

2. BPN merasakan perbuatan ini sangat kotor, jijik dan tidak berbudi pekerti yang mulia kerana ia melibatkan maruah seorang Ketua Kerajaan bagi negara Malaysia.

3. Perbuatan sebegini perlu dihentikan dengan segera sebelum ia merebak atau menjadi perbalahan antara ahli parti politik pro atau anti kerajaan demi memastikan keamanan dan ketenangan rakyat Malaysia berkekalan sampai bila bila.

4. BPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan keras terhadap individu yang terlibat mencipta atau menyebarkannya, untuk menjadi pengajaran dan iktibar agar tidak lagi berulang pada masa masa akan datang.


KELAMBU DI BAKAR SEBAB MARAHKAN NYAMUK SEEKOR.........BERBALOI KE?

Titah Sultan Azlan cukup beri pengertian kepada kita sebagai RAKYAT MALAYSIA... mari kita renungi bersama demi KEMAKMURAN, KESEJAHTERAAN dan PERPADUAN yang telah kita kecapai lebih 50 tahun negara kita MERDEKA....

Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.

“Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

“Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian,” titah baginda.

Klik untuk berita penuh: TITAH SULTAN AZLAN

GUAN ENG@PAKATAN RAKYAT PROVOK BN

Hari ni Guan Eng dengan angkuhnya kata BN tak akan letak calon BN jika berlaku Pilihan Raya Kecik kat DUN Penanti. Guan Eng kata nilah sistem demokrasi kat negara ni. Ewah sedap gak bahasa yang dia gunakan tapi bila kat media massa yang lain Kenyataan isu yang sama PKR pula kata BN takut kalah besar tu pasal tak nak letak calon BN kat DUN Penanti.

Mana satu yang btoi ni? Oh lupa pula Guan Eng ni DAP dan PKR lain parti dorang ni nampak je sebulu tapi tak sependapat. Ape pun PAKATAN RAKYAT jan la paksa BN letak calon kat DUN Penanti.... kami nak tengok gak KEHEBATAN KORANG kat sana. Bila lagi nak tunjukkan kuasa PAKATAN RAKYAT....

Sudah-sudahlah nak provok BN untuk letakkan calon kat sana bukan ape...... sesuai ke juga calon BN diletak kat sana... rakyat dia dah bulat2 bagi muka kat Pakatan Rakyat.... takkan isu rasuah seorang pemimpin PKR mampu gugat KEPERCAYAAN RAKYAT PENANTI kat parti ni... hish jan ba bagitu bagi la peluang g menangkan PAKATAN RAKYAT... dorang ni satu je silapnya tak buat 'skrin test' atau ayat yang sesuai buat saringan calon yang bersih dan tak bersih.... jadi skang ni GUAN ENG kena la BERSIHKAN calon PKR nanti ada lagi yang SUKA HATI letak jawatan... just nak futher study.....

Calon BN ramai gak lanjutkan pelajaran tapi tak lah sampai nak letak jawatan.... jadi AGAK-AGAK la ye....Inngat duit rakyat jangan dibazirkan hanya nak PRK je.....

Khamis, April 16, 2009

60 HaRi BaKAl MenYaKsiKan PRK DUN PENANTI

DUN PENANTI bakal mendepan dengan 'kebanjiran' rakyat PKR sekali lagi.... kat sana kita akan lihat lagi 'kehebatan' ahli-ahli PKR yang cukup agresif dan melabelkan mereka sebagai penyokong yang cukup DEWASA dan bijak berKEMPEN.......

Fairus letak jawatan sebab ape? Terlalu banyak sangat ceta hingga versi original dah hampir lupus dek cara ahli PKR canangkan isu ni...... selepas ni bukan sahaja berita yang bakal kita nantikan di media elektronik tetapi kat dalam blog pasti akan lebih ramai menjadi bloggers SEGERA...... untuk mencanangkan KEHEBATAN PKR...

Yang TerHANGAT di pasaran ialah kita akan melihat kedudukan FAIRUS semasa tempoh berkempen kalo dia nak bersihkan namanya adakah dia akan muncul untuk menjelaskan kedudukan semasa menjadi ahli ADUN PENANTI. atau membiarkan saja sebab masih setia menjadi AHLI PKR (SEUMUR HIDUP)...

Ape pun, Sumandak akan melihat setiap detik bersejarah DUN PENANTI..... bukan ape kerusi ni bolehlah dikatakan sedikit panas sebab kita bakal melihat bagaimana PKR bakal mempertahankan kedudukan mereka daripada tuduhan RASUAH.....calon yang bakal PKR pilih kenalah BERSIH seberSIH CLOROX kalo masi ada warna mmmmm........... GUAN ENG DAN ANWAR dapat MALU........

Selasa, April 14, 2009

PKR semasa di Batang Ai

PKR gunakan taktik kotor dalam Pilihanraya kerana sudah terdesak sebelum menghadapi hari pengundian biarpun menyedari mereka ditolak oleh rakyat Sarawak dengan pelbagai cara yang mengaibkan. Sebelum ini mereka menyebarkan risalah-risalahdan cakera padat, antara lainnya menegaskan para pengundi tidak perlu membawa kad pengenalan bersama-sama mereka ketika hendak membuang undi. Ia bertujuan untuk menyusahkan pengundi supaya mereka tidak dapat membuang undi pada hari yang ditetapkan.

Di samping itu, risalah dan cakera padat yang penuh dengan pembohongan itu juga memberitahu Kerajaan telah bertindak mengusir penduduk Rumah Nyawin di Bintulu. Inikah bentuk kepimpinan yang baik untuk rakyat? PKR sanggup menggunakan taktik politik sampah yang dibawa dari kediaman masing-masing bagi memecahkan perpaduan rakyat Sarawak, agar mereka juga ikut menderhaka kepada pemimpin sendiri.

Para pengundi Lubok Antu dinasihati agar tidak terpengaruh dengan isi kandungan risalah, cakera padat yang mengandungi elemen-elemen negatif. Mujurlah rakyat Sarawak tidak mudah terpedaya dengan pembohongan besar PKR yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang keadilan. Itulah wajah sebenar PKR yang hanya tahu memfitnah dan membohong untuk mendapatkan kuasa.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"