Sejak Julai, 2016, admin melihat perjuangan parti Warisan banyak mencanangkan parti memperjuangkan keluh kesah anak watan Sabah...
Ahli diutamakan anak watan Sabah dari pelbagai etnik di negeri ini. Sambutan dikatakan sangat luar biasa dengan melihat khalayak yang hadir semasa program.Anak-anak bekas pemimpin politik Sabah terutamanya parti BERJAYA dan USNO mula didampingi dan bakal dijadikan calon 'pilihan rakyat'.
Semua ini dicanangkan dalam seminggu dua sepanjang bulan November, 2016.
Beberapa ikon anak muda dipaparkan yang kununnya akan memprjuangkan nasib rakyat khususnya di kawasan pendalaman Sabah.
Kempen secara berterusan dilaksanakan untuk terus menjelajah Sabah kerana inilah matlamat utama Warisan kenal dulu baru undi... agar rakyat tidak wujud penyesalan.
Namun beberapa kenyataan yang dikemukakan oleh Pengarah Komunikasi Strategik Warisan yang dulu adalah mantan Pengarah Komunikasi Strategik PKR.
Ismaily Bungsu ingin melihat semua parti pembangkang bersatu untuk melawan UMNO/Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14. Tetapi mengapa kerap dilontarkan kata-kata populariti imej Warisan kini lebih mendahului parti-parti sedia ada di Sabah (kawasan pedalaman) tidak kiralah Barisan Nasional atau Pembangkang walaupun mengunakan status netizen lain untuk mengungkap isu ini.
Dikatakan ahli dalam tiga hari iaitu 3 Disember 2016 hingga 5 Disember 2016 ahli Warisan meningkat dengan jumlah mendadak iaitu 30,000 kepada lebih 50,000 ahli. Di mana munculnya ahli ini, sedangkan jelajah mereka mulai November banyak di kawasan pedalaman Sabah dan anak muda masa ini banyak merantau di bandar untuk bekerja.. Adakah mereka 'menculik' ahli parti sedia ada. Kalau cakap UMNO/BN punya ahli memang ini dicanangkan tapi yang menjadi kehairannya ada ketikanya dia menyebut ahli parti sedia ada maknanya ahli parti pembangkang juga ada terpalit dalam isu 'penculian ahli' atau 'projek mengasimilasikan ahli parti'.
Jika ini benar mengikut pengiraan matematik, nampak gayanya adakah Warisan ini benar-benar telus untuk mengadakan hubungan baik dengan parti tempatan pembangkang di Sabah yang kini lebih menonjol adalah Gabungan Sabah - USA (SAPP + STAR + PCS).
Admin pernah juga membaca jemputan USA kepada Warisan pada 31 Ogos 2016 untuk meraikan 'Hari Kemerdekaan Negara Sabah' tapi dikatakan Presiden Warisan berada di luar Sabah / atau sakit antara dua perkara ini yang berlaku kepada beliau. Nampak sungguh beradab keuzuran Presiden Warisan tetapi perkara sebenarnya hanya Pengarah Komunikasi Strategiknya sahaja tahu ke mana perginya Presiden Warisan.
Bukan niat admin ingin melaga-lagakan parti pembangkang yang semakin dirasai dominannya di hati rakyat Sabah tapi suasana ini amat jelas dan admin hanya ini melontarkan persoalan bersandarkan apa yang dilihat / dibaca melalui status kenyataan Ismaily Bungsu.
Seperkara lagi persoalan yang cukup ketara, Ismaily Bungsu punya niat yang cukup murni untuk memastikan Warisan bersama PKR bersama-sama untuk mengalahkan UMNO/BN tetapi mengapa keahlian parti nya masih lagi PKR? Cukup besar jiwa politik pemimpin Warisan bila Pengarah Komunikasi Warisan adalah ahli PKR membantu mempopularkan Warisan setiap hari tanpa gagal kerana perjuangannya jelas bukan untuk wang apa lagi pangkat tetapi untuk anak bangsa Sabah... Cukup tinggi semangat ini sememangnya tidak ada lagi individu di dalam parti pembangkang yang mempunyai pemikiran seperti Ismaily Bungsu.. Ayat tuntas...sarkastik..alunan mendayu-dayu menikam kalbu sesiapa sahaja mendekatinya.
Tetapi ada ketikanya terpaksa menggunakan kata-kata makian untuk menjawap isu yang boleh menjejaskan Warisan terutama Presidennya.. Presidennya pula punya jiwa semurni Imam Shafie yang sangat apdal kerana kerap menasihati ahli dan netizen pro Warisan agar menjaga adab, tuturkata dan jangan hina orang lain hanya fokus kepada perjuangan kempen Warisan.
Apa pun populairti Warisan semakin menyalah-nyalah tidak dinafikan sungguh kerana USA sudah terpalit adalah parti yang hanya memperjuangkan satu etnik contohnya STAR kempen PRU13 banyak menyentuk orang asal Sabah hingga Bumiputera Islam di Sabah ada dikatakan pendatang dan sehingga kini meragui warganegara serta status pemilikan kad pengenalan waima dokumen tersebut mengikut lunas undang-undang Perlembagaan Persekutuan.
Presiden SAPP pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dan sememangnya kenal parti ini bagaimana berjuang. Setelah menjadi pembangkang mereka cuba menjadi Juara dalam semua isu adakah mereka boleh menandingi populariti Warisan?
Parti Cinta Sabah (PCS) masih belum kenampakan apa perjuangannya namun ia mendapat bayangan idealogi politik STAR dan SAPP pasti popularitinya juga ditengelami oleh Warisan.. apa pun admin mendoakan mereka bersama berjuang untuk capai matlamat yang sama, jangan saja menjadi KUDA kepada parti yang semakin nampak sumbernya dari BERSATU kerana keakraban mereka tidak dapat dinafikan. Dan nada semakin kenampakan bila seruan Warisan menyatakan perlu kerjasama dengan parti luar Sabah untuk menawan PUTRAJAYA....