Sabtu, Oktober 22, 2011

Buku Teks Sejarah Perlu Di Kaji Semula - Masidi Manjun

Gambar Hiasan : Buku Teks Sejarah wajar dikaji semula agar generasi muda memahami sejarah Sabah dan Sarawak

Sumandak cukup setuju dengan cadangan daripada Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun yang mana beliau mensyorkan agar buku teks sejarah sekolah perlu disemak semula kandugannya agar seimbang dan lebih banyak ruang untuk sejarah Sabah dan Sarawak.

Beliau turut menambah bahawa kerajaan negeri Sabah telah menubuhkan satu jawatakuasa khas untuk mengkaji kurikulum sejarah dan buku-buku teks sekolah menengah tetapi beberapa cendekiawan Malaysia merasakan ini tidak akan membawa banyak perubahan.

Dari segi artifak sejarah yang ada di negeri Sabah beliau menjelaskan amat menduka citakan kerana artifak yang ada di negeri ini banyak yang telah musnah semasa Perang Dunia Ke-2 ia termasuklah bangunan bersejarah. Jika ada pun ia hanya beberapa bangunan yang dirasai oleh segelintir rakyat Sabah tidak releven untuk dijadikan artifaks sejarah Sabah antaranya jam Menara Atkinson dan bangunan Perpustakaan Bandaraya.

Apa pun usaha kerajaan negeri diharap ia dipandang sebagai satu usaha murni untuk memastikan generasi muda Sabah memahami bahawa sejarah amat penting dalam kehidupan kita dan tanpa sejarah kita pada hari ini tidak akan menikmati kemewahan, keamanan, perpaduan dan keharmonian hidup di bawah Negara yang kita cintai iaitu Malaysia.

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"