Rabu, Disember 03, 2008

ZAID TerIMA HUKuman SeWAJARnya - UMNO

Keputusan yang cukup bijak bagi pemimpin atasan UMNO bila memutuskan untuk memecat Zahid PengKHIANAT bangsa.... (berita penuh)
Mulai hari ni, Sumandak yakin ZAHID akan mencanangkan isu dalaman UMNO (biasalah nak burukkan parti UMNO yang selama ni membela@membelai beliau)..... jadi kita tunggu dan lihat.... ape pun nilah contoh yang terbaik buat rakyat Malaysia... ape pun status parti kita tetapi apabila kita dah jadi pengkhianat nilah hukuman sewajarnya....
Harap Pemimpin Pakatan Rakyat (DAP, PKR & PAS) tak akan guna pengkianat ni sebab tidak mustahil satu hari nanti beliau akan bertindak sedemikian rupa kat korang... belajar dari kesilapan UMNO tapi UMNO dah baiki keadaan.....

Isnin, Disember 01, 2008

RM 11 Juta ProJEK JaLAN RAya di PeNSIAnGAn

Baru-baru ni satu lawatan kerja daripada Menteri Kerjaraya Malaysia, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed telah diadakan sekitar kawasan P.182 Pensiangan. Semasa lawatan beliau nilah yang telah diumumkan oleh beliau semasa kenyataan akhbar beliau... (berita penuh)

"... kira-kira RM11 juta diperuntukkan untuk mereka bentuk, mengkaji jalanraya di seluruh kawasan Pensiangan......ia termasuk Jalan Menawo, Biah Skim, Sepulut – Salong – Pegalungan – Pensiangan, Ansip – Dalit, Sook – Sinua, Sodomon / Marapok – Mailo dan Biah Bt. 4."

Syukur alhamdulillah rakyat Pensiangan akan dapat menikmati kemudahan jalan raya yang baik dan membantu meningkatkan lagi ekonomi mereka kelak (walaupun hampir 92% rakyat Pensiangan Bumiputra bukan Islam namun tetap dijaga kebajikan mereka oleh kerajaan Negeri dan Pusat).... Rakyat Pensiangan juga perlu tahu bahawa projek ini bukan dibuat serta merta macam 'lampu aladin' tapi akan dilaksanakan secara berperingkat-peingkat di bawah RMK-9 dan RMK-10...... (Bah sabar ye kita tunggu)

BASmi KeMISKINAN usaHA BeRSAMA

Untuk tangani isu kemiskinan khususnya di negeri Sabah memang perlu kerjasama daripada semua pihak.... ada yang lapor dan ada yang ambik tindakan itu dah lumrah kehidupan kita untuk pastikan negeri yang kita cintai semakin maju ke hadapan... (berita penuh)
Selama ni kerajaan Negeri tak pernah nak heboh-hebohkan sangat usaha yang mereka dah buat kat rakyat sebab takut disalah ertikan.... lebih-lebih lagi pihak pembangkang yang selalu aje nak cari kesalahan (pok silap cakap orang Sabah).....
Tapi sampai bila kerajaan negeri dan pusat terus diherdik dan dilabelkan tak telus dalam menjaga kebajikan rakyat... skang dah tiba masanya kita uar-uarkan usaha kerajaan negeri dan pusat..... Kenyataan akhbar di bawah ni yang cukup memberi saranan kepada semua pihak.... (jom hayati bersama)

"Bagi memastikan sasaran ini mencapai matlamatnya, semua agensi pelaksana
perlu meningkatkan kecekapan sistem penyampaian masing-masing dalam soal
merancang,melaksana,memantu dan menilai perlaksanaan program program pembasian kemiskinan khususnya di luar Bandar."

“Matlamat ini sebenarnya bukan hanya mengharapkan usaha kerajaan dengan
peruntukan yang besar semata-mata namun memerlukan penyertaan yang proaktif dari rakyat agar matlamat murni ini akan tercapai sepenuhnya,”


(DSP Haji Musa bin Haji Aman, CM Sabah 1.12.2008)

PuiSI PerJUANGAN BPN

Salam perjuangan buat semua,
Dari kami di daerah maya,
Kami bersatu demi agama,
Kami bertemu demi bangsa
Kami bersama demi negara,
Kami berjuang dengan pena,

Satu suara kami,
Satu arah kami,
Satu akidah kami,
Satu matlamat kami,

Biar bertatih langkah kami,
Berundur kami tidak sekali,
Biar perlahan suara kami,
Beralah bukan sifat kami,
Biar sekuat manapun musuh kami,
Bertakwa dan istiqamah prinsip kami.

Wahai manusia....
Mengapa masih terus alpa?
Dibuai seribu fatamorgana khayalan...
Hingga sanggup melupakan Tuhanmu....
Hingga sanggup menderhakai kedua orang tua mu...
Hingga sanggup menghancurkan agama mu..
Hingga sanggup merosakkan bangsa mu..
Hingga sanggup menjual tanah tumpah darahmu..

Wahai manusia....
Apakah hanya untuk itu tujuanmu dihidupkan?
Apakah tiada sekelumit rasa kesyukuran kepadaNya...
Atas rahmat dan anugerahNya...kamu dilahirkan...
Sebagai melayu yang beragama islam?
Atau hadirmu hanya satu kebetulan?
Bukan atas urusan Tuhan?
Atau….
Apakah kamu dilahirkan dibumi bertuah ini...
hanya satu kebetulan???
Mungkinkah jua agama,bangsa,
dan bumi tempatmu berpijak ini juga
hanyalah satu kebetulan...???

Wahai manusia...
Sesungguhnya kamu telah kufur nikmat Tuhan...
Kamu berjuang....bukan demi Tuhan,
Kamu beramal.....bukan demi Tuhan,
Kamu menulis….bukan demi Tuhan..
Kamu bersuara…bukan demi Tuhan.

Maka...
Jadilah kamu munafik yang bertopengkan islam
Tipu-dayamu mengalahkan syaitan
Akal-budimu menjijikkan...
Sahabatmu zionis dan syaitan..
Amal-ibadatmu hanya perhiasan...
Bahkan matimu nanti, tiada iman...
Wahai pemimpin yang sedang berjuang...
Waspada langkahmu jangan sonsang..
Gerak tarimu jangan sumbang,,
Akal ,takwa dan iman pandu kebaikan,
Nafsu,dunia dan syaitan pandu kehancuran..

Ayuh...
Bersihkan dirimu zahir dan batin
Sucikan niat,bulatkan tekad,
Marilah kita bersatu
Dibawah satu panji kebenaran..
Yang Haq pasti kan menang,
Yang bathil pasti kan kecundang...

Marilah kita bersedia
Agar tidak tersungkur
sebelum berjuang...

Untuk membela syiar yang hilang!!!
Untuk Malaysia Darussalam.
Melayu kan gah di Nusantara.
Semoga terbilang ke akhir zaman.

Nukilan : Sangtawal Sakranta.(ahli biasa BPN)

TRue COlOUR ZaID


Bro AnWar tenGAh binCANG ape dengan ZAID??? (meh lah kita kongsi bersama).... Sumandak boleh teka nak bagi jawatan penting kat ZAId tak lama lagi sebab dah berani kHIANAT Bangsa, AGAMA dan NegaRA sendiri.... ikut jejak Bro ANWAR......

AnGAn-AnGAn AnWAR TetaP TAk SaMPAI - PAK JENIN MoDEN

Sumandak nak gelak pun ada bila Bro Anwar ni bersungguh-sungguh menyakinkan ahli dia bahawa AGENDA utama 16 September akan ditunaikan bila-bila masa lagi..... Ada satu gelaran yang sesuai kat Bro Anwar- PAK JENIN MODEN.....
Bila Sabah dah confirm tak dapat nak tawan sebab orang kepercayaan dia pun tak bersatu hati di Sabah kini sasaran seterusnya kat SARAWAK tapi ape jadi kalo Ketua Menteri Sarawak respon macam ni..... (berita penuh)
Sumandak yakin Bro Anwar hadapi kes yang sama gak macam di Sabah...... Sudah-sudahlah nak bermimpi di siang hari Bro Anwar; jaga jelah kes yang masih dalam perbicaraan dengan SAIFUL.. bagi dulu bersihkan nama takkan rakyat MALAYSIA nak pilih 'Pemimpin GAY' ops talabih sudah; gelaran ni sesuai dibagi bila sabit kesalahan dah dijatuhkan oleh mahkamah (jan mare Bro...)apepun bertindak mengikut KEHENDAK RAKYAT....

ZAID pengKHIANAT BanGSA, AgAMa dan NEgaRA

Sumandak dah jangka dah pergerakan Zaid ni akan menyertai juga PKR walaupun tak disuarakan daripada mulut dia sendiri tapi kita dah nampak tindak tanduk dia.... inikan lagi dia siap hadir pada Kongres Nasional PKR di Shah Alam (berita penuh)
Rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO perlu buka mata sape yang mereka pelihara dan lindungi selama ni.... Sape ZAID sebenar? Jawapannya dah ada tak perlu lagi sumandak ungkaikan satu persatu sape dia...... rasanya kita PULAUkan ZAID dami agama, bangsa dan negara.
Bila anak bangsa dah mengkhianati bangsa, agama dan negara sendiri... kita kena beri hukuman yang sesuai bukan bermakna hukuman gantung tetapi cukup menyedarkan dia sape dia selama ini....

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"