Isnin, Disember 01, 2008

RM 11 Juta ProJEK JaLAN RAya di PeNSIAnGAn

Baru-baru ni satu lawatan kerja daripada Menteri Kerjaraya Malaysia, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed telah diadakan sekitar kawasan P.182 Pensiangan. Semasa lawatan beliau nilah yang telah diumumkan oleh beliau semasa kenyataan akhbar beliau... (berita penuh)

"... kira-kira RM11 juta diperuntukkan untuk mereka bentuk, mengkaji jalanraya di seluruh kawasan Pensiangan......ia termasuk Jalan Menawo, Biah Skim, Sepulut – Salong – Pegalungan – Pensiangan, Ansip – Dalit, Sook – Sinua, Sodomon / Marapok – Mailo dan Biah Bt. 4."

Syukur alhamdulillah rakyat Pensiangan akan dapat menikmati kemudahan jalan raya yang baik dan membantu meningkatkan lagi ekonomi mereka kelak (walaupun hampir 92% rakyat Pensiangan Bumiputra bukan Islam namun tetap dijaga kebajikan mereka oleh kerajaan Negeri dan Pusat).... Rakyat Pensiangan juga perlu tahu bahawa projek ini bukan dibuat serta merta macam 'lampu aladin' tapi akan dilaksanakan secara berperingkat-peingkat di bawah RMK-9 dan RMK-10...... (Bah sabar ye kita tunggu)

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BUNGARAYA memberi ingatan.
KETERESAN yang berkemungkinan berlaku didalam peruntukkan RM11 juta ini haruslah dikawal sebaik mungkin. Kadang-kadang sesatu projek yang mampu dibina dengan perbelanjaan RM2 juta umpamanya boleh menelan belanja hingga 4 juta hingga 5 juta. Ini adalah 'permainan' dikalangan Kakitangan kerajaan yang terlibat didalam bidang kerja tersebut. Pada masa lalu mengikut tinjauan, perkara ini sering terjadi. Bukan maksud saya nak membuat tuduhan, tetapi pihak berwajib seperti BPR mesti membuat memerhatian dan tindakan jika perlu keatas kejadian yang akan berlaku. Mustahil jua, Jalan Raya Kampong yang panjangnya 200 meter boleh menelan perbelanjaan 2 juta Ringgit Malaysia misalnya.

sumandak bayu berkata...

Salam Bro....

Keteresan yang bro katakan sedang dalam usaha kerajaan untuk baiki... kalo tak masakan tidak BPR dah naikkan taraf sebuah organisasi yang mendiri sendiri....

Yang utama sekali macam peranan bro bila dah tau gerak geri pegawai kerajaan dulu kena lah maklumkan.... tegurlah... jangan biarkan....

Buktikan kesungguhan kita... jan pula kita hanya tau korek lubang untuk cari sape yang kita nak timbus..... itu kita kena pegang... sebab peranan orang macam ni lebih menguntungkan pihak pembangkang..

takkan kita nak sanjung sangat pepatah melayu setitik nila habis sebelang susu... baik kita elakkan... macam penyakit kanser kita akan baiki peringkat demi peringkat tapi perlu ada kesedaran dan kerjasama antara dua pihak pesakit dan doktor... betul tak Bro

Satu lagi Bro... kalo bajet kira-kira RM11 juta diperuntukkan tiba-tiba ekonomi kita merundum semula (bukan doalah jauhkan bala orang Sabah cakap) kesan akan pergi kepada bahan mentah untuk projek tersebut... jadi kalo kita kata kerajaan tak pandai buat pengurusan hish tuduhan sinis tu bro... di sini lah kita akan melihat faktor sampingan yang akan beri beban kepada kontrakter...

daddy-wafiah berkata...

pastikan ja kesemua projek kerajaan tu ada pegawai khas yang memantaunya dari masa ke semasa...kerana duit manusia boleh lupa, iman dan ilmu sebagai pembimbing..

Tanpa Nama berkata...

Sumandak dan rakan-rakan blogger, sila kunjungi http:\\informasimalaysia.blogspot.com

Tolong link kan dalam blog sumandak. tq

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"