Isnin, Disember 29, 2008

MaT SaBU TeTAp CaLOn Luar

Bahang Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kian terasa. Meskipun penamaan calon akan dilakukan pada 6 Januari depan, namun rakyat semakin hebat bercakap mengenainya.


BN telah mempertaruhkan Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri (Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu) untuk dipilih pengundi pada 17 Januari akan datang. Di pihak pembangkang, Pakatan Rakyat bersetuju untuk menyerahkan kerusi parlimen itu kepada PAS.


Walau bagaimanapun calonnya belum lagi diputuskan.Desas-desus menyatakan bahawa PAS keliru untuk meletakkan nama calon-calonnya kerana orang yang disukai oleh Tuan Guru Nik Aziz iaitu Mat Sabu tidak mendapat sokongan disebabkan beliau adalah orang luar. Kononnya penyokong-penyokong PAS hanya mahukan orang tempatan sebagai calon mereka.
Dilihat pemimpin-pemimpin PAS sendiri sukar untuk membuat keputusan dan memilih yang terbaik bagi mendokong perjuangan parti mereka. Semangat asabiyah (kenegerian) mereka begitu menebal kerana menolak Mat Sabu tanpa mengambil kira latar belakang pengalaman, kejayaan dan populariti Mat Sabu di kalangan pengundi-pengundi.PAS sering menguar-uarkan bahawa tiada konsep diskriminasi dalam perjuangannya. Semua orang akan dilayan sama rata. Tetapi kini lihatlah. Mat Sabu tetap diiktiraf sebagai orang luar meskipun banyak menabur jasa kepada parti PAS.Sumber: http:citraadora.blogspot.com

KoMeN SuMandak; Mudah je kita tengok perjuangan PAS masa kini... cakap tak serupa bikin...ape lah akan jadi ye kat Mat Sabu dah tabur JASA kat PAS ni tapi dilayan macam orang luar..... MAT SABU kena sabar je lah dengan kerenah ahli PAS yang sememangnya macam tu.....

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"