
Khamis, Jun 16, 2011
FORMULA PR PLUS SAPP...... CABARAN SAPP!

Selasa, Jun 14, 2011
Mutalib guna Dr.Yee & Jamil untuk Serang Rais
Satu artikel yang cukup menampakkan bahawa ada sikit dendam yang cuba dilepaskan oleh editor ‘terkenal’ dengan isu sensasi Sabah.... M.D Mutalib bukan asing lagi bagi penulis yang selalu menggunakan ayat-ayat ‘power’....ayat-ayat yang boleh cetuskan sensitiviti kaum...... ayat-ayat yang cuba mengeruhkan hubungan antara kerajaan negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan. Tapi Mutalib cukup bijak kali ini bukan dia menulis artikel kontroversi tapi membawa seorang penulis sesawang Shaimon S Jumadi dengan artikel bertajuk Rakyat Sabah Sokong Yee ‘LUDAH’Rais....yang telah dikeluarkan dalam laman sesawang Sabahkini.net pada 14 Jun 2011.Peh ayat ni memang jijik dengan melihat kata kerja ‘LUDAH’.... betoikah orang Sabah mao buat kerja ni sedangkan jelas orang Sabah ni berbudi bahasa tinggi, ramah dan tidak diajar berkurang ajar. Huguon Siou pun selalu beri pesan kepada anak-anak buah hormati orang tua, sayangi anak-anak dan lindungi orang yang tidak berupaya dan paling penting hormati tetamu jika kita tak suka tegur dengan baik bukan sampai melakukan perbuatan yang hina.
Berbalik kepada artikel Shaimon... Tahniah Shaimon rupanya artikel ini dihasilkan dengan hanya merujuk kepada satu pihak yang kebetulan pula pihak pembangkang (Naik Ketua Cabang Batu Sapi) kenapa tidak tanya kepada penduduk Kampung Air, Batu Sapi Sandakan?
Sekarang ini Sumandak ingin bertanya kepada Shaimon adakah dia peka akan isu tertentu:-
- Kalau buat penyelidikan mestilah memberi berapa bilangan responden yang ditemui janganlah main rambang dengan menggunakan perkataan ‘separuh’? Mutalib tak ajar ke teknik kewartawanan yang terbaik terhebat yang pernah dilakukan semasa bertugas di Berita Sabah?
- Majoriti yang ‘sokong’ untuk Yee ludah Rais... majoriti kaum mana sebab Sabah ni ada 37 kaum.... jangan sampai ada yang bersuara tiada pun yang sokong Yee buat macam tu.. Dr. Yee seorang YB yang ada pendidikan dan mustahil dia bertindak sedemikian rupa.. ni semua hanya teguran tetapi teguran Dr.Yee dibuat secara terbuka sedangkan ada bah tu saluran yang betul di antara dua pihak. Ini pun kena jadi isu hangat ka?
- Rais dikatakan tidak tunai janji oleh aktivis politik... pasti aktivis ni pro pembangkang juga (berat betul artikel ni bukan berat fakta tapi berat sebelah) Kalau lah Rais ni ndak pandai tunai janji ndak ada bah tu ada sumbangan pada program yang dianjurkan oleh sebuah jabatan di Kampung Air.
- Rais dikatakan layak jadi ‘Badut Sarkas’ alahai otak entah letak di mana juga dengan ayat-ayat ni......siap kata Rais ditolak di Semenanjung hishhhhhh sadishhhh betoi penghinaan ini kalo betoilah Rais ni adalah pemimpin yang tidak ada karisma macam mana mahu kita jawab bahawa Rais ini telah berkhidmat dengan 5 Perdana Menteri dengan cemerlangnya dan menjadi wakil rakyat Jelebu.
- Beri laptop pula dikatakan ‘kencing kepala mereka’ maaf lah kepada simpulan yang mengatakan sedemikian rupa hina sangatkah jika pemimpin membantu meringgan beban rakyat dengan pemberian sebuah laptop agar kita yang tinggal di kawasan pedalaman tidak ketinggalan dengan arus pembangunan Teknologi Maklumat.
- Dari segi penggunaan ini kita kenalah berbalik kepada sikap pengguna.... kalo kita bijak insya allah laptop akan dijadikan medium untuk menambah ilmu tapi kalo kita ‘kurang bijak’ maka laptop akan jadi perhiasan dan mungkin juga digunakan sebagai alat untuk lepaskan stress belajar (main game).
Kepada M.D Mutalib sudah-sudahlah membuat dhajal tumpukan kepada kes yang ANDA sedang hadapi... bersihkan nama.... ANDA adalah penulis berani...berani cetus kontroversi tapi saying sejuta kali saying keberanian ANDA hanya dapat digunakan dalam masa yang cukup singkat.... Pepatah Melayu ada menggunakan gajah mati tinggalkan tulang...manusia mati tinggalkan nama.... Jadi kalo ANDA sungguh bijaksana fikirkan setiap perlakuan kita..... Hidup hanya sementara dan kehidupan kita juga macam roda.... Kita wajar untuk renungi bersama.
Ini yang Sumandak hendak buktikan wujud dendam yang cuba sekali lagi mengaibkan RAIS oleh MUTALIB.
Penulis Blog Didakwa Fitnah Rais Diberi 14 Hari Kemuka Pembelaan
02/06/2011
KUALA LUMPUR 2 JUN : Seorang penulis blog yang disaman oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana didakwa memfitnah beliau diberi tempoh 14 hari oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membela diri.
Pesuruhjaya Kehakiman Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tempoh itu yang berkuatkuasa 30 Mei bagi Ahmad Mutalib Mohamed Daud mengemukakan keterangan pembelaan, demikian menurut peguam Norhani Nordin yang mewakili Rais.
Hakim Amelia, yang sebelum itu menemui Norhani dan Michelle Yesudas, peguam yang mewakili Ahmad Mutalib, turut menetapkan 30 Jun ini bagi pengurusan kes.
Pada 10 Feb lepas, Rais mengemukakan saman itu kerana mendakwa Ahmad Mutalib menyiarkan empat artikel antara 1 dan 7 Jan lepas dalam laman blognya dihttp://sabahkini.net.
Alamat berdaftar Ahmad Mutalib ialah di Kota Kinabalu.
Dalam tuntutannya, Rais berkata beberapa perkataan dalam artikel-artikel yang disiarkan itu berniat jahat dan memfitnah beliau sehingga menjatuhkan reputasinya sebagai seorang individu dan seorang profesional di dalam dan luar negara serta memalukan dan memberi tekanan kepada beliau.
Sumber:http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5967&menu=&mid=
Selasa, Mei 03, 2011
Berkulat da Blog ni!!!
Sabtu, April 09, 2011
Penerangan Pembohongan Lim Guan Eng : Isu Tol Sungai Nyior.
Saksikan PEMBULAK rakyat Malaysia yang dibuat oleh Pakatan Rakyat... Takkan Sarawak mahu dibulak jugak!!!!
KANAPATAN SUDAH KEJIJIKAN DAP
TAKTIK KOTOR: Dr Chan menunjukkan laporan polis dan risalah yang diedarkan di seluruh Miri oleh parti pembangkang DAP. Kelihatan sama Lee dan Andy
SUPP buat laporan polis berhubung risalah DAP yang didakwa berunsur fitnah dan hasutan
MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) semalam membuat laporan polis berhubung satu risalah yang diedarkan oleh Parti Tindakan Progresif (DAP) di seluruh bandar raya ini.
Presidennya, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata, mereka terpaksa membuat tindakan tersebut kerana ia bukan sahaja menjejaskan imej parti malah ia berunsur hasutan dan fitnah. “Malangnya pihak lawan sudah menggunakan taktik kotor pada hari pertama kempen. Mereka melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas seperti rasuah yang mana itu adalah pembohongan.
“Ini suatu yang serius. Kita tiada pilihan melainkan melaporkan perbuatan terkutuk itu kepada pihak polis.
Kalau kita berdiam, orang akan ingat kita betul-betul buat,” katanya semasa sidang media di ibu pejabat SUPP Miri semalam.
Hadir sama calon kerusi Senadin, Datuk Lee Kim Shin, calon Pujut Andy Chia dan David Siaw Ting Cheng yang bertindak sebagai peguam parti.
Mengulas lanjut, Dr Chan yang juga calon Piasau menambah, berikutan laporan itu polis akan menyiasat mengenai risalah berkenaan dan satu pasukan peguam telah ditubuhkan untuk meneliti kes tersebut.
Sementara itu, SUPP dalam laporan polis semalam memberitahu, pada 6 April 2001, jam 4 petang bertempat di pasar Miri, pengadu yang merupakan ahli veteran parti mendapati satu risalah manifesto dalam bahasa Cina dan Melayu oleh parti DAP diedarkan di seluruh Miri.
Antara kandungannya adalah “pemimpin SUPP membutakan diri terhadap skandal-skandal yang melibatkan Taib Mahmud.
SUPP langsung tidak berani menentang skandal-skandal tersebut dan sudah tidak relevan dalam arena politik Sarawak, kepentingan rakyat Sarawak dan Miri bukan agenda utama SUPP, mereka hanya mementingkan kepentingan diri dan kedudukan mereka sahaja”. Dalam pada itu, Dr Chan memberitahu parti itu akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan tindakan parti lawan, DAP yang mengubah simbol Dacing Barisan Nasional sebagai dacing berat sebelah.
“Kita tidak pernah menterbalikkan simbol Roket ke bawah justeru kita akan buat aduan kerana melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan,” katanya.
Source: Utusan Borneo
Bila Jaminan diberikan Pasti Rakyat Sarawak Akan Terus Memilih BN!!!
Rakyat dapat pilih wakil rakyat mampu jamin masa depan: KM
SELANGAU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yakin rakyat dapat memilih wakil rakyat yang mampu membela nasib dan menjamin masa depan mereka dengan sentiasa sedia berkhidmat demi rakyat.
Beliau menyifatkan rakyat sebagai penilai sebenar pucuk pimpinan kerajaan dan mampu memilih wakil rakyat yang ikhlas berkhidmat demi rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.
“Kejayaan pembangunan yang dikecapi kita pada hari ini adalah hasil semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang bangsa. Negara kita terus maju dengan keadaan politik yang kukuh,” jelasnya.
Taib berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsung di Rumah Juboh, Jalan Sibu-Bintulu, semalam.
Katanya, kerajaan negeri telah menyusun pelan rancangan pembangunan yang mampu memberi manfaat kepada segenap lapisan rakyat serta generasi muda.
“Pelan pembangunan jangka panjang, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak(SCORE) telah dirangka khas untuk menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat negeri ini.
“Pelaksanaan SCORE mampu memberi peluang meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat serta menyediakan pembangunan modal insan yang berkualiti,” ujar Ketua Menteri.
Menurut Taib, usaha menaik taraf status Kolej Laila Taib kepada universiti membuktikan usaha kerajaan negeri dalam menyediakan peluang pendidikan kepada generasi muda.
“Jangan berhenti untuk meneruskan niat belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Kerajaan telah menyediakan bantuan biasiswa kepada anak-anak kita,” katanya.
Oleh itu, Taib menggesa penduduk luar bandar agar merebut peluang peniagaan dan pekerjaan menerusi pelaksanaan projek pembangunan SCORE.
Pada majlis yang sama, Taib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta hingga RM3 juta sebagai permulaan pelaksanaan projek pembinaan jalan di Nanga Sekuau.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah isteri beliau Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Residen Bahagian Sibu, Sim Kok Kee.
Source: Utusan Borneo
Short URL: http://www.sarawakpage.com/?p=2348
DOMINIQUE MANGSA PERJUANGAN PKR
Sumandak hanya mampu bersimpati kepada calon bebas ini kerana yakin kali ini Dominique berada di laluan yang sukar dengan menentang semula sahabat-sahabat yang pernah memberi pujian dan pernah berjuang menentang Barisan Nasional.
Tetapi satu yang Sumandak tidak faham kenapa calon ini dikatakan agen Barisan Nasional sebagaimana artikel yang dikeluarkan oleh barubian.

sumber : Suara Rakyat
Dan ini pula kenyataan memujuk Dominique mengundur diri dari terus menjadi calon BEBAS di Pandungan.
PKR Perak deputy chairman and Gopeng MP, Dr Lee Boon Chye, unequivocally stated today that Ng should withdraw from the three-cornered Padungan battle.“If he is still a friend of PKR as he said he is, then he should drop out and give full support to all the Pakatan candidates,” he said at a press conference here today.
Inilah kebebasan yang diamalkan oleh PKR semuanya JANJI BELAKA!!!!! HARAM JADAH
SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa
SiLIk SiLIk do mATo NU
ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"