Nilai 9 kes dibandingkan dengan nilai 900 kes kira banyak tu....... dengan nilai 900 sama ada kita tukar kat nilai mata wang ambik jalah nilai Ringgit Malaysia; Sumandak boleh beli I-Pod MP4 lepas tu santai kat tepi pandai tengok matahari terbenam sambil dibuai dengan lagu-lagu pilihan Sumandak....... (jadilah kenangan terindah)......
Tapi berbeza keadaan apabila aduan sebanyak 900 kes dikemukakan sepanjang mesyuarat Bahagian UMNO tahun ni ........kira betoilah dan Sumandak pun setuju benar cakap Bro ASPIRASI BANGSA ahli UMNO kini dah mula sedar isu POLITIK WANG yang boleh meghancurkan parti keramat di negara ini jika tidak dibendung dengan lebih awal lagi.......
Cuma persoalannya sape yang sebenarnya bawa anasir ni masuk kat dalam budaya UMNO.......biasanya ahli ni menerima apa yang diberi daripada atasan baik arahan, dasar mahupun peraturan yang dibuat.... Bukan Sumandak nak buka pekung didada.... tetapi realitinya sampai ke hari ini Sumandak masih lagi samar budaya ni datang dari mana.....
Rasanya bukan UMNO saja yang mengalami isu ni tetapi juga bila ada saja mesyuarat agung baik parti GERAKAN, PBS, MIC dan MCA isu ni tetap akan diutarakan sebagai isu utama dalam memperjuangkan aspirasi parti yang sebenarnya......
Ape pun dengan nilai '900' dah boleh membuktikan bahawa ahli UMNO mula sedar bahawa untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam apa juga parti perlu ada pengorbanan dan kesedaran yang ikhlas; TAHNIAH kat ahli UMNO yang semakin bangkit perjuangkan apa yang sepatutnya diperjuangkan......
2 ulasan:
Kalau kita usul dari awal bila rasuah ini bermaharajalela dalam UMNO kita akan nampak siapa diantara Pemimpin UMNO yang hampir-hampir membawa poltik wang ini kedalam UMNO.
Mula-mula saya nak tanya.
Zaman Tun Hussein Onn ada tak?
Zaman Tun Razak lagilah tak ada.
Politik cara sebegini hanya bermaharajalela pada era Tun Mahathir. Mantan PM itu dikatakan bijksana. Pun tidak mampu menhalang berleluasanya rasuah dalam UMNO. Yang paling dasyat ketika DSAI berebut jawatan TPM dan ketika beliau naik Naib Presiden. Masa tu lah.
Jadi dapatlah disimpulkan rasuah dalam UMNO bermula dalam era Mahathir. Ia disemerbakkan oleh DSAI dan beberapa orang pemimpin disekeliling DSAI yang bertanding ketika itu. Maksudnya orang DSAI.
Saya sendiri Perwakilan UMNO ketika itu. Jadi saya tahulah bagaimana rasuah politik berleluasa ketika itu. Pada ketika itu calon memberikan rasuah mereka berbentuk wang ringgit, jam tangan, radio, tambang kapal terbang, hotel penginapan, dan sebagainya.
drp: chilliriver.blogspot.com
Salam Bro bungaraya....
Saya setuju benar dengan hal ini..... tapi kalo kat Sabah yang Sumandak nampak dengan mata dan dengar dengan telinga sendiri sememangnya yang menyemarakkan isu duit 'Ringgit Malaysia' ni semasa DSAI nak capai jawatan tertinggi dalam UMNO.....
Walaupun Sumandak tidak pernah menjadi 'perwakilan' dalam UMNO tetapi kami dapat merasai haba ni.......
Catat Ulasan