Jumaat, November 07, 2008

UPKO RanCANG Nak KELuar BN

Projek Saluran Paip Gas yang bernilai RM3 bilion dari Kimanis, Sabah ke Kompleks Gas Asli Cecair Petronas di Bintulu Sarawak akan menjadi tanda aras@penentu sama ada UPKO akan terus berada di dalam BN atau sebaliknya.
Pertubuhan Kebangsaan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) telah menyatakan hasrat nak pertimbangkan semula kedudukan mereka di dalam BN jika isu projek tersebut tidak ditangani dengan bijaksana oleh kerajaan Pusat.
Jelas Presiden UPKO lagi, bantahan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk membincangkan isu ini dan bila ada keputusan maka jatuh lah talak atau takliq ke atas BN......kira keras juga kenyataan Tan Sri Bernard Dompok selaku Presiden UPKO.....

"Perdana Menteri sudah memaklumkan pada 31 Mei lalu bahawa projek ini tidak akan diteruskan. Kita akan menyeberang (keluar BN) jika projek tersebut tetap diteruskan," katanya.

Komen SumAndAK: Presiden UPKO ni btoi ke nak perjuangkan kebajikan rakyat atau beliau tak dapat untung dari projek tersebut.....ops talabih sudah Sumandak nasib baik beliau bukan 'Hugun Siau' kalo tidak kana 'sogit' sudah Sumandak satu ekor ayam kampung dan denda RM10 ringgit.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sumandak,
Bukan Sumandak yang telebeh sudah. Tetapi Memang Dari dulu lagi UPKO ini sudah telebeh sudah. Tidak habis-habis cari fasal dengan BN. Sejak bermulanya masaalah MyKad dan PTI, Mereka sudah pun menyatakan hasrat nak pertimbangkan semula kedudukan mereka di dalam BN.
Kini, diulang sekali lagi bila mana timbul fasal saluran pipe dari Kimanis ke Bintulu di bangkit kan oleh PM.

Kadang-kadang hal-hal macam ini boleh menimbulkan salah sangka dan kesangsian dikalangan komponen BN yang lain.
Lepas ini, entah perkara apa lagi yang mereka komplen.

Saya, selaku pemerhati politik kecil-kecilan pun terampit juga untuk keliru.

Apa yang menarik hati, ia lah sifat pemimpin-pemimpin UPKO yang cepat melenting bilamana berhadapan dengan isu serius, saperti yang kita hayati bersama ini.

Tidak dapat di nafikan bahawa isu-isu yang UPKO perjuangkan itu memang penting untuk Sabah namun “as a gentlemen’ ia nya maseh boleh di bincangkan di meja perundingan dengan komponen BN yang lain, terutama sekali komponen BN yang lain di Sabah.

Sejak bermula nya fenomena SAPP cuba meninggalkan BN, UPKO telah menunjukkan keghairahan menyokong tindakan SAPP dalam beberapa perkara yang di usul kan oleh SAPP kepada BN. Terutama sekali isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) .
Walau pun SAPP telah membuat keputusan berani untuk meninggalkan BN.

Seada nya, Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO maseh lagi memegang jawatan dalam Kabinet. Justru itu, maseh ada opysen yang boleh di guna pakai untuk menyelesai masaalah ini. Termasuk perbincangan terbuka dengan pehak KL atau PM sendiri.

Walau pun ada yang tidak setuju dengan pendapat saya; saya merasa bahawa UPKO ini telah terlalu taksub dengan isu MyKad, PTI dan Petronas ini, sehingga mereka telah lupa untuk memperjuangkan masaalah tegar.

Ia itu Pembangunan untuk rakyat yang miskin dan menganggur di Sabah. Terasa kelantangan UPKO ini telah melampaui etika BN. Nampak nya perjuangan UPKO ini saperti di ibaratkan “menang sorak tetapi kampung tergadai. “
Salam

sumandak bayu berkata...

Salam Bro....

Tak salah kah sumandak guna perumpamaan musang berbulu ayam kat UPKO ni sebab sentiasa membahaskan isu-isu yang masih lagi boleh dibawa berbincang dengan pihak atasan BN....

Kalo setakat nak sorakan daripada rakyat macam tak sesuai lah kalo diguna zaman skang ni... kalo zaman USNO atau BERJAYA mungkin juga dan lebih ketara lagi masa zaman PBS dulu.....(bukan PBS skang sebab Sumandak salut btoi kat Hugun Siau DSP Pairin.....)

Kalo ikutkan sejarah politik Dompok beliau jni jugalantang menentang dasar yang dibawa oleh Presiden PBS dulu sampai sanggup keluar parti maka wujudlah UPKO...

Kan di Sabah dulu CM ada gilir tempoh 2 tahun jadi sape-sape jadi Presiden parti berkelayakan lah ada peluang nak jadi CM.......

Rasanya isu paip gas asli tu ada gak imbuhan dia dengan rakyat Sabah cuma skang ni kan masih dalam perbincangan.... takkan lah kerajaan Pusat buat projek macam ni nak lupakan nasib rakyat Sabah.....salah satu usaha kerajaan negeri nak hapuskan miskin tegar menjelang 2010......

UPKO kena fikirlah yang terbaik kalo balik-balik nak buat ugutan kat BN baik terus keluar snang ceta macam SAPP......

Jlascanteen berkata...

try google 'montis sdn bhd'

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"