Ahad, November 23, 2008

RESOLUSI SIDANG BLOGGER 23 NOVEMBER 2008: BERKAITAN ISU HARGA BARANG KHUSUSNYA DI SABAH SARAWAK

Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk “Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?”
Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.
Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:
  1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka.
  2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara wewenang. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah.
  3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persainagn yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna.
  4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan.Panglima Perang Cyber: Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini. Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.

Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Sekian terima kasih.

Disediakan oleh:

CHEGUMAN BLOGGER WAADAT http://waadat.blogspot.com

5 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

resolusi ini adalah hasil idea sumandak sbg YB dari sabah..tahniah.

really happy dgn kehadiran bloggers dan pemerhati berdiskusi

nampak kita dpt bersatu hati dlm perkara kebajikan rakyat seperti ini...


PERPADUAN MELAYU ISLAM itu lebih utama

Ajin b. Gagah berkata...

Salam Sumandak,
Terasa isu mu kali ini sangat serius dan mengancam. Justru itu saya kena lah juga bagi pendapat, untuk tujuan kongsi pendapat dan dengan harapan ia nya di terima dengan hati yang terbuka.

Dalam isu naik dan turun nya harga barang-barang ini, kita selaku pembeli masing-masing dengan pendapat sendiri. Bermacam macam pendapat dan theori untuk mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak.

PM telah memberi kita ruang untuk menikmati semula kesejahteraan sejarah lama . kegemilangan harga barang yang sederhana. Namun, peniaga enggan bertindak sepatut nya.

Susah juga untuk kita menunding jari , semata-mata untuk mencari kesalahan. Sedangkan kita tidak ‘ sure’ punca sabenar nya masaalah ini. Kalau ikut hati panas, rasa nak mengadakan demonstrasi saperti yang berlaku di negara lain. Namun, ini pun susah juga; kerana tindakan ini bukan budaya kita.

Ada yang berpendapat campurtangan kerajaan tidak diperlukan untuk membetulkan harga tetapi perlu untuk regularisasi umum. Orang politik, akan menggunakan isu kenaikan harga barang hanya untuk cari pengaruh atau "cari makan". Itu asam garam politik atau dalam istilah moden "bread and butter" orang politik. Namun akhirnya harga masih ditentukan oleh pasaran melalui proses mekanisma harga.

Regularisasi kerajaan harus ditumpukan kepada "breaking the monopoli and promote competition". Misalnya dalam kontek "harga Beras". Ianya pasti akan turun segera kiranya Monopoli BERNAS dilonggarkan dan persaingan sihat dibenarkan.
Soalnya "kiranya BERNAS terus diberi hak monopoli oleh kerajaan, sepatutnya kerajaan sendiri yang bertanggungjawab ke atas TIDAK TURUNNYA HARGA BERAS, BUKAN PENIAGA"-Lihat contoh lain yang diberi monopoli...pengimpot gula misalnya.

Satu ketika kita ada kedai rakyat, saperti KOJASA dsn. Kenapa kita tidak kaji semula validity strategi saperti ini. Strategi pengimbang, sapertimana yang pernah kerajaan BERJAYA laku kan pada suatu ketika dulu.
Akhir kata, maaf kalau terlebih sudah. Ini cuma pendapat saya sahaja.

sumandak bayu berkata...

Salam Solymone

Tak perlu nak mohon maaf untuk membidas sesutau isu kerana kita bebas untuk menyatakan padangan kita tetapi mestilah berasas/berfakta baru orang pandang....

Sumandak ucapkan berbanyak terima kasih dengan ulasan solymone....Sumandak nak jemput Bro solymone join dengan kami dalam perbincangan kami menggunakan yahoo mesengger.....

ape pun Bro Solymone ada hak untuk menyuarakan sesuatu perkara yang penting kita memperjuangkan kebajikan rakyat Sabah mahupun MALAYSIA. Tak kira lah berlainan fahaman politik tetapi isu kebajikan rakyat adalah isu bersama...

TQ Bro

sumandak bayu berkata...

salam panglima....

semua ni adalah hasil bersama YB2 Blog yang join dan capai satu resolusi yang boleh membawa suara rakyat MALAYSIA....

TAHNIAH kepada semua.....

Aspirasi berkata...

sori ya sumandak.... komputer aku takleh download yahoo mesengger....

maklum je lah..

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"