Sabtu, November 29, 2008

UsIR PATI Guna RELA

Satu cadangan yang baik dan boleh diusulkan guna RELA untuk usir PATI... (berita penuh)
Kita nak tahu juga betulkah pihak berkuasa kita sering menangkap orang yang sama setiap kali operasi dibuat...Sumandak yakin tak ada isu sedemikian rupa ni hanya satu dakwaan yang tidak sahih. Jika benar kenyataan daripada Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedala-man .....tunjukkan bukti jan cakap ja untuk mempengaruhi minda rakyat...
Tak baik nak memesong usaha kerajaan Negeri mahupun Pusat.. isu wang ringgit rakyat untuk biayai operasi kerajaan adalah isu sensitive bila nak tuduh kerajaan tak telus tunjuk bukti... itu baru lah teguran yang membina tapi kalo setakat nak berkata baik jangan nanti memakan diri sendiri.
Jika di Semenanjung kita boleh aplikasikan tenaga RELA untuk membantu usir PATI kenapa tidak kita gunakan di Sabah... lagi pun kita satu negara apa nak dibezakan....mungkin dari segi pelaksanaan berbeza sebab faktor gorgrafi dan keperluan.... itu sumandak yakin.

Jumaat, November 28, 2008

MINIT MESYUARAT / BLOGGERS PEMBELA NEGARA BIL 5/2008

Tarikh : 27 November 2008 Khamis malam Jumaat
Masa : 9.00 mlm hingga 12.00 mlm

Tempat : http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara

Kehadiran : 31 online

1. PanglimaCyber
2. Cheguman
3. Che Moq
3. Ahlang
4. Fazrulls
5. Selendang_delima85
6. Dr Nov
7. Chegu Man
8. Bro Jingga
9. Zealforce
10. Mizi24
11. Perjuang Bangsa
12. Abg Tuah
13.Warga Borneo
14. Apai_nye
15. Summadaksabah
16. Taipingmali
17. Sang Tawal18. Slumber ahli sidang lain bertaraf guest dan tidak dapat dipastikan namanya..
BIL AGENDA TINDAKAN
1. Ucapan Speaker

Ucapan ringkas dari PanglimaCyber Selaku Speaker Dewan. Membincangkan untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi Dan Exco setiap Negeri. Setiap ahli membuat cadangan dan dipersetujui
Semua Ahli.

2. Perlantikan AJK
Ahli sebulat suara telah bersetuju melantik ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dicadangkan dan ahli yang dilantik akan ditetapkan sehingga ada aduan dari pihak yang tidak berpuas hati barulah undian akan dibuat semula.
1.1 Antara AJK yang telah Dilantik ialah:
Penasihat – DR Novandri
Speaker – Panglima Cyber
Timbalan – Cheguman
Setiausaha 1 – Che Moq
Setiausaha II – Selendang Delima
Biro Multimedia – Desprado
Biro Pemuda –Fazrulls
Kelab Senator – Zealforce
Biro Seberang Laut – Azzuhrie ( wakil Kelab UMNO Mesir )
Exco Negeri :-
i. Perlis-
ii. Kedah-
iii. Pulau Pinang – Pejuang Bangsa
iv. Perak- Taiping Mali
v. Selangor- Melayu Sepang
vi.Wilayah Persekutuan – Bro Jinggo
vii.Negeri Sembilan –
viii.Melaka-
ix.Johor- Jebat
x.Pahang-
xi.Terengganu-
xii.Kelantan-
xiii.Sabah- Sumandak
xiv.Sarawak- Apai Ngelai
2.2 Semua Ahli berpuas hati dengan perlantikan tersebut.
2.3 Manakal jawatann yang masih kosong akan diisi pada mesyuarat yang akan datang..
Semua Ahli

3.Membuat Peraturan Forum

3.1Membincangkan untuk menetapkan peraturan-peraturan tertentu bagi mengelakkan berlakunya salah faham antara ahli-ahli.

3.2 Perbincangan tertumpu pada penggunaan ayat-ayat yang ditaip secara penuh SEMASA SIDANG bagi menggelakkan ketidakfahaman ahli-ahli yang lebih senior.
3.3 Peraturan lain akan ditetapkan dan sedang dirangka oleh Che Moq selaku setiausaha 1 dan juga Panglima selaku Speaker.

3.4 Cadangan

3.4.1 Satu Cadangan telah dibuat oleh Selendang Delima iaitu setiap ahli yang baru menyertai Forum hendaklah memberi salam dan memperkenalkan diri serta menyertakan Blog mereka.Cadangan diterima. Semua Ahli
4.Mengadakan Mesyuarat Pada hari Yang Ditetapkan

4.1 Membincangkan tentang hari-hari tertentu untuk mengadakan perbincangan

4.2 Speaker Dewan iaitu Panglima Telah memaklumkan hari Isnin Rabu dan Jumaat sebagai hari perbahasan seperti mana yang dipersetujui semasa mesyuarat sebelum ini.

4.3 Hari Selasa,Khamis dan Sabtu sebagai Hari untuk membincangkan soal Organisasi BPN.

4.4 Semua Ahli bersetuju
5.Logo

5.1Membincangkan logo Forum BPN.

5.2Cadangan Ahli:-

i Logo yang ada dibuang Jata Negara
ii Diletakkan Al-Quran diatas Rehal
iii Keputusan yang diambil iaitu Al-Quran di atas Rehal dan keris dibelakang dikuruskan sedikit badan logo tersebut
iv.Perubahan logo akan dibuat oleh Desprado dan akan di undi malam esok 28.11.2008
Semua Ahli

6.Ucapan Penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan menangguhkan sesi perbincangan ke malam esoknya dan berharap apa yang dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 malam

Khamis, November 27, 2008

LAPORAN RESOLUSI SIDANG PARLIMEN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA NO 4/2008 BERTARIKH 26 NOVEMBER 9 - 11.40 MALAM

Tajuk : NGO bukan Islam tidak patut tentang Fatwa danIsu berhubung NGO anti Islam di Malaysia

Resolusi Pertama : Blogger Pembela Negara mendesak Kerajaan supaya Majlis Agama diberi kuasa lebih luas untuk membanteras NGO NGO yang menentang Fatwa atau memporak perandakan fahaman Islam sebenar di samping menyelaraskan majlis agama negeri-negeri seluruh Malaysia..
Resolusi kedua : Kita kena hapuskan pengaruh NGO seperti Sister In Islam dan NGO bukan Islam yang bersikap anti kepada Islam dengan mendesak kerajaan menyekat gerakan mereka samada di media massa, media cetak atau media eletronik..Jika tidak berjaya barulah dikenakan tindaan keras seperti ISA dan sebagainya.
Resolusi Ketiga : Blogger Pembela Negara juga bersetuju ISA atau Akta Hasutan 1948 digunakan bagi mengekang kegiatan mengganggu ketenteraman awam termasuk menyebar fahaman feminin dan Islam Liberal oleh sesetengah NGO bernama Islam terutama SISTER IN ISLAM kerana menghasut rakyat menentang fatwa walaupun fatwa itu tidak terpakai ke atas bukan Islam.Kami bersetuju bahawa ISA masih lagi wajar di dalam mencegah kemungkinan mudarat besar berlaku serta ia tidak mencabul hak asasi manusia. Atau nas nas agama.
Resolusi Keempat : kerajaan perlu menyiasat dengan teliti semua NGO bernama Islam atau tidak, bagi memastika mereka tidak menjadi proksi barat yang ingin menghancurkan kemurnian akidah umat islam di malaysia.
Resolusi Kelima : Semua blogger perlu menyedarkan umat Melayu Islam di Malaysia tentang bahayanya fahaman Islam Liberal oleh Sister In Islam ini, terutamanya yang turut diperjuangkan oleh pemimpin pemimpin PKR sehingga menjadikan Islam sudah jauh berbeza dari akidah dan syariatnya yang asal.
Laporan disediakan oleh,Panglima Perang Cyber

Rabu, November 26, 2008

Laporan ke III Sidang Maya Blogger Pembela Negara

LAPORAN PERSIDANGAN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA 4/2008
bertarikh 24 NOVEMBER 2008 HARI SELASA.

Sidang Parlimen Blogger Pembela Negara ( BPN )semalam telah dihadiri seramai 17 peserta termasuk pemerhati. Jumlah ini menyamai rekod sebelumnya dan ada yang hadir merupakan buat kali pertama.

Sidang yang sepatutnya membahaskan tajuk Hudud antara arah PAS dan sikap UMNO ditangguhkan oleh majoriti memandangkan ahli merasa ia satu tajuk yang berat dan memerlukan masa yang banyak untuk mengkajinya.

Semakan terkini bagi blog ahli baru yang mendaftar boleh dilihat di senarai blog induk BPN atau di blog Speaker Dewan Parlimen Blogger iaitu Panglima Perang Cyber
Berikut antara agenda yang telah dibincangkan :

1. Logo diterima sebulat suara dan turut dihadiri perekanya iaitu Desperado Blogger Pilihan Anda,,,Namun keputusan berubah kemudiannya apabila Dr Novandri Blogger Minda Intelek mencadangkan untuk mengubah kedudukan keris dan juga saiz. Ahli lain turut sependapat dan mencadangkan untuk warna yang lebih terang lagi.

Serta dimasukkan kalimah Allah dan Rasulullah dalam logo seperti komen SangTawal dalam blog Penembak Tepat . Cadangan ini harapnya dibaca oleh Desperado dengan hati terbuka dan sedia berkhidmat demi negara.

2. Desperado juga dilantik mengetuai Biro Multimedia bagi menjadi pakar rujuk kepada permasalahan IT para ahli BPN..Memandangkan kemahirannya di dalam bidang tersebut.

3. Selendang Delima seorang peserta bertaraf Senator ( kerana tidak ada blog ) turut dilantik sebagai Biro Promosi pasukan BPN ini..

4. Sumandak Bayu dipilih sebagai Exco Negeri Sabah. Yang lain belum ada cadangan dan perlantikan lagi setakat ini.

5. Semua besetuju agar ahli ahli memberi laporan melalui Yahoo Messenger kepada Penembak Tepat selaku Speaket Dewan jika mereka menemui blog yang membuat fitnah atau menghasut untuk tindakan lanjut.

Seterusnya beliau akan membuat pengumuman kepada pasukan untuk buat tindakan sewajarnya samada digerakkan pasukan untuk menjawab kembali di blog ahli dengan membuat artikel atau memberi komen penjelasan beramai ramai di blog tersebut…

6. Ipoh Malay cadangkan dibuat hari tertentu untuk bahas sesuatu tajuk dan juga dibuat nombor untuk setiap resolusi seperti 3/08 untuk rujukan.. Dicadangkan hari Isnin Rabu dan Jumaat untuk perbahasan. Hari lain untuk perbincangan tentang organisasi BPN..

7. Abang Tuah telah dilantik sebagai Biro Etika dan Tatacara bagi mengawal etika blogger BPN agar sentiasa mengikut lunas undang undang negara Malaysia..

8. Dr Novandri dilantik menjadi Penasihat Blogger Pembela Negara dan Panglima sedang menunggu persetujuan beliau…Jika tidak calon lain akan dipilih..

9. Biro Akhbar dicadangkan kepada sidang dengan melantik Ipoh Malay yang sering menulis kepada utusan Malaysia sebelum ini dan sering juga disiarkan artikelnya di sana.Blog himpunan artikel beliau ialah http://tempelak.blogspot.com/
10. Speaker ( Penembak Tepat ) juga dipersetujui untuk membina Yahoo Group bagi memudahkan edaran email sesama anggota BPN bagi melicinkan lagi gerak kerja semua dalam memerangi musuh negara.

Itulah antara hasil permesyuarahan ahli Parlimen Bloggers dan semoga ia akan menjadi asas kepada pergerakan ini untuk terus cemerlang gemilang dan terbilang dengan SATU SUARA SATU ARAH DAN SATU AKIDAH dalam memberi manfaat kepada Agama Bangsa dan Negara.
Diharap semua ahli menyalin kembali laporan ini untuk disiarkan di blog peribadi masing masing...

Sekian.
Laporan disediakan oleh
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com/
KoMen SumANdak: Jutaan terima kasih kat team BPN melantik Sumandak sebagai Exco Ng Sabah.... Insyallah Sumandak akan jalankan tugas yang diamanahkan demi bangsa, agama dan negara....satu pengiktirafan telah diberikan kepada orang SABAH.......

Selasa, November 25, 2008

KemPen TurUN HaRgA BaRANg

Hari ni Sumandak rasa gembira sikit tengok berita kempen untuk turunkan harga barang (klik untuk baca berita penuh)
KOmen Sumandak: Siap Menteri lagi mohon kat para peniaga untuk turunkan harga barang rasanya kalo para peniaga atau pemborong tak ambik peduli lagi saranan Menteri ni rasanya SEGALA kempen yang dilancarkan baik kerajaan mahupun NGOs takkan berhasil.....KITA RENUNGI BERSAMA

RESOLUSI BANTAHAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat.( Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini. )

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.

2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.

3. Setiap individu beragama Islam di negara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.

4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.

5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam

6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.

7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita.

Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang maya pada 24 November 2008.

Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.

Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.Che Moq

a.k.a http://che-moq.blogspot.com
Setiausaha Parlimen Blogger Pembela Negara

Isnin, November 24, 2008

KP HijAU - KonTRovERsi

Nape nak riuh-riuh bila mana JPN perkenalkan semula kad pengenalan 'HIJAU' di Sabah.... ni semua pasal UPKO lah mula nak sentuh isu yang tak seharusnya dijadikan isu hangat di pasaran.
Sumandak yakin kerajaan bila dah perkenalkan KP Hijau mesti ada sebabnya melihat kepada keperluan di Sabah..... Ini bukan bermakna sape-sape pun akan dapat dengan mudah KP 'HIJAU'......agak-agak lah sape gak nak gadai negara dan mudah ja nak bagi warganegara kat orang lain....
Harap orang politik kat Sabah khususnya UPKO fikir dulu jan jadikan isu KP sebagai isu yang boleh menjadi platform untuk jadi glamour tak baik..... Yakin je dengan tindakan kerajaan dalam tangani isu PATI di SABAH....

Ahad, November 23, 2008

RESOLUSI SIDANG BLOGGER 23 NOVEMBER 2008: BERKAITAN ISU HARGA BARANG KHUSUSNYA DI SABAH SARAWAK

Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk “Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?”
Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.
Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:
  1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka.
  2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara wewenang. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah.
  3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persainagn yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna.
  4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan.Panglima Perang Cyber: Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini. Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.

Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Sekian terima kasih.

Disediakan oleh:

CHEGUMAN BLOGGER WAADAT http://waadat.blogspot.com

TEaM BloGGer NeGARa MaLAYsia

Jom kita ramai-ramai sertai Team Blogger Negara Malaysia.
Semalam Sumandak sempat masuk kat Yahoo! Messenger bukan alang-alang lagi kenal dengan YB2 Blogger; semua keluarkan idea yang bernas dan bertanggungjawab ke atas setiap yang mereka katakan.... Walaupun semalam isu yang diutarakan tak banyak bersangkut paut dengan keadaan Sabah tetapi banyak ilmu dan ceta kita boleh dapat.....
Jadi jan lepaskan peluang untuk menyertainya.......

SaBAh MaSih TerDeDah penYakiT BerJAngkit

Pagi-pagi lagi Sumandak terkejut dengan kenyataan akhbar daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad yang menyatakan bahawa Sabah masih lagi terdedah dengan penyakit berjangkit seperti TIBI dan MALARIA.
Punca utama disebabkan persekitaran serta tahap kemiskinan hidup segelintir penduduk di Sabah. Sebaran virus bagi penyakit ini juga lebih terdedah kepada penduduk di kawasan luar bandar.
"Bila kemudahan asas rakyat seperti di kawasan luar bandar
yang mana bekalan air bersih masih lai tidak dapat diperolehi maka
keberangkalianb jangkitan malaria dan tibi berlaku di kalangan mereka ini".

(Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad 23/11/2008: New Sabah Times)
Dr. Abdul Latif turut berkata bahawa kementeriannya akan menambah kemudahan peralatan bagi setiap bangunan kesihatan kerajaan menggunakan peruntukan khas di bawah projek Pakej RM200 K menerusi peruntukan pembangunan semula.
Sebanyak 186 buah bangunan Klinik Kesihatan di seluruh Sabah akan menerima suntikan dana tersebut. Sumandak suka baca bila Dr. Abdul menyatakan bahawa geografi Sabah tidak sama dengan Semenanjung dan atas faktor ini Sabah mendapat perhatian lebih sikit (tidak banyak) daripada Kerajaan Pusat.
Komen Sumandak: Harap projek ini berjalan dengan lancar dan dapat tingkatkan kualiti hidup penduduk Sabah sebelum menjelang 2010 iaitu tahun sasaran untuk mensifarkan peratusan kadar kemiskinan di negeri ini.

Sabtu, November 22, 2008

ForMULA BarU PKR TaWAN SaBAH

Terlalu awal untuk Bro Anwar meletakkan formula baru mereka untuk tawan Sabah mahupun Sarawak. Kalo setakat melihat formula tersebut boleh digunakan 100% di Semenanjung tidak semenstinya boleh digunakan di Sabah...
Sumandak yakin pada hari ni kedudukan ahli SAPP juga bukannya kukuh. Dah ramai pengikut kuat atau kanan dia dah beralih arah nak cari makan lah katakan.....Anwar pada hari ni dah buat kenyataan bahawa beliau yakin dapat satukan barisan pembangkang di negeri ini....untuk dijadikan perlawanan bertemu dengan calon BN 1 lawan 1.
Sebenarnya formula ni dah mula digunakan kat Sabah oleh PKR pada PIRU ke-11,2004. Tapi tak menjadi sebab terlalu banyak calon PKR yang tak bersatu hati dan sehingga hari ni pun sama juga... Ansari dengan penyokong sendiri apa lagi Jeffry Kitingan dengan penyokong sendiri masing-masing nak tunjuk kuat....
Sumandak pernah bertemu dengan Ketua Wanita PKR Sabah... beliau pun pernah 'tercakap' kedua-dua individu ini susah nak bekerjasama tapi apa pun kita tunggu dan lihat formula Bro Anwar..... yelah dah nak mengaburi niat bentuk kerajaan baru dengan isu terkini pula nak satukan barisan pembangkang di Sabah.....

Rabu, November 19, 2008

KeMeLUT WaNiTA UMNO

Wajar atau tak wajar untuk kita bahaskan isu Kemelut Wanita UMNO? Bagi Sumandak kalo dah peringkat akar umbi nak perubahan memang wajar untuk jawatan ini dipertandingkan semula. Lain pula cerita bila perlawanan yang bakal diadakan atas kehendak ahli UMNO sebaliknya...
Wajarkah juga PM masuk campur untuk tangani isu ni.....Preiden UMNO dah keluarkan kenyataan akan 'menyelesaikan' kemelut dalam pergerakan wanita parti ini sebaik sahaja beliau balik dari mengadakan lawatan rasmi ke dua buah negara di Asia Tenggara.
Tujuan utama campur tangan Presiden UMNO untuk mengelak dari perpecahan di kalangan ahli dan memastikan perpaduan masih lagi utuh di kalangan ahli.... JIka ini yang akan berlaku wajar ke Wanita UMNO kita sanjungi semula di mata kita jika isu dalaman sendiri tak dapat nak ditangani dengan bijaksana.
Wajar atau tak wajar hanya di tangan semua ahli UMNO khususnya wanita yang akan menentukan 'kewajarannya'. Walau bagaimanapun, Sumandak yakin Wanita UMNO masih lagi kuat walaupun ombak tsunami dikatakan oleh pihak pembangkang dah mula meretakkan 'Tembok China' yang dibina oleh para pemimpin besi WANITA UMNO.

Selasa, November 18, 2008

JuJUR tak JuJUR......

Lama juga Sumandak tak N3 blog ni buzy dengan tugas rasmi tau jelah dah tak ada Ketua Jabatan; kena lah tunggu sehingga ada penganti dan pada masa yang sama tugas perlu diteruskan cuma beban tu makin bertambah...

Walaupun Sumandak sibuk dengan tugas harian yang diamanahkan; Sumandak tak pernah lupa dengan kawan-kawan yang sentiasa menghadapi cubaan hidup... (macam jelah Sumandak tak ada cubaan hidup)... tapi orang kata masalah orang kita cepat sangat dan bijak tangani dari masalah sendiri.... DR pun tak akan ubat diri sendiri dia akan merujuk jugak kat DR lain...
Balik pada cerita 'JUJUR TAK JUJUR'.... benda ni cukup 'SUBJEKTIF' bila kita tanya kat simpulan A dia akan cakap macam ni.... (bila dengar hish betul jugak) tapi bila jumpa simpulan B dengan hujah lagi mantap lagi lah betul... JAdi tak ada siapa yang boleh tentukan mana yang betul atau salah..... Cuma yang dapat buktikan sikap jujur kita...
Tapi semua ni lambat sikit lah nak dapatkan hasil dia... kalo kat filem dalam 45 minit kita dah tahu sikap pelakon tu jujur ke dia atau sebaliknya... tapi manusia perlukan masa yang lama; sama ada setahun, sebulan, seminggu atau paling teruk seabad......
Sumandak terpikir juga baik guna teknik Sumpah 'MUBAHALAH ' tapi boleh kah Encik Ramlang tentukan sumpah orang???? Pening jugak Sumandak bila memikirkan isu ni... ape pun nak tanya kat teman blog ape yang PERLU SUMANDAK BUAT???

Isnin, November 10, 2008

PerSIaPAN MaJLIs PerPIsaHAn

Hari ni Sumandak entah macam mana dengan hati yang rela nak jadi MC masa majlis Perpisahan..... tak sangka sungguh yang selama ni kalo boleh pekenakan orang je... mungkin nak bagi kenangan terakhir dengan Ketua Jabatan yang hanya 3 hari saja lagi bersama kami di Jabatan...... (sedih bila nak cakap pasal ni)..... Tapi orang kata setiap pertemuan pasti ada perpisahan... patah tumbuh hilang berganti.....

Ape pun memang tujuan Sumandak n3 blog ni nak lepaskan tension dah lah memikirkan persiapan majlis Perpisahan kena lagi siapkan 3 report nak bagi bos kat cawangan Sumandak kerja......due date esok pagi b4 10.00 pagi..... nampak gayanya siap tapaulah kerja di rumah dan buat sampai pagi (hehehe itu pun kalo tak ngantuk).....

Yang penting kena enjoy masa buat kerja.... masa yang sama Sumandak tak sempat pula lagi nak jenguk-jenguk blog rakan-rakan yang sama-sama berjuang menegak kebenaran demi BANGSA,AGAMA dan NEGARA...Tak pe lah Sumandak bagi sokongan 100% kat rakan-rakan untuk terus berjuang sebab BAPA kepada PEMFITNAH Blog dah bebas dari tahanan ISA.... skarang ni dia dah dabik dada kononnya beliau benar dalam isu yang dia bawa......KITA TUNGGU DAN LIHAT kebenaran pasti terserlah juga akhirnya.....

Ahad, November 09, 2008

Jeffrey KiTinGAN mula BerSUAra MeNGENAi GAS Asli - KIMANIS

Sumandak dah agak dah bila Dompok berlagu menyanyikan Gas Asli; Kimanis, Jeffrey Kitingan akan mendodoikan lagu yang sama....... cuma lirik dia ada sumbang sikit lah yang semakin nak meracuni pemikiran rakyat Sabah.... (sila klik untuk berita penuh)
Dah UPKO kata dengan jelas apabila Kerajaan PUSAT buat aje keputusan yang positif pasal projek ni maka UPKO akan terus berada dalam Komponen BN.... tapi kalo lagu yang dibawa oleh PKR Sabah macam ni tak mustahil akan ada lagi tuntutan yang bakal di bawa oleh UPKO kita tunggu dan lihat......
Kadang kala kalo kita nak tengok individu tu berjuang demi parti kita akan nampak hasilnya tapi kalo sebaliknya perjuangan peribadi lagi lah kita bukan setakat nampak tapi siap dengan hidu lagi pergerakan mereka..... hanya menungu masa yang sesuai

900 KES aDUan PolitIK WaNG-UMNO

Nilai 9 kes dibandingkan dengan nilai 900 kes kira banyak tu....... dengan nilai 900 sama ada kita tukar kat nilai mata wang ambik jalah nilai Ringgit Malaysia; Sumandak boleh beli I-Pod MP4 lepas tu santai kat tepi pandai tengok matahari terbenam sambil dibuai dengan lagu-lagu pilihan Sumandak....... (jadilah kenangan terindah)......
Tapi berbeza keadaan apabila aduan sebanyak 900 kes dikemukakan sepanjang mesyuarat Bahagian UMNO tahun ni ........kira betoilah dan Sumandak pun setuju benar cakap Bro ASPIRASI BANGSA ahli UMNO kini dah mula sedar isu POLITIK WANG yang boleh meghancurkan parti keramat di negara ini jika tidak dibendung dengan lebih awal lagi.......
Cuma persoalannya sape yang sebenarnya bawa anasir ni masuk kat dalam budaya UMNO.......biasanya ahli ni menerima apa yang diberi daripada atasan baik arahan, dasar mahupun peraturan yang dibuat.... Bukan Sumandak nak buka pekung didada.... tetapi realitinya sampai ke hari ini Sumandak masih lagi samar budaya ni datang dari mana.....
Rasanya bukan UMNO saja yang mengalami isu ni tetapi juga bila ada saja mesyuarat agung baik parti GERAKAN, PBS, MIC dan MCA isu ni tetap akan diutarakan sebagai isu utama dalam memperjuangkan aspirasi parti yang sebenarnya......
Ape pun dengan nilai '900' dah boleh membuktikan bahawa ahli UMNO mula sedar bahawa untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam apa juga parti perlu ada pengorbanan dan kesedaran yang ikhlas; TAHNIAH kat ahli UMNO yang semakin bangkit perjuangkan apa yang sepatutnya diperjuangkan......

Sabtu, November 08, 2008

SaBAH antara TIGA neGeRI PenGeluAR MinYAk dan GaS MalaYSia

Akhirnya selesai jugak isu gas asli di KIMANIS......(berita penuh)
Skang ni rakyat Sabah tak perlu lagi tuding kerajaan Pusat tak ambil peduli nasib kita ye.......
KoMEN SuMANDak: Macam terhidu bau 'udang' pulak dalam tindak tanduk DomPok atau hanya perasaan Sumandak je......(hish tak baik prasangka dengan orang)

Jumaat, November 07, 2008

PrOJEk GAS ASli KiMAnis SeMaKIn HanGAt

Bukan setakat UPKO dah bersuara kini pemimpin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) turut menyuarakan agar kerajaan pusat mempertimbangkan semula projek Gas Asli di Kimanis; sama ada patut atau tidak patut diteruskan.... apa faedah yang akan diperolehi oleh rakyat Sabah?.... (berita penuh)
Kerajaan Negeri perlu memberi reaksi segera dalam tangani isu ni.... bukan ape Sumandak risau kita bertelaga ada yang ambik kesempatan...yelah orang Melayu cakap sambil berenang minum air.....Ape pun kesudahan isu ni kita akan pastikan perjuangan pemimpin BN bukan untuk kepentingan diri tapi demi RAKYAT Sabah...........ITU dah PASTI

BaKAL PenGanTin IslAM WaJIb UJiAN HIV

Dah Tepat pada masanya, bakal pasangan pengantin Islam di Sabah wajib ambik ujian HIV.... nak takut ape ini pun demi masa depan bersama..... kalo negara maju boleh buat kenapa kita tak boleh buat.... lagi pun zaman skang ni semua kena bagi ujian.... baru boleh lepas dalam semua halangan......
(Jika sudi marilah baca berita penuhnya)

UPKO RanCANG Nak KELuar BN

Projek Saluran Paip Gas yang bernilai RM3 bilion dari Kimanis, Sabah ke Kompleks Gas Asli Cecair Petronas di Bintulu Sarawak akan menjadi tanda aras@penentu sama ada UPKO akan terus berada di dalam BN atau sebaliknya.
Pertubuhan Kebangsaan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) telah menyatakan hasrat nak pertimbangkan semula kedudukan mereka di dalam BN jika isu projek tersebut tidak ditangani dengan bijaksana oleh kerajaan Pusat.
Jelas Presiden UPKO lagi, bantahan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk membincangkan isu ini dan bila ada keputusan maka jatuh lah talak atau takliq ke atas BN......kira keras juga kenyataan Tan Sri Bernard Dompok selaku Presiden UPKO.....

"Perdana Menteri sudah memaklumkan pada 31 Mei lalu bahawa projek ini tidak akan diteruskan. Kita akan menyeberang (keluar BN) jika projek tersebut tetap diteruskan," katanya.

Komen SumAndAK: Presiden UPKO ni btoi ke nak perjuangkan kebajikan rakyat atau beliau tak dapat untung dari projek tersebut.....ops talabih sudah Sumandak nasib baik beliau bukan 'Hugun Siau' kalo tidak kana 'sogit' sudah Sumandak satu ekor ayam kampung dan denda RM10 ringgit.

Tip Of BorNEo - SimPAng MEnGaYau









Sumandak baru -baru ni pigi lah kat Simpang Mengayau nak lepaskan penat dah hampir 2 minggu outstation terus...... ni lah hasilnya dengan gambar yang Sumandak ambik... jadi moral ceritanya marilah pigi Kudat.....Cantik......Sumandak jamin 100%


Gambar-gambar ni; masa Sumandak pigi Tip Of Borneo.... bersama geng keras......Tapi masih belum cukup ahli pun dalam 'BIG HORN'....... JADI tak semeriah masa pigi KUCHING.....




Khamis, November 06, 2008

sEtIAp pERtemUAn PAsTI Ada PerPIsaHan

Sebak hati Sumandak bila hari ni kerja.....ape taknya Ketua Jabatan tempat Sumandak kerja sedang menghitung hari; tinggal 7 hari lagi beliau bersama kami... Seingat Sumandak dari awal tahun 2004, Sumandak banyak belajar erti kehidupan dalam sesebuah organisasi...

Hidup kita tak pernah lari daripada mainan Politik.... kat luar jan cakap lagi BESAR POLITIK yang kita perlu hadapi... tapi atas bimbingan beliau kami dapat bersatu... bekerja dalam satu kumpulan dan akhirnya dapat naikkan nama serta imej Jabatan......

Bukan nak angkat kaki....Sumandak tak minat nak angkat kaki ape lagi tangan... sebab hidup kita singkat setakat nak angkat kaki dan tangan baik Sumandak angkat AIRCORN ke... KIPAS ke....di kedai AEON ada gak faedahnya......

Selama beliau berkhidmat dalam jabatan ni... banyak sangat perubahan yang beliau bawah... ikutkan hati dan tenaga setakat empat kerat ni mana larat dengan arahan yang sentiasa bertindih macam buku Perintah AM(tebal bukan main lagi........) Tapi bila dapat selesaikan kerja oiyooooo lega Sumandak siap dengan bangga dan tak percaya Sumandak boleh gak capai kerja tu..... (nilah hasil keyakinan dan dorongan yang disuntik dengan marah hampir 8 jam setiap hari oleh beliau kalo tak capai target yang disasarkan).

Cakap tension....memang tension gila..... (babui di Tambunan pun tak gila macam Sumandak kerja).... kadang kala nak gaduh dengan rakan sekerja pun ada... hehehe ni dah kira talabih tension sehingga tak ingat langgit tinggi ke rendah...semua nak langgar.. ops peraturan kerja tetap tak dapat langgarlah... nanti audit masuk lagi naya.....kantoi periuk nasi.....

Balik bab sedih.... dah lah 2 hari Sumandak demam panas; selang sehari outstation dengan beliau di kawasan pedalaman..... lepas tu sampai-sampai je kat opis hari ni tepat jam 7.30 pagi.... kerja dah menunggu.... terpaksa la lagi buat OT dengan rela hati.... kertas kerja beliau kena selesaikan sebelum esok..........tak pe lah walaupun hati sedih arahan beliau kena layaaaaan macam FAFAU dan FBI cakap........

Seluruh warga dalam organisasi ni cukup sedih bila beliau sentiasa kata teruskan perjuangan walaupun beliau dah tak ada sama........ (WAaaaaaaaa nak nangis dah tapi semangat tetap ada.) Ape pun SUMANDAK doakan kesejahteraan beliau sekeluarga.... kami halalkan makan dan minum beliau, kami halalkan segala marah beliau dan kami halalkan segala perbuatan beliau dalam memastikan kami menjadi pekerja perkhidmatan awam yang sememangnya cemerlang walaupun tak dapat anugerah cemerlang (yang penting ikhlas; satu ibadah dalam kerja)......

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.... Jangan tangisi setiap perpisahan kerana yang pasti hikmah daripada-NYA akan menjanjikan pula satu keceriaan dalam kita mengharungi liku-liku kehidupan..... Gajah mati meninggalkan bangkai, manusia pergi akan meninggalkan namanya......ITULAH erti KEHIDUPAN kita....

Rabu, November 05, 2008

16% kADAr KemISkiNAN di SaBAH berJAYA diTUrunkan

Besar juga 16% kadar kemiskinan yang dapat diturunkan berdasarkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), berbanding 23.0 peratus dalam tahun 2004. Manakala kadar Kemiskinan Tegar telah mencatatkan penurunan kepada 3.7 peratus bagi tahun 2007 berbanding 6.5 peratus dalam tahun 2004....
Satu pencapaian yang cukup kita boleh banggakan sebagai rakyat Sabah.... Sumandak yakin ni semua hasil daripada strategi dan pelbagai program yang diusahakan oleh kerajaan negeri. Diharap peratusan kadar ini akan dapat lagi diturunkan bukan ape sedih btoi hati Sumandak bila Sabah tersenarai antara negeri yang masih mempunyai kadar peratus rakyat termiskin di negara ini........
Sumandak suka melancong kat tempat orang tapi lebih minat bila melancong kat tempat sendiri....Sepanjang lawatan Sumandak dibeberapa kawasan seperti Kinabatangan, Ranau dan Keningau; Sumandak harap agar Kerajaan Negeri dan Pusat perlu melihat lagi kawasan pedalaman Sabah yang masih perlukan pembangunan khususnya kepada infrastruktur dan keperluan asas.....
Sumandak lihat masih ramai lagi penduduk pedalaman Sabah bergantung penuh kepada air graviti....air sungai..... lampu solar....lampu pam.... lampu generater........dan yang utama jalan raya yang perlu sangat-sangat dinaik tarafkan.... Harap suara Rakyat dapat didengar.....

KeLUAR DeWAN Nak TunJUk Protes - MP

Sumandak tak paham sangat lah peranan MP 'side' Pembangkang ni.......kalo pun tak suka cuba dengar dulu ape nak diperkatakan/disampaikan oleh Menteri Kewangan kita........kata nak bantu baiki ekonomi negara kalo dok keluar je dewan tunjuk protes sampai bila nak buktikan pada rakyat yang korang nak perjuangkan nasib rakyat.....
Dulu isu naik minyak bila dah kerajaan Pusat turunkan harga minyak tak pun cakap terima kasih malah cari lagi isu yang hangat dipasaran... skang pula keluar beramai-ramai... dah lah tu Bro n Sis MP.....Rakyat dah penat bah tengok sikap kebudak-budakan korang cuba lah matang sikit bantu cari penyelesaian nak baiki keadaan negara......
Kalo negara tak aman.... ekonomi merundum jatuh.... sape gak susah......(FIKIRLAH)

20 UsaHaWan SABah TerIMA BaNTUAn

Syabas dan tahniah kepada 20 usahawan luar bandar dari seluruh daerah Sabah mendapat bantuan RM400,000 dari kerajaan untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Setiap usahawan yang terpilih akan mendapat maksima sebanyak RM20,000 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW). (Berita penuh klik di sini)
Usahawan ini turut dikatakan akan mengusahakan perniagaan mengikut bidang yang mereka ceburi..... hebat sungguh.... peluang dah kerajaan bagi diharap 20 orang usahawan ni dapat mengharumkan lagi nama Sabah.....di samping meningkatkan ekonomi mereka dan dapat juga bersaing secara sihat dengan usahawan d seluruh negara.

Selasa, November 04, 2008

HarGA MinYAK TuRUN Tapi BeBAn RaKYAt maSih NaIk

Gembiranya hati Sumandak bila baca berita harga minyak turun lagi.....dan tak lama lagi rakyat akan merasai penurunan harga barang keperluan dan pengangkutan (bas ekspress dan teksi)....
Tapi semangat berkobar-kobar dan keyakinan Sumandak bahawa harga akan turun macam juga harga minya turun merosot bilamana teksi masih lagi mengekalkan harga semasa mengalami kenaikan harga minyak.... kalo barang keperluan jan lagi la cakap.....
Sampai hari ni juga Sumandak tertanya-tanya adakah disebabkan Sabah ni jauh dari Pusat Kerajaan (Semenanjung Malaysia) yang selalu kena pantau..... tapi tak adil lah memang kalo dulu orang Sabah terima aje keadaan seadanya tetapi sampai bila.... kalo ikutkan kos hidup kira di Sabah pun makin tinggi juga terutama di kawasan pusat Bandaraya........
Sumandak harap sangat isu ni dapat ditangani segera........ RAKYAT dah Semakin Muak bila dasar kerajaan dah keluar tapi ada negeri yang masih tercicir dari amalan dasar tersebut...... MARI RENUNGI bersama.......

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"