Jumaat, Januari 30, 2009

PAIRIN bawa Usul UnDang-UnDanG AntILompAt


MASANYA UNTUK UNDANG-UNDANG ANTILOMPAT PARTI,
KATA PAIRIN

Sumber: New Sabah Times Online ; 30th January, 2009
KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya untuk difikirkan secara serius bagi meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memberi laluan kepada pelaksanaan antilompat parti, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

“Kita banyak menyaksikan ketidakstabilan politik di masa lalu. Kini masanya untuk mempertimbangkan cadangan ini.

“Dengan adanya peruntukan undang-udang antilompat parti dalam perlembagaan, kita dapat melaksanakan satu lagi langkah ke arah kestabilan dalam landskap masyarakat dan politik kita,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Pairin yang juga presiden Parti Bersatu Sabah berkata beliau akan memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang menyokong pindaan tersebut dibuat dalam perlembagaan persekutuan dan negeri.

Beliau mengulas gesaan Menteri Luar yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada Barisan Nasional (BN) Perak supaya mengadakan gerakan besar-besaran bagi mendesak Anggota Dewan Undangan Ne-geri Bota, Datuk Nasaruddin Hashim supaya meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu yang dimenanginya atas tiket BN.
Nasaruddin telah melompat parti kepada Parti Keadilan Rakyat Ahad lalu.

“Ia merupakan kenyataan yang sangat menarik dan signifikan kerana ia merujuk kepada perbuatan seorang anggota dewan undangan negeri yang melompat dari parti yang beliau bertanding kepada parti lain,” kata Pairin.

Sementara itu, Presuden Parti Liberl Demoktraik Sabah (LDP), Datuk V.K. Liew berkata sebarang percubaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan sukar dilaksanakan memandangkan majoriti gabungan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) di Parlimen kurang dari dua pertiga.

Liew berkata mengikut perlembagaan yang ada, sebarang cadangan untuk menghalang seseorang daripada menyertai mana-mana pertubuhan seperti parti politik adalah bertentangan dengan kebebasan berpersatuan.

“Oleh itu, adalah sia-sia untuk bercakap mengenainya me-lainkan kita melepasi halangan Perlembagaan terlebih dahulu,” katanya di sini kelmarin.

Liew, yang juga timbalan menteri Perdagangan Antara-bangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan beberapa pemimpin Umno untuk memperkenalkan undang-undang anti lompat parti bagi memastikan amalan politik bermoral di negara ini.

Undang-undang anti lompat parti mendapat perhatian beri-kutan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri BN kawa-san Bota di Perak Datuk Nasaruddin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Liew berkata di Sabah, kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang lepas pernah menguatkuasakan undang-undang seumpama itu pada tahun 1980-an tetapi kemudiannya diisytihar ultra vires Perlembagaan Persekutuan kerana ia menyekat kebebasan seseorang berpersatuan.

Di KUALA TERENGGANU, Pesuruhjaya PAS Tereng-ganu Datuk Mustafa Ali berkata undang-undang antilompat parti perlu dilakukan termasuk dengan membenarkan wakil rakyat yang mengosongkan kerusi mereka bertanding semula dalam tempoh terdekat dan bukannya lima tahun seperti peruntukan sedia ada.
KOMen SuManDak:
Kalo dilaksanakan ape pulak reaksi DAP TOTOK..... PAS TOTOK.... PKR TOTOK..... adakah dapat merealisasikan impian ANWAR terutamanya di Sabah.....

3 ulasan:

SOLYMONE berkata...

Salam Sumandak,
Isu lompat melompat ini ada lah perkara lama. Syor untuk peruntukan meluluskan undang-undang antilompat parti dalam perlembagaan ini pun cerita lama. Namun hingga kini maseh belum dapat dimaktubkan. Kenapa?

Saya rasa banyak sebab-sebab yang tersirat menyebabkan undang-undang antilompat ini tidak dapat dijayakan sampai hari ini.

Antara nya, ada lah unsur –unsur ‘ political democratization’. Maksud nya undang-undang ini nanti akan bercangah dengan kaedah Demokrasi atau kebebasan memilih…Paksa.

Kita tahu bahawa politik ini satu proses yang dinamik. Bukan nya boleh di tetapkan. Hari ini lain cerita, esok nya lain lah pula. Tertaalok kepada keadaan dan perubahan kehendak.

Sebagai seorang ahli politik, kita tidak ada ‘Perentah Am’ sebagai garis panduan. Kadang-kadang cakap tipu, janji seribu janji yang berputar belit pun bolih. Saya agak itu lah lumrah nya politik.

Jadi kalau ia nya diketatkan dan dikongkong perjalanan nya maka akan timbul pula limpahan negatif yang akan mengubah artikata politik kepada sesuatu yang bertentangan dengan norm nya.

Contoh nya bila berlaku permasalahan dalam organisasi atau sebuah parti bukan mudah untuk mengenal pasti sama ada kelemahan itu berpunca dari sistem atau individu.

Kalau organisasi itu yang penyebabkan masaalah tak kan organisasi itu pula yang melompat ke organisasi yang lain. Hal ini ada hubungan kait dengan proses yang saya telah paparkan tadi.Ia itu ‘Politik ini ada lah elemen yang dinamik’.

Apa-apa pun terpulang lah kepada pendapat masing-masing. ‘Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih’.

sumandak bayu berkata...

Salam solymone...

macih dengan ulasan pasal ANTILOMPAT.. ape pun diharap politik di negara kita semakin dewasa bukan terikut sangat dengan emosi yang kecewa tak dapat ape2 pastu melompat pula... rakyat yang benggang...

B-Thinker berkata...

Salam sumandak rumandawi..

Pairin lebih memahami keperluan peruntukan perlembagaan Anti-hoplaw, pelbagai pandangan berhubung isu lompat parti.. Negeri Sabah rasanya suda lali dengan isu ini..Selepas Praya 1994 menyaksikan PBS jatuh di sebabkan tindakan lompatparti oleh dua orang ADUN PBS ke BN. Bayangkan di saat kita perlukan kesetiaan kawan2seperjuangan, segelintir kawan2 pula membawa kehancuran kepada perjuangan..ironisnya satu pihak melabelkan mereka sebagai pengkhianat..dan pihak lain pula memberikan penghormatan sebagai wira penyelamat..Terlalu luas istilah permainan politik atas alasan demokrasi???

< Sumandak..tenguk2 kan blog aku ah..baru belajar ba ne, hehehe Tq ah..>

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"