Rabu, Januari 28, 2009

RaMLaNG DaH KeNA PeCAT


BERITA HANGAT DIPASARAN... Saksi Sumpah Laknat oleh Saiful dah kena pecat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)... berita penuh :PEMECATAN RAMLANG
KoMen SumandAk:
Skang kita tunggu dan lihat ape lagi tindakan PKR bila RamLang (Penyelamat Anwar) dah kena pecat.... bukan alang-alang lagi pemecatan beliau sebagai kakitangan awam....setiap pemecatan yang dilakukan oleh mana-mana Jabatan dan Agensi Kerajaan adalah merujuk kepada peraturan dalam PERINTAH AM.....

20 ulasan:

taipingmali berkata...

jadi budak bancuh kopi anwar lah....

Panglima Perang Cyber berkata...

memang patut kena pecat...

lepas ni nak ke Anwar ambik dia jadi calon PKR ?

jadi budak sapu tingkap bolehlah..

senjata terdesak anwar dah kena buang, tapi kenapa lambat sangat?

tapi bagus dari disimpan lama lama.

Razif AR Al-Marbawi berkata...

mst diorang ambik dia ni jadi saksi sumpah Anwar pulak.... wahahahaha

zhang ning berkata...

Wahai TapingMali, Panglima Perang Cyber, & al-Marbawi............

Aku nak tanya sikit .... Ngko ni ISLAM ke kafir?

apesal ngko g sokong perbuatan government g pecat Imam tu ha?

Dia dah bagi statement ari tue kan?
Dia tak nak bersubahat dengan sesuatu yang yang dia musykil.....

Sebab dia menjadi saksi ketika saiful bermubahalah kerana "dipaksa" tanpa sebarang pengetahuan, & makluman lengkap tentangnya!!!

tak apalah kepada Ramlang.... Dibuang di dunia buka apa2 pun jika nak dibandingkan..... di akhirat kelak....

sesungguhnya Ramlang lebih memilih kesusahan didunia... berbanding kesusahan di akhirat...............

aku pun tak faham kepada fanatik2 UMNO..... kita ni orang ISLAM.....
Nak buat komen biarlah berlapik sikit,....

Agama dan Politik ....... kita pilihlah Agama yang lebih UTAMA............

Tanpa Nama berkata...

Sedih mendengar berita yang Ramlang Porigi dipecat. Memang tak patut.... dan ini merupakan satu penganiayaan yang tidak adil di pihaknya....


Gara-gara sumpah laknat, Saiful Bukhary yang memang laknat..... Ramlang diserang dengan kata-kata hina... dimaki.... dan difitnah kerana dituduh bersubahat dengan pihak Saiful untuk mengaibkan dan menjatuhkan Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh. Kecaman dan hinaan yang diterimanya telah memberi kesan kepada diri dan keluarganya..


Dia berada di masjid Wilayah Persekutuan atas arahan bossnya untuk satu majlis tetapi apabila berada di situ, baru dia sedar yang dia telah diperdaya dan dipergunakan. Mau tak mau terpaksalah terus berada di situ untuk menjadi saksi kepada sumpah laknat si Saiful laknat.


Persoalannya salahkah beliau mempertahankan dirinya dari terus dikecam, diftnah dan dihina, sedangkan dirinya tak bersalah. Salahkah beliau menyatakan perkara yang sebenarnya. Bercakap jujur pun salah kah????


Bolehkah dia berdiri di pentas UMNO untuk menyatakan kebenaran tentang peristiwa sumpah yang telah mengaibkannya?? Jangan haraplah....!!!


So, apabila Pakatan Rakyat memberi peluang kepadanya untuk menggunakan pentas mereka, salah kah dia ambil peluang itu untuk membersihkan dirinya dari tuduhan liar yang dilemparkan kepadanya. Mengembalikan maruah diri lebih penting daripada segala-galanya dan dia sanggup menanggung apa-apa risiko yang bakal dia hadapi demi maruahnya!!!


Mungkin juga pada sesetengah orang, timing dia tak kena.... tapi adilkah mereka menelangkupkan periuk nasiknya. Lagak mereka seperti Tuhan.... seolah-olah rezeki beliau ditangan mereka!! Tidak adakah tindakan lain yang boleh diambil daripada tindakan pecat!!! Zalim sungguh kerajaan pada rakyatnya sendiri.


Kerajaan akan terpaksa membayar dengan harga yang mahal atas ketidakadilan dan kezaliman yang telah dilakukan ini. Insya Allah Tuhan akan bayar cash. Mungkin Allah akan balas pada PRU13 nanti!!! Rakyat tidak mudah lupa..... Mereka akan ingat setiap kezaliman yang dilakukan ke atas mereka terutama yang tidak bersalah .....


Pada pihak-pihak yang mendapat manfaat daripada pendedahan berani dan jujur saudara Ramlang Porogi.... janganlah biarkan dia bersendiri memperjuangkan nasibnya. Buatlah apa yang patut dan lakukanlah sesuatu untuk menunjukkan sokongan dan solidariti kita kepadanya.....

Kepada saudara Ramlang Porigi.... bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan putus asa.... terus perjuangkan hak anda. Kami akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anda....
“YA ALLAH ENGKAU HANCURKANLAH MEREKA YANG MEMBUAT FITNAH KERANA PERBUATANNYA INI BOLEH MEMUDARATKAN UGAMA MU DAN NEGARA INI DAN ENGKAU SELAMATKANLAH HAMBAMU YANG BENAR DARI MENJADI MANGSA FITNAH"

Admin berkata...

Padan dengan muka... DAH GATAI SANGAT NAK BERSEMBANG POLITIK bila bertugas sebagai penjawat awam!

Mulut busuk punya imam!

sumandak bayu berkata...

Zhang Ning & Kifli...

Man cuba nak utarakan soalan ni ja kat korang tolong ulas kembali:-

1. Saksi kejadian cuba memutar belitkan fakta patutkah dia menjadi saksi dalam mahkamah.
2. Saksi punya otak nape BIJAK sangat dimanipulasi oleh mana2 parti politik siap naik atas pentas parti lagi...
3. PERINTAH AM dah jelas letak peraturan kepada pegawai awam yang dilarang mengikuti kempen secara terang lagikan bersuluh..
4. Semasa menjawat jawatan awam..biasanya ada sumpah yang dilafaz. Akta Rahsia perlu diikuti tapi ape yang Ramlang dah buat...
5. Rezeki kita bukan ditangan mana2 pihak baik individu, kumpulan atau kerajaan/swasta tapi ditangan-Nya.... kelalaian sendiri mampu menutupkan periuk nasi sendiri. Jadi nape perlu kita sering menyalahkan orang lain.
6. Umat Islam diajar untuk menhormati saudara Islam tetapi nak tanya wajar kah kita berdoa melaknatkan bangsa kita sendiri...(ajaran ape pula ni baru tu Pemimpin PAS lagi yang merajui doa tersebut di Permatang Pauh).
7. Rakyat memang tak pernah lupa itu sebab rakyat di Sabah bijak masi kekalkan kerajaan sedia ada kerana tahu dan pernah rasa seksa di bawah kerajaan pembangkang.

Nilah yang perlu dijawap oleh bro... jawapan hendaklah berfakta jan pula nak auta karang Man tampiling baru tau....(hehehe untuk betoikan otak)

Jeepers Creepers berkata...

Diharap pemecatan dia janganlah dipolitikkan. Tapi memang comform lepas ni PKR mesti canangkan isu ni keseluruh negara.

Terima kasih diatas pendapat anda di blog saya.

Tanpa Nama berkata...

ala berani buat.. beranilah tanggung... jgn la nak kecoh...

zhang ning berkata...

Salam.. Zhang Ning cuba mnjawab...


Soalan (S) Jawapan (J)

(S)1. Saksi kejadian cuba memutar belitkan fakta patutkah dia menjadi saksi dalam mahkamah.
(J) Siapa saksi kejadian? Setahu saya tak ada lagi saksinya... sbb yang terlibat hanyalah si Anwar dan si Saiful... so siapa saksinya? ataupun maksud anda saksi "Mubahalah"? Apa yang diputar belitkannya? Setahu saya... Ramlang Porigi hanya menuntut haknya... sbb beliau dipaksa menjadi saksi "mubahalah" tanpa perbincangan & persetujuan dengannya lebih awal... untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk Surah Al-Imran ayat 3. Dan Surah Al-Baqarah ayat 224 (malas aku nak taip) …..

(S)2. Saksi punya otak nape BIJAK sangat dimanipulasi oleh mana2 parti politik siap naik atas pentas parti lagi...
(J) saya rasa Ramlang Porigi bertindak demikian atas sebab menuntut kembali haknya... kerana beliau dipaksa... bukan atas kerelaanya menjadi saksi... So beliau naik atas pentas just untuk menceritakan hal sebenar... beliau tidak menyebelahi mana2 pihak... (saya rasa kalau lah ada perbincangan awal dengannya utk meminta beliau menjadi saksi dan beliau menerimanya... mungkin beliau tak akan naik pentas) beliau bertindak sedemikian atas sebab "DIPAKSA"!!! Rujuk Surah Al-Imran ayat 77….

(S)3. PERINTAH AM dah jelas letak peraturan kepada pegawai awam yang dilarang mengikuti kempen secara terang lagikan bersuluh..
(J) Ya benar... saya setuju dengan statement ini... Tetapi beliau bertindak atas sebab terdesak kerana tak mahu menanggung sesuatu yang bukan daripada kerelaanya.... dan beliau berhak untuk itu... atas sbb itu, beliau bertindak mmbersihkan nama baiknya kerana beliau tahu beliau menjadi saksi atas dasar "PAKSA"!! w/pun dah terang lagi bersuluh k/tgn k'jaan tak boleh terlibat dalam politik... tetapi atas dasar maruah dan harga diri beliau terpaksa mengenepikan prinsip "perintah am" tersebut.... dalam ISLAM pun dah mention.... Biar kita hidup susah.. berlapar... dahaga... tetapi JANGAN harga diri diperkotak-katikkan dan dipermain-mainkan.... Sila rujuk dan baca kebnyakan hadis Nabi Muhammad S.A.W, yang menggalakkan umat2 nya supaya menjaga maruah diri…


(S)4. Semasa menjawat jawatan awam..biasanya ada sumpah yang dilafaz. Akta Rahsia perlu diikuti tapi ape yang Ramlang dah buat...
(J) Saya dah jelaskan sebelumnya... beliau terpaksa berbuat demikian... kerana melibatkan maruah dan harga diri beliau... Sekiranya anda berada ditempat beliau apa anda akan buat? memilih harga diri @ membiarkan diri diperkotakkatikkan dan dipermain-mainkan? sesuatu sumpah akan batal dengan sendirinya apabila berlaku sesuatu yang MEMUDARATKAN diri orang berSUMPAH... sila rujuk Surah At-Tahrim ayat 2… Undang2 Inggeris pun ada termaktub benda ni… dalam Frustration Contract “Discharge Breach of Contract”.

(S)5. Rezeki kita bukan ditangan mana2 pihak baik individu, kumpulan atau kerajaan/swasta tapi ditangan-Nya.... kelalaian sendiri mampu menutupkan periuk nasi sendiri. Jadi nape perlu kita sering menyalahkan orang lain.
(J) cukup memalukan/menyedihkan dengan soalan ini.... anda masih belum mengetahui konsep Qada' dan Qadar... setiap apa yang berlaku adalah keizinan daripadaNYA... dan usaha drpd perbuatan Manusia itu sendiri... kalau manusia tidak Berusaha mana nak dapat rezki? Soalan anda seolah-olah untuk dapat rezki kita hany a perlu berdoa tanpa berusaha…. Siapa yang salahkan orang lain? Maksud anda dengan Ramlang Porigi? Manakan tidak salahkan orang lain…. Kerana usaha orang memecat beliau menyebabkan rezki nya tertutup… samalah seperti, anda menyatakan “apabila pembangkang memerintah Sabah” menyebabkan ramai rakyat Sabah tertindas… anda turut menyalahkan “orang lain” (pembangkang) dan tidak berpegang pada konsep rezki daripada ALLAH S.W.T.

(S)6. Umat Islam diajar untuk menhormati saudara Islam tetapi nak tanya wajar kah kita berdoa melaknatkan bangsa kita sendiri...(ajaran ape pula ni baru tu Pemimpin PAS lagi yang merajui doa tersebut di Permatang Pauh).
(J) memang tidak wajar..... & mendoakan keburukan orang lain adalah sesuatu yang batil… Tapi boleh tak bagi bukti yang spesifik yang menyatakan Pemimpin PAS berbuat demikian? atau anda dengan sendirinya menjadi SAKSI mendengar apa yang dikatakan itu?

(S)7. Rakyat memang tak pernah lupa itu sebab rakyat di Sabah bijak masi kekalkan kerajaan sedia ada kerana tahu dan pernah rasa seksa di bawah kerajaan pembangkang. (J) saya kurang faham dengan soalan ni... nampak lebih berbentuk "kenyataan" @ "statement" tapi saya nak komen dengan kenyataan anda dalam soalan 5… bercanggah dengan dengan statement soalan 7… Kenapa macm ni? Mana prinsip anda?

*Nilah yang perlu dijawap oleh bro... jawapan hendaklah berfakta jan pula nak auta karang Man tampiling baru tau....(hehehe untuk betoikan otak)
*Siapa yang kena tempeleng? Saya atau anda? Saya cabar jika anda berani untuk publishkan kesemua jawapan2 saya ini dalam blog komentar anda…. Itupun kalau anda anak JANTAN!!!!

Tanpa Nama berkata...

sokong dengan Zhang Ning & Keifli................................

rezqeen hill berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

aku sokong anwar...

aku tengok saiful bukhari tak berapa percaya..

tapi berani juga dia bersumpah ye.

tapi aku naik jugak pentas biar anwar menang di permatang pauh..

jangan kata aku dapat duit..aku ikhlas beb..

aku imam tau...

siapa berani sentuh aku ?

Aku minat Linkin Park..jangan tuduh sebarangan weiii...

tengok friendster aku...ada group linkin park kat situ.

hahahaha

akulah Ramlang Porrahh aka Habiskan Borahhh...

Tanpa Nama berkata...

Sd malas nak campur kenyataan zhang ning betul..kalau kaki tangan kerajaan tak leh ikut kempen nape kakitgn kerajaan kena mengundi?..undang2 manusia leh berubah undang2 ALLAH takkan berubah..kalau SD di pihak ramlang SD pon akan ikut jejak dia..jika SD ikut saluran U..O Sd takkan dpt dedahkan kebenaran..so SD akan cr alternatif lain..yg jelas dan nmpak hny P*R..kita ni sebagai manusia if taksub ngan politik pon kena la agak2..jgn ketepikan agama untuk kepuasan..yg benar tetap benar yg salah tetap salah..nape perlu paksa jadi saksi kalau kita tak relakan...hukumnya mmg tak sahlahkan? sd tak pndai sgt bab2 hukum hakam ni..tpi setakat ni leh la beza lagi mana baik mana tidak..
sd taknk la masuk campur..yg penting SD sokong ramlan..semoga ALLAH sentiasa merahmati beliau..sesungguhnya org yg teraniyaa tu doanya akan termakbul..amin..

rezqeen hill berkata...

Soal dipaksa bukan ukuran sebenarnye, contoh :

Saudara bekeje di sebuah kampeni bkn Islam. Kampeni tu kasik kata putus pilih antara Islam @ dipecat.

Sudah tentu saudara akan pilih Islam. Biarpun dipecat tp Agama tetap nombo 1.

Begitu juga situasi Ramlang, mengapa dia sanggup mengikut arahan bosnye utk majlis tersebut kemudian menghebohkan pd org ramai dirinya dipaksa.

Jika dia diambil tindakan skalipun, dia masih bole memberi sebab musababnya.

Lagi satu masalahnye si Ramlang ni kalo dia tak terlibat dgn ceramah di Permatang Pauh takpa..

Tp sapa suh dia terlibat. Agama & politik kan tak bole dilibatkan skali.

So pdn la muke kene pecat..

'..Ramlang, u're fired !!..'

sumandak bayu berkata...

Zhang Ning... engkau dah buka pekung didada.... TAHNIAH BRO

Tanpa Nama berkata...

Wah!!
Bgusnya komen Zhang Ning, Padan muka ngko wahai Sumandak bayu, muka tak malu....

nak berdebat(((( agak2 la..
klu ilmu sejengkal jangan kan laut hendak diduga..

eeei ,.. uwekkkkkkk
tak malu.....

sumandak bayu berkata...

Salam Anon...

Isu ni terlalu subjektif dia tak objektif jadi perlukah kita 'memadankan' muka bloggers bila satu pihak mengulas menggunakan fakta yang diandaikan olehnya betul....

Ape yang Sumandak kemukakan persoalan kepadang Zhang dan semutapi berdasarkan apa yang Sumandak nampak (mata)dan rasai (pengalaman)sendiri bukan hanya kabar2 angin... jadi LU PIKIR LA SENDIRI....

Tanpa Nama berkata...

hahahaha....ko jgn mo kelentong lg sumandak tua!!!!!

org2 mcm kmu ni tau ckp sya (ckp kosong) tp ndak tau fakta sbb kmu suma ni anjing kerajaan. kalo kerajaan ckp mkan tai tu bagus pn mesti kamu sokong jg....

org zaman skrg bkn mcm dulu lagi....senang2 mo di tipu oleh anjing2 mcm kamu ni..

sumandak bayu berkata...

Biasanya kalo dah melatah sampai panggil orang anjing ni part dah di luar sabar...

Orang yang di luar dari tahap kesabaran adalah orang yang JAHIL dari ilmu dunia dan akhirat.....

Sememangnya orang zaman sekarang cukup bijak dalam menilai sesuatu perkara tetapi ada kalanya kita terbabas juga sebab selagi kita bernama manusia kita tetap akan melakukan kesilapan...

Komen dalam blog SuriaPagi sentiasa terbuka... tetapi jika sebarang komen tidak mempunyai nama pengirim.. rasanya siapa lagi AUTA plus CAKAP KOSONG....

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"