Ahad, April 19, 2009

GUAN ENG@PAKATAN RAKYAT PROVOK BN

Hari ni Guan Eng dengan angkuhnya kata BN tak akan letak calon BN jika berlaku Pilihan Raya Kecik kat DUN Penanti. Guan Eng kata nilah sistem demokrasi kat negara ni. Ewah sedap gak bahasa yang dia gunakan tapi bila kat media massa yang lain Kenyataan isu yang sama PKR pula kata BN takut kalah besar tu pasal tak nak letak calon BN kat DUN Penanti.

Mana satu yang btoi ni? Oh lupa pula Guan Eng ni DAP dan PKR lain parti dorang ni nampak je sebulu tapi tak sependapat. Ape pun PAKATAN RAKYAT jan la paksa BN letak calon kat DUN Penanti.... kami nak tengok gak KEHEBATAN KORANG kat sana. Bila lagi nak tunjukkan kuasa PAKATAN RAKYAT....

Sudah-sudahlah nak provok BN untuk letakkan calon kat sana bukan ape...... sesuai ke juga calon BN diletak kat sana... rakyat dia dah bulat2 bagi muka kat Pakatan Rakyat.... takkan isu rasuah seorang pemimpin PKR mampu gugat KEPERCAYAAN RAKYAT PENANTI kat parti ni... hish jan ba bagitu bagi la peluang g menangkan PAKATAN RAKYAT... dorang ni satu je silapnya tak buat 'skrin test' atau ayat yang sesuai buat saringan calon yang bersih dan tak bersih.... jadi skang ni GUAN ENG kena la BERSIHKAN calon PKR nanti ada lagi yang SUKA HATI letak jawatan... just nak futher study.....

Calon BN ramai gak lanjutkan pelajaran tapi tak lah sampai nak letak jawatan.... jadi AGAK-AGAK la ye....Inngat duit rakyat jangan dibazirkan hanya nak PRK je.....

2 ulasan:

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Teman (org Perak ckp Teman = saya) dok follow ler isu dan situasi yang melanda negeri teman yang tercinta. Follow pun dari jauh jer... tapi bila sampai Tuanku tak perkenankan pembubaran dewan, tergerak rasanya teman nak balik ke Ipoh. Lebih lebih lagi bila dengar update tentang apa yang terjadi kat Kuala Kangsar... Ari Jumaat, lepas kerja terus cargasss... sepanjang jalan perasaan tu bercampur campur... sedih, marah , geram.. semua ada.. Teman rasa Datuk Seri Ir Nizar adalah MB terbaik rakyat Perak pernah dapat. Teman cakap terus terang, Teman memang tolak kerajaan BN.. Bukan kerana parti itu, tapi oleh kerana mereka yang kini menerajuinya...
Pendekkan cerita, sampai di Ipoh, sempat juga teman ajak kawan2 di ipoh pekena teh tarik. Salah seorangnya kawan sekolah dulu. Dia ni Cina, bapanya bekas MP yang pernah bertanding atas tiket DAP. Tetapi kini hanya sekadar menjadi ahli sahaja. Si anak mengatakan dia menyokong penuh kepada pentadbiran PR. Namun, dia berkata tumbangnya PR di Perak adalah kerana perbezaan jumlah kerusi antara parti yang sangat ketara dan sikap Exco2 yang berlagak dan sombong. Si anak ini seperti ayahnya, merupakan penyokong tetap DAP, namun apa yang terjadi memang sudah dijangka jika dilihat akan keadaan dalaman peneraju negeri ini. Si anak bercerita lagi, isu ini sudah dapat dihidu oleh kebanyakkan penyokong DAP yang rapat dengan Exco2 negeri. Setiap kali mesyuarat Exco, kata-kata seperti : - Kita ada 18 kerusi... takkan 6 kerusi jadi bos kita ? - U apa tau ?U belajar tinggi mana ? baik jadik posmen saja. (2 saudara tu Lawyer) Dsb.... - Kita takkan ikut arahan dari kerusi sikit, kita ada 18 kerusi... - U better learn how to walk first ? Setiap keputusan MB dipertikai. “Kita ada 18 kerusi” di ulang –ulang kepada semua exco dan MB sendiri. Setiap keputusan yang bakal dibuat oleh MB, disyaratkan oleh mereka supaya ianya direview dahulu oleh mereka.
Kalau raja dahulu kala memberi dekri (mcm tanda serah kuasa), si dia ini dikatakan sering membawa bulu burung (burung hapa ntah la) di mesyuarat exco dan mengatakan bulu burung ini simbolik kepada kuasa yang diberi oleh rakyat dikawasannya. Angkuh sungguh mereka ini. Bukan kata ada exco yang terasa, orang DAP sendiri pun dah mula menyampah. Ada satu exco ni, dari DAP dah menang 2 term, diorang kasik la jadik exco. Tapi 2 bersaudara ini kata apa kat dia; U better stay at home la (kebetulan dia mmg dah agak berumur) anything when we need u, we will call u.... Dia merungut, kalau ini mcm buat apa jadik exco... kulu kilir naik Camry dari umah ke ipoh jadi seperti passanger jer... driver yang tentukan nak pegi mana...
Si anak bercerita lagi, dia sedih kerana MB sebenarnya tidak dapat mengawal 2 bersaudara ini. Apakan tidak, kalau dibantah, hey... kitorang ada 18 kerusi tau... Betapa angkuhnya mereka, sejurus selepas menakluki Perak, seorang dr mereka membuat remark yang mengatakan kakitangan kerajaan negeri Perak lembab, tidak efisien dan sebagainya. Lalu ditegur MB, kata MB.... “These people now is working for us, they are our staff, don’t simply scold them before we try to change whatever need to be change....”
Si anak ini juga mengatakan bahawa, didalam exco, geng dari behrang dgn changkat jering tu la yang selalu diperlekehkan oleh 2 saudara ini.... setiap kali mesyuarat, suara mereka yang kerusi sikit ini, seperti tiada nilai. Walaupun begitu MB sentiasa cuba untuk mencapai keputusan yang paling baik untuk rakyat. Jenuh jugak la dia bertikam lidah dgn 2 saudara ini untuk capai sesuatu keputusan. Sememangnya pentadbiran Perak didominasi oleh DAP yang dikontrol 2 saudara ini, tetapi mcm mana nak halang mereka ini dari terus menjahanamkan Perak ?? Jadi, oleh disebabkan sukar bekerjasama dan sifat keangkuhan mereka serta asyik diperlekehkan, 2 geng dr behrang dan changkat jering ni tinggalkan PKR. Dari aku terus diperlekehkan dan dihina, ini jer cara untuk mengajar mereka-mereka yang tak sedar diri ini. 2 saudara ini tak sedar, mereka berkuasa disebabkan Pakatan Rakyat. Jadi setiap kerusi adalah penting. Rata-rata Cina di Ipoh merasakan PRU13 PKR akan kurang mendapat sambutan. PAS mungkin dapat mengambil kesempatan keatas keadaan ini. Lim Kit Siang dan anaknya tahu keadaan ini tetapi bertindak berdiam diri atau hanya menyatakan ini hal kerajaan negeri Perak, jadi tak perlu campur tangan mereka.
Teman terpikir, kalau betul apa yg diceritakan, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering tinggalkan PKR demi menghalang Perak dr dijahanamkan oleh 2 saudara ini. Itu jer cara yg ada kalau nak halang. ADUN Changkat Jering tu ex-army, asyik kene lekeh jer oleh Cina.. sure naik darah.. ADUN Behrang kalau tak silap, dia yang buka cawangan PKR di Behrang... dgr crita byk gak yang dia dah buat, tapi bila jadik Exco, kene ikut telunjuk 2 mangkuk ayun ni... Banyak persoalan timbul.... anda nilaikan sendiri, Teman cuma nyampaikan saja... Walla’ Hu’Allam Esok Teman nak pegi umah uncle teman (dia ni org UMNO)... katanya ada cerita tentang kenapa ADUN Bota buat lawak lompat sana sini...... nanti teman ceritakan kalau ada yang nak tahu.... P/S: dgr cerita ketua bahagian DAP Malim Nawar melayu... hmmmm... boleh ler DAP jadik MB plak lpas ni... itu pun kalau menang lagik laa...

sumandak bayu berkata...

Salam rahman.ahchong.muniandy

Tak ada pemimpin yang pemurah bagi tanah selama 999 tahun jadi Nizar ni cukup disayangi rakyat PERAK... kemenangan kat Biukit Gantang sebab tu la juga... tapi hairan undi PAS nape merosot pula kat DUN Changkat Jering dan DUN Trong... kat DUN Kuala Sepetang naik bukan alang-alang... tu kawasan DAP tu.....

Ada kaitan kot ngan ceta bro ni kan..... ape pun TAHNIAH kat rakyat BUKIT GANTANG yang bakal hilang tanah selama 999 tahun

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"