PKR gunakan taktik kotor dalam Pilihanraya kerana sudah terdesak sebelum menghadapi hari pengundian biarpun menyedari mereka ditolak oleh rakyat Sarawak dengan pelbagai cara yang mengaibkan. Sebelum ini mereka menyebarkan risalah-risalahdan cakera padat, antara lainnya menegaskan para pengundi tidak perlu membawa kad pengenalan bersama-sama mereka ketika hendak membuang undi. Ia bertujuan untuk menyusahkan pengundi supaya mereka tidak dapat membuang undi pada hari yang ditetapkan.
Di samping itu, risalah dan cakera padat yang penuh dengan pembohongan itu juga memberitahu Kerajaan telah bertindak mengusir penduduk Rumah Nyawin di Bintulu. Inikah bentuk kepimpinan yang baik untuk rakyat? PKR sanggup menggunakan taktik politik sampah yang dibawa dari kediaman masing-masing bagi memecahkan perpaduan rakyat Sarawak, agar mereka juga ikut menderhaka kepada pemimpin sendiri.
Para pengundi Lubok Antu dinasihati agar tidak terpengaruh dengan isi kandungan risalah, cakera padat yang mengandungi elemen-elemen negatif. Mujurlah rakyat Sarawak tidak mudah terpedaya dengan pembohongan besar PKR yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang keadilan. Itulah wajah sebenar PKR yang hanya tahu memfitnah dan membohong untuk mendapatkan kuasa.
6 ulasan:
ala dah la sore loser!
Sapa yang `sore looserrr' manusia tanpa nama??? Orang yang tidak berani letak nama samaran macam awak atau PKR yang terus kempunan nak ambil alih kerajaan??? Wakakakakak.....
BN kalah tiadapun naik turun mahkamah macam kamu diPKR.. apa lagi PR..!! Bersenang lenanglah kamu sekarang sehingga PRU ke-13,lepas itu...NO MORE FREE TRIP bro..!!
Nak tanya pada kerajaan PR di PP, PERAK(dulu),Selangor dan Kedah.. APA YANG SUDAH KAMU BANGUNKAN / BERIKAN PADA PENGUNDI-PENGUNDI DIKAWASAN TERSEBUT??? BIJI ADALAH...wakakakakak!!! Sampariding samparidok bedukang betul....
uhuh sumandak pkr memang mcm sampah pun...sue uhuh
org tadak internet boleh la hangpa tipu. tu sebab kat semenanjung hangpa kalah. walaupun tv tiap2 hari kata semua bn betui!
Priory of Jenin,
Tu yang ditipu PKR adalah suku sakat dan orang kuat BN. Bukan PAS. Benda macam ni memang kat semenanjung orng melayu takkan percaya sebab diorang lagi taksub kat media propaganda PAS - Harakah yang banyak mempopularkan cerita dan khabar yang yang tidak sahih.
Aku kerap baca Harakah, kebanyakan penulisannya tidak menunjukkan etika kewartawanan yang rasional dalam menyampaikan maklumat dan sering membuat andaian berdasarkan emosi dan prasagka sahaja.
Hasilnya, wujud tomahan dan persepsi kepada penyokong parti ditambah lagi oleh budaya kepimpinan parti yang jumud, taksubkan pemimpin sendiri melebihi batas serta keperibadian seorang yang beragama.
Jika hendak membandingkan kebenaran cerita daripada kedua media fikirkanlah kembali, yang mana satu lebih banyak menyiarkan auta daripada fakta. Akhbar dan media perdana tidak seperti media alternatif pembangkang yang sangat percaya kepada khabar angin yang ditokok tambah dengan cerita gosip bagi memburukkan kerajaan. Ambil satu contoh, apa yang anda tahu tentang kejadian ADUN Terengganu yang seramai 10 orang yang hendak mengusulkan undi tidak percaya kepada MB? Bacalah Harakah, itulah cerita kecil yang diubah suai bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Wassalam.
are you saying MSM are more reliable than harakah or even suara keadilan? whats your judgement? let me be honest here, suara keadilan is also utter shit. lg haram jadah. let me requote something, '3-0 peluang cerah' referring to PR's chance to win the elections. ni kerja psy war old fashioned.
utusan semalam 'melayu perlu bangkit'. ni apa punya seditious act? kalian bole pertahankan lagi?
the best way is to get into actions. observe by yourself.
'ok, org sarawak di pendalaman lagi maju pemikirannya dari org semenanjung yg fasilitinya jauh lebih bagus. jadi pemikiran orang sarawak lagi maju. selamat memperbodohkan diri.'
hidup BN.
Catat Ulasan