Selasa, April 21, 2009

KeNaPa FiLipiNa BERAbis Nak TunTUt SaBah?

Takazut gak Sumandak bila terbaca akhbar hari ni..... ape la bijaksananya seorang ADUN yang cuba nak bincang tuntutan Filipina ke atas Sabah.... Bukan la nak cakap kita hanya biarkan isu ni berlalu tapi kitakan dah masuk dalam Malaysia.... kita ada saluran yang betul kalo pun nak dibincangkan.....

Sumandak cukup bangga ada Speaker yang arif lagi bijaksana dengan kenyataan yang jelas pada ADUN LIKAS selepas mengemukakan usul yang entah ape-ape....

“Walau bagaimanapun pada pandangan saya, usul tersebut tidak perlu disegerakan sehingga menangguhkan perjalanan mesyuarat (persidangan ) hari ini, atas sebab-sebab tertentu,” katanya ketika menolak usul yang dikemukakan oleh Adun pembangkang itu..

Juhar berkata, pertama isu itu(tuntutan Fili-pina ke atas Sabah) lebih wajar ditangani oleha Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Luar disebabkan hal ehwal perhubungan antarabangsa di bawah bidang kuasa kementerian di Kerajaan Pusat.

Kedua katanya. jika masalah itu (tuntutan Filipina ke atas Sabah) dibincangkan dalam persidangan DUN Sabah, ia seolah-olah kita, Kerajaan Negeri dan Kerjaan Malaysia mengiktiraf tuntutan Filipina ke atas Sabah.

“Sedangkan Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia yang berdaulat yang diiktiraf oleh Pertu-buhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Klik untuk berita penuh.....Filipina tuntut Sabah : Sumber New Sabah Times

KoMen SuMaNDak:

Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya; takkan pula rakyat Sabah nak ikut Datuk Liew Teck Chan untuk menJAHANAMkan Sabah hanya untuk perolehi populariti MURAHAN....

20 ulasan:

Tanak Vagu Likas. berkata...

Memang begitulah bila pemimpin sudah kering kontang ideanya. Tanya dia "berapa orang ahli SAPP masih memiliki geran tanah di Negeri China kerana mereka ada dua kerakyatan". Tanya dia segera kerana lepas PRU 13 dia sudah "hangkang" 110% kalah atau tidal lagi diturunkan. Jangan lagi terima Liew Teck Chan masuk BN. Dia juga tidak berharga kepada orang SAPP pada hakikat yang sebenarnya. Dia tidak disukai oleh ramai AMT SAPP.

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa juga, tanya mereka(Sup Ayam/Anjing Panas-Panas)berapa sudah projek pembangunan yang mereka laksanakan sejak keluar dari BN berbanding sebelum keluar BN...kalau itupun tiada..bagus lagi durang kuar BN... bikin habis BERAS NASIONAL saja.

Tuntutan Filipina keatas Sabah.. YOU MUST BE OUT OF YOUR F#@*#@# MIND ..IDIOT!! Wakakaka...

Jangan lupa....ada jualan lelongan TOYOTA CAMRY sekarang ni...Siapa mo beli..MURAH..MURAH!!

iam_khufu berkata...

Kerana status sabah masih lagi kabur, bahkan kerajaan Malaysia membayar USD 1800 sebulan untuk Keluarga Diraja sulu. Kalau Sabah adalah salah satu negeri di Malaysia hentikan pembayaran tersebut.

sumandak bayu berkata...

salam;
Vagu Likas, Jomo Sama Tuaran

Nilah realiti pemimpin SAPP dah keluar dari BN tu senyap je la ni nak bawah satu negeri lagi keluar dari negara Malaysia.... ape hala rasanya PALOI sangat kot otak dorang ni ye...

Atau takut harta kena selongkar dek kerajaan.... ye lah kalo dah keluar dari kerajaan suka ati dorang nak buat ape....

sumandak bayu berkata...

iam_kufu

dalam bloh Sumandak ni kalo nak cakap pasal satu-satu isu yang boleh mempengaruhi orang baik korang baik bukti jan cakap je nanti aku 'indik' baru tau.....

iam_khufu berkata...

sumandak bayu,

Aku tak tahu kau ni bodoh ke bahlol. Benda ni orang Filipina tahu, kerajan Malaysia tahu dan Keturunan Raja sulu tahu, tapi rakyat Malaysia je yang tak tahu. Tu la asyik dengan cerita politik tak sudah2. Ko baca ni

1) http://pgoh13.free.fr/sultan_sulu041004.php. Yang ini dari Reuters

2)http://www.royalsulu.com/issues.html. Laman web rasmi kesultanan sulu.

3)http://politickler.com/2008/12/03/malaysia-pays-rental-for-sabah-to-the-sultanate-of-sulu/comment-page-1/. Ini blog tempatan.

4)http://www.youtube.com/watch?v=jgmAJ0kD5LQ. Yang ini dari youtube. Video asal dari Aljazeera

iam_khufu berkata...

* Ralat

No. 4 ini link youtube yang betul

http://www.youtube.com/watch?v=bVwErDFfRno&feature=related

sumandak bayu berkata...

iam kungfu....

sedap gak ko membahlolkan orang ye...Sumandak bukan aje membicarakan isu politik ada gak genre lain....

Tapi dalam bab ni terlalu ramai yang guna persepsi bukan fakta sejarah kalo silap2 kita di bawah AKTA HASUTAN.. bukan nak takutkan tapi kita ada saluran yang btoi dalam bab hubungan antarabangsa ni...

Jadi muhasabah diri la dulu jan sedap je nak labelkan orang bahlul... memang sesuai 'indik' ko ni.

iam_khufu berkata...

Tu la lain kali jangan sedap je nak indik orang. Kena kat batang hidung sendiri melatah pulak

sumandak bayu berkata...

Sape kata melatah tak ada melatah tapi ape yang dipaparkan semuanya PERSEPSI, Sumandak ingin melihat sesutau fakta yang lebih jelas agar bloggers lain dapat berkongsi ilmu...

Kalo setakat nak tau menyekat orang tak ada hal punya la bro... kalo nak antam keromo ja tu yang sedap mulut bro je cakap orang bodoh or bahlol. ops rasanya tu sesuai ngan bro kot. sebab budi bahasa dah diajar tapi tetap gak dok panggil orang bodoh...

Kalo nak sangat bah meh aku bagi bro PALOI...... ape pun balik kepada isu kita.... ape yang bro bagi tu satu PERSEPSI yang diselang seli ngan sejarah tapi INGAT ADA MANUSIA yang BIJAK MEMANIPULASIKAN FAKTA SEJARAH... kepakaran ni yang Sumandak kata tunjukkan fakta jan nak AUTA.....

Dalam kita berkongsi ilmu, pendapat dan pandangan adakah BIJAK UNTUK kita labelkan orang tu BODOH atau BAHLOL... lu pikir la SANDIRI... tak ada manusia kat BUMI ALLAH s.w.t ni lahir ja ada IQ100.... GUNA LAH BAHASA YANG BAIK SEBAB TU adalah ENTITI YANG selama ni kita HARGAI....

iam_khufu berkata...

Bila aku cakap benda fakta kau kata persepsi. Persepsi itu pandangan. Apa yang aku cakap kat sini fakta. Kalaupun bukan fakta ianya tuduhan bukan persepsi. Mungkin kau tak setuju jumlah yang dibayar oleh kerajaan Malaysia pada waris kesultanan sulu sebanyak USD 1800-00 tapi memang ada sejumlah wang yang dibayar oleh Kerajaan Malaysia pada waris kesultanan sulu. Di dalam Dewan rakyat ada disebut dalam dewan negara ada disebut. Kalau tak percaya sudah. Kau cari dokumen Parlimen ko chek sendiri. Meh sini aku ajar kau, kau bukak website PARLIMEN MALAYSIA. Lepas tu bukak penyata rasmi, pilih DEWAN RAKYAT punya penyata rasmi, lupa pulak aku nak bagi tahu tahun 2007. Lepas tu Bukak BULAN NOVEMBER pilih DOKUMEN 13 NOVEMBER 2007. Baca sampai habis ko akan jumpa jawaban Timbalan Menteri Luar Negeri pasal isu kerajaan MALAYSIA BAYAR duit pampasan pada kesultanan sulu. Jawaban dari Timbalan Menteri Luar Negeri Dato’ Joseph Salang Gandum pada masa itu.

iam_khufu berkata...

Lagi satu aku nak tegur. Kalau tak nak orang guna bahasa tak elok jangan gunakan bahasa tak elok pada orang lain. Ko tengok dalam kotak komen tu sapa yang mula dulu ko atau aku. Bila aku kata ko bodoh ko marah, abis tu ko guna perkataan INDIK tu tak per pulak. Lain kali nak nasihat orang tengok diri dulu bro. memang patut kena indik ko ni

sumandak bayu berkata...

Kalo nak tau sangat 'INDIK' tu ape pi datang Sabah... tu bukan bahasa kasar la hahahah lawak sungguh la hang ni...

Dah Sumandak kata pembayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ada sebabnya.. tetapi ape yang bro high light kat sini satu keadaan yang boleh mengelirukan pembaca terutamanya bloggers...

Komen pertama Bro:- Kerana status sabah masih lagi kabur, bahkan kerajaan Malaysia membayar USD 1800 sebulan untuk Keluarga Diraja sulu. Kalau Sabah adalah salah satu negeri di Malaysia hentikan pembayaran tersebut.

Untuk makluman bro Sabah dah terang-terang masuk Malaysia kalo tak takkan lah kami di Sabah ni menikmati pembangunan dan kemudahan bari dari negeri mahupun persekutuan.

jadi nape pula pertikaikan status Sabah yang masih kabur... kalo pasal bayaran yang dibagi kat Kesultanan Sulu kita kena selami semula fakta sejarah itu yang Sumandak maksudkan... (FAKTA bro FAKTA) jan nak buat ayat GIMIK walaupun kononnya FAKTA...

Lain kali tanya ape makna indik ni terus je labelkan bahasa tu bahasa kasar ape la... Ingat Sabah ni ada 76 suku kaum jadi lain kali kalo masuk blog orang tu bagi salam... ikut la bahasa yang dipakai oleh empunya blog jan main terkam je.. ni lah bukti pemikiran negatif...

Hish tak baik.. kitakan nak kongsi ilmu, bahasa dan budaya...namanya pun ONE MALAYSIA...

iam_khufu berkata...

Sebab apa nak bayar pampasan kat keluarga di raja sulu lagi. Sabah dah ada dalam Malaysia jadi maknanya ianya negeri berdaulat. Kita boleh pertikaikan bayaran tersebut seolah2 Malaysia masih lagi mengiktiraf Sabah hanyalah negeri yang dipajak oleh Kerajaan Filipina kepada Malaysia. Secara tersiratnya Malaysia masih lagi mengiktiraf kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kalau nak tahu status Sabah cuba bawa ke ICJ. Tengok apa ICJ putuskan Sabah untuk siapa.

sumandak bayu berkata...

Iam Kufu...

Nyata sekali ditangan ANDA ada jawapannya tapi cuba nak bagi 'hint' je kat blog Sumandak...

kalo bro BIJAKSANA ape ICJ buat cuba keluarkan... siap ngan sumber maklumat yang bro dapat ye... tak salahkan kita kongsi ilmu...

iam_khufu berkata...

Apa yang ko merepek ni labu,

Apa maksud bila ko cakap

"kalo bro BIJAKSANA ape ICJ buat cuba keluarkan... siap ngan sumber maklumat yang bro dapat ye... tak salahkan kita kongsi ilmu..."

Bandingkan dengan apa yang aku komen sebelum ini.

"Kalau nak tahu status Sabah cuba bawa ke ICJ. Tengok apa ICJ putuskan Sabah untuk siapa."


Apa yang aku maksudkan sampai sekarang Filipina tak gugurkan tuntutan keatas Sabah. Malaysia setiap tahun membayar duit "SEWA" pada kerabat kesultanan sulu. Seolah2 kita mengiktiraf Sabah adalah hak Filipina. Kalau nak adakan perbincangan biarlah dikupas sehingga mendalam.

sumandak bayu berkata...

aku tanya dia soal balik... rasanya haprak sangat la puyu seorang ni dah la aku nak kongsi ilmu dia dok sondol cakap yang bukan2 baik.... jan di layan buang karan aku ja...

DatuRosmai berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
DatuRosmai berkata...

Kerajaan Kesultanan Sulu diasaskan oleh Sultan Shariful Hashim pada tahun 1450.Pada masa itu Negara Filipina masih belum wujud lagi.Selepas Sepanyol berjaya menakluk 4 Wilayah naungan Kerajaan Sulu,Sultan Sulu telah menyerahkan Negeri Sabah kepada British melalui Perjanjian Pajakan.Untuk Makluman,Kerajaan Sulu ketika itu mempunyai 5 Negeri yang berdaulat(Sila rujuk Bendera Kesultanan Sulu 1450-1936).Oleh yang demikian,Filipina tidak akan berjaya menuntut Sabah kerana Sabah telah bernaung dalam Persekutuan Malaysia dan Pewaris Kesultanan Sulu juga tidak pernah mengiktiraf kerajaan Filipina keatas Bekas Wilayahnya.

Tanpa Nama berkata...

Pada tahun 1930, mengikut penjelasan daripada sultan tunku laxamana awang ishak ismail jalil, kesultanan sulu telah membuat tuntutan ke atas borneo (sabah) akan tetapi, telah ditolak oleh pihak mahkamah tinggi jesselton pada ketika itu. Tuntutan kedua pada tahun 1942, manakala tuntutan ketiga pada tahun 1962 dan kesemuanya telah ditolak oleh pihak mahkamah. Perkara ini jelas pada waktu itu walaupun borneo (sabah) adalah di bawah jajahan british akan tetapi, pihak british memang telah mengakui bahawa kesultanan borneo (sabah) memang wujud. Makanya, tuntutan sultan sulu ke atas borneo (sabah) telah ditolak disebabkan sultan tunku laxamana awang ishak ismail jalil bin sultan okk setia pahlawan awang kassim bin sultan awang koyoh bin sultan awang alak betatar telah membuat penjelasan dengan panjang lebarnya kepada pihak pegawai-pegawai british pada waktu itu serta telah dapat meyakinkan pihak berkenaan bahawa borneo bukan tanah jajahan sultan sulu.

Adalah wajar bagi keturunan Sultan Sulu melupakan saja niat untuk membuat tuntutan ke atas borneo kerana mereka langsung tidak mempunyai apa-apa hak untuk berbuat demikian, andaikata keturunan sultan sulu ini membuat tuntutan ke atas borneo hanya kerana mereka mempunyai hak ke atas tanah ini maknanya kita orang-orang bisaya lagi berhak membuat tuntutan ke atas tanah ini,kerana kita adalah Tuan pewaris kepada KESULTANAN AWANG ALAK BETATAR yang mengasaskan kerajaan pemerintahan borneo di bawah kesatuan kaum bisaya.

Selesai lah sudah artikel saya mengenai salasilah susur galur keturunan bisaya. segala yang baik itu datang nya dari Allah dan segala kekhilafan datang dari kelemahan dan kemunduran akal fikaran hamba jua...

WALLAHHU A’LAM BIS SAWAB…

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"