Sabtu, Ogos 23, 2008

BN SaBah LoMpat LaGi

ANGGOTA PARLIMEN SABAH KE PERMATANG PAUH UNTUK NAFI SERTAI ANWAR

Sumber: 22nd August, 2008 (New Sabah Times)

BUKIT MERTAJAM: Galaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjaja dakwaannya akan menjadi Perdana Menteri pada 16 Sept ini kononnya kerana ramai Anggota Parlimen dari Sabah akan menyertai pembangkang, mendorong sekumpulan wakil rakyat dari negeri itu turun padang semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh di sini untuk menafikannya.

Antara yang berbuat demikian ialah Datuk Anifah Aman, Anggota Parlimen kawasan Kimanis, yang kononnya akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pada 16 Sept ini.

Bercakap kepada Bernama di sini malam kelmarin, beliau berkata dakwaan yang dibuat oleh penasihat PKR secara berulang-ulang itu adalah satu pembohongan, penipuan dan penderhakaan kepada negara.

“Oleh kerana saya lantang di Parlimen, mungkin saya dianggap mahu melompat parti,” kata Anifah sambil menegaskan bahawa beliau tidak rela dirinya diperalatkan atau dijadikan sebagai boneka.

Anifah berkata pengalaman rakyat Sabah menukar kerajaan kepada parti pembangkang ketika itu, Parti Bersatu Sabah, pada tahun 1980an memberi kesedaran dan pengajaran kepada mereka untuk tidak mengulangi kesilapan itu yang menyebabkan Sabah jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain.

“Yang merasa keperitan itu adalah rakyat Sabah. Kita tidak mahu penduduk Permatang Pauh merasai apa yang kita rasa selama sembilan tahun bersama pembangkang,” katanya.

Abang beliau, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang turut datang ke sini, berkata bahawa pada pilihan raya umum Mac lepas terdapat pemimpin PKR yang datang ke Sabah menabur bermacam-macam janji termasuk memperuntukkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada rakyat Sabah dan memberi royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri itu.

“Rakyat Sabah rasa terhina seolah-olah Anggota Parlimen Sabah boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Wakil rakyat Sabah lain yang turut datang bagi membuktikan sokongan kepada BN ialah Raime Unggi (Tenom), Datuk Juslie Ajirol (Libaran), Datuk Dr Makin Marcus Majigoh (Putatan) dan Datuk Eric Enchin Majibun (Sepanggar).

Isnin lepas Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga timbalan Pengerusi PKR Sabah, berkata 13 Anggota Parlimen BN dari negeri itu akan menyertai pembangkang jika Anwar menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Menurutnya 13 wakil rakyat itu telah menemui beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan daripada jumlah itu, dua adalah dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan selebihnya dari Umno.

Di Dewan Rakyat, BN kini mempunyai 140 wakil manakala Pakatan Rakyat yang terdiri PKR, DAP dan PAS mempunyai 81 wakil. Seorang lagi adalah wakil Bebas.

Untuk membolehkan gabungan pembangkang itu mengambil alih pemerintahan kerajaan pusat daripada BN, ia perlu menarik sekurang-kurang 30 daripada wakil rakyat BN sekarang untuk menyertainya.

Di Sabah, BN menguasai 24 daripada 25 kerusi Parlimen manakala kerusi Kota Kinabalu diwakili oleh DAP.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pula berkata berdasarkan sistem demokrasi di negara ini, membentuk sebuah kerajaan baru menerusi cara yang diuar-uarkan oleh Pakatan Rakyat itu bukannya mudah.

“Kalaupun dengan andaian (pembangkang berjaya mendapatkan majoriti di Parlimen) atau berlakunya undi tidak percaya, menurut amalan demokrasi biasa, Perdana Menteri yang meme-gang jawatan pada masa itu akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan menghadapi pilihan raya.

“Tetapi saya tidak tahulah kalau ada cara lain. Apa yang didakwa oleh pihak mana pun bahawa sekian hari bulan akan jadi Perdana Menteri, tidak semudah itu kerana apabila kita mengatakan itu demokrasi, kita hormat keputusan rakyat dan keputusan (menentukan kerajaan) itu harus dikembalikan kepada rakyat,” katanya kepada Bernama.

Seorang pemerhati politik berkata tarikh 16 Sept yang ditetapkan oleh Anwar untuk menjadi beliau Perdana Menteri tidak logik kerana pada masa itu Dewan Rakyat tidak bersidang kerana bulan puasa dan dengan itu, undi tidak percaya terhadap kerajaan sekarang, tidak dapat dikemuka-kan.


Komen BerNAs: Ni lah 'kuasa' para Pemimpin SABAH, 9 tahun pengalaman dah kira mampu mengajar rakyat Sabah kerajaan mana yang lebih sesuai memimpin kami. Setakat janji yang ditabur oleh PKR dah tak makan, orang Sabah bijak-bijak belaka yang membangkang tu semuanya disebabkan ada kepentingan diri yang tidak tercapai jadi marah lah.

2 ulasan:

hasipin66 berkata...

rasa boring sangatlah dengan mimpi kerajaan pakatan rakyat 16sept08,tak malu ka berulang kali cakap benda yang semua rakyat Malaysia tau "UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI YANG BOHONG TERLAMPAU".
Tolonglah hentikan pembohongan besar ni,kalau teruskan akibatnya Pakatan Rakyat terus menerus kehilangan kepercayaan.

sumandak bayu berkata...

ANWAR kan terkenal dengan suka cakap bohong jadi rakyat jangan lah pulak diPERBODOHKAN ye.....

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"