Rabu, November 05, 2008

16% kADAr KemISkiNAN di SaBAH berJAYA diTUrunkan

Besar juga 16% kadar kemiskinan yang dapat diturunkan berdasarkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), berbanding 23.0 peratus dalam tahun 2004. Manakala kadar Kemiskinan Tegar telah mencatatkan penurunan kepada 3.7 peratus bagi tahun 2007 berbanding 6.5 peratus dalam tahun 2004....
Satu pencapaian yang cukup kita boleh banggakan sebagai rakyat Sabah.... Sumandak yakin ni semua hasil daripada strategi dan pelbagai program yang diusahakan oleh kerajaan negeri. Diharap peratusan kadar ini akan dapat lagi diturunkan bukan ape sedih btoi hati Sumandak bila Sabah tersenarai antara negeri yang masih mempunyai kadar peratus rakyat termiskin di negara ini........
Sumandak suka melancong kat tempat orang tapi lebih minat bila melancong kat tempat sendiri....Sepanjang lawatan Sumandak dibeberapa kawasan seperti Kinabatangan, Ranau dan Keningau; Sumandak harap agar Kerajaan Negeri dan Pusat perlu melihat lagi kawasan pedalaman Sabah yang masih perlukan pembangunan khususnya kepada infrastruktur dan keperluan asas.....
Sumandak lihat masih ramai lagi penduduk pedalaman Sabah bergantung penuh kepada air graviti....air sungai..... lampu solar....lampu pam.... lampu generater........dan yang utama jalan raya yang perlu sangat-sangat dinaik tarafkan.... Harap suara Rakyat dapat didengar.....

7 ulasan:

KELANA JALANAN berkata...

Sumandak, sahabat seperjuangan ku,
Topik yang Sumandak ‘highlighted’ kan kali ada lah topik kegemaran saya. Jadi nya, saya kena juga keluarkan idea dengan berlandaskan kongsi pengalaman.

Walau macamana pun , dalam isu ini saya memohon maaf kerana sekali sekala saya terpaksa menggunakan ayat-ayat yang berbentuk provokasi. Sama ada komen saya di terima dengan baik atau pun tidak, terpulang lah kepada ‘level of intellectual’ masing-masing.

Now, cerita fasal penurunan kadar peratusan kemiskinan dari 23 ke 16 ini, dengan dukacitanya, saya katakan saya bahawa isu ini maseh lagi saya labelkan sebagai gimik.

Di gunakan semata-mata untuk mengaburkan mata rakyat. Kerana pada hakikat nya rakyat jelata Sabah pada pandangan saya, maseh saperti dehulu, miskin.

Kadar penurunan indek kemiskinan yang di war-warkan, maseh kurang jelas untuk difahami sepenuhnya; antara yang mana satu yang tersurat atau pun yang tersirat.

Dalam persuratan, dikatakan kita sudah kurang miskin. Tetapi dalam masa yang sama, kefahaman kita yang tersirat maseh keliru dengan kadar kemiskinan yang dimaksudkan.

Bukti nya, di kampung-kampung nun jauh disana penduduknya maseh mengalami hidup yang sukar. Belia-belia kebanyakan maseh menganggur. Hidup seakan kais pagi makan pagi.

Walau pun belia-belia sudah mendapat kelulusan yang agak tinggi, namun ibu bapa maseh lagi menanggung sara hidup mereka. Kerana peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka seakan-akan tidak ujud di Sabah. Kata orang, pelik tapi benar.

Untuk jangan dituduh menghasut, dan saperti Sumandak juga; saya telah menjelaja di seluruh pelusuk di Negeri sabah. Merangkumi beberapa bahagian yang terdiri dari zone utara, selatan, pedalaman dan pantai timur.Dengan tujuan untuk mencari fakta.

Seada nya, senario yang sabenar nya maseh berleluasa. Realiti nya, pendapatan nelayan, penurih getah, petani, penanam sayur serta pekerja pejabat, tetap juga tidak berubah. Cuma apa yang berubah ia lah tiap- tiap tahun, anak – anak dan tanggungjawab bertambah. Namun pendapatan bulanan tetap tak mencukupi , kata mereka.

Saperti yang Sumandak tahu dan setuju, harga barang-barang keperluan harian saperti beras, gula , tepung dan daging ayam di kebanyakan supermarket dalam kedai-kedai runcit disana sini, tetap maseh ada yang mahal saperti biasa.

Membuat kita keliru, sama ada lapuran indek penurunan kadar kemiskinan itu betul atau semata-mata sebuah drama. Sana sini kemiskinan dan pengangguran maseh tegar.

Moral cerita yang ingin saya ingin ketengahkan ia lah; apa pun yang berlaku kini, nasib rakyat yang susah tetap bertambah susah. Bilangan pengangguran tetap bertambah.

Situasi ini sungguh menekan rakyat di sini. Kerana negeri tumpah darah mereka tidak dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik serta terjamin.

Itu sebabnya kita melihat penghijraan besar-besaran anak-anak muda Sabah ke semenanjung terutamanya di Kuala-Lumpur.

sumandak bayu berkata...

Salam Kelana,

Sesungguhnya segala fakta dan huraian Bro memang tepat sekali...dan bukan dikatakan cuba menjadi pembangkang dalam menangani isu ini...(hanya sebagai perbicangan kita untuk bersama-sama memastikan rakyat Sabah tidak lagi mundur)

Ada kalanya indeks yang dikeluarkan boleh mengelirukan rakyat yang sering dahagakan berita terkini daripada pihak kerajaan. Sekiranya indek yang diuar-uarkan tidak jelas dan inilah masa yang sesuai 'jarum' pihak pembangkang masuk ke minda rakyat.

Sumandak tak dapat nak salahkan individu atau kumpulan yang dah mula meragui fakta yang dikemukakan oleh kerajaan. Tetapi jika diolah dengan halus diikuti dengan bukti yang sahih.... macam juga orang berbahas setiap fakta yang dikemukakan akan dapat mematahkan setiap persoalan yang dikemukakan oleh pihak lawan.....

Namun semasa jelajah Sumandak ke kawasan pedalaman memang tidak dinafikan masih lagi ramai rakyat tempatan perlukan bantuan kerajaan.... Tetapi kini kerajaan negeri khususnya telah mengorak langkang satu persatu mengenal pasti setiap masalah rakyat daripada 10 ada juga 4 masalah yang ditangani oleh kerajaan. (sekurang-kurangnya ada lah)

Bukan bermakna baru sekarang kerajaan bertindak untuk jaga kebajikan rakyat tetapi zaman USNO, BERJAYA, PBS dan kini BN... dah pun membela nasib rakyat....

Dijadikan cerita juga pemimpin masa BERJAYA; sanggup gadai ape je yang ada pada mereka demi pastikan rakyat selesa.... Sumandak merasai sangat zaman ni....

Yang Sumandak harapkan untuk tangani golongan belia berhijrah ke Semenanjung...diharap kilang-kilang di bawah projek mega SDC dapat dibuka, secara langsung dapat juga tangani isu pengangguran.

Tanpa Nama berkata...

Salam Sumandak,
jika u ada masa nak berkunjung ke Pensiangan. kontek i saja...i bawa u jalan-jalan di Pensiangan ( Nabawan), menikmati kehidupan di rumah-rumah panjang...melihat hutan hutan botak yang pernah menjadi habitat binatang seperti gajah...dan melihat apa itu kemiskinan...

Tanpa Nama berkata...

Salam,
kemiskinan kita di pedalaman adalah disebabkan keciciran dalam pendidikan. Bila kita tanya tentang peluang pekerjaan...apa yang kita boleh tawarkan apabila kebanyakan dari belia di luar bandar tidak sampai ke peringkat menengah. Inilah hakikatnya...
saya akan ulas tentang kemiskinan di Pensiangan melalui www.roziejumat.blogspot.com

rakyat sahaya berkata...

turun??????....

mungkin tidak.....

ko sedar ka yang sekarang suma harga barang naik????

ko sedar ka yang kos hidup sekaraang naik????

ko sedar ka berapa gaji yang di terima oleh rakyat sabah????

kalo fikir2 pakai otakmu yang normal tu....ko rasa2 naik ka turun?????

Tanpa Nama berkata...

berjaya diturunkan??di daerah mana itu??d kota belud masih juga begitu keadaan dia..hurmmm...harga barang keperluan pula makin naik...kasian urang2 kita

Tanpa Nama berkata...

memang di sabah masih miskin.kerajaan BN hanya tahu membuat bangunan yang cantik-cantik tapi sayang mereka tak tahu untuk membela nasib rakyat.sudahlah negeri sabah ini penyumbang terbesar dalam hasil minyak (kira-kira 40%) namun apa yang negeri sabah dapat? negeri sabah hanya diberi 5% saja hasil minyak petronas dan lihatlah hakikatnya masih tak cukup untuk membela nasib orang miskin. sebab itu jika isu 20 perkara itu selesai tentu sabah tak macam ini sekarang.sudahla nak cari kerja pun susah dan kalau dapat kerja pun gaji berapa ja? sedangkan harga barang pula semakin naik!! macam mana mau hidup kalau macam ini?kalau hidup di kota kinabalu anda perlu gaji sekurang2 pun rm 1300 baru selesa sikit.kalau yang dah kahwin pula sekurang2 perlu rm 1800 baru selesa sikit.oleh yang demikian kita semua perlu bersatu untuk mengubah kerajaan sekarang ini dan menumbangkan kerajaan BN pada masa akan datang...!!!

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"