Wajar atau tak wajar untuk kita bahaskan isu Kemelut Wanita UMNO? Bagi Sumandak kalo dah peringkat akar umbi nak perubahan memang wajar untuk jawatan ini dipertandingkan semula. Lain pula cerita bila perlawanan yang bakal diadakan atas kehendak ahli UMNO sebaliknya...
Wajarkah juga PM masuk campur untuk tangani isu ni.....Preiden UMNO dah keluarkan kenyataan akan 'menyelesaikan' kemelut dalam pergerakan wanita parti ini sebaik sahaja beliau balik dari mengadakan lawatan rasmi ke dua buah negara di Asia Tenggara.
Tujuan utama campur tangan Presiden UMNO untuk mengelak dari perpecahan di kalangan ahli dan memastikan perpaduan masih lagi utuh di kalangan ahli.... JIka ini yang akan berlaku wajar ke Wanita UMNO kita sanjungi semula di mata kita jika isu dalaman sendiri tak dapat nak ditangani dengan bijaksana.
Wajar atau tak wajar hanya di tangan semua ahli UMNO khususnya wanita yang akan menentukan 'kewajarannya'. Walau bagaimanapun, Sumandak yakin Wanita UMNO masih lagi kuat walaupun ombak tsunami dikatakan oleh pihak pembangkang dah mula meretakkan 'Tembok China' yang dibina oleh para pemimpin besi WANITA UMNO.
5 ulasan:
salam Tuan Sumandak:
Kemelut Wanita UMNO semakin menarik. Kita semuani bukanlah penyibok tetapi prihatin dengan persekitaran terutama cuaca politik UMNO sekarang ni. Kewajrannya terletak pada kebijaksanaan Mami Izat mengemudikan kapalnya dilautan bergelora. Kalau dia sebagai kapten keputusan di tangan kapten. Kalau dia selama ini sebagai penumpang, sila ikut arahan kapten kapal yang ditumpangnya.Wallahualam
Salam Sumandakbayu,
Sememangnya wajar. Kepada saya kewajarannya adalah kerana saya terlalu sayang dengan NAMA WANITA UMNO YANG MASIH BELUM DISELUBUNGI OLEH BARAH KERANA RASUAH. Kepada pemimpin tertinggi Wanita, perkara ini harus disedari dengan mendalam.
Bahawa sehingga saat ini nama Wanita UMNO masih bersih dari gejala rasuah. Jika Pertandingan berlaku dikalangan jawatan yang utama, kemungkinan perlakuan rasuah akan berlaku tidak dapat dinafikan. Drp keadaan ini berlaku, salah satu cara untuk mengelaknya ialah jangan ada berlaku pertandingan diperingkat tertinggi. Bukan sahaja Wanita, malah juga Puteri.
Salam Kulat...
Kita hanya dapat lihat dari jauh dan jika benar Mami Izat mampu membawa perubahan dalam kepimpinan parti khususnya Wanita... maka rakyat tak salah pilih dan begitu juga sebaliknya... masa depan anak kapal sentiasa di tangan kapten... Harap kapten dapat menentukan arah yang sesuai agar kapal tak hanyut dek arus politik semasa....
Salam Bro bungaraya....
Sukar untuk kita menidakkan penggunaan wang dalam apa juga pertandingan... kalo kita tanya kat budak kampus pun dorang dah pandai dah tanya ada untuk minum petang ke.....
Ni kan pula jawatan penting dalam parti... ape juga parti bila dah mula ada perlawanan Sumandak yakin 'Ringgit' akan dijadikan sebagai 'orang tengah'. Yelah kita nak hidang orang minum mesti ada pulus takkan air liur je....
Seperkara lagi jika kita menuntut tak ada perlawanan bagi jawatan penting dalam parti susah jugak.. Bro kena ingat setiap pemimpin ada kelebihan dan kelemahannya; Kalo kelemahan dah melebihi daripada kelebihan adalah baik kita rombak pemimpin tersebut...
Ahli parti sentiasa ingin pastikan kebajikan mereka dijaga dan hak mereka dibela; Jika kedua-dua perkara ini dah tak diambik peduli oleh pemimpin yang mereka pilih baik tak ada pemimpin...
Jadi wajar lah jika suara anak didengar kerana setiap perubahan bukan membawa makna kehancuran pada parti mungkin akan menambah baik lagi imej parti.... Wallhualam
BUNGARAYA ni,
Salam Sumandak,
Beginilah...
Dalam UMNO siapapun tidak melarang menggunakan 'WANG',
Pengunaan wang tersangatlah mustahak kerana dalam zaman ini ianya berperanan memudahkan segala tindakan kita. Kita guna wang itu:_
1. Mengadakan stationery pejabat kita,
2. Tambang kita ke Kuala Lumpur,
3. Bayaran Hotel Penginapan,
4. Belanja kita untuk minum dan makan,
5. Shopping tekala di K.L,
6. Beli Sejadah untuk sembahyang
7. Beli Berus Gigi dan Colgate.
Itu semua orang pun mengetahuinya.
Bagaimana jika:-
1. Wawng digunkan untuk membeli undi?
2. Wang digunakan calon untuk membayar Hotel Penginapan perwakilan?
3. Wang digunakan untuk bayar penerbangan perwakilan?
4. Untuk bawa perwakilan ke Medan, Jakarta, Bangkok, dan Manila serta ke Eropah melancung?
5. Janji Calon nak bagi lesen itu dan Permit ini dan AP itu ini.
Dalam UMNO, jika kita biarkan ruang dan peluang untuk berbuat demikian tentu berkemungkinan besar Wang akan menjadi senjata utama menentukan kemenangan calon.
Catat Ulasan