Khamis, November 06, 2008

sEtIAp pERtemUAn PAsTI Ada PerPIsaHan

Sebak hati Sumandak bila hari ni kerja.....ape taknya Ketua Jabatan tempat Sumandak kerja sedang menghitung hari; tinggal 7 hari lagi beliau bersama kami... Seingat Sumandak dari awal tahun 2004, Sumandak banyak belajar erti kehidupan dalam sesebuah organisasi...

Hidup kita tak pernah lari daripada mainan Politik.... kat luar jan cakap lagi BESAR POLITIK yang kita perlu hadapi... tapi atas bimbingan beliau kami dapat bersatu... bekerja dalam satu kumpulan dan akhirnya dapat naikkan nama serta imej Jabatan......

Bukan nak angkat kaki....Sumandak tak minat nak angkat kaki ape lagi tangan... sebab hidup kita singkat setakat nak angkat kaki dan tangan baik Sumandak angkat AIRCORN ke... KIPAS ke....di kedai AEON ada gak faedahnya......

Selama beliau berkhidmat dalam jabatan ni... banyak sangat perubahan yang beliau bawah... ikutkan hati dan tenaga setakat empat kerat ni mana larat dengan arahan yang sentiasa bertindih macam buku Perintah AM(tebal bukan main lagi........) Tapi bila dapat selesaikan kerja oiyooooo lega Sumandak siap dengan bangga dan tak percaya Sumandak boleh gak capai kerja tu..... (nilah hasil keyakinan dan dorongan yang disuntik dengan marah hampir 8 jam setiap hari oleh beliau kalo tak capai target yang disasarkan).

Cakap tension....memang tension gila..... (babui di Tambunan pun tak gila macam Sumandak kerja).... kadang kala nak gaduh dengan rakan sekerja pun ada... hehehe ni dah kira talabih tension sehingga tak ingat langgit tinggi ke rendah...semua nak langgar.. ops peraturan kerja tetap tak dapat langgarlah... nanti audit masuk lagi naya.....kantoi periuk nasi.....

Balik bab sedih.... dah lah 2 hari Sumandak demam panas; selang sehari outstation dengan beliau di kawasan pedalaman..... lepas tu sampai-sampai je kat opis hari ni tepat jam 7.30 pagi.... kerja dah menunggu.... terpaksa la lagi buat OT dengan rela hati.... kertas kerja beliau kena selesaikan sebelum esok..........tak pe lah walaupun hati sedih arahan beliau kena layaaaaan macam FAFAU dan FBI cakap........

Seluruh warga dalam organisasi ni cukup sedih bila beliau sentiasa kata teruskan perjuangan walaupun beliau dah tak ada sama........ (WAaaaaaaaa nak nangis dah tapi semangat tetap ada.) Ape pun SUMANDAK doakan kesejahteraan beliau sekeluarga.... kami halalkan makan dan minum beliau, kami halalkan segala marah beliau dan kami halalkan segala perbuatan beliau dalam memastikan kami menjadi pekerja perkhidmatan awam yang sememangnya cemerlang walaupun tak dapat anugerah cemerlang (yang penting ikhlas; satu ibadah dalam kerja)......

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.... Jangan tangisi setiap perpisahan kerana yang pasti hikmah daripada-NYA akan menjanjikan pula satu keceriaan dalam kita mengharungi liku-liku kehidupan..... Gajah mati meninggalkan bangkai, manusia pergi akan meninggalkan namanya......ITULAH erti KEHIDUPAN kita....

4 ulasan:

kulatlapok berkata...

salam SUMANDAK;

APAKHABAR BAH;

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI, YG PATAH TAKKAN SAMA YG BERGANTI, KALAU BOSS KITA ADA SIKAP GIVE N TAKE DENGAN KAKITANGAN BAWAHAN MEMANG TIDAK DINAFIKAN KERJA TU RASANYA MEMNAG SERONOK, SO JIKA KEHILANGANNYA MEMANG TERASA DENGAN SITUASI YG PERNAH SUMANDAK ALAMI,RASANYA UNTUK DIKUTIP SITUASI LALU AGAK SUKAR UNTUK DISAMAKAN DENGAN YG MENDATANG ...WALLAHUALAM.

sumandak bayu berkata...

Salam Kulat,

Sememangnya ni lah ayat-ayat power yang Sumandak nantikan..... bukan nak memuji tetapi realiti kehidupan kita amat sukar untuk kita temui semula seorang pemimpin @ketua jabatan yang boleh kerja samapi larut malam dengan kakitangan, makan beralaskan daun pisah kalo dah di tengah hutan dengan kakitangan...

Yang paling membawa kenangan terindah bila seorang kakitangan yang hendak diambil tindakan tatatertib (bukan salah pegawai tu tapi masalah teknikal) beliau tampil ke depan dan kata 'ambik tindakan kepada aku dulu baru anak buah aku'..... oiyoooo masa tu... baru terbuka mata kakitangan yang selalu aje kecik ati@ terasa ati bila dia marah... marah dia pun untuk kebaikan kami gak.....

Al Capone berkata...

Salam

Satu perkara yang perlu kita semua renungkan adalah KENANGAN TETAP KENANGAN. Ia tidak akan dapat dikembalikan. Ia akan menjadi satu perkara yang indah dan menyentuh perasaan bila dikenangkan. Percayalah....KENANGAN YANG INDAH akan menjadi pendorong kepada kejayaan masa hadapan.

TQ

sumandak bayu berkata...

Salam Al Capone,

Kenangan Terindah akan tetap bersemadi dihayat kita selagi nyawa dikandung badan Bro.....

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"