Sabtu, November 29, 2008

UsIR PATI Guna RELA

Satu cadangan yang baik dan boleh diusulkan guna RELA untuk usir PATI... (berita penuh)
Kita nak tahu juga betulkah pihak berkuasa kita sering menangkap orang yang sama setiap kali operasi dibuat...Sumandak yakin tak ada isu sedemikian rupa ni hanya satu dakwaan yang tidak sahih. Jika benar kenyataan daripada Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedala-man .....tunjukkan bukti jan cakap ja untuk mempengaruhi minda rakyat...
Tak baik nak memesong usaha kerajaan Negeri mahupun Pusat.. isu wang ringgit rakyat untuk biayai operasi kerajaan adalah isu sensitive bila nak tuduh kerajaan tak telus tunjuk bukti... itu baru lah teguran yang membina tapi kalo setakat nak berkata baik jangan nanti memakan diri sendiri.
Jika di Semenanjung kita boleh aplikasikan tenaga RELA untuk membantu usir PATI kenapa tidak kita gunakan di Sabah... lagi pun kita satu negara apa nak dibezakan....mungkin dari segi pelaksanaan berbeza sebab faktor gorgrafi dan keperluan.... itu sumandak yakin.

4 ulasan:

bungaraya berkata...

Sumandak,
Sayapun pening kepala memikirkan PATI dan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ni. Di Sarawak kurang berlaku hal ini kerana mereka sedari awal telah mula mengelak diri drp mengahdapi masalah PATI ini. Persoalannya Kenapa Sabah tidak mengelak diri sedari awal?. Kenapa Sarawak mampu berbuat demikian?. Cuba bayangkan.
Langsung tidak ada penglibatan kerajaan negeri tidak menjemput mereka kenegeri ini. Mereka datang kerana masalah pernag dan ketidakstabilan politik dinegara mereka. Pada masa dulu kehadiran PATI seperti ini kerana dijemput hadir oleh Penjajah British ketika itu. Kini mereka dah menjadi warganegara.

sumandak bayu berkata...

Salam Bro...

sumandak akan dapatkan lebih fakta untuk isu ni sebab bila kita membidas tanpa sebarang fakta yang betul seolah-olah kita bakal dituduh melindungi PATI....

Cuma sumandak menyangkal bila Bro kata kerajaan negeri seolah-olah tidak mengelak dari isu ini sejak dulu.... Sumandak yakin 100% kerajaan negeri dan pusat telah melihat pro dan kontra dalam tangani isu ini...

Isu ni sensitif dan perlu kebijaksanaan untuk tanganinya... kita berurusan dengan manusia bukan dengan 'kambing', 'ayam' atau paling ringkas sebarang ternakan....

Jadi kalo Bro kata kerajaan seolah-olah mengalu-alukan mereka dan tidak ada usaha dalam tanganinya dulu; sumandak adalah orang pertama kata tidak dan akan buktikan kerajaan selama ni dah berusaha dalam mengatasi masalah ni....

bungaraya berkata...

Seronok berbincang dengan Sumandakbayu melalui blog ini.
Cuba juga tolong beritahu saya kenapa Yong Teck Lee memiliki runag seluasnya untuk menjadikan ini sebagai satu isu?. Kenapa kalau ada isu ini dibangkitkan selalunya dari parti bukan UMNO?
Saya tak pernah dengar Datuk Seri Shafie Afdal menangkis isu tersebut. Why?
Pada satu ketika dulu, saya pernah terdengar ura-ura untuk menjadikan PATI dari Filipina sebagai Warganegara. Betulkah ni?

sumandak bayu berkata...

Salam Bro...

Pemimpin kita low profile akan bertindak bila dah keadaan semakin teruk bro.... kita tak nak terlalu expose.... macam yong teck lee.. sebab dia cuba mengaburi kesalahan dia semasa jadi CM Sabah dulu...

Satu isu yang hangat di pasaran saja tu bro.... takkan negeri sabah nak mewarganegarakan rakyat FILIPINA agak-agak lah bro macam pula kami mau jual Sabah bagitu saja.....

Bro baca dulu sejarah IMM13 di Sabah kat sana bro akan dapat jawapannya.... kalo boleh cari pegawai imigresen yang tahu pasal isu ni... itu lagi lah sesuai....

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"