Rabu, Jun 02, 2010

KrNoLoGi FloTila PemBebasan GAZA

Sumber; Utusan Malaysia 1 Jun 2010

  • Flotila pembebasan bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza merupakan satu gerakan bagi mewujudkan kesedaran global terhadap penderitaan yang ditanggung oleh penduduk Palestin di Gaza, ekoran sekatan yang dikenakan oleh rejim zionis Israel.
  • Wilayah Gaza telah dikepung Israel selama hampir 3 tahun selepas tentera rejim zionis menyerang Gaza dari Disember 2008 hingga Januari 2009.
  • Segala pintu masuk sempadan di Gaza telah disekat oleh Israel termasuk Mesir membina tembok di sempadan Gaza bagi menghalang pergerakan penduduk Gaza keluar masuk.
  • Namun, gerakan membantu penderitaan penduduk Palestin telah bermula sebelum itu lagi pada 2006 apabila Pergerakan Solidariti Antarabangsa (ISM) menggerakkan penghantaran bantuan kemanusiaan secara kecil-kecilan menggunakan bot-bot kecil di bawah kempen Pembebasan Gaza.
  • Pada 16 Mei,2003 salah seorang ahli ISM, Rachel Aliene Corrie telah terbunuh setelah dirempuh jentolak milik Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Ketika itu Corrie menyertai penduduk Palestin membentuk ‘benteng manusia’ bagi menghalang IDF memusnahkan rumah seorang ahli farmasi rakyat Palestin, Samir Nasrallah.

    Sempena nama Rachel Corrie, delegasi Malaysia daripada Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menyertai misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza menaiki kapal yang menggunakan nama Rachel Corrie.
  • Kapal Rachel Corrie dinamakan sempena nama Rachel Alience Corrie, ahli Pergerakan Solidariti Antarabangsa (ISM) yang terbunuh pada 16 Mei 2003 yang menyertai penduduk Palestin membentuk ‘benteng manusia’ menghalang IDF memusnahkan rumah seorang ahli farmasi rakyat Palestin, Samir Nasrallah.
  • Menurut The New York Times, Corrie merupakan seorang pelajar Evergreen State College. Beliau telah mengambil cuti setahun untuk mengembara ke Genting Gaza dan bertindak dengan rakannya sebagai ‘benteng manusia’.
  • Selepas insiden itu, ‘keghairahan’ Pergerakan Pembebasan Gaza bermula pada Ogos 2006 selepas sebahagian kecil ahli kumpulan ini memulakan gerakan tersebut.
  • Ia telah bermula perlahan-lahan sejak Israel menyerang Lebanon pada 2006 dan tewas kepada kumpulan pejuang kecil. Seterusnya melepaskan kemarahan ke atas rakyat Palestin terutamanya di Gaza.
  • Seorang lelaki dari Australia kemudian mencadangkan pelayaran sebuah bot dari New York ke Gaza sebagai protes kepada sekatan Israel di Gaza dan idea itu kemudian berkembang kepada flotila (konvoi) kapal-kapal yang memulakan pelayaran pada Mei 2009 tetapi gagal memasuki Gaza setelah bot-bot kecil mereka dirempuh oleh kapal-kapal tentera Israel.
  • Sejak itu, masyarakat dunia terus menyalurkan derma kepada flotila ini untuk misi kali ini lebih 700 aktivis pro-Palestin menyertai ‘Flotila Pembebasan’ yang melibatkan Sembilan kapal termasuk tiga dari Malaysia, yang ditaja oleh PGPO.
  • Pada Julai 2009, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun. Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad telah melawat Pergerakan Pembebasan Gaza di Cyprus.
  • Melalui PGPO, Tun Mahathir Berjaya mengumpul lebih 300,000 euro (RM1.2 juta) untuk Pergerakan Pembebasan Gaza bagi membeli kapal kargo dan dua kot penumpang yang digunakan dalam pelayaram kali ini.
  • Kini mereka mempunyai empat buah bot iaitu InsaniYardim Vakfi (IHH), Ship to Gaza Greece, Ship to Gaza Sweden dan The International Committee to Lift the Siege on Gaza dan akan bergabung dengan bot daripada European Campaign to End the Siege of Gaza (ECESG) dalam pelayaran yang dinamakan sebagai ‘Flotila Pembebasan’.

2 ulasan:

Ali Abdullah berkata...

Alhamdulillah, selamat juga akhirnya semua rakyat kita. Tapi kan, dalam banyak-banyak kutukan terhadap perbuatan zalim tu mesti ada antara penyokong PAS yang doakan MP Parit tu kena tembak oleh tentera Israel supaya ada PRK baru.... kan? kan? kan?

sumandak bayu berkata...

Salam bro,

aduh penat lah asyik nak fikir PRK.. insya allah PAS akan sentiasa mendoakan kesejahteraan umat Islam walaupun berbeza ideologi politik..

Sampai bila nak bermusuh sedangkan musuh utama depan mata.. takkan sanggup mengkhianati agama dan bangsa sendiri demi survival politik..

Ingatlah penderitaan rakyat Palestin dengan seksaan yang dilakukan oleh Zionis Israel Laknatullah. Kerana mereka bersatu demi satu perjuangan HAKIKI mereka semua tolak EGO masing-masing agar dapat membela martabat bangsa dan agama yang mereka perjuangkan selama ini.Atas perjuangan mereka kini hampir semua negara BERGEGAR dan menyuarakan penganiayaan Israel kepad mereka...

Walaupun gagal menghantar 10,00 tan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza namun impak daripada pembebasan aktivis mendapat reaksi positif seluruh negara... Alhamdulillah..

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"