Khamis, April 07, 2011

Suriati semakin dikenali - DUN 51 Balingian

Hari ke-2 kempen;-

Suriati Abdullah semakin giat menambahkan kenalan untuk memastikan keputusan 16 April berpihak kepada beliau. Pastinya Suraiti adalah 'calon boleh menang' PKR yang cukup HEBAT sebab bila beliau diletakkan menandingi Pehin Sri Abdul Taib Mahmud maka jelas segala apa yang ada pada Suriati memang tip top.

Sehubungan itu Suriati Abdullah bakal mengeluarkan pengalaman beliau yang dikatakan pernah menjadi mangsa 'penindasan rejim Taib' pada tahun 2005.


NONEApa yang Sumandak ketahui Suriati pernah memiliki sebuah cafe yang dinamakan 'Suriati's Cafe' di Selangau dengan mengambil masa sejam perjalanan dengan kereta dari Balingian. Tetapi kononnya cafe ini hanya tinggal kenangan bila dikatakan kerajaan negeri telah merobohkan warungnya.

Jelas Suriati Abdullah tampil untuk membela dirinya dan ingin buktikan bahawa dengan ketinggian beliau 5 kaki beliau berani melawan Taib.

Nampak sangat matlamat Suriati bertanding dikerusi ini adalah untuk mendapatkan undi simpati daripada pengundi Balingian dengan cerita-cerita bahawa dirinya dianiaya oleh Kerajaan negeri yang pada masa itu ditadbir oleh Taib.

Sumandak sempat bertanyakan kepada kenalan Suriati yang dikenali Ina (bukan nama sebenar) mengesahkan bahawa Suriati atau lebih dikenali Su adalah wanita pemalu dan berbudi bahasa. Ina antara pelanggan yang kerap mengunjungi warungnya sebab juadah yang dihidangkan memang menepati cita rasa Ina.

Ina simpati dengan nasib yang menimpa Su disebabkan warungnya telah diruntuhkan oleh kerajaan negeri pada tahun 2005. Tetapi Ina amat berharap Su janganlah sesekali menjadi bakal calon yang menutupkan hati nurani sebagai wanita yang soleha. Ina bimbang keayuan dan keramahan Su akan tercemar bila terlibat dengan dunia politik.

Ina berdoa rakannya ini berjaya melawan Taib, tetapi disudut hati Ina, Su terlalu mengikut perasaan amarahnya dan sedikit sebanyak bakal menjejaskan imejnya kerana Pehin adalah pemimpin yang telah terbukti mampu membangunkan Negeri Sarawak. Kes-kes seperti meruntuhkan gerai dikatakan tanah negeri SarawAak perlu dikaji semula kerana Ina yakin berlaku penindihan hak milik tanah. Jika Su memang benar ada geran tunjukkan semasa kempen ini dan Ina bersama-sama rakan yang lain akan bantu Su untuk terus berkempen untuk dapatkan keadilan. Apa pun Ina berharap Su tidak menjadi boneka PKR sebab parti ini adalah parti pendatang kenapa Su tidak pihak SNAP untuk mewakili dirinya. Apa pun Ina doakan agar kempen Su berjaya.

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"