Selasa, April 05, 2011

Video Seks Anwar Ibrahim



Video ini telah dimuat turun sejak semalam dengan hit terkini 5,010.... kira akan meningkat untuk hari ini lagi mencecah 10 ribu.

Akhirnya Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim tampil dan mengadakan sidang akhbar menyentuh video yang dipaparkan kepada umum;- Antara kenyataan beliau ialah


"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.

Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian.

sumber : Malaysiakini - http://malaysiakini.com/news/160648

Jika BENAR apa yang dikatakan oleh Wan Azizah jelas beliau memang wanita MITHALI segala keaiban suami perlu diperlihara pastinya hati seorang isteri cukup suci bila TERPAKSA berperanan seperti WAN AZIZAH.... teruskan kesabaranmu AZIZAH kerana apa yang dinampak oleh khalayak umum cukup memberi simpati yang tidak terhingga kepada WAN AZIZAH dan keluarga yang terpaksa menjadi benteng atas KEBIJAKSANAAN ANWAR....

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"