Gembiranya hati Sumandak bila baca berita harga minyak turun lagi.....dan tak lama lagi rakyat akan merasai penurunan harga barang keperluan dan pengangkutan (bas ekspress dan teksi)....
Tapi semangat berkobar-kobar dan keyakinan Sumandak bahawa harga akan turun macam juga harga minya turun merosot bilamana teksi masih lagi mengekalkan harga semasa mengalami kenaikan harga minyak.... kalo barang keperluan jan lagi la cakap.....
Sampai hari ni juga Sumandak tertanya-tanya adakah disebabkan Sabah ni jauh dari Pusat Kerajaan (Semenanjung Malaysia) yang selalu kena pantau..... tapi tak adil lah memang kalo dulu orang Sabah terima aje keadaan seadanya tetapi sampai bila.... kalo ikutkan kos hidup kira di Sabah pun makin tinggi juga terutama di kawasan pusat Bandaraya........
Sumandak harap sangat isu ni dapat ditangani segera........ RAKYAT dah Semakin Muak bila dasar kerajaan dah keluar tapi ada negeri yang masih tercicir dari amalan dasar tersebut...... MARI RENUNGI bersama.......
7 ulasan:
ya harga mesti dipantau. pegawai2 kpdnhep mesti turun padang. bukan sekadar beraircond di ofis
sabar ye sumandak..kerajaan sudah mengarahkan penjual menurunkan harga barang mereka. Giant dah turunkan harga barang. mana-mana kedai yang degil nak turunkan harga barang, kita boikot ramai-ramai..baru padan muka dia orang..
Ulasan yang di perbetulkan ( dengan maaf)
Dalam situasi yang agak berbeza, selamat bertemu kembali sahabat ku Sumandak.
Kepada yang memahami dan yang perihatin pada masaalah kos hidup yang tinggi di Sabah ini, sepatut nya setuju dengan komen Sumandak.
Saya rasa terkilan juga bilamana membaca dan menghayati komen Sumandak kali ini. Sayu dan ‘melancholy’ . Sesedih lagu yang saya dengar di Radio Flash player mu jua.
Memang tepat sekali, dalam apa hal sekali pun, selalu nya pemantauan dan tindakan kerajaan federal terhadap negeri Sabah agak lembab. Bukan bertujuan untuk mefitnah atau anti west Malaysian tapi kita berpandukan pada fakta-fakta yang lunaskan ‘historical statistic’ selama ini.
Hal-hal semacam ini, bukan mudah untuk di ketengahkan atau pun dibincangkan. Kerana kalau kita terlebih kata, akan di tuduh sebagai pembangkang lah pula. Atau dikatakan telah di hasut oleh elemen yang jahat. Sabenar nya tidak. Ia nya datang dari hati yang telus untuk kebaikan.
Dalam isu yang sensitif saperti ini, selalu nya lebih selamat untuk berdiam diri. Cuma kalau kita terlalu berdiam, kita di tuduh sebagai kerbau dicucuk hidung lah pula. Semua nya serba salah.
Walau macam mana pun selaku rakyat yang perihatin, saya syorkan disini tiga cadangan, ia itu;
1) Merayu bantuan dari pehak NGO saperti persatuan hal ehwal pengguna yang di ketuai oleh Datuk Patrick Sindu , agar mereka bertindak dalam mengenal pasti serta menangani perkara ini.
2) Dalam kontek yang lebih agresif , ahli-Ahli yang Berhormat, terutama nya MP perlu turun padang untuk melihat sendiri masaalah ini. kalau ia nya ‘real’ mereka sepatutnya menyampaikan perkara ini ke pehak atasan di KL atau di Parlimen. ( tak kan ‘ My Kad’ dan PTI sahaja yang mereka perjuangkan).
3) Alternatif akhir, pehak pembangkang diminta untuk menyuarakan perkara ini di Parlimen.
Bagi saya isu yang berkenaan dengan harga barang yang mahal dan kos hidup yang tinggi ini, adalah serius, sensitif dan penting. Mungkin lebih penting dari isu MY Kad atau PTI, kerana ia nya ‘directly’ terasa oleh rakyat jelata yang miskin di sabah masa kini.
Sekali lagi salam hormat dari saya
Salam pemuda malaysia,
Sumandak yakin bila perkataan boikot kat semenanjung pasti akan berjaya...... tapi suasana ni berbeza di Sabah.....
Nak boikot tapi kedai tu je yang ada di kawasan perumahan/tempat tinggal penduduk kampung... nak boikot empunya kedai runcit keluarga sendiri.... nak boikot ape dorang nak makan pula..... (serba salah dibuatnya)
Dah lah nak boikot kedai Melayu lagi.... kedai orang Cina dan India akan dapat untung la pulak... bukan nak prejudis dengan mana-mana kaum tapi.... realitinya Sumandak nak majukan juga kedai yang diusahakan oleh orang Bumiputera Sabah sendiri......
Serba salah dibuatnya... yang paling berkesan kita nantikan tindakan pihak yang berkuasa la jawabnya Bro....
salam kelana...
Hebat sungguh cadangan Bro Kelana...kita bersuara bukan nak tunjukkan kita jadi pembangkang... kita bersuara demi kebajikan rakyat... demi anak bangsa kita... demi ketuanan yang kita sanjungkan selama ini.....
Tapi Bro, yang Sumandak risau cadangan ke-3 tu.... btoi lah sepatutnya pihak pembangkang mainkanlah peranan dalam tangani isu ini.... tapi yang Sumandak tengok dan perhatikan dorang ni asyik-asyik cari je salah kerajaan... ni yang buat Sumandak pun naik fed-up....
Bela nasib rakyat bukan nak cari kesalahan orang tapi bersama-sama dalam usaha untuk mencari penyelesaian la Bro....
(ITU YANG UTAMA)
Salam jlascanteen,
hish mana ko tau dorang beraircond ja di opis.... tapi aku setuju kat ko pegawai-pegawai ni pernah gak Sumandak jumpa bila tanya harga yang diselaraskan dorang bagi.....(siap bagi jadual lagi) tapi bila tanya ada dorang pantau.....jawapan hanya terpancar dimuka dorang je....katanya pegawai tak ramai.... tapi skang Sumandak dapati dah ramai kena lantik dalam jawatan di KPDNHEP.... jadi tak ada lah lagi isu kurang pekerja.....
Catat Ulasan