Khamis, Oktober 30, 2008

FASAL 152 DAN 153 DIperTikaIKan Lagi

Sumandak hingga hari ni tak paham dengan segelintir pemimpin di negara ini yang sering dan dengan 'sendirinya' juga mempertikaikan beberapa fasal 152 dan 153 yang dah termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Seolah-olah kemasukan mereka di dalam senarai kabinet adalah 'laluan emas' untuk mengubah perihal di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bukan juga Sumandak nak mencetuskan ISU PERKAUMAN tetapi yang jelas mengapa pencetus isu sebegini sering melibatkan kaum CINA dan INDIA.....adakah agenda tersembunyi mereka yang dah 51 tahun merdeka bersama......atau selama tempoh tersebut mereka dah tahu 'lombong emas' di mana.....atau mereka dah tahu tak perlu 'HIJRAH'; MALAYSIA adalah destinasi yang mampu menguatkan kedudukan mereka.....
Terlalu lantang kata-kata Sumandak seolah-olah Sumandak dah labelkan mereka sebagai seorang PENJENAYAH yang dah lakukan jenayah berat. Tetapi sape tak terguris hati.... terasa hati.... dan tersentuh hati.... bila mana kaum tertentu mempertikaikan apa yang menjadi tunjang PERPADUAN negara... tunjang kepada KEAMANAN negara dan tunjang kepada EKONOMI negara.......
Kenapa semua ini perlu berlaku.......adakah perlu; KITA dah jadi pemimpin; KITA punya kuasa bersuara untuk mempertikaikan PERLEMBAGAAN NEGARA.......perjuangan ini sering di
lakukan dengan BERALASKAN alasan demi KEBAJIKAN RAKYAT yang berbilang kaum.......atau yang sebenarnya ada udang di sebalik mee.........
Sedarlah kita capai MERDEKA macam mana.........Sumandak walaupun tak merasai detik bersejarah itu tapi yakin MELAYU, CINA dan INDIA berpegang tangan, berganding bahu dan sepakat dalam agenda MEMPERJUANGKAN ERTI KEMERDEKAAN.
Semangat MERDEKA bukan saja kita laungkan pada 31 OGOS 2008 tetapi perlu disemai setiap saat, waktu, detik, hari dan tahun di hati kita RAKYAT MALAYSIA...........

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BUNGARAYA bersuara,
Tanda simpati dengan keluhan yang diluahkan Sdri. Inilah yang dikatakan hidup bermasyarakat dalam kelompok yang bernama manusia. Sifat naluri mereka tidak dapat lari dari semangat kekitaan dikalangan suku-suku kaum masing-masing. Sejak Adam dan Hawa lagi telah mula berlaku perbezaan pendapat dikalangan manusia yang menyebabkan berlakukan konflik. Pada hal dalam Islam ada menegaskan perbezaan kauam-kaum dikalangan manusia, supaya mereka boleh kenal mengenali antara satu sama lain dan janganlah berpecah-belah.
Kenapa belakunya rasa tidak puas hati dikalangan penganut islam di Selantan Thailand umpamanya. Kerana majoriti rakyat disanaa adalah dari kaum lain yang tidak adil dalam menjalankan pentadbirannya kepada kaum kinoriti tersebut. Begitu juga yang berlaku di Selatan Filipina, Di Palestine, dan berbagai tempat lagi. Amat mudah untuk berlakunya konflik berdarah di dunia ini dewasa ini yang berpunya dari sensitiviti perkauman atau perbezaan agama.
Di Malaysia perkara sedemikian seperti menuju kearah itu jika melihat perkembangan mutakhir ini.
Sama-samalah kita berharap sikap tolak ansur dikalangan kaum-kaum di Malaysia lebih diutamakan jika ingin menghindar dari berlakunya semula peristiwa 13 Mei 1969.

Tanpa Nama berkata...

Sumandak,
Selamat petang,
Izin kan saya untuk mengeluarkan pendapat dalam blog sunyi mu ini. Memang terasa juga kesunyian suara hati penulis blog nya. Saya perhatikan Sumandak ini agak keliru dengan isu fasal 152 dan fasal 153 ini.
Apa lagi kalau interpertasi nya dari sudut sensitif; saperti isu perkauman.

Sabenar nya bukan mudah untuk mengomen hal-hal saperti ini.Apa lagi kalau ujud kerana ada nya perasan prasangka.

Namun, satelah meneliti sajenak, saya terkilan juga kerana isu pokok yang telah di besar-besar kan ini pada hakikat nya hal kecil. Cuma apa yang perlu, kita bagi ruang untuk memandangnya dari sudut teknik dan logik; bukan politik.

Setahu saya, hal yang di war-warkan ini bermula dengan tulisan pada papan tanda jalan sahaja. Tulisan yang menggunakan bahasa lain, selain bahasa Malaysia, Ya? Kerana gara-gara hal ini, timbul pula tragedi perkauman dan pencemaran bahasa.

Maksud saya, kalau isu ini cuma mengenai papan tanda, sepatut nya, kita bagi pandangan dari kontek papan tanda. Sama ada ia memenuhi syarat yang di perundangkan oleh Pehak Penguasa Jalan. Saperti JKR, City Hall, Jabatan Lebuhraya dan sebagai nya.

Peruntukan perundangan yang di sediakan cukup untuk membenarkan atau pun menidakkan kesahihan papan-papan tanda tersebut.

Ingat ! peruntukan perundangan ini telah di luluskan Oleh Parlimen atau ADUN sejak berkurun lama nya.

Secara am nya, menggunakan banyak bahasa dalam papan-papan tanda ada juga kebaikan nya untuk tujuan kememudahan pelawat atau pelancong untuk memastikan bahawa mereka tidak sesat.

Rasa nya kerajaan kita menggalakkan kedatangan pelancong-pelancong dari seluruh dunia termasuk dari negara Cina dan India contoh nya.Ya?

Kalau ini lah tujuan sabenar nya untuk membanyakkan bahasa dalam papan-papan tanda tersebut, so what?
Mohon maaf kalau terlanjur

Sumbangan Minda: Kelana Jalanan

sumandak bayu berkata...

Salam Bungaraya,

tarikh keramat 31 Mei 1969 telah menjadikan kita dewasa bila mana isu keagamaan dan kaum disentuh... kita akan cuba mengelak agar tidak lagi berlaku tragedi ngeri ke-2 bagi negara kita di Malaysia.

Sememangnya isu ini semakin hangat diperkatakan dan negara kita sedang menuju ke arah itu sebagaimana yang Bro katakan.....

Tetapi Sumandak yakin dan pasti rakyat kita tidak mempunyai pemikiran yang jumud dan sanggup mengadai maruah bangsa, agama dan negara untuk capai hasrat dihati.....

Bak kata orang tua sediakan payung sebelum hujan.... kita perlu sediakan perisai terlebih dahulu sebelum musuh menghunus keris/senjatanya.....

Ape bangsa dan agama pun sememangnya mempunyai perbezaan pendapat demikian juga zaman Nabi yang banyak assabiyah dan masing-masing inginkan kuasa dan kekayaan demi memastikan kedudukan mereka dalam komuniti kehidupan kita terjamin.

Namun kita yakin jika kepimpinan seorang ketua negara dapat mengawal keadaan ini, negara kita akan terus merdeka dan tidak dijajah oleh negara luar yang sememangnya mula mencemburui kebijaksanaan kita dalam memastikan negara MALAYSIA terus maju ke arah 2020.

sumandak bayu berkata...

Salam Kelana Jalanan,

Sumandak yakin kesunyian dalam blog tak bererti sunyi dalam mencetuskan segala pendapatn yang boleh dikongsi bersama....

Sememangnya jika isu papan sahaja diutarakan dan telah termaktud di dalam undang-undang yakni dibenarkan....kita kena akui bahawa tidak salah gunakan pelbagai bahasa dalam usaha meningkatkan lagi sektor pelancongan negara.

Tetapi Sumandak menyentuh kebiadapan/ kurang ajarnya individu tertentu terhadap akta yang telah dipertikaikan terhadap martabat kaum di negara ini.

Kita boleh mengutarakan pandangan kita.... kita boleh meluahkan perasaan kita....kita bebas untuk bercakap apa pun tetapi jika menyentuh serta mencabar kedaulatan negara....individu tersebut perlu ditangani segera....

Negara kita sedang mengalami satu era peperangan 'minda'. Sumandak amat kagum bila melayari beberapa blog yang telah membuktikan bahawa 'penulisan' telah dijadikan senjata untuk menjatuhkan sebuah kerajaan, seorang pemimpin dan mampu mempengaruhi pemikiran rakyat....


Seperti Bro Kelana, bebas mengatakan ape pun di dalam fikiran Bro sama ada memberi pandangan positif atau sebaliknya.

Hanya satu gambaran yang sesuai Sumandak nak kita renungi bersama jika dalam sebuah keluarga; anak kita diganggu apa yang perlu kita lakukan....perlukah kita bertindak sebagai ayah dan ibu....atau hanya membiarkan orang luar terus menganggu ketenteraman anak kita....

Yakin lah kemarahan sebuah kaum akan tercetus bila maruah dicemari dengan kata-kata serta tindakan di luar batasan pemikiran seorang manusia biasa.....

Tanpa Nama berkata...

Sumandak,
Selamat bertemu ( dalam blog mu) sekali lagi,
Satelah menghayati renungan mu , minat saya bertambah untuk bertukar-tukar fikiran atau kongsi pendapat intelektual dengan Sumandak.

Terutama sekali bilamana Sumandak menyentuh tentang kebebasan bercakap atau kebebasan menulis. Dengan syarat ia nya berlandaskan etika dan kedaulatan negara. Ya? Dalam hal ini saya setuju, tanpa syarat.

Walau macam mana pun, beberapa perkara ( pada pendapat saya) perlu juga kita hayati bersama. Antara nya ia lah sejauh mana kah positif dan penting nya soal ‘Patriotisma dan Pengaruh Politik’ ini terhadap rakyat jelata .

Sumandak telah sentuhkan isu utama lagi penting , bahawa;
1) Isu polimek nama papan tanda ini boleh juga diibaratkan sebagai gangguan kepada keluarga atau mungkin juga kepada bangsa , Ya? Normal nya, kita mesti jaga dengan sebaik . Kalau terpaksa, kita perjuangkan hingga ketitisan darah terakhir? Demikian juga dengan maruah.
Komen saya; kalau lah cerita ini sampai ketahap itu, saya setuju 100 %. Cuma tidak salah juga Kalau kita fikir-fikir lah dehulu sebelum bertindak.

2) Sesaorang penulis boleh menggunakan penulisan nya sebagai senjata untuk menjatuhkan sebuah kerajaan.
Komen saya : Pada pandangan saya kebanyakan pengunjung-pengunjung blog ada lah terdiri dari golongan intellectual, professional, pendidikan ( Guru dan murid), ahli koprat, Technocrat, pegawai kerajaan , ahli politik dll.
Maana nya bukan semua pengunjung (ahli fikir) yang saya nyatakan tadi, kaki politik atau berjiwa patriotik. Mereka ini hidup berlandaskan pengalaman, pendidikan dan ilmu logik. Tidak mudah untuk di pengaruhi.
Rasional nya, bukan mudah bagi sesaorang penulis untuk mempengaruhi mereka semata-mata dengan menggunakan bahasa puisi , cantek dan changgih. Realiti nya, kena juga turun padang .

Selanjut nya bagi saya, soal patriotisma ini mesti bertempat , terutama sekali negara kita ini terdiri dari bilang negeri , bangsa dan agama. Kadang kala kita bersatu. Tetapi ada juga kadang kala nya kita berbeza. Dari kontek bangsa; penduduk di semenanjung dan di Malaysia Timur samesti nya banyak perbezaan. Di semenanjung mungkin Cuma ada lebih kurang lima atau enam bahasa. Di Malaysia Timur, waduh ! berbilang-bilang banyak nya.

Akhir kata, tidak lah pula salah kalau kita terus menulis dengan tujuan telus untuk menyampaikan suara-suara hati kita terhadap isu-isu yang kita fikir baik.
Namun keselamatan negara jangan sekali-kali kompromikan.
Maaf sekali lagi kalau terlanjur atau menggangu.
Dengan hormat dari:
Kelana Jalanan

sumandak bayu berkata...

Salam Kelana,

Sumandak amat teharu dengan pandangan dan pendapat Kelana sememangnya itu yang patut berlaku...

Sumandak turut mengakui bahawa ramai golongan intelektual yang aktif dalam blog pada zaman ini....dan tidak akan mudah terpengaruh walaupun pena yang dibuat cukup menggunakan ayat-ayat power....

Tetapi Sumandak yakin golongan belia (bukan semua) mudah terpengaruh dengan artikel-artikel yang berbaur fitnah....darah muda lah katakan.....

Dan ada juga golongan belia yang dah boleh buktikan pemikiran mereka dapat menyangi golongan dewasa hingga mampu memikul tanggungjawab besar.....

Macam juga di Malaysia Timur, Bro Kelana mengakui kami banyak bahasa dan cukup unik bila datang di negeri Sabah terutamanya...tetapi Sumandak yakin kami akan bersatu bila negara mula dicerobohi oleh individu atau kumpulan yang ingin melihat kita merana di tanahhair sendiri....

Sumandak sekali lagi menekankan setiap blog yang kita layari pasti ada keunikkannya dan keistimewaannya....ketangkasan seorang pelayar blog akan dilihat apabila idea yang dilontarkan (kata Ogy AF) hendaklah berasaskan kepada ilmu logik....plus dengan pengalaman......

Ape pun Sumandak tabik spring dengan Bro Kelana kerana memiliki ketangkasan dalam mengulas erti sebenar nilai petriotik dalam memastikan negara kita MALAYSIA terus aman......

Tanpa Nama berkata...

Sumandak,
Thanks. Akhir nya kita memahami dan menghormati pendirian masing-masing. Bagi saya, itu lah kelebihan nya bilamana kita bagi ruang untuk minda kita berfikiran terbuka lagi positif. Ini lah orang kata ,ciri-ciri seorang intelektual, ‘ Open Minded’ , sealiran dengan motto blog mu “SANTAPAN UNTUK MINDA KELAS PERTAMA “.
Walau macam mana pun saya terpaksa mengundur diri dan berharap kita akan berdiskusi lagi kira nya ada isu yang perlu kita kongsikan.
Sabelum ini, saya telah mengikuti dan menghayati serba sedikit falsafah politik mu. Bagi saya, sangat menarik lagi unik . Tidak segan dan silu saya beri kamu gelaran sebagai ‘ Sumandak terakhir dari Negeri di bawah Bayu ’.
Assalamualaikum dan selamat berjaya
Kelana Jalanan

sumandak bayu berkata...

Salam Bro Kelana,

terima kasih dengan gelaran yang diberi bak 'orang veteren' kata orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita ambik je... yang penting ikhlas tapi jauh nun di sana Kinabalu.....

Semoga bertemu di lain halaman dengan visi dan misi perjuangan yang masih lagi belum selesai.....

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"