Isnin, Oktober 13, 2008

ISA PErlu DiseMAK SemuLA- UPKO

Sumber: Harian Express 13/10/008 ...Chris Maskilone
Penampang: Pertubuhan Pasok Momogun KAdazan Murut Bersatu (UPKO) mencadangkan agar Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) disemak semula untuk menjadikan ia lebih spesifik dan tidak digunakan untuk semua jenis kesalahan.
Ketika ini, kerajaan menggunakan ISA, sebagai satu undang-undang untuk semua bentuk kesalahan yang dianggap menjejaskan negara tetapi ia membawa kesan yang tidak baik dan menafikan hak asasi kemanusiaan, naib presiden UPKO Senator Datuk Maijol Mahap berkata pada Ahad.
Isu itu adalah sebahagian daripada resolusi sembilan perkara yang diluluskan sebulat suara oleh perwakilan pada Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali ke-12 parti itu di Pusat Kebudayaan Penampang di sini.
Maijol, yang juga pengerusi jawatankuasa kecil resolusi dan pindaaan perlembagaan, ketika membentangkan resolusi itu berkata UPKO membuat cadangan itu kepada Kerajaan kerana ia sedar bahawa ISA dikritik oleh orang ramai termasuk pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan sebagai undang-undang yang terlalu ekstrim.
Parti itu yakin bahawa kebanyakan kesalahan, yang ingin diperiksa oleh ISA boleh ditangani oleh undang-undang lain seperti Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, adalah lebih sesuai untuk menggunakan ISA bagi kesalahan-kesalahan utama yang secara langsung mengancam keselamatan dan kedaulatan negara seperti rampasan kuasa dan aktiviti komunis.
Beliau berkata jika ISA disemak, integriti Kerajaan akan lebih di mata dunia dan rakyat........
Komen Sumandak: Sememangnya sebarang akta di negara kita boleh diubah semula mengikut aliran masa serta keperluan semasa. Tetapi yang Sumandak lihat pada masa kini ISA digunakan setelah melihat isu yang betul-betul memberi kesan kepada keamanan dan perpaduan negara....
Negara kita dah tak berdepan lagi dengan kes rampasan kuasa dan komunis tapi modus operandi individu atau kumpulan tertentu pula bertindak seakan-akan komunis dan punya agenda untuk merampas kuasa dan adalah sesuai menggunakan ISA.......
Negara maju juga mempunyai Akta ISA dan tak pernah sejarah terukir bahawa akta mereka dipersoalkan kerana kerajaan negara tersebut rasa yakin akta ini dapat megekalkan keamanan mereka. Jika kita lihat modus operandi CIA lagi lah melebihi ISA tapi sape yang mampu mengubahnya...... Bro Anwar pun tak berani sentuh.......
Setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat yang telah memilih mereka, Sumandak yakin UPKO bersuara untuk membuktikan mereka ni buat kerja....Ape pun HIDUP UPKO.....

4 ulasan:

Awanama berkata...

Bungaraya said.
ISA ni baik bah. Yang salah adalah pemimpin yang menyalahgunakan ISA.
Sama juga mcam dadah. Baik jika betul penggunaannya. Tapi jika salah...Begitulah ISA kadang berlaku penyalahgunaan. Saya ingin menyatakan disini jika ISA tidak ada lagi keruan kita. Sewenangnya rakyat yang tak bertanggungjawab menyalahkan pula kebebasan yang diberikan kerajaan.
Aku bimbang nanti atas dasar kebebasan, ramai mereka bertelanjang bogel di atas Jalan Bukit Bintang. Tentulah tak senonoh kerana ada sebahagiannya panjang dan ada sebahagiannya pendek. Ada sebahagiannya lebar dan ada sebahagiannya landir sudah.
Itulah dia..kebebasan ada had. ISA sebagai instrument menghadkan kebebasan demi kebahagian kita semua. Setakat ini mereka yang ditangkap tu memang ada asas walaupun ramai yang mempertikaikannya. Ini BuNGARAYA BERKATA-KATA.

sumandak bayu berkata...

Salam bungaraya,

Sememang engkau antau rakyat Malaysia yang dah memahami konsep ISA.... ape pun yang nyata kemakmuran yang kecapi pada hari ini adalah salah satu kejayaan ISA yang diamalkan oleh pihak kerajaan....

Jlascanteen berkata...

ISA ialah undang2 bersifat pencegahan. masih diperlukan. suma jangan disalah guna

sumandak bayu berkata...

Tapi selama hidup Sumandak ni tak pernah jugak kerajaan ambil akta ISA untuk kepentingan diri dan keluarga mereka.....LU PIKIR LA SANDIRI

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"