Khamis, Oktober 09, 2008

CaBARan BuAt RakYAT MALAYSIA

Alhamdullilah...tahun ni Sumandak dapat lagi beraya di kampung....nak kata kampung bole la sebab orang kata kalo sebut je 'kampung' rumah tu kenalah yang berasaskan bahan kayu kayan yang 'dimodenkan' atau separuh rumah kayu dan separuh rumah batu....

Tapi rumah kampung Sumandak maksudkan ni pun kawasan perumahan (taman) maknanya tak ada lagi rumah kayu...semua rumah batu cuma suasana dikampungkan... yang penting semangat nak raya....itu yang utama...Rasa bangga gak Sumandak beraya di Kampung tercinta....'SANDAKAN'... tempat ni banyak sangat perubahannya bukan setakat bandar tetapi orang-orang dia jugak....Biar berbeza agama, ideologi politik dan bangsa tetapi adat kunjung mengunjung tetap diamalkan.

Terharu juga Sumandak bila memikirkan kehidupan kita semakin 'mencabar'.... segala fitnah digunakan dengan tujuan untuk mengaibkan individu tertentu...Majlis raya diserbu dengan menggunakan benteng suara kanak-kanak dan kaum ibu....blog dihujani dengan sumpah seranah, maki hamun dan 'ayat-ayat power' yang langsung tak dapat mencerminkan budaya kita orang MALAYSIA.

Perlukah kita memaki,
Perlukah kita menghina,
Perlukah kita memfitnah,
Perlukah kita melakukan semua ini untuk memuaskan hati kita yang tengah sakit...
Sakit dengan penyakit hasad dengki,
Penyakit tamak kepada harta dan kuasa.

Era ini bukan lagi era yang boleh kita katakan kita masih lagi JAHIL
JAHIL kepada ILMU
JAHIL kepada AGAMAJ
AHIL kepada NEGARA
Tetapi kita PEKA kepada MASALAH RAKYAT DAN DUNIA

Kita inginkan PEMIMPIN yang AGUNG
Kita inginkan KEHIDUPAN yang SELESA
Kita inginkan NEGARA yang AMAN
dan kita inginkan segala-galanya
Tetapi perlukah kita bermusuhan
Satu Agama
Satu Bangsa
Satu Negara

JEPUN, BRITISH dan KOMUNIS
pernah jajah kita......
ape lagi kuasa yang nak kita minta untuk 'dijajah'

DEMOKRASI vs ISA
sering dilaungkan tapi sedarkah kita ISA tulang belakang 'keamanan' negera MALAYSIA

Generasi MUDA....
Bakal Pemimpin NEGARA
Namun menjadi BONEKA kepada individu tertentu demi kuasa dan dendam

Kenaikan harga Minyak & Barang
Kita dengar rungutan..
Kita dengar keluhan....
Kita dengar kemarahan....
Kita dengar ugutan....
Tetapi kerajaan tetap memikirkan MASALAH RAKYAT....

Semua ni berlaku sebelum dan selepas RAYA.....
semasa RAMADHAN kita berpuasa untuk segala-galanya namun berita mahupun blog tak pernah puasa..
ini adalah realiti kehidupan 'KITA KENA JUGA TERUS BERJUANG'

KITA BERJUANG semula bukan untuk orang lain tetapi untuk diri dan negara kita...Fikirkan tindakan yang bakal kita ambil dan jadikan kesengsaraan hidup negara yang menjadi mangsa kekejaman ILMU, HARTA dan KUASA sebagai pengajaran....

2 ulasan:

Al Capone berkata...

Salam,

Blog sumandak semakin baik dari segi penyampaian isu-isu dan buah fikiran.

Al Capone sangat setuju dengan pandangan ini. Zaman sekarang manusia semakin terdedah dengan kemajuan dan kematangan fikiran. Mereka tidak mudah ditipu dan tertipu. Pengaruh asing juga telah menyelubungi minda masyarakat dengan fikiran-fikiran liberal, sekular dan sebagainya. Hanya agama dan budaya sahaja yang dapat menyelamatkan Malaysia dari dijajah semula.

TQ

sumandak bayu berkata...

Salam Al capone,

Kita belajar dari sejarah Malaysia, golongan belia macam Sumandak ni memang tak rasa perit masa di jajah oleh British, Jepun dan Komunis sebab belum lahir lagi...

Tapi Sumandak kini rasa dijajah dari segi minda...penipuan minda berleluasa.... fikiran liberal semakin dilaung-laungkan (reformasi)....tapi yang nyata inilah bukti penjajahan baru yang cuba dimasukkan ke negara kita....

Rakyat Malaysia perlu bersatu semula tak kira bangsa, agama dan budaya kerana negara ini aje yang kita ada takkan kita nak gadaikan....

LU FIKIRKAN SANDIRI

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"