Selasa, Oktober 07, 2008

PerLUkah JPN SABAH DiROMbak?

Sumandak setuju benar dengan cadangan daripada Datuk Seri Salleh Said Keruak, bekas Ketua Menteri Sabah agar Menteri berkenaan turun ke Sabah untuk tangani isu kewarganegaraan dengan kadar segera agar tidak dipolitikkan oleh kumpulan yang dah ada niat nak jatuhkan kerajaan BN.

Sekarang ni SAPP dah gunakan pelbagai kaedah untuk pengaruhi rakyat Sabah, siap lagi keluarkan anggaran peratusan penduduk Sabah yang tiba-tiba aje melonjak naik (Menurut perangkaan yang diberikan oleh SAPP, pada 1970, penduduk Sabah berjumlah 636,431 orang dan pada tahun 2000, jumlahnya meningkat sebanyak 285 peratus kepada 2,449,389 orang. Sumber; BERNAMA)

Kalo di kawasan Kinabatangan, Sumandak pernah jugak lah masuk kawasan pedalaman. Di kawasan ini banyak yang ada di tepi sungai.... ramai jugak penduduk di kawasan ini tidak mempunyai dokumen sah sedangkan anak jati Sabah sehingga hari ini...JADI dorang ni status ape? mau jugak Sumandak tanya dengan SAPP.

Kalo masuk di kawasan Pensiangan; ada anak jati Sabah orang Murut pun belum jugak ada dokumen sah jadi munasabahkah kalo Sumandak cakap peningkatan yang berlaku masa tu sebab orang Sabah terutama di pelusuk kampung baru dijumpa dan dibagi dokumen sah. Itu pun baru bah berapa ja yang dijumpa tahun 2000. Sekarang ni yang masih belum ada dokumen sah masih ramai dan dah masuk pula tahun 2008.

Kalo kita pigi pejabat JPN Putrajaya untuk dapatkan dokumen sah bagi rakyat Sabah ingat senang kah.... Bukan main lagi proses dia...Sumandak pun pernah gak tengok macam mana proses dia...Orang tu kena datang tunjuk muka....buktikan sah atau tidak dia orang Sabah dengan dokumen yang dah disenaraikan oleh JPN.... lepas tu kena lagi 'siasatan' yang dibuat oleh JPN....

Ndak palah untuk buktikan JPN Sabah masih releven kita minta MENTERI turun dan buktikan ANDA SEMUA dah buat kerja demi NEGARA....

10 ulasan:

hasipin66 berkata...

Salam Sumandak,

Kita sokong sangatlah agar menteri dalam negeri turun di Sabah dengan kadar segera,kita tak mahu JPN Sabah dilebal tak buat kerja betul.SAPP dah terang-terang salahkan JPN,nampak UPKOpun juga ada bunyi tak senang dengan JPN.Tentu ada hal yang perlu diperbetulkan,kita tak mahu lepas ini ada lagi parti kompenan buat bising.Manalah tau... diam-diam tunggu masa saja,harap-harap tidak ada lagi lepas ini.

sumandak bayu berkata...

Rakyat sekarang dah dikaburi dengan kelantangan individu tertentu yang kononnya berjuang untuk kebajikan rakyat tetapi telah menguar-uarkan fakta yang tak betul.

Yelah orang pernah jadi Ketua Menteri Sabah;jadi rakyat kat Sabah (bukan semua) rasa betul je lah fakta yang dikeluarkan tu....

Kalo ikutkan masa orang tu jadi CM Sabah nape tak buat pembetulan kat JPN nape skang baru nak 'menyalak pada bukit'.

Niat dah tak betul tu sampai sanggup buat ape je untuk pastikan hasrat di hati termakbul....LU PIKIRLAH SANDIRI

TINTABIRU berkata...

Salam
Itu baru masaalah JPN tapi bagaimana pula dengan layanan kakitangan JPN yang adakalanya meroyan tak tentu pasal...

sumandak bayu berkata...

Salam tintabiru....

Persoalan yang dikemukakan lebih kepada 'layanan kepada pelanggan dikaunter'.

Isu ni dah lama Sumandak perhatikan bukan saja kat JPN ada juga yang berlaku di tempat lain yang penting asal aje ada kaunter pasti akan kita jumpa masalah ini.

Ketua Jabatan merupakan individu yang bertanggungjawab dalam kawal selia tenaga pekerjanya....

Lumrah manusia ada kalanya dia ada gak mood yang baik dan begitu gak sebaliknya...

Tapi ape pun Sumandak mohon lah kat pekerja yang diarah bertugas dikaunter amalkan budaya kita yang sopan santun....Jan lah tunjukkan sesuatu yang tak baik....

Zaman skang telefon boleh dijadikan kamera yang kita risau ni kot-kot masuk dalam You Tube lagi naya...bukan korang je naya siap dengan Jabatan or agensi yang hang keja sekali kena..

LU PIKIRLAH SANDIRI

Jlascanteen berkata...

bukan apa takut ada pti bah tu.

sapp tu mcm lebih kpd ckp2 politik jak tu. bukan concern pasal anak jati sabah yg tiada dokumen.

apa pun menteri lah patut tinguk sendiri jpn sabah n rakyat

Al Capone berkata...

Salam Sumandak,

Walaupun BPR telah dinaikkan taraf ke Suruhanjaya, masalah rasuah masih menjadi musuh yang sukar dihapuskan khususnya di Malaysia (negara membangun). Lihat saja index rasuah 2008 Malaysia jatuh 4 tangga dari 43 (2007) kepada 47 (2008). Ini menunjukkan bukan saja masalah JPN yang menyumbang kepada kemasukan / pertumbuhan pendatang asing atau penduduk yang tidak berdokumen, tetapi keadaan ini berlaku kerana kurangnya penguatkuasaan di sempadan dan terdapatnya amalan tidak bermoral (rasuah)oleh pihak keselamatan dan angensi yang mempunyai hubungan dengan perkara ini. Peningkatan sebanyak 285% (600 ribu ke 2 juta orang) penduduk Sabah termasukkan warga yang tidak sah (tanpa dokumen) membuktikan gejala (rasuah) ini menjadi virus yang boleh mengancam keselamatan negara.

Isu yang diketengahkan ini adalah baik untuk semua pihak merenungi dengan sedalam-dalamnya apakah tindakan yg sewajarnya diambil oleh Kerajaan khususnya bagi menjuruterakan (reinventing government)semula JPN, PDRM, ATM, Imegresion, dan sebagainya agar masalah yang dihadapi dapat dikurangkan bermula dari sekarang!

kulatlapok berkata...

salam Bro;

Timakasih selalu juga ko jenguk ke titipan cendawan malaya.

JPN- Sabah perlu dirombak dengan semua pegawai2 kanannya sekali. Pelik sehingga lahni masalah IC bermutu tinggi dengan mudah dapat di tangan PATI..?? wALLAHUALAM

Pemuda Malaysia berkata...

salam suria pagi,

tidak semua jabatan kerajaan teruk, tapi saya juga bersetuju agar menteri berkenaan turun melihat operasi JPN di Sabah..

bukan ape, kadangkala kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...

salam aidilfitri buat suria pagi yang jauh di sabah..

sumandak bayu berkata...

Nilah yang kita nantikan supaya MENTERI segera ambik tindakan segera...

DEMI buktikan bahawa setakat nila setitik takkan dapat membuatkan susu sebelanga tak boleh diguna lagi... kita kan ada 'sistem canggih' yang boleh neutralkan semula 'susu yang dah sedikit tercemar'....

LU PIKIRLAH SANDIRI

are84_jb berkata...

salam :)
bg are erm are pun nak komen wlaupun are bukan warganegeri sabah tapi are nak bagi tau ketidak puasan pada kakitangan jpn sabah yang kurang senang...bukan stakat sorg atau dua org yang ngadu...ramai jugak..are geram sangat kenapa menteri kat sabah tu tak nak selidik kakitangan jpn kat sabah?mereka banyak tidur..dah tu borang diproses ikut kaum..mana boleh?rakyat sabah sendiri jd pendatang.are tahu kebanyakkan yang keje kat jpn sabah tu puak2 keluarga sahaja..mana adil..lau nak keje biarlah amanah n jangan berat sebelah..............

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"