Sabtu, Oktober 18, 2008

RAJA MeLAYU MurKA

Sumber: Blog Dunia Tiger
Friday, October 17, 2008
RAJA-RAJA MELAYU MURKA

Kemurkaan Raja-Raja Melayu semalam terhadap golongan yang mempertikaikan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kebelakangan ini terutama hak istimewa bangsa Melayu.. bukanlah satu perkara yang sukar difahami.

Ini kerana sebagai payung negara tempat rakyat berteduh, Raja-Raja Melayu sudah pasti mahu isu sensitif itu tidak diputar selalu seperti memainkan "rekod buruk" yang mengeluarkan bunyi bising, tidak sedap dan menyakitkan hati orang yang mendengarnya.

Tindakan itu sudah pasti merugikan semua pihak di negara ini.

Negara yang aman... pasti akan hancur jika wujudnya persengketaan kaum.

Warta Perdana RTM semalam melaporkan Raja-Raja Melayu sedar tindakan mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan, jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat yang secara langsung menjejaskan keharmonian negara.

Perpaduan yang sedia terjalin sejak 51 tahun lalu perlu dipertahankan daripada dirobek oleh anasir dalam dan luar negara yang sering memutarkan sentimen perkauman untuk kepentingan peribadi mereka.

Rakyat pelbagai kaum di negara ini pernah diuji pada 13 Mei 1969 dan mereka menyaksikan betapa persengketaan kaum itu tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Sejak itu, usaha mewujudkan keharmonian dilaksanakan dan berkekalan ke hari ini.

Perpaduan kaum dan saling menghormati antara satu sama lain inilah yang membolehkan Malaysia terus maju dan mendapat sanjungan seluruh dunia.

Penyatuan dalam pelbagaian ini sudah tentu dicemburui dan tidak disenangi oleh ramai pihak.

Oleh itu, tidak hairanlah, Raja-Raja Melayu mahu bangsa Melayu bersatu padu mempertahankan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

Bangsa Melayu perlu mempertahankan hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Kaum bukan Melayu juga usah bimbang dengan hak mereka.

Jadi, usahlah membuat kenyatan bodoh dan bebal.

Fahamilah sejarah.

Komen Sumandak : Dah terang lagikan bersuluh.....ni Sumandak nak tujukan kepada individu yang lantang sangat pertikaikan kedudukan orang Melayu.....Terima ajelah hakikat sebenar. Kita dah dibagi ruang dan peluang untuk suarakan idea dan pandangan kita tapi gunakan dengan sebaik yang boleh.... Bila kerajaan guna ISA.... Kerajaan lagi kena herdik cakap tak telus tapi perbuatan, percakapan dan tindakan dah boleh cetus keadaaan huru hara kat negara ni RENUNG-RENUNGkan...

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"