Jumaat, Oktober 10, 2008

NiAT Nak BENtuk KErajaan BaRU LagI - ANWAR

Sumber : M Star Online /Jumaat /Oktober 10, 2008
Aidiladha sasaran baru Pakatan bentuk kerajaan?
oleh G.MANIMARAN
KOTA BHARU:Tempoh dua bulan akan datang menjelang hari Raya Aidiladha kini menjadi sasaran Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru Persekutuan?

Sasaran hari raya Korban pula dibayangkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.

"Sasaran 16 September, ia masih landasan. Tak minggu ini, minggu depan. Jangan bimbang satu dua tahun berlaku."

"Mungkin sebelum Hari Raya Haji," kata beliau yang juga ketua pembangkang pada ceramah di Padang Perdana di sini.

Ini kali pertama Anwar mengadakan ceramah sejak dipilih sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu.

Anwar diminta hadiri, kira-kira 12,000 sebab sasaran 16 September gagal dikotakan.
Apabila hadirin bersorak "jawab, jawab", Anwar memberitahu, sasaran 16 September memang menjadi, tetapi Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi enggan menemui Pakatan Rakyat dan menolak permintaan sidang khas Parlimen pada 23 September lalu.

Anwar sekali lagi mendakwa mempunyai jumlah wakil rakyat yang mencukupi di samping mahu mengikut lunas Parlimen untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional.

Komen SUMANDAK; Kalo pemimpin pandai ubah tarikh bila nak memerintah sesuaikah dia ni bakal menjadi PM MALAYSIA (LU PIKIRLAH SANDIRI)....tak ada pendirian langsung.... Sampai bila nak katakan jumlah wakil rakyat dah cukup untuk bentuk kerajaan baru (rasanya habukpun tarak ada......Pepatah Melayu ada kata setinggi-tinggi hang melompat Bro ANWAR akan jatuh kat bumi juga; tanahair yang bakal hang nak gadai kat negara asing.

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"