Sabtu, Oktober 11, 2008

SHAH RUKH KHAN dapat DATUK






BERITA HANGAT DI PASARAN....... bukan alang-alang lagi berita yang Sumandak tengok kat mana-mana blog........seorang pelakon terkenal India boleh dapat pangkat 'DATUK'....... Sumandak nak tanya apa sumbangan SRK yang dia bagi kat negara kita.... tak jauh sangat kat MELAKA jelah...... (berita penuh)




HAYATI erti pemberian pangkat kat individu tertentu jan main tangkap ja....Rasanya Datuk Senator baru kat MELAKA mesti ada komen kat akhbar kita nantikan..........




13 ulasan:

Razif AR Al-Marbawi berkata...

satu sahaja kesimpulan saya:

Ali Rustam hilang akal!

Apa jasa SRK pada Malaysia atau pun negeri Melaka?

Tindakan itu lebih menyerlahkan kebodohan pemikiran ke tahap lebih rendah daripada budak sekolah rendah.

sumandak bayu berkata...

Waaaa kena beb.....

Persoalan yang Sumandak masih tertanya-tanya apa sumbangan SRK kat Malaysia plus Melaka.....

kulatlapok berkata...

Salam Bro;

Kulat: Kita lihat dimana rasionalnya anugerah ini diberikan kepada pelakon bolywood ini. Apa jasa-jasanya yang telah dicurahkan untuk pembangunan dan kemajuan negeri Melaka? Apa cabang seni yang telah dia 'martabatkan'? Dondang sayang? Nazam? Joget? Ghazal? Adalah lebih baik ianya diberikan kepada artis2 di negara kita yang telah berjasa dan menaikan imej negara. Apapun kita tunggu dan lihat apa kenyataan dari pemimpin2 UMNO. Kalau di Melaka sudah tentu menyokong tanpa berbelah bagi.

sumandak bayu berkata...

yup sokong benar kat Kulat.. masi ramai lagi yang memberi sumbanagan kat negeri MELAKA.... rakyat kat sana masih lagi banyak berjasa pada negara khasnya dan amnya kepada MELAKA sendiri....

Takkan MELAKA nak ukir sejarah tersendiri dengan beri pengiktirafan pada bangsa luar.... hargai martabat bangsa kita BRO

azlishukri berkata...

salam singgah, salam aidilfitri.

Al Capone berkata...

Salam,

satu beberapa sebab kepada penganugerahan gelaran tersebut:-

1. SHAH RUKHAN MEMPUNYAI RAMAI PEMINAT.
2. DS ALI RUSTAM PULA NAK BERTANDING JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN.
3. DS ALI RUSTAM BERHARAP PEMINAT SHAH RUKHAN AKAN SOKONG BELIAU SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN.
4. DS ALI RUSTAM INGAT SEMUA PERWAKILAN MINAT KEPADA SHAH RUKHAN SAJA.

Kesimpulan: TIDAKKAN KURANG BIJAK

TQ

sumandak bayu berkata...

Hebat SHAH RUKH KHAN boleh tentukan jawatan seorang pemimpin dalam negara kita.... Kalo ni btoi lagi lah Sumandak pening dengan keadaan negara kita (Macam-macam ada bro)

sumandak bayu berkata...

Anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana promosi Melaka
11/10/2008 7:14pm

MELAKA 11 Okt. — Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

“Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas istiadat penyampaian anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Mohd Ali berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

“Kalau kita hendak buat promosi Melaka secara sendiri melalui sesuatu filem yang ditonton jutaan orang di seluruh dunia tentu kosnya bernilai beratus juta ringgit,” katanya.

“Melaka mempunyai banyak tempat pelancongan menarik seperti Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Eye On Melaka dan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk filem seperti filem Hindustan. Kawasan lain di dunia pernah ditonton oleh orang ramai tetapi Melaka belum ditunjukkan secara menyeluruh,” katanya.

Mohd Ali berkata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mencadangkan kepada Mohd Khalil supaya pelakon Bollywood itu diberi anugerah bagi membantu Melaka menjadi terus popular lebih-lebih lagi selepas Melaka mendapat pengiktirafan Bandaraya Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Katanya Tun Daim sedang menguruskan tarikh yang sesuai untuk membawa Shah Rukh Khan datang ke Melaka menerima anugerah berkenaan, mungkin dalam tempoh sebulan ini.

Beliau juga berkata kerajaan negeri mahu menjadikan Melaka tempat perfileman antarabangsa, apabila Melaka popular maka Malaysia pun popular.

Terdahulu, semasa berucap pada istiadat penganugerahan itu, Mohd Ali berkata kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada 10 agenda untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam tempoh dua tahun akan datang.

Agenda berkenaan ialah menarik lebih banyak lagi pelaburan, memperkukuhkan penggunaan domestik; mendapatkan peruntukan persekutuan yang lebih besar memandangkan sumbangan negeri dari segi pelbagai cukai adalah besar kira-kira RM1.9 bilion setahun; mengutamakan bidang bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), industri terpilih dan asas tani yang merupakan jentera baru pertumbuhan ekonomi dunia.

— BERNAMA

Komen Sumandak: Sumandak nak tahu penduduk kat Melaka ada peningkatan ke sektor pelancongan di negeri ini selepas SRK datang buat movie kat sana......

Al Capone berkata...

Salam Sumandak,

Persoalannya anugerah diumumkan dan diberikan masa pencalonan UMNO Malaysia. Shah Rukhan datang 3 tahun lepas. Kenapa sekarang? Macam ada udang di sebalik mee goreng aje..hehehe.

TQ

sumandak bayu berkata...

Kita tunggu dan lihat sama ada pepatah Melayu kena guna lagi bro

rumandawi berkata...

odoi dogo...terkezut i bila SRK dapat anugerah Datuk. Apa la sangat jasa yg dia telah sumbangkan kepada Malaysia khususnya di Melaka? i fikir berkali-kalipun memang ndak ada bah! ramai lagi rakyat Malaysia di Melaka tu yg lebih banyak berjasa berbanding SRK!Kalau stakat menyanyi sambil tayang body dia di Melaka tu apa la sangatkan.belum tentu lagi si SRK tu suka Malaysia ni. Datang sini berlagak macam superstar no 1! sombong pulak tu! Baik kasi ja anugerah datuk tu sama artis Malaysia dari Melaka..baru la berbaloi...

Tanpa Nama berkata...

Bungaraya berkata...
Janganlah kita memberikan sesuatu itu kepada mereka yang tidak berhak.
Kalau kita umpamakan Tanah, janganlah kita berikan tanah air kita kepada orang asing sewenangnya.
Jikalau kita umpamakan isteri, janganlah kita serahkan isteri kita kepada orang lain untuk memakai dan memilikinya.
Ada pula SRK diberikan title Datuk.
Masuk di akalkah? Jika P Ramlee mendapat Tan Sri setelah meninggal, salahkah menganugerahkan Hang Tuah title Datuk Seri oleh kerajaan Negeri melaka? ini SRK pula diberi anugerah tersebut. Cukuplah Tanjung diberikan kepada keling dan Bukit diserhkan kepada Cina.
Melaka, melaka.

sumandak bayu berkata...

Nilah dikatakan belajar daripada sejarah Bro.....pepatah Melayu ada berkata Telajak perahu boleh lagi kita buat 'reverse' tapi kalo dah terlajak kata tak boleh nak U-Turn... boleh guna ke ayat ni.....ape pun Sumandak rasa oklah tuuuuuuu

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"