Khamis, Oktober 30, 2008

FASAL 152 DAN 153 DIperTikaIKan Lagi

Sumandak hingga hari ni tak paham dengan segelintir pemimpin di negara ini yang sering dan dengan 'sendirinya' juga mempertikaikan beberapa fasal 152 dan 153 yang dah termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Seolah-olah kemasukan mereka di dalam senarai kabinet adalah 'laluan emas' untuk mengubah perihal di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bukan juga Sumandak nak mencetuskan ISU PERKAUMAN tetapi yang jelas mengapa pencetus isu sebegini sering melibatkan kaum CINA dan INDIA.....adakah agenda tersembunyi mereka yang dah 51 tahun merdeka bersama......atau selama tempoh tersebut mereka dah tahu 'lombong emas' di mana.....atau mereka dah tahu tak perlu 'HIJRAH'; MALAYSIA adalah destinasi yang mampu menguatkan kedudukan mereka.....
Terlalu lantang kata-kata Sumandak seolah-olah Sumandak dah labelkan mereka sebagai seorang PENJENAYAH yang dah lakukan jenayah berat. Tetapi sape tak terguris hati.... terasa hati.... dan tersentuh hati.... bila mana kaum tertentu mempertikaikan apa yang menjadi tunjang PERPADUAN negara... tunjang kepada KEAMANAN negara dan tunjang kepada EKONOMI negara.......
Kenapa semua ini perlu berlaku.......adakah perlu; KITA dah jadi pemimpin; KITA punya kuasa bersuara untuk mempertikaikan PERLEMBAGAAN NEGARA.......perjuangan ini sering di
lakukan dengan BERALASKAN alasan demi KEBAJIKAN RAKYAT yang berbilang kaum.......atau yang sebenarnya ada udang di sebalik mee.........
Sedarlah kita capai MERDEKA macam mana.........Sumandak walaupun tak merasai detik bersejarah itu tapi yakin MELAYU, CINA dan INDIA berpegang tangan, berganding bahu dan sepakat dalam agenda MEMPERJUANGKAN ERTI KEMERDEKAAN.
Semangat MERDEKA bukan saja kita laungkan pada 31 OGOS 2008 tetapi perlu disemai setiap saat, waktu, detik, hari dan tahun di hati kita RAKYAT MALAYSIA...........

Selasa, Oktober 28, 2008

PasTIkan SABAH turut Rasai Harga TurUN

Sumandak amat suka mendengar dan terbaca keratan akhbar ni (harga barang pasti turun).... harap-harap juga Sabah merasai penurunan harga hampir 30%.... kebajikan rakyat mula dibela.....YAKIN lah RAKYAT MALAYSIA....... Tapi kerajaan kena BUKTIKAN segera walaupun berperingkat-peringkat.

Isnin, Oktober 27, 2008

"I Like To Move It, Move It with Madagascar 2!!!!"
(Sumandak nak tengok sangat-sangat pls nuffnang)... ^^Thank You


SELAMAT HARI DEEPAVALI KEPADA SEMUA RAKAN SUMANDAK YANG BERBANGSA HINDU.... MARILAH KITA SEMAIKAN...KUKUHKAN...&..ERATKAN......HUBUNGAN SILATURRAHIM KITA...... BUANG YANG KERUH AMBIK YANG JERNIH...
KITA RAKYAT MALAYSIA TAK PERNAH DIAJAR 'BERDENDAM'..... KITA ADALAH GENERASI YANG AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN NEGARA...... HIDUP MALAYSIAX3

Ahad, Oktober 26, 2008

ADAB tentukan KITA KURang AJAR

Sumandak cukup sedih bila ada individu yang cukup tak beradab hingga cetuskan sikap kurang ajar kat kita semasa manusia.... Adakah salah bila kita meminta sesuatu pertolongan atau perkara kita perlu lupakan adab kita sebagai MANUSIA....
Tak kira kita berbangsa ape.... beragama ape... dan berbudaya ape.... tetapi Sumandak yakin dengan corak kehidupan rakyat MALAYSIA......lahirnya datuk nenek kita tak pernah melupakan abad kehidupan hingga bersikap kurang ajar.....
Sumandak suka bawa salah satu lagu M. Nasir ada ayat tertentu 'anak-anak kita perlu juga diajar kurang ajar'......Kata-kata ni cukup membawa makna yang dalam......kita akan bersikap kurang ajar bila hak serta maruah kita dicemar dan dicabar......
Demikianlah yang berlaku dalam kehidupan kita pada hari ini..... dalam bidang politik hingga sosiol...namun sikap ini dapat kita atasi jika hati kita disaluti dengan iman.....tak kira bangsa, agama dan budaya..... yang jelas individu tersebut tahu tertib dan peraturan dalam perhubungan sesama manusia.......

SuARA TAUSUG di SAbah

Masa Sumandak sedang menjamu selera di salah sebuah kedai di Pekan Keningau terlihat antara surat khabar tempatan di Sabah ada antara satu yang menarik perhatian Sumandak....surat khabar SUARA TAUSUG.........dengan harga RM3.00 dan kini keluaran dah masuk bil.5. Dengan keluaran sebulan 2 kali.
Isi kandungan Suara Tausug lebih memfokuskan kepada rakyat Sulu yang ada di Sabah....baik dalam bidang perniagaan hingga bidang politik....HEBAT juga lah kandungan dia....dengan ayat selamba tak banyak sangat terikat dengan norma bahasa MALAYSIA (bahasa santai dan mudah difahami khususnya rakyat Sabah)......
Cuma yang Sumandak tak faham bila tengok ruangan artis (kalo tak salah) artis tempatan yang bakal lahir dari negeri Sabah.....ceritanya hebat....dan rakyat Sabah akan lagi rasa bangga bila nampak orang sendiri naik.... Cuma komen Sumandak perlukah posting gaya macam dalam 'majalah playboy'. Walau pun baju ok tapi lengok badan cukup power.......
Sumandak bukan nak pertikaikan etika akhbar SUARA TAUSUG tapi tak sesuai nak kita perkenalkan artis tempatan Sabah dengan gaya macam tu.......Sumandak risau tanggapan jiran negeri dalam negara kita......lagi pun nak bagi glamour bukan kita nak tunjuk gaya seksi....kecian kat artis tempatan kita......
Sejarah mengajar kita untuk lebih memahami erti kehidupan...kaum wanita ni macam madu dah habis manis sepah dibuang......(tapi ada juga yang menghargai wanita) ape pun fikirkan lah masa depan para SUMANDAK yang ada d SABAH tak perlu masuk bidang GLAMOUR jika kena tunjuk 'body'....

Sabtu, Oktober 18, 2008

DeBAT MCA - NTV7

Bila Sumandak balik dari kerja dalam pukul 10 lebih malam (17 Oktober 2008), tengok 'channel' ntv7 terkejut dan kagum satu lagi debat dibuat antara pemimpin atasan MCA dengan Datuk Chua Sui Lek.. tapi sayang seribu kali sayang Sumandak tak faham ape yang dibahaskan...

Sumandak ada juga masuk kelas Mandarin tapi tak habis jadi tak jugalah faham ape yang mereka katakan....Nak minta respon kat rakan-rakan CINA di MALAYSIA ni ape ceta dia sampai boleh masuk kat NTV7............

SUbJEK SEjaRAh DaLAM UPSR

Sesuai benar lah kalau subjek Sejarah akan diterapkan dalam UPSR...nape nak tunggu lagi 2010, isu yang hangat dipasaran ni pun semuanya akan bersandarkan kepada 'sejarah'.

Rakyat Malaysia semuanya pintar belaka, tak kira di bandar, di desa mahupun kawasan pedalaman, semua pandai dah menjadi pakar analisis. Kita aje yang pandai pilih, penganalisa sukan, penganalisa ekonomi, penganalisa cuaca, penganalisa politik; semua ada MACAM-MACAM ada.....

Masa zaman British Sumandak era 90-an, Sumandak tak juga minat subjek sejarah ni sungguh membosankan nak tahu tahun... tokoh.....tindakan yang dah diambil.....tapi bila Sumandak terbaca Peristiwa 13 Mei masa tu lah baru faham kenapa sejarah kita kena tahu....dan subjek ini juga yang bagi tahu asal usul orang Melayu. JADI MARILAH KEMPEN bersama SEJARAH DALAM UPSR

RAJA MeLAYU MurKA

Sumber: Blog Dunia Tiger
Friday, October 17, 2008
RAJA-RAJA MELAYU MURKA

Kemurkaan Raja-Raja Melayu semalam terhadap golongan yang mempertikaikan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kebelakangan ini terutama hak istimewa bangsa Melayu.. bukanlah satu perkara yang sukar difahami.

Ini kerana sebagai payung negara tempat rakyat berteduh, Raja-Raja Melayu sudah pasti mahu isu sensitif itu tidak diputar selalu seperti memainkan "rekod buruk" yang mengeluarkan bunyi bising, tidak sedap dan menyakitkan hati orang yang mendengarnya.

Tindakan itu sudah pasti merugikan semua pihak di negara ini.

Negara yang aman... pasti akan hancur jika wujudnya persengketaan kaum.

Warta Perdana RTM semalam melaporkan Raja-Raja Melayu sedar tindakan mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan, jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat yang secara langsung menjejaskan keharmonian negara.

Perpaduan yang sedia terjalin sejak 51 tahun lalu perlu dipertahankan daripada dirobek oleh anasir dalam dan luar negara yang sering memutarkan sentimen perkauman untuk kepentingan peribadi mereka.

Rakyat pelbagai kaum di negara ini pernah diuji pada 13 Mei 1969 dan mereka menyaksikan betapa persengketaan kaum itu tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Sejak itu, usaha mewujudkan keharmonian dilaksanakan dan berkekalan ke hari ini.

Perpaduan kaum dan saling menghormati antara satu sama lain inilah yang membolehkan Malaysia terus maju dan mendapat sanjungan seluruh dunia.

Penyatuan dalam pelbagaian ini sudah tentu dicemburui dan tidak disenangi oleh ramai pihak.

Oleh itu, tidak hairanlah, Raja-Raja Melayu mahu bangsa Melayu bersatu padu mempertahankan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

Bangsa Melayu perlu mempertahankan hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Kaum bukan Melayu juga usah bimbang dengan hak mereka.

Jadi, usahlah membuat kenyatan bodoh dan bebal.

Fahamilah sejarah.

Komen Sumandak : Dah terang lagikan bersuluh.....ni Sumandak nak tujukan kepada individu yang lantang sangat pertikaikan kedudukan orang Melayu.....Terima ajelah hakikat sebenar. Kita dah dibagi ruang dan peluang untuk suarakan idea dan pandangan kita tapi gunakan dengan sebaik yang boleh.... Bila kerajaan guna ISA.... Kerajaan lagi kena herdik cakap tak telus tapi perbuatan, percakapan dan tindakan dah boleh cetus keadaaan huru hara kat negara ni RENUNG-RENUNGkan...

Khamis, Oktober 16, 2008

MInyAK TURUN LagI!!!!

Hebat sungguh negara kita dalam satu tahun 3 kali turun harga minyak; rebat tunai tetap juga kena bagi.....

Rakyat dulu rungut harga minyak naik sehingga cecah 78 sen selitar. Lepas tu berlaku penurunan harga selepas harga kat pasaran dunia turun:-
i. 15 sen (23 Ogos 2008)
ii. 10 sen (24 sept 2008)
iii. 15 sen (15 Oktober 2008)

Rebat tunai pula tetap akan diterima dalam tahun semasa RM625. Rasanya rungutan ni ada lagi tak.........LU PIKIR LA SANDIRI

HINDRAF DIHARAMKAN

15 Oktober 2008, tarikh bersejarah bila mana kerajaan telah mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram, satu tindakan yang menetapkan penglibatan sesiapa juga dalam pertubuhan itu merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar turut berkata, perintah yang dibuat adalah hasil daripada pemantauan dan penyiasatan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak HINDRAF ditubuhkan lagi.


Komen Sumandak; HINDRAF dah terima buku dengan luas.... Sumandak teringin sangat nak tengok reaksi dalang HINDRAF rasanya dia tengah GERAM ni bila salah satu badan NGO (platform) dah kena haram.....Boleh tahan gak sistem keselamatan kita dapat membuktikan HINDRAF satu pertubuhan haram... TAHNIAH diucapkan

Isnin, Oktober 13, 2008

BN tarik semula PETISYEN di KULIM- Bandar Baharu

Nilah tindakan yang Sumandak nantikan daripada pemimpin kita... (berita penuh) tumpuan kepada isu ekonomi lebih diutamakan daripada satu lagi Pilihan Raya Kecil di negeri ini.
Sumandak 'tabik spring' dengan calon BN ni yang sanggup membelakangi kepentingan diri (maruah) demi melihat masa depan rakyat di negeri Kedah. SYABAS diucapkan.......

ISA PErlu DiseMAK SemuLA- UPKO

Sumber: Harian Express 13/10/008 ...Chris Maskilone
Penampang: Pertubuhan Pasok Momogun KAdazan Murut Bersatu (UPKO) mencadangkan agar Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) disemak semula untuk menjadikan ia lebih spesifik dan tidak digunakan untuk semua jenis kesalahan.
Ketika ini, kerajaan menggunakan ISA, sebagai satu undang-undang untuk semua bentuk kesalahan yang dianggap menjejaskan negara tetapi ia membawa kesan yang tidak baik dan menafikan hak asasi kemanusiaan, naib presiden UPKO Senator Datuk Maijol Mahap berkata pada Ahad.
Isu itu adalah sebahagian daripada resolusi sembilan perkara yang diluluskan sebulat suara oleh perwakilan pada Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali ke-12 parti itu di Pusat Kebudayaan Penampang di sini.
Maijol, yang juga pengerusi jawatankuasa kecil resolusi dan pindaaan perlembagaan, ketika membentangkan resolusi itu berkata UPKO membuat cadangan itu kepada Kerajaan kerana ia sedar bahawa ISA dikritik oleh orang ramai termasuk pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan sebagai undang-undang yang terlalu ekstrim.
Parti itu yakin bahawa kebanyakan kesalahan, yang ingin diperiksa oleh ISA boleh ditangani oleh undang-undang lain seperti Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, adalah lebih sesuai untuk menggunakan ISA bagi kesalahan-kesalahan utama yang secara langsung mengancam keselamatan dan kedaulatan negara seperti rampasan kuasa dan aktiviti komunis.
Beliau berkata jika ISA disemak, integriti Kerajaan akan lebih di mata dunia dan rakyat........
Komen Sumandak: Sememangnya sebarang akta di negara kita boleh diubah semula mengikut aliran masa serta keperluan semasa. Tetapi yang Sumandak lihat pada masa kini ISA digunakan setelah melihat isu yang betul-betul memberi kesan kepada keamanan dan perpaduan negara....
Negara kita dah tak berdepan lagi dengan kes rampasan kuasa dan komunis tapi modus operandi individu atau kumpulan tertentu pula bertindak seakan-akan komunis dan punya agenda untuk merampas kuasa dan adalah sesuai menggunakan ISA.......
Negara maju juga mempunyai Akta ISA dan tak pernah sejarah terukir bahawa akta mereka dipersoalkan kerana kerajaan negara tersebut rasa yakin akta ini dapat megekalkan keamanan mereka. Jika kita lihat modus operandi CIA lagi lah melebihi ISA tapi sape yang mampu mengubahnya...... Bro Anwar pun tak berani sentuh.......
Setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat yang telah memilih mereka, Sumandak yakin UPKO bersuara untuk membuktikan mereka ni buat kerja....Ape pun HIDUP UPKO.....

Ahad, Oktober 12, 2008

OrentASI Bagi Ahli Baru UMNO Perlukah?

N3 Sumandak kali ni nak sentuh pasal isu ahli baru UMNO yang berumur 18 tahun ke atas.... Hari ni Datuk Seri Dr. Rais Yatim gesa parti untuk wujudkan sistem orientasi kepada ahli baru terutama mereka yang berusia 18 tahun agar mampu menjiwai semangat perjuangan sebenarnya.
Perlukah semua ni.......kepincangan dalaman UMNO yang Sumandak nampak lebih kepada ahli lama....ahli baru hanya mengikut.......ahli baru punya idealogi dan tahu baik dan buruk tapi kalo dah kepala buat hal...... rasanya ahli baru ikut aje........Mana-mana parti pun macam ni Sumandak tak nak tujukan isu ni kepada parti UMNO saja.... Di Sabah, parti SAPP (dah keluar dari BN) , UPKO dan PBS pun hadapi perkara yang sama... tidak mustahil PAKATAN RAKYAT pun sama.
Tak salah nak tahu tahap perjuangan seseorang ahli tapi kalo terus fokuskan kepada satu umur tak sesuai......perjuangan ahli lama sehingga hari ini Sumandak yakin ada gak 'goyah' dia tak banyak sedikit pun dah dikira......JADI perlukah ini semua.... LU PIKIR LA SANDIRI.....
"Hang Tuah berani mati demi memperjuangkan MARUAH RAJA MELAKA...... RAKYAT MALAYSIA berani mati DEMI memartabatkan semula maruah NEGARA, BANGSA dan AGAMA....... INILAH tindakan PAK LAH berani demi perjuangan yang belum selesai & TUN Mahathir sanggup dihina demi menyedarkan orang MELAYU yang sentiasa LUPA....."
Sumandak dari kalangan belia yakin apa yang dipelajari daripada ORANG LAMA sering menjadi tanda aras perjuangan dalam parti.....tapi kalo talabih sudah pandai jugak kami pikir nak ikut atau tidak........bukan nak 'KURANG AJAR' tetapi berjuang apabila terasa maruah mula diperkotak katekkan oleh individu tertentu.....

ANWAR nak JADI PAkar AnaLISIS EKOnomI DUnia

Terkedu sejenak Sumandak bila memikirkan Bro Anwar dah nak tukar bidang dari ahli POLITIK LAPOK kepada penganalisa EKONOMI DUNIA......Baik lagi minta Bro ANWAR ni jadi PELAKON DUNIA taraf BOLLY&HOLLYWOOD ; pelbagai karektor dia boleh jadi emak, ayah, pacik, macik, anak, adik, abang, kakak, (bapuk ........ops talabih sudah).....
Sumandak ambik sumber ni dari Blog JENTAYU (klik disini)
Perkara-perkara ni perlu diutarakan semula kat Bro ANwar;-
  1. Janji PIRU ke-12 di Selangor; bila nak dapat 20 meter padu air free..kalo ini pun korang tak dapat buat nak analisa ekonomi kita masih belum sesuailah Bro.....LU PIKIR LA SANDIRI....
  2. Kerajaan dah tunaikan janji turun harga minyak walaupun sikit tapi ada nampak hasil..... hang buat apa pula BRO & PR.....
  3. Jumpa George Soros buat ape.... nak kacau lagi mata wang kita ke...atau nak minta taja..... Teresa dah nak dapat RM30 juta.... tunggu jelah.....CONFIRM bole tolong taja sekali aktiviti HINDRAF

BreAK NEWS : ROsNAH baKAL GemILANGKAN Sabah

Pencalonan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin semakin melonjak naik macam kat bursa saham BHKL (berita penuh)... Sumandak yakin jika beliau capai cita-cita ni.....Datuk Rosnah bakal mengukir sejarah UMNO untuk rakyat Sabah... wa caya sama lu.... tapi kalo pun cita-cita tu sebaliknya diharap rakyat tak dibiarkan gunalah moto PERJUANGAN BELUM BERAKHIR.....
Sumandak ucapkan selamat berjuang kepada semua calon UMNO yang bertanding.....dahulukan kebajikan rakyat demi PARTI bukan kebajikan diri ..... SELAMAT BERJUANG.....

Sabtu, Oktober 11, 2008

SHAH RUKH KHAN dapat DATUK






BERITA HANGAT DI PASARAN....... bukan alang-alang lagi berita yang Sumandak tengok kat mana-mana blog........seorang pelakon terkenal India boleh dapat pangkat 'DATUK'....... Sumandak nak tanya apa sumbangan SRK yang dia bagi kat negara kita.... tak jauh sangat kat MELAKA jelah...... (berita penuh)




HAYATI erti pemberian pangkat kat individu tertentu jan main tangkap ja....Rasanya Datuk Senator baru kat MELAKA mesti ada komen kat akhbar kita nantikan..........




NasiHAT Hati-HATI KepADA PAS - Dr YUsof QARdawi

Sape Dr. YOsuf Qardawi......beliau ni ada kena mengena dengan isu liwat Bro Anwar (klik disini).
Komen SumANDak; Bila dah baca artikel ni Sumandak nak gunakan satu je pepatah Melayu Dah TERANG lagikan BERSULU....LU PIKIR SANDIRI LA BRO n SIS

Jumaat, Oktober 10, 2008

NiAT Nak BENtuk KErajaan BaRU LagI - ANWAR

Sumber : M Star Online /Jumaat /Oktober 10, 2008
Aidiladha sasaran baru Pakatan bentuk kerajaan?
oleh G.MANIMARAN
KOTA BHARU:Tempoh dua bulan akan datang menjelang hari Raya Aidiladha kini menjadi sasaran Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru Persekutuan?

Sasaran hari raya Korban pula dibayangkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.

"Sasaran 16 September, ia masih landasan. Tak minggu ini, minggu depan. Jangan bimbang satu dua tahun berlaku."

"Mungkin sebelum Hari Raya Haji," kata beliau yang juga ketua pembangkang pada ceramah di Padang Perdana di sini.

Ini kali pertama Anwar mengadakan ceramah sejak dipilih sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu.

Anwar diminta hadiri, kira-kira 12,000 sebab sasaran 16 September gagal dikotakan.
Apabila hadirin bersorak "jawab, jawab", Anwar memberitahu, sasaran 16 September memang menjadi, tetapi Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi enggan menemui Pakatan Rakyat dan menolak permintaan sidang khas Parlimen pada 23 September lalu.

Anwar sekali lagi mendakwa mempunyai jumlah wakil rakyat yang mencukupi di samping mahu mengikut lunas Parlimen untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional.

Komen SUMANDAK; Kalo pemimpin pandai ubah tarikh bila nak memerintah sesuaikah dia ni bakal menjadi PM MALAYSIA (LU PIKIRLAH SANDIRI)....tak ada pendirian langsung.... Sampai bila nak katakan jumlah wakil rakyat dah cukup untuk bentuk kerajaan baru (rasanya habukpun tarak ada......Pepatah Melayu ada kata setinggi-tinggi hang melompat Bro ANWAR akan jatuh kat bumi juga; tanahair yang bakal hang nak gadai kat negara asing.

Hak KEWargaNEGARaAN SABAH

Sumandak suka nak berkongsi pengalaman mengenai kes kesilapan teknikal JPN bagi status kewarganegaraan kat rakyat di Sabah....
Kes ni berlaku hampir 11 tahun dulu..masa tu Sumandak masih lagi berjinak dengan dunia kewartawanan..... Bila balik kampung anak buah Sumandak nak tukar dari Kad pengenalan lama (warna biru) kepada yang ada Bunga Raya (istilah yang sering digunakan olah rakyat Sabah untuk kada pengenalan MALAYSIA) sekarang ni pula dipanggil MYKAD.
Tak pasal-pasal bila dia terima pula status dia dibagi Penduduk Sementara (kad pengenalan warna hijau)... oiyooooo kira berdesing gak Sumandak nak marah kat JPN rupa-rupanya kat sana tersilap teknikal...... nasib baik Sumandak tak melenting tak tentu pasal ..Selang sebulan kad pengenalan yang betul dia terima..... Ni lah berita yang menyokong penuh statement dari MENTERI kita (klik disini).
**Citizenship reinstated but still bitter (Klik disini)
Kepada rakyat Sabah kalo ada kes yang hampir sama dengan Sumandak baik terus pigi JPN Sabah atau cawangan yang berhampiran...Sumandak yakin tak ada konspirasi yang cuba nak mewarganegara rakyat sesuka hati tanpa diperiksa dengan teliti.

JaLUR GemILANG diTERBalikkan LaGI

Sumber: Blog Pewaris Melayu 10/10/08
Ulasan Pewaris Melayu: Semalam, ketika penulis beraya dirumah sahabat penulis di Kondominium Mutiara Bandar Perda, penulis tergamam dan terkejut sekali melihat bendera kebanggaan kita, Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik. Geram bercampur marah, penulis terus bertanya kepada sahabat yang tinggal di kondominium berkenaan.

Sahabat penulis berkata "Aku pun tak tau. Terkejut jugak aku tengok bendera terbalik. Keja sapa ni.."

Begitu rendahnya mentaliti gerangan yang gantung bendera terbalik ni. Geram dibuatnya.Penulis nak buat pandai pun tak berani, sebab ni bukan tempat kita. Tapi, apa yang penulis harap, mintak AJK Kondominium Mutiara Bandar Perda ambil tindakan untuk menurunkan bendera tu, pasang bagi elok.

P/S: Tak silap penulis, kawasan tu adalah kawasan tadika kemas, sebab ada bendera kemas yang buruk dan dah terkoyak kat situ. Wallahualam..
Komen Sumandak: Sedih....Marah.....Kejam.....Biadap.....Kurang Ajar........adakah perlu untuk Sumandak katakan semua ni untuk melahirkan rasa kecewa Sumandak bila Jalur Gemilang kita diterbalikkan semula..... Kalo ye pun penghuni kat Kondo tu protes takkan sampai nak ludah, nak hina, nak terbalikkan bendera sendiri.. Akal tarak ada ke....
Sumandak yakin kalo bagi isu ni kat Bro Anwar dia pun bagi respon macam ni jugak; lain lah kalo dah kat dahi dia ada 2 kewarganegaraan kemungkinan besar dia dok diam je kat rumah ....sambil beraya sakan berjaya pengaruhi rakyat MALAYSIA menghina negara mereka sendiri.... TOLONG LAH PIKIR DEMI MASA DEPAN KITA....
Kalo dah tahap bendera pun kita hina.... layakkah kita tinggal lagi kat negara ini..... ludah takkan kita nak jilat balik BRO......

Khamis, Oktober 09, 2008

CaBARan BuAt RakYAT MALAYSIA

Alhamdullilah...tahun ni Sumandak dapat lagi beraya di kampung....nak kata kampung bole la sebab orang kata kalo sebut je 'kampung' rumah tu kenalah yang berasaskan bahan kayu kayan yang 'dimodenkan' atau separuh rumah kayu dan separuh rumah batu....

Tapi rumah kampung Sumandak maksudkan ni pun kawasan perumahan (taman) maknanya tak ada lagi rumah kayu...semua rumah batu cuma suasana dikampungkan... yang penting semangat nak raya....itu yang utama...Rasa bangga gak Sumandak beraya di Kampung tercinta....'SANDAKAN'... tempat ni banyak sangat perubahannya bukan setakat bandar tetapi orang-orang dia jugak....Biar berbeza agama, ideologi politik dan bangsa tetapi adat kunjung mengunjung tetap diamalkan.

Terharu juga Sumandak bila memikirkan kehidupan kita semakin 'mencabar'.... segala fitnah digunakan dengan tujuan untuk mengaibkan individu tertentu...Majlis raya diserbu dengan menggunakan benteng suara kanak-kanak dan kaum ibu....blog dihujani dengan sumpah seranah, maki hamun dan 'ayat-ayat power' yang langsung tak dapat mencerminkan budaya kita orang MALAYSIA.

Perlukah kita memaki,
Perlukah kita menghina,
Perlukah kita memfitnah,
Perlukah kita melakukan semua ini untuk memuaskan hati kita yang tengah sakit...
Sakit dengan penyakit hasad dengki,
Penyakit tamak kepada harta dan kuasa.

Era ini bukan lagi era yang boleh kita katakan kita masih lagi JAHIL
JAHIL kepada ILMU
JAHIL kepada AGAMAJ
AHIL kepada NEGARA
Tetapi kita PEKA kepada MASALAH RAKYAT DAN DUNIA

Kita inginkan PEMIMPIN yang AGUNG
Kita inginkan KEHIDUPAN yang SELESA
Kita inginkan NEGARA yang AMAN
dan kita inginkan segala-galanya
Tetapi perlukah kita bermusuhan
Satu Agama
Satu Bangsa
Satu Negara

JEPUN, BRITISH dan KOMUNIS
pernah jajah kita......
ape lagi kuasa yang nak kita minta untuk 'dijajah'

DEMOKRASI vs ISA
sering dilaungkan tapi sedarkah kita ISA tulang belakang 'keamanan' negera MALAYSIA

Generasi MUDA....
Bakal Pemimpin NEGARA
Namun menjadi BONEKA kepada individu tertentu demi kuasa dan dendam

Kenaikan harga Minyak & Barang
Kita dengar rungutan..
Kita dengar keluhan....
Kita dengar kemarahan....
Kita dengar ugutan....
Tetapi kerajaan tetap memikirkan MASALAH RAKYAT....

Semua ni berlaku sebelum dan selepas RAYA.....
semasa RAMADHAN kita berpuasa untuk segala-galanya namun berita mahupun blog tak pernah puasa..
ini adalah realiti kehidupan 'KITA KENA JUGA TERUS BERJUANG'

KITA BERJUANG semula bukan untuk orang lain tetapi untuk diri dan negara kita...Fikirkan tindakan yang bakal kita ambil dan jadikan kesengsaraan hidup negara yang menjadi mangsa kekejaman ILMU, HARTA dan KUASA sebagai pengajaran....

UTUSAN MALAYSIA kena SAMAN LAGI

Tak habis-habis individu tertentu nak kenakan kat warga Utusan Malaysia...ini membuktikan peranan Utusan Malaysia bole menggugat kedudukan mereka dalam bidang politik kot... TAHNIAH sumandak ucapkan kat UTUSAN MALAYSIA.
TERESA saman Utusan Malaysia RM30 Juta (Berita penuh)
Sumandak tak nampak pun fitnah yang dikemukan oleh Utusan Malaysia dorang lapor benda yang btoi.... Rasanya KOK ni kena baca balik lah hak dan akta di bawah bidang kewartawanan.... Seingat Sumandak kalo wartawan lapor benda tak btoi mana gak berani nak tulis...kalo dorang nak tulis pun macam nak letak pasir ke dalam periuk nasi sendiri..

WARISAN PAK LAH demi NegARA

video

Hayati bersama demi PAK LAH...........

(Sumber: Blog FIKIRANKAMI)

Disini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Disini tersemai cita citaBercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Kemana harusku bawakan

Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa Dibumi ini ku melangkah

Keutara selatan timur dan baratKu jejaki

Aku Bukanlah seorang perwira

Gagah menjunjung senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan

Rabu, Oktober 08, 2008

KJ ReSAh bila PAK LAH nak UNDur

Sumandak tertanya-tanya gak KJ resah kah bila PAK LAH dah buat keputusan nak undur..... harap pemimpin kita akan cuba baiki keadaan politik negara bila PAK LAH dah tak ada nanti......
PAK LAH tetap pemimpin NEGARA walaupun banyak kontroversi tetapi beliau dah berjaya dalam hal-hal tertentu....SUMANDAK yakin 100%.

UTUSAN MALAYSIA menjadi TARGET BRo ANWAR

Masa Sumandak di bawah Utusan Malaysia kat cawangan Sabah.... BRO ANWAR ni jaga betul orang-orang kat Utusan; baik dari segi kebajikan dia mahupun kerja-kerja semua wartawan kat tempat ni...Sumandak terasa gak layanan 'mesra' tu......... lupa pula masa tu BRO ANWAR adalah TPM Malaysia.... Tapi susah gak cakap coz Utusan Malaysia ni adalah akhbar tertua kat negara kita......mereka ni tetap akan keluarkan berita yang sahih, betul dan tepat........maknanya tak kira orang tu baik atau tak tetap akan keluarkan berita yang BETUL demi menyajikan perkara sebenar kepada RAKYAT MALAYSIA.
Skang Bro ANWAR nak letak 'pasir kat periuk nasi' UTUSAN MALAYSIA (berita penuh sila klik di sini). Sudah-sudah lah dengan tuduhan yang terlampau kat UTUSAN MALAYSIA biasanya BRO ANWAR kalo dah bertindak macam ni dia dah rasa kedudukan dia sebagai penasihat HINDRAF tercabar kot.... (OPS tersasul pula; Penasihat PKR) jan mare ye......
Sebulan Syawal masih bole lagi Sumandak bermohon maaf kat Bro AnWAR sekeluarga tapi sudikah Bro ni mohon maaf kat PAK LAH sekeluarga, NAJIB sekeluarga dan semua keluarga UTUSAN MALAYSIA bila dah talabih cakap masa sebelum raya lagi.... Jan BRO dosa kat manusia ni bahaya nanti tak dapat kita hidu bau SYURGA betul tak Imam PAS. Bawa-bawa bertaubat... dosa akhirat hanya ALLAH s.w.t ja yang tahu.......

MUFTI pun KEna BEDAL

Ape nak jadi dengan negara kita, Sumandak tak paham lah dengan orang-orang MELAYU (segelintir) kat negara ni tak habis-habis dengan dunia POLITIK....takkan dalam masjid pun nak POLITIK.... bolehkah kita hidup dengan hanya berpolemik POLITIK?....aniaya kawan....aniaya keluarga sendiri....aniaya bangsa sendiri...aniaya seagama sendiri.....
Rakyat dah penat tengok DRAMA ni bila nak habis; yang Sumandak kecian dengan orang-orang yang teraniaya siap lagi MUFTI pun tak kena lepas (Berita Penuh MUFTI MANGSA POLITIK)
Perlukah kita jadi macam ni... orang MELAYU yang sanggup 'makan' bangsa dan agama dia sendiri... Takkan kita nak jadi negara ARAB yang sentiasa bermusuhan sesama sendiri tapi yang menang orang luar yang tak seagama dengan mereka.....(siap lagi ketawa baring-baring kat lantai tengok dorang berperang).
TOLONG sedarlah orang MELAYU....kita dah pernah dijajah takkan kita nak lagi dijajah....skang ni lagi zaman bukan jajah macam zaman JEPUN.....tapi kena jajah minda dan perlakuan kita...yang semakin kurang ajar tapi kalo fikir balik kita masih boleh perbaiki tak perlu fitnah orang, tak perlu aniaya orang, tak perlu bunuh orang dan tak perlu segala-galanya. GUNAKAN kebijaksanaan ANDA semua jangan terpedaya dengan tuduhan liar dari kumpulan yang suka mencarut......PENATlah BRO n SIS.

Selasa, Oktober 07, 2008

PerLUkah JPN SABAH DiROMbak?

Sumandak setuju benar dengan cadangan daripada Datuk Seri Salleh Said Keruak, bekas Ketua Menteri Sabah agar Menteri berkenaan turun ke Sabah untuk tangani isu kewarganegaraan dengan kadar segera agar tidak dipolitikkan oleh kumpulan yang dah ada niat nak jatuhkan kerajaan BN.

Sekarang ni SAPP dah gunakan pelbagai kaedah untuk pengaruhi rakyat Sabah, siap lagi keluarkan anggaran peratusan penduduk Sabah yang tiba-tiba aje melonjak naik (Menurut perangkaan yang diberikan oleh SAPP, pada 1970, penduduk Sabah berjumlah 636,431 orang dan pada tahun 2000, jumlahnya meningkat sebanyak 285 peratus kepada 2,449,389 orang. Sumber; BERNAMA)

Kalo di kawasan Kinabatangan, Sumandak pernah jugak lah masuk kawasan pedalaman. Di kawasan ini banyak yang ada di tepi sungai.... ramai jugak penduduk di kawasan ini tidak mempunyai dokumen sah sedangkan anak jati Sabah sehingga hari ini...JADI dorang ni status ape? mau jugak Sumandak tanya dengan SAPP.

Kalo masuk di kawasan Pensiangan; ada anak jati Sabah orang Murut pun belum jugak ada dokumen sah jadi munasabahkah kalo Sumandak cakap peningkatan yang berlaku masa tu sebab orang Sabah terutama di pelusuk kampung baru dijumpa dan dibagi dokumen sah. Itu pun baru bah berapa ja yang dijumpa tahun 2000. Sekarang ni yang masih belum ada dokumen sah masih ramai dan dah masuk pula tahun 2008.

Kalo kita pigi pejabat JPN Putrajaya untuk dapatkan dokumen sah bagi rakyat Sabah ingat senang kah.... Bukan main lagi proses dia...Sumandak pun pernah gak tengok macam mana proses dia...Orang tu kena datang tunjuk muka....buktikan sah atau tidak dia orang Sabah dengan dokumen yang dah disenaraikan oleh JPN.... lepas tu kena lagi 'siasatan' yang dibuat oleh JPN....

Ndak palah untuk buktikan JPN Sabah masih releven kita minta MENTERI turun dan buktikan ANDA SEMUA dah buat kerja demi NEGARA....

HINDRAF Lapor POLIS

Hindu Ringht Action Force (Hindraf) dah buat laporan Polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Akhbar dan akhbar Utusan Malaysia ekoran kenyataan dan laporan yang mereka dakwa berbentuk hasutan dan berbau provokasi terhadap mereka.

Sumandak dah hampir khatam baca AKTA Keselamatan Dalam Negeri 1960 (AKTA 82); dalam buku tu kata Menteri ada kuasa nak berkata mahupun bertindak jika beliau yakin ada unsur yang boleh menggugat keamanan negara. Jadi rasanya tindakan DS Syed Hamid ni betul lah kalo beliau tak buat macam ni senang-senang je individu atau kumpulan tertentu buat benda tak baik kat negara kita....

Di Amerika Syarikat, Sumandak tengok kalo Presiden dia dah dibuat macam PM kita masa 1 Syawal tu confirm berapa ratus orang yang berarak dah meringkuk dalam penjara...(tak kira budak kecik ke.....kaum ibu ke....dan sebagainya yang penting dah nampak niat nak kenakan Presiden dia)... Tapi negara kita masih lagi toleransi walaupun daripada banyak-banyak pengikut HINDRAF datang atas alasan nak bagi KAD RAYA hanya seorang ja yang ucap @ wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kat PM.....

Jadi LU PIKIRLAH SANDIRI ye rakyat MALAYSIA....

Isnin, Oktober 06, 2008

4 Penjuru - Jawatan Ketua PUTERI UMNO


Sumandak harap pertandingan ni dibuat dengan lebih sihat dan dapat tingkatkan lagi silaturahim di kalangan ahli. Dah menjadi adat pertandingan; ada yang menang dan ada yang kalah.....persiapkan diri ANDA semua dengan ILMU DUNIA dan AKHIRAT........hubungan kekeluargaan dalam ahli perlu diutamakan....NIAT perlu disatukan demi menyatu padukan rakyat BELIA (PUTERI) di negara ini.

MAjliS PEGUAM bakal ANJUR FORUM Bahas RANG UNDANG-UNDANG DNA

Sumandak tak faham lah tujuan utama Majlis Peguam nak anjur satu lagi FORUM UMUM untuk bincangkan tentang Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008. (Berita penuh)
Pastu yang lagi Sumandak tak paham nape nak bawa orang awam bincang akta ni... kalo dorang arif pasal undang-undang takpe lah juga; takut otak dorang ni dah kena cuci oleh para peguam yang telah melabelkan diri mereka orang yang bijak pandai dalam semua hal......tapi habukpun tarak ada.......(jan mara ahhhh)
Ape pun kalo korang nak buat biarlah dengan saluran yang betul karang jadi pula isu hangat di pasaran; tapi Majlis Peguam Malaysia suka sangat dapatkan publisiti dengan cara ni.......so tak hairan lah kalo last-last nanti dorang jugak yang buat GIMIK........

BuDAya ORaNG MALAYSIA

Perlukah kita menghina,
Perlukah kita memfitnah,
Untuk capai niat kita,
Niat dajal yang akan menghancurkan maruah kita.

Kita JAHIL?
Jahil pada Ilmu
Jahil pada Agama
Jahil pada Bangsa
Jahil pada NEGARA
Namun perbualan kita cukup menunjukkan kita insan yang BIJAKSANA.

Kita inginkan PEMIMPIN yang AGUNG
Kita inginkan KEAMANAN pada NEGARA
Kita inginkan KESELESAAN
Namun kita telah 'MENGGADAI' NEGARA

Kenaikan Harga Minyak dan Barang
Kita merungut
Kita ugut
Kita marah
Namun kerajaan tetap di belakang kita

Rebat Tunai
Kita minta
Kita dapat
Kita kata tak cukup
Kita kata tak adil
Namun kerajaan tetap di belakang kita

Golongan Belia
Kita jaga
Kita pelihara
Kita didik
Kita bagi subsidi (pelajaran)
Namun menjadi BONEKA untuk menentang semula KERAJAAN.

KOmen: Rasnyanya dah sukup kot masalah ni yang perlu dihadapi oleh rakyat MALAYSIA... sekarang baik kita fikir cara nak baiki pula... LU PIKIRLA SANDIRI

Jumaat, Oktober 03, 2008

HINDRAF vs ISA (MANGSA KANAK-KANAK)

video

SAPE yang nak kita salahkan....kanak-kanak ni dieksploitasi demi kepentingan individu tertentu tanpa memikirkan masa depan budak tersebut....

Kaum Ibu hanya tahu menurut kehendak mereka dan tak fikir bahawa masa depan anak-anak mereka mula dicemari dengan budaya 'kurang ajar'...... INIlah erti sebenar KEMERDEKAAN yang mereka cuba terapkan dalam budaya MALAYSIA... Fikirkan bersama......

HINDRAF HeRO 1 SyaWAL


BENTENG UTAMA HINDRAF (KANAK-KANAK & KAUM IBU)

5 HERO HinDRAF



Banyak sangat dugaan kita masa Ramadhan bukan setakat kita menahan lapar dan haus tapi kita juga menahan daripada membuat perkara-perkara yang ditegah oleh agama. 1 Syawal merupakan tarikh keramat kepada semua umat ISLAM; untuk meraihkan hari lebaran yang penuh dengan rahmat daripada-NYA....




Namun sekali lagi umat ISLAM di negara ini diduga dengan kerenah HERO HINDRAF semasa mengunjungi Rumah TERbuka PM di PWTC... (berita penuh)




KOmen: Sumandak tak paham dengan HINDRAF ni kalo teringin sangat nak lepaskan 5 orang pemimpin mereka pun guna lah saluran yang betul....kita ada sistem perundangan yang selama ini kita yakini hanya BRO ANWAR je yang takut kat bayang-bayang sendiri hingga pertikaikan sistem tersebut.




Kalo kita tak salah jangan takut; macam TERESA dia tetap gak dikeluarkan selepas siasatan dah selesai dibuat.....jadi ape nak hirau sangat. Sumandak yakin perundangan kita di bawah kerajaan pada hari ini masi lagi RELEVEN..... nak kecoh-kecoh dalam majlis besar buat ape fikirkan lah dan hormatilah agama dan budaya rakyat MALAYSIA......JANGAN cabar orang MELAYU yang kaya denga budaya dan tatasusila...

Rabu, Oktober 01, 2008

UPKO baKaL JEjaKI SAPP

Sumandak tak hairan sangat jika melihat satu lagi parti di bawah BN iaitu UPKO akan mengikuti jejak SAPP selepas 17 September... UPKO TIMBANG SEMULA KEDUDUKAN DALAM BN (berita penuh).
Rasanya pemimpin atasan parti ni hanya pikirkan ego dorang ja kot tapi tak lihat aspirasi rakyat yang dah penat dengan krisis politik...... Jangan ba korang begitu ndak bagus peenat sudah kami ni dengan sandiwara politik cuba lah buat versi baru sikit macam tingkatkan ekonomi kami ka....atau tingkatkan pembangunan kami ka......RENUNG-RENUNGKAN

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"