Untuk tangani isu kemiskinan khususnya di negeri Sabah memang perlu kerjasama daripada semua pihak.... ada yang lapor dan ada yang ambik tindakan itu dah lumrah kehidupan kita untuk pastikan negeri yang kita cintai semakin maju ke hadapan... (berita penuh)
Selama ni kerajaan Negeri tak pernah nak heboh-hebohkan sangat usaha yang mereka dah buat kat rakyat sebab takut disalah ertikan.... lebih-lebih lagi pihak pembangkang yang selalu aje nak cari kesalahan (pok silap cakap orang Sabah).....
Tapi sampai bila kerajaan negeri dan pusat terus diherdik dan dilabelkan tak telus dalam menjaga kebajikan rakyat... skang dah tiba masanya kita uar-uarkan usaha kerajaan negeri dan pusat..... Kenyataan akhbar di bawah ni yang cukup memberi saranan kepada semua pihak.... (jom hayati bersama)
"Bagi memastikan sasaran ini mencapai matlamatnya, semua agensi pelaksana
perlu meningkatkan kecekapan sistem penyampaian masing-masing dalam soal
merancang,melaksana,memantu dan menilai perlaksanaan program program pembasian kemiskinan khususnya di luar Bandar."
“Matlamat ini sebenarnya bukan hanya mengharapkan usaha kerajaan dengan
peruntukan yang besar semata-mata namun memerlukan penyertaan yang proaktif dari rakyat agar matlamat murni ini akan tercapai sepenuhnya,”
(DSP Haji Musa bin Haji Aman, CM Sabah 1.12.2008)
2 ulasan:
Sumandakbayu,
Anda sememangnya 'hardcore' kerajaan.
Aku 'salute' dengan anda.
Belum ada ku terbaca sesuatu yang boleh menyinggong hati mereka yang bergelar pemimpin dalam kerajaan terungkap dalam penulisan anda. Terusnya sikap dan pendekatan penulisan nada. Semoga ia timbul dari hati yang luhur dan suci ingin melihat kejayaan pembangunan fizikal dan mental kepada rakyat dan anak negeri dibawah bayu itu.
Tapi pun demikian, kerajaan dimanajua tetap ada melakukan kesilapan dan kesalahan. Yang itu biar kami yang menggalinya dan nyatakan didalam penulisan kami. Kerana jika tidak mereka kadang alpa dan seronok mencari kesempatan dari amanah yang kita berikan.
Salam Bro...
Pemimpin kita manusia tak ada yang tak pernah melakukan kesilapan sedangkan pihak pembangkang pun macam tu jugak; telah menghalalkan benda yang dah terang-terang tak halal....
Itu lah namanya penambahbaikan dalan sesuatu perkara.... hakim pun bila nak jatuhkan hukuman dia ada pilihan satu dan seterusnya... kecuali kalo kesalahan dah tak boleh dimaafkan hukuman mandatori je jawabnya....
Tugas kita sebagai rakyat memang akan kemukakan jika berlaku penyimpangan tapi setakat hari ni sumandak yakin kerajaan tak pernah menongkat dagu ke langit sebab pemimpin kita tetap berjaga walaupun di malam hari....
Catat Ulasan