Rabu, Disember 03, 2008

MiNIT MesYUARAT BPN Bil2/2008

Minit Mesyuarat Meeting BPN pada Selasa bertarikh 2 Disember 2008

Penasihat BPN masih kosong kerana Dr Novandri sangat sibuk di klinik dan juga di dalam bidang politik dan tidak dapat menerima jawatan tersebut.. Walau bagaimanapun beliau tetap dialu alukan memberi pandangan tentang BPN pada masa akan datang.

Shahrezad Blogger Damai Abadi cadang Prof Madya menjadi penasihat dan Speaker mencadangankan bukan orang politik dipilih menjadi Penasihat. Ini bagi mengelakkan sebarang tohmahan BPN adalah pro atau alat kepada mana mana pihak.

BPN juga dicadangkan oleh Azzuhrie Biro Seberang Laut untuk menjemput Dato Noh Omar hadiri sidang maya BPN. Pengerusi mengatakan BPN bersedia menerima sesiapa sahaja yang sudi bersidang dengan ahli BPN tidak kira dari parti mana sekalipun.

Shahrezad http//sedarlahbangsaku198 6.blogspot. com akan menjadi wakil Melaka dan Farid http://pmukmkl0708. blogspot. com dilantik sebagai wakil Negeri Sembilan.

Farid dilantik sebagai Biro Mahasiswa bagi menarik lebih ramai mahasiswa menyertai gerakan BPN ini…

Speaker meminta sesiapa tak siarkan resolusi untuk berbuat demikian selain mengemaskini list ahli BPN di blog mereka.

Hang Tuah dipilih sebagai wakil Kedah.


Sidang tamat 10.44 malam


Disediakan oleh :

Panglime Perang Cyber
http://penembak- tepat.blogspot. com
KoMen SumanDAk: Tahniah kepada ahli BPN yang baru aje dilantik menjawat jawatan penting dalam MT BPN... Selamat berjuang...

20 ulasan:

bungaraya berkata...

Selamat berjuang. Kembalikan maruah bangsa yang kini kian tercemar.

sumandak bayu berkata...

salam bro

terima kasih dengan suntikan semanagt juang anda kepada BPN

Tanpa Nama berkata...

Sumandak engkau kah ahli EXCO BPN.... ape sangat lah ko join BPN tu bikin malu ja sama orang sabah...

ndak ko sedarkah kerajaan ape yang ko dah bela ni... ko ingat ko tu baik sangat ka....

cuba ko bagitau aku berapa dah ko kena bayar oleh kerajaan BN. jan cakap lah UMNO saja lah...

Baik dalam 24 jam ko keluar dari jadi EXCO BPN jan ko khianat sangat kat bangsa kita di SABAH.... Orang Semenanjung dah bodoh-bodohkan kita selama ni ko sedar ka....

Tanpa Nama berkata...

Anwar seolah-olah menganggap penyokong beliau, pemimpin PR dan penyokong PR adalah bodoh-bodoh belaka yang mudah untuk beliau tipu dan terus ditipu. Biasanya jika manusia itu normal, sekali tertipu tidak mungkin mahu ditipu lagi.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama...

JGN jadi dayus lagi bacul... apa kebaikkan yang kamu dapat dgn mengugut orang... siasia aja kamu menjadi org sabah...memalukan saja org sabah... kalau kamu benar tegakkan kebenaran kamu itu dulu... sebelum menasihati org lain..

Beginikah caranya pentabiran Pak Nuar...
Mengugut orng dan memaksa org...
patutlah dia tidak diberkati...

Jack nasihati kamu... kembalilah kepangkal jalan...

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya manusia itu cerdik, tidak mungkin dia akan membuat tipu untuk kali kedua setelah penipuan yang pertama membuktikan bahawa dia adalah seorang yang penipu. Tetapi penipu tidak akan berhenti menipu kerana bagi penipu menipu adalah satu cara untuk menutup kelemahan. Kita tunggu lakonan terbaru Anwar mengenai Jambatan baru beliau ke Putra Jaya melalui Sarawak seterusnya Sabah.

Panglima Perang Cyber berkata...

ni antara orang nak sabah sarawak pisah dari malaysia..

bahaya..

nanti kena report polis kerja macam ni...

sabar sumandak..ignore jer

tukang taip berkata...

aku rasa anuar yang bayar orang tue, suh atack org lain...

Mohd Farid Bin Mohd Taufik berkata...

sumandak...selamat berjuang...
kepada tanpa nama...
hentikan kata-kata nista anda...

jika anda tidak sanggup bersama-sama berjuang...

duduk diam dan lihat apa yang kami cuba lakukan...

kami tak mengharapkan wang atau balasan...tapi kami harap dapat sedarkan kembali kita orang bumiputra Malaysia....Tentang hak-hak kita yang semakin terhakis...

kepada Sumandak...Kami warga BPN sentiasa menyokong anda....

Mohd Farid Bin Mohd Taufik berkata...

kepada tanpa nama..

jangan hanya pandai berkata-kata...

cuba hayati perjuangan kami....

kembalilah ke pangkal jalan....

Tanpa Nama berkata...

kpd tanpa nama,usahlah menghentikan sesuatu utk kebaikan bersama..

Tanpa Nama berkata...

kpd tanpa nama,usahlah menghentikan sesuatu utk kebaikan bersama..

Arjuna berkata...

kepada tanpa nama
renungkan dulu apa perjuangan PKR selain dr utk membalas dendam politik seorang lelaki bernama anwar

Arjuna berkata...

jika anwar ikhlas dlm politik beliau blh terus berjuang dlm parti PAS tp kenapa beliau wujudkan satu lagi parti yg memecah belahkan sesama bangsa

AbgTuah berkata...

Salam Sumandak,

Dalam dinia Siber ni kita kena faham, berhati2 dan kuat semangat. Apa yg abgtuah madsudkan adalah taktik serangan saraf puak yg anti kepada establishment. Dengan cara melemahkan mentallah cara yg terbaik bagi mereka untuk melemahkan semangat kita.

Cuba kita reningkan kenapa didunia nyata mereka mengunakan taktik keganasan, pergaduhan, cuba kita renung semula di PP, bagaimana Puteri di takut-takutkan sehingga tak berani menjalankan kerja memberikan penerangan yg benar. Cuba lihat bagaimana mereka memukul pihak bertentangan dan memecahkan keenderaan. Cuba kita amati juga bagaimana mereka memaki hamun mencerca, ya, itu semua adalah taktik dan strategi mereka untuk melemahkan mental.

Jadi teruskan perjuangan, jangan sesekali tewas dengan taktik serangan saraf mereka.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

bukan setakat berjuang..tapi kita semua boleh menjadi kawan 'sepermainan' dalam dunia maya.

sumandak bayu berkata...

Salam kat semua ahli BPN...

Terima kasih atas sokongan yang diberikan cukup bermakna inilah bukti semangat juang dalam BPN....

Sumandak tak kisah sangat dengan ugutan yang dibuat oleh individu atau kumpulan yang tak bertanggungjawab.... dah lumrah dunia bila kita diherdik... diugut...dicaci.... tetapi semangat juang demi agama, bangsa dan negera tetap SUMANDAK PIKUL....

Sumandak hingga hari ini semakin yakin dengan kreadibiliti ahli BPN yang sanggup mempertahankan Sumandak bila menerima serangan macam ni....

TAHNIAH BUAT SEMUA AHLI BPN.... teruskan matlamat kita menawan semula minda dan hati rakyat MALAYSIA yang dah terpesong oleh segala fitnah/dakyah pihak PKR,DAP,PAS dan sewaktu dengan nya.

Panglima Perang Cyber berkata...

Reaksi spontan semua team kita ini lambang kesatuan kita..

Apa apa masalah diharap kita akan bersatu menghadapinya.

Demi melawan petualang yang ingin merosakkan agama.

Dan tentunya merosakkan semangat kita yang sudah berada di saf hadapan perjuangan mulia di alam siber ini..

Syabas dan moga kita tidak berpaling ke belakang lagi selepas ini...

Keutuhan BPN adalah keutuhan Raja Agama dan Negara kita.Serta bangsa yang kita cintai..


Benarlah sesungguhnya orang beriman itu bersaudara !!

Tanpa Nama berkata...

hamba ni orang melayu.... OM...

orang tu dah tak betul pemikiran dia.. otak ada tapi tidak menggunakan dengan cara yang betul.. langsung tidak mahu berfikir..
takpa lah.. suatu hari kita harap beliau sedar.. dan cari lah kebenaran.. InsyaAllah.. kita akan di restui. amin....

Mata Hati Jiwa berkata...

Teruskan perjuangan kita sumandak.. kritikan tanpa fakta tidak perlu di ambil kira..kita berpijak pada bumi yang nyata bukan dalam dunia fantasi si anwar dan konco2nya...

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"