Ahad, Disember 14, 2008

YoNG TecK LeE BaKaL CaLOn PenSiaNGAn

Khabar Pensiangan masih lagi hangat dipasaran walaupun tumpuan kini hampir ke semua pemimpin parti tertumpu kepada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu pada Januari 2009. Dalam kesibukan tersebut, SAPP sekali lagi menarik perhatian dengan kenyataan akhbar mengenai isu Yong Bakal menjadi calon Pensiangan pada Pilihan Raya Kecil di kawasan ini akan datang. (klik untuk berita penuh)
Tindakan ini adalah satu kesinambungan daripada kenyataan mereka bahawa parti SAPP dan PKR Sabah mempunyai matlamat dan visi yang sama dalam memperjuangkan politik di negeri ini. Keputusan untuk bertanding di bawah tiket pembangkang jelas menunjukkan kesungguhan Yong untuk mencari kedudukan beliau semula di mata rakyat Sabah.
Keberanian dan kelantangan beliau menyuarakan 'kebajikan' rakyat Sabah tidak akan dapat direalisasikan jika beliau tidak mempunyai kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri mahupun Dewan Rakyat. Ini adalah realiti yang perlu dihadapi oleh penyokong SAPP... mereka sedar keupayaan mereka cukup terhadap dan atas imej yang mereka bina dalam beberapa bulan ini Yong yakin sebenarnya beliau dapat melangkaui imej populariti Datuk Jeffrey Kitingan.
Namun mampukah Yong menambat hati rakyat Pensiangan yang majoriti Kaum Murut.... mereka lebih memfokuskan kepada pemimpin anak jati Pensiangan yang berbangsa Murut... Nampak gayanya Andipai calon PKR sebelum ini kena sekali lagi bersaing dengan rakan sekutu mereka untuk mengekalkan kedudukan beliau di kerusi P.182 Pensiangan.
Adakah pula Datuk Jeffrey hanya berdiam diri kerana diuar-uarkan juga; jika calon BN masih lagi dikekalkan; Tan Sri Joseph Kurup... Jeffrey akan mempertaruhkan diri beliau kerana takut dimakan sumpah walaupun terpaksa menggunakan tiket BEBAS....
Senario ini jelas menunjukkan bahawa misi dan matlamat pihak pembangkang masih lagi belum ada kerjasama sebagaimana dakwaan yang mereka katakan kepada rakyat Sabah.... Mereka terpaksa dan dipaksa mendukung sifat HIPOKTRIT demi mengaburi mata rakyat Pensiangan khususnya... Diharap rakyat Pensiangan mampu membuka minda mereka sekali lagi agar tidak tertipu dengan DRAMA yang dilakon oleh YONG dan JEFFREY.

7 ulasan:

Taminsari berkata...

Salam perjuangan..rakan blogger muslim diserang oleh kafirun....sila lihat comment para kafirun ini di..

http://redssays.blogspot.com/2008/11/why-has-muslim-world-failed-to-develop.html

bungaraya berkata...

Sumandak,
Hampir 1 minggu saya tidak melayari blog kerana bertugas diluar zone.
Di Sabah, khususnya di Kawasan Pensiangan, sokongan terhadap BN, merupakan satu perkara MESTI.
Itupun jika penduduknya masih perlukan pembangunan. Pembangunan Prasarana, Sekolah-sekolah, Balai-Balai Raya, Pusat Kesihatan Desa dsbnya merupakan perkara terpenting
yang perlu diberikan keutamaan rakyat di kawasan pendalaman tersebut. Jangan dulu berbicara tentang Hak Asasi Manusia, Reformasi dsbnya yang tidak boleh membantu mereka membeli walau sebiji beras.

MAWAR BERDURI berkata...

salam gendz?

kalau c yong 2 jadi salon? uhuh..mantap lah kasi gegar pensiangan dengan isu "kilat kan rumah anda dgn kilatan yang berkilau"????sekian

Gagak berkata...

Aku tak faham perjuangan pemimpin politik yang satu ni.. Buat kenyataan macam-macam.. Biarkan saja dia bertanding paling tidakpun mudah bagi BN mengekalkan kerusinya di Pensiangan.. Tadi gagak terbaca juga kenyataan Datuk Hariss Salleh pasal Parti UMNO.. Ini lagi menghairankan.. dia bukan ahli UMNO tapi cakap pasal masa depan UMNO...Hairan ! Hairan !

Ajeem berkata...

Dr. Jeff dan Yong bertanding kerusi pensiangan?

jika dua individu ini bertanding maka memang sah ada ketidakwarasan yang berlaku.pertama yong tidak ada keperluan bertanding kerana kepimpinan beliau sendiri tidak diakui sejak berada dalam Bn lagi.ini kerana jika beliau benar-benar penting mengapa beliau tidak mendapat kepercayaan untuk bertanding salah satu kerusi pada pru 12 yang lalu?jadi memang jelas disini jika yong bertanding juga maka persepsi umum akan mengatakan beliau punyai agenda peribadi bukan agenda rakyat.

bagaimana dengan dr jeff?beliau harus bersabar kerana populariti beliau sudah diuji pada pru 12 maca lalu.kekalahan dua kerusi ditangan abang sendiri adalah amat memalukan.rakyat tidak akan mengundi calon yang gilakan kedudukan.jika benar beliau mahu membela nasib rakyat,beliau harus 'stay' di kawasan sebelum ini dan menabur khidmat bagi menawan hati rakyat bukannya 'merayau' mencari 'makan'.

walaupun dr jeff saya kagumi dari sudut yang lain tapi dalam hal ini saya tetap bangkang.

sumandak bayu berkata...

Sejahtera Ajeem,

nampaknya penilaian Ajeem semakin tajam dalam arena poltik Sabah.. Teruskan dengan analisis bro Ajeem... awak adalah generasi muda yang bakal memimpin rakyat Sabah satu hari nanti.....

Namun berhati2 di lebuh raya maya ni sebab kepintaran kita sebagai anak jati Sabah sering menjadi sasaran pihak tertentu....

Rozie Jumat berkata...

saya berpendapat Pensiangan bukan kawasan sesuai untuk Datuk Yong Teck Lee. LKetika era beliau telah memperkenalkan Unit Pengurusan Hutan (FMU) yang membuat penduduk di kawasan Sook dan Nabawan tiba-tiba dikategorikan sebagai penceroboh tanah hutan simpan. inilah idea Datuk Yong yang menjadi kemarahan di kawasan ini. pelaksanaan FMU ini membebankan orang luar bandar dan menyebabkan masalah tanah adalah masalah paling utama di Sook.jadi Yong kena fikir baik2 lah untuk ke Pensiangan. salam

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"