Alhamdullillah tahun ni dapat lagi Sumandak menyambut raya Adha.....tapi sumandak tak dapat pula balik kampung; macam tahun-tahun sebelumnya di kampung Seliau, Negeri 9.
Tahun ni terpaksa berkorban demi menyelesaikan tugas-tugas yang diamanahkan oleh ketua Sumandak.... jadi setakat raya kat hati jelah jawabnya... Sedih juga bila adik beradik semua dapat balik kampung mak Sumandak... ziarah pak long, pak ngah.... dan ramai lagi lah....
Yang rindu sangat tu bila nak masak dodol, rendang dan lemang.... kat kampung meriah sikit... bukan lah maknanya sumandak lupa kampung halaman sebelah ayah pula di Sandakan... tapi ayah dah tak ada... jadi niat nak balik Sandakan pun bukan tak ada tapi kurang lah berbanding 6 tahun sebelum ni...
Masa kecik-kecik dulu asal je cuti sekolah mesti balik kampung di Negeri Sembilan..... kat sana memang rasa sangat suasana kampung.... Di Sabah pula kami tinggal kawasan taman (suasana bandar) jiran tetangga ramai Cina ..... masa raya hanya mengunjungi keluarga sebelah ayah yang tinggal mau gak lah 2 - 3 batu. Kalo nak balik di Kampung Bintang Emas ambik pula masa 3 jam perjalanan...
Masa kanak-kanak dulu ape saja yang Sumandak nak..... 'confirm' kena bagi apa tidaknya habis satu rumah di bongkar tanda protes... antara 9 orang adik beradik Sumandak memang PALING NAKAL..... Kaki Gaduh..... Kaki Ponteng...... itu lah mainan utama Sumandak.... kalo kena suruh pigi mengaji suka pula sebab aktiviti sampingan mengayuh basikal buat lawatan kerja satu kampung (di Seliau).... pastu balik dah dekat manghrib.... Arwah Wan dan Atuk sangat manjakan Sumandak....jadi perangai tu lebih-lebih lah sikit dari yang lain .......
Tapi bila dah besar panjang ni rupanya banyak yang perlu kita KORBANkan......masa, peluang, riadah, wang dan banyak lagi...dan dengan usia yang semakin meningkatkan ni juga kita akan diuji dalam kehidupan kita....
Ape pun korban yang Sumandak lakukan ada hikmahnya kalo tak mustahil untuk Sumandak dapat melahirkan artikel ni..... (luahan hati masa raya) tapi satu je yang Sumandak tak boleh bertolak ansur bila agama, bangsa dan negara Sumandak mula dicaci.... diherdik....dihina.....DICABAR....
Agama Islam tak pernah mengajar umatnya menghina, mencerca apa lagi mencabar agama lain yang ada di dunia ini. Demikian juga Sumandak diajar dan dibesarkan dengan budaya orang Melayu yang cukup indah dengan adat ketimurannya. Tetapi jika agama dan bangsa Sumandak mula dipijak dan dihina.... Sumandak tak perlukan arahan dari mana-mana pihak kerana ini adalah tanggungjawab Sumandak akan mempertahankan hingga ke akhir hayat....
Diharap tindakan sesetangah bloggers yang mula menggunakan isu agama mahupun bangsa hanya disebabkan idealogi politik yang berbeza BERHENTILAH kerana tak akan memberi untung kepada ANDA. Ingat undang-undang negara ni ketat silap sikit ANDA akan diheret di muka pengadilan kerana MENGHASUT...... Akhir sekali Sumandak ucapkan SELAMAT HARI RAYA KORBAN kat semua BLOGGERS dan AHLI BPN...... PERJUANGAN KITA MASIH BELUM SELESAI.................
3 ulasan:
salam aidiladha...
salam?
sedihlah pulak aku membaca catatan mu di hari raya ini..mcm mau tekencing pun ada juga..tapi tak la sampai aku mengalirkan air igus ke apa.
pa pun bagi aku sandkan tatap mantap bah kalu beraya..di kg aku lah..heheheh disamping makanan yang lzat lagi berkkrim
Salam Mawar
terima kasih dengan delivery makanan kampung yang ko hantar kat aku 3 hari yang lepas... nanti trip kita di sandakan.
Catat Ulasan