Rabu, Disember 31, 2008

IntiPati Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

  1. Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
  2. Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa- apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
  3. Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Dengan perkara 153 inilah, ramai anak Melayu yang berjaya kerana mendapat peluang kouta pendidikan, peluang pekerjaan dan lesen serta permit. Semuanya semata-mata untuk membantu orang Melayu. Ramai Melayu daripada kampung dan bukanlah pandai sangat. Adakah Melayu sudah lupa? Ingatlah peringatan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

sUMber: http://aspirasi-bangsa.blogspot.com

1 ulasan:

Mohammad Roslan berkata...

Salam,
Skop perlembagaan adalah sangat luas ia bukan seperti undang-undang,enakmen atau pun akta.Mengelobrasi perlembagaan perlu ada pengetahuan yang luas dibidang undang-undang perlembagaan.Sudah tiba masanya Negara ini perlu ada Mahkamah Perlembagaan khas untuk membincangkan masalah-masalah berkaitan dengan perlembagaan.Bancian Tahun 2000 mendapati Orang Melayu sabah 15.3%,Bumiputra 65.3%,Cina 13.2%, India 0.5% dan lain-lain 5.8%.Yang pelik adalah mempunyai bukan warganegara 23.5%.Walau pun Perkara 153 diwujudkan sebelum 1963 dan di sebahagian boleh diterima pakai di Sabah tetapi "Perjanjian 20 pekara" adalah lebih sesuai dalam erti kata untuk jaminan kerajaan persekutuan untuk kerajaan negeri Sabah!.Rakyat Sabah tak erlu sedikit pun tentang hak mereka dalam kerajaan persekutuan kerana ia telah pun di meterai dalam "perjanjian 20 perkara".Wassalam.

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"