Rakyat Sabah sekali lagi nak diuji tahap kesetiaan mereka bila melihat PEMIMPIN KATAK macam Jefrrey Kitingan dan Yong Teck Lee nak buat satu lagi percaturan politik ala KOBOI. (klik berita penuh)
Kedua-dua pihak kata matlamat dan visi mereka adalah sama dalam erti perjuangan di dalam dunia politik Sabah... Sumandak memang akui semangat juang mereka memang sama berdasarkan sejarah ini:-
1. Datuk DR. JeffreyKitingan
Sejarah ringkas politik: Mula menjadi ahli PBS tak puas hati dengan abang dia Pairin dia keluar parti masuk PBRS; tatapi tak lama bila mula bertekak dengan Presiden PBRS dia keluar jadi BEBAS dan akhir sekali masuk pula pigi Parti KeADILan Rakyat......(Sumandak cuma masukan keahlian Jeffrey masa era PBS bukan zaman USNO & BERJAYA)
Sejarah ringkas politik: Mula menjadi ahli PBS tak puas hati dengan abang dia Pairin dia keluar parti masuk PBRS; tatapi tak lama bila mula bertekak dengan Presiden PBRS dia keluar jadi BEBAS dan akhir sekali masuk pula pigi Parti KeADILan Rakyat......(Sumandak cuma masukan keahlian Jeffrey masa era PBS bukan zaman USNO & BERJAYA)
2. Datuk Yong Teck Lee
Sejarah ringkas politik: Mula menjadi ahli PBS tapi tak puas hati dengan Presiden PBS buat keputusan keluar parti wujud SAPP (bila buat parti baru ada peluang jadi CM) bila tak puas hati dengan PM dia keluar pula BN skang ni ura-ura nak bersatu dengan PKR...
Sejarah ringkas politik: Mula menjadi ahli PBS tapi tak puas hati dengan Presiden PBS buat keputusan keluar parti wujud SAPP (bila buat parti baru ada peluang jadi CM) bila tak puas hati dengan PM dia keluar pula BN skang ni ura-ura nak bersatu dengan PKR...
Takkan ini yang rakyat Sabah nak!!!! Pemimpin yang tidak mempunyai PENDIRIAN DIRI berjuang membelakangi prinsip seorang PEMIMPIN.... SETIA, BERSATU BERKHIDMAT...... hanya kerana beberapa isu peringkat nasional tak dilayan oleh pemimpin atasan KERAJAAN BN.... (bukan tak dilayan langsung tetapi permintaan mereka terlalu TAMAK) sampai bila kita sebagai rakyat Sabah nak diperbodohkan oleh kedua-dua individu ini.
Tanya dengan mereka apa yang sudah mereka sumbang kepada NEGERI SABAH.Periksa apa yang mereka dah wujudkan di Sabah ini dan apa yang mereka dah korek HAK orang Sabah semasa diberi jawatan penting dalam Kerajaan NEGERI......Sumandak yakin kita masih berpegang kepada pepatah orang Melayu walaupun kita BUMIPUTERA SABAH takkan kita nak lihat pisang nak berbuah dua kali......
Kehidupan kita di era pembangkang dah berlalu takkan kita nak ulangi ZAMAN KEGELAPAN.....rakyat Sabah pada hari ni dah boleh BANGGA dengan pencapaian kita........ memang kalo di kawasan pedalaman kita masih lagi perlukan penambahbaikan dan kita nak juga peluang pekerjaan di perluaskan dalam ape jua bidang...kita nak tengok penghijrahan anak muda kita ke Semenanjung dapat dikurangkan.. ape tah lagi usaha mengurangkan kadar kemiskinan tegar....
Dapatkah dalam sekelip mata kedua-dua PEMIMPIN KATAK. Kini merealisasikan agenda utama kerajaan SABAH pada hari ini....takkan kita nak dibuai lagi dengan mimpi indah...sanggup gadai negara kita dan beri apa yang mereka nak.... CUKUP dengan lakonan mereka selama ini....
Sumandak sedih dan terkilan kerana ada sekecil koman golongan profesional (artikel seorang profeser dan pensyarah kenyataan bertentangan dengan fakta sebenar)memberi ulasan tanpa melihat kesan yang bakal mereka bina di minda golongan muda....Golongan ini merupakan golongan yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Jika asas mengenali politik negara dah mula dipesongkan daripada fakta sebenar Negara kita mula terancam ... bukan dari ancaman luar tetapi ancaman dalaman kita sendiri....
Berbalik kepada kes PEMIMPIN KATAK... diharap rakyat Sabah khususnya di kawasan Pensiangan fikirkan lah masa depan generasi muda kita..... kerajaan Negeri dan Pusat tidak pernah menutup mata dan janji untuk membangunkan kawasan pedalaman khasnya akan dilaksanakan secara berperingkat... Jika kita memberi sokongan pada pemimpin seperti ini kita sama lah juga macam sifat KATAK bila dah tak selamat lari .......takkan kita nak digelar RAKYAT SABAH yang TIDAK MEMPUNYAI PENDIRIAN DIRI.... inilah satu-satunya TANAHAIR kita....dan kita kena JAGA MARUAH kita......
4 ulasan:
betul kau sumandak..rakyat sabah tidak harus tertipu lagi dan dibuai dengan kelunakan bicara dusta pemimpin yang kerja mereka asyek membangkang.. diri sendiri pun ndak betul...mengeramkan
Salam Mawar,
tak perlu untuk kita GERAM sebab skang ni rakyat Sabah pandai bah sudah berfikir cuma kita bertanggungjawab untuk bagi makluman saja....biar mereka tentukan sendiri MASA DEPAN ANAK-ANAK mereka.
nampaknya artikel ini lebih tertumpu kepada perjuangan individu bukan parti.saya setuju jika kedua-dua individu ini dikatakan katak.mungkin di sabah,dr jeff la yang mendapat gelaran 'raja katak' sebab beliau selepas keluar daripada PBS menjadi ahli UPKO(juga pengasasnya adalah katak)dan juga SAPP(pengasas pun katak juga).Dr Jeff pernah menganggotai semula PBS namun beliau ditolak oleh penyokong setia DSP pairin kitingan.
Salam Azeem,
Nampaknya kita dah menjadi rakan bloggers yang sentiasa bertukar2 padangan demi memastikan negeri Sabah tidak akan ketinggalan dalam ape jua bidang...
Artikel ini dihasilkan ekoran daripada perjuangan individu yang sering mengaburi mata rakyat demi merasliasikan keinginan mereka.
Sumandak terpanggil untuk menghasilkan artikel ini agar rakyat Sabah khususnya; tidak lagi tertipu dengan DRAMA yang sering dilakonkan oleh kedua-dua Pemimpin KATAK tersebut....
Negeri Sabah kini sedang membangun dan tanggungjawab kita untuk memaparkan sape pemimpin yang betu2 dapat memperjuangkan nasib rakyat Sabah...
Jika Azeem ingin membicara isu ini, sumandak dengan tangan terbuka sudi berkongsi pendapat kerana Sumandak yakin Azeem mempunyai pandangan yang cukup bernas sebagai seorang graduan Sabah.....
Catat Ulasan