Jumaat, Disember 26, 2008

Resolusi ke 13 / 2008 pada 18 Disember 2008

TAJUK : KEDUDUKAN BAHASA MALAYSIA DI MAHKAMAH NEGARA KITA


1. Blogger Pembela Negara ( BPN ) merasakan sudah tiba masanya Bahasa Malaysia ( BM ) digunakan sebagai bahasa pengantar dan penulisan di mahkamah. Situasi sekarang BM menjadi bahasa kedua jika berlaku percanggahan di dalam penghakiman. Untuk kes terpencil yang melibatkan orang asing di dalam mahkamah, prosiding perbicaraan tetap mengunakan BM, tetapi boleh dialihkan bahasa supaya memudahkan urusan pengadilan



2. Firma Guaman dikehendaki menggunakan BM dalam surat menyurat dan juga perjanjian agar penipuan kepada orang Melayu tidak akan berlaku ekoran penggunaan bahasa Inggeris secara pilihan pertama perjanjian atau urusan perundangan. Pemahaman dalam perjanjian mengelakkan orang ramai daripada dieksploitasi oleh orang-orang yang berkepentingan



3. Syarat menjadi peguambela atau pendakwaraya hendaklah DIKETATKAN dengan hanya mereka yang berjaya dan lulus dengan gred A atau gred 1 bagi kertas Bahasa Melayu sahaja diterima jadi peguam.



4. Firma guaman yang berbaur politik dan yang secara terangan atau senyap mencabar kedaulatan bangsa dan agama perlu dielakkan dari dipilih sebagai wakil guaman kita bagi apa jua urusan perundangan supaya sesitiviti semua kaum dapat dijaga terutamanya ketuanan Melayu dan Kedaulatan agama Islam.



5. Peguam-Peguam Melayu seharusnya menghadiri Mesyuarat agung majlis peguam bagi mengimbangi dominasi Orang Bukan Melayu dalam Majlis Peguam bagi menghalang aktiviti-aktiviti bertentangan dengan kedaulatan bangsa dan agama...Seterusnya Majlis Peguam yang dikuasai orang Melayu boleh menjadi tulang belakang memperjuangkan penggunaan bahsa melayu di mahkamah.



6. Hakim-Hakim dan Peguam-Peguam berbangsa Melayu seharusnya bersatu tidak kira ideologi politik bagi meperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu dan kedaulatan Bahasa Melayu di dalam mahkamah.....Seterusnya mendesak penguatkuasaan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam prosiding.


7. Kelonggaran bagi menggunakan bahasa Inggeris di mahkamah selepas 51 tahun merdeka adalah satu penghinaan kepada martabat dan kedewasaan Bahasa Melayu di mahkamah. Penggunaan secara total di mahkamah perlu bagi memartabatkan kembali bahasa Melayu yang merupakan lingua franca di kepulauan melayu yang berpusat di Melaka....

Seharusnya bahasa Melayu dihormati oleh semua warga Malaysia dan menjadi bahasa perpaduan kita.





Disediakan oleh :




Panglima Perang Cyber


http://penembak-tepat.blogspot.com/

5 ulasan:

kulatlapok berkata...

salam bro;

DAH BERBUIH-BUIH MULUT PARA PEMIMPIN AKEDEMIK MALAYA NI MEMPERJUANGKAN....DAH 50 TAHUN TAPI HAMPEEHHHHHH.... TAHUN NI. TAHUN DEPAN, 5 TAHUN LAGI ASYIK BERCAKAP BENDA YG SAMA.... HASILNYA ???????????????????????

sumandak bayu berkata...

Salam Bro...

Adakalanya dengan mulut yang berbuih pun ada gak hasil.... usaha tangga kejayaan tu bro.. lagi pun kita suara kita kalo dah semakin ramai akan didengar satu hari nanti insyallah....

@LiYaNNuaR ツ berkata...

sya sokong...

bungaraya berkata...

Siapa kah yang dipertanggungjawabkan untuk mempastikan penggunaan bahasa kebangsaan dalam bidang kehakiman negara ini. DAP/ PAS/PKR? atau BN.
Kenapa penggunaan Bahasa Kebangsaan ini lambat sangat diimplementasikan setelah begitu lama telah dijadikan dasar dan polisi negara. Kerajaan BN telah menujudkan dasar dan polisinya. Pihak pelaksana ialah hakim-hakim semu yang bergelar peguam, Pendakwa, Ketua Hakim negara, Hakim Sabah dan Sarawak dan berbagai-bagai lagi gelaran yang diberikan. Penguatkuasaan spt biasa ditahap yang lemah.
Ini yang dikatakan 'kimitment' yang berada ditahap rendah.

sumandak bayu berkata...

Salam Bro Bungaraya..

kadang-kadang nak impliment sesuatu perkara yang baik perlu melalui banyak rintangan barulah kita hargai... jadi sabar jelah..... akan tercapai gak satu hari nanti... nilah dikatakan Perjuangan belum berakhir

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"