Tepat masanya jika pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna(KPDN & HEP) memutuskan untuk pembinaan mini stesen minyak di Salong, Pensiangan. (klik berita penuh)
Salong adalah tempat yang strategik untuk kita meletakkan satu mini stesen minyak kerana 8 buah daerah mengundi perlu melalui Salong terlebih dahulu sebelum ke Pekan Nabawan- Sook - Keningau. Perjalanan menuju ke Salong mengambil masa antara 2 hingga 3 jam dengan hanya menggunakan bot. Selain bot kita juga boleh menggunakan perkhidmatan udara seperti helikopter. Dengan ringkasnya laluan darat tidak dapat digunakan sama sekali.
Manakala penduduk yang tinggal sekitar Salong hanya bergantung penuh kepada sumber pertanian. Kerajaan telah berusaha mengurangkan beban rakyat dan terkini penurunan kali ke-6 harga minyak yang berkuatkuasa pada 23 November 2008 telah disambut baik oleh rakyat Sabah terutamanya di Pensiangan.
Namun jika cadangan pembinaan mini stesen minyak tidak dapat direalisasikan Sumandak yakin dan pasti rakyat Pensiangan khususnya sekitar kawasan Salong masih lagi merasai beban kos minyak sebagaimana dakwaan pengusaha bot di Pangkalan Salong, Pensiangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan