Khamis, Disember 11, 2008

SuRAT TerBUka (1) UntuK BloGGEr SuRind RaJ

Saudara se-negaraku surind Raj,

Pertama sekali saya menyeru anda supaya masuk islam dan belajar islam secara menyeluruh supaya anda benar benar faham islam,ajaran dan cara hidup islam yang sebenar.Sesungguhnya islam itu amat menggalakkan persaudaraan,kasih sayang,keamanan,menyintai ilmu dan tidak sesekali menolak duniawi.

Ia adalah sebuah agama samawi dan teramat sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.Islam tidak pernah menganjurkan kekerasan,radikal atau ekstrim ,apa lagi untuk menyuntik benih-benih permusuhan dan kebencian sesama kita.Justeru itu islam amat menentang kekerasan dan kekejaman malah peperangan dizaman Rasulullah adalah untuk menegakkan kalimah tauhid dan mempertahankan diri dan agama dari ancaman kuffar.Peperangan qital dizaman nabi mempunyai sebab sebab syarat-syarat yang tertentu yang boleh kita pelajari melalui kisah kisah perjuangan nabi dalam ilmu Al-maghazi.

Saya seorang islam,Saya tidak pernah memusuhi saudara,tetapi adalah tugas saya untuk menyedarkan saudara bahawa sebenarnya saudara sudah keliru terhadap ajaran agama islam yang maha suci ini dan sudah terlalu jauh menyimpang dari fitrah beragama manusia sejagat malah sudah lari dari kebenaran sejati yang saudara cari-cari selama ini..Apa pun pandangan yang diberikan kepada saudara,nyata teramat payah untuk saudara terima kerana saudara kini sedang melihat islam dari kacamata saudara yang sudah jauh terkeliru.Oleh itu doa saya kepada Allah agar saudara diberi taufik dan hidayah untuk mendekati islam dan jika saudara menerima sinar islam sebagai penyuluh hidup saudara…..sayalah orang yang paling gembira sekali terhadap pengislaman anda!
Artikel selanjutnya:-Sumber: Blogger Sangtawal Sakranta (AHLI BPN)
KoMen SuMandAK ; Artikel ini Sumandak perolehi daripada rakan seperjuangan di dalam BPN, blog http://piratesoftheblogger.blogspot.com/2008/12/surat-terbuka1-untuk-blogger-surind-raj.html.... Sumandak hanya memaparkan artikel ini sebagai tanda setuju tindakan yang telah dibuat oleh Blogger Sangtawal Sakranta dan Jack Sparrow.

2 ulasan:

Captain Jack Sparrow berkata...

Salam Man...

Setelah kita semua berpakat menyiarkan artikel sangtawal, Jack berharap ada pihak yang tertentu akan mengambil tindakan terhadap laman blog surind tersebut..
Harap surind sudah terbaca artikel tersebut dan dapat pengajaran bahawa islam bukanlah seperti apa yang dia fikirkan.

Salam Perjuangan...

Jack Sparrow

sumandak bayu berkata...

Salam Jack,

Sememangnya inilah yang ingin kita tegakkan...

Salam Perjuangan

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"