Selasa, Disember 16, 2008

BuSh KeNa KaSUt - WaRtaWan KeNa TenDAng

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.

Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.
KoMeN SuMAndAk: Ramai yang asyik memandang kepada kasut yang dibalingkan oleh wartawan kepada Bush. Tetapi berapa ramai pula yang akan terpikir ape pula nasib yang bakal dihadapi oleh wartawan tersebut... Sumandak tengok wartawan tu dah tak boleh bangun selepas /#@* jadi paham-paham saja lah nasib yang menentang kepada kuasa besar negara..

13 ulasan:

Captain Jack berkata...

Salam Man...

Hahahak... tu baru kena baling kasut... pandai pulak dingelak pulak tu... yang kelakarnya... orang lain buat bodo jer.. geli hati jack tengok...

Pak arab tu pun satu... patutnya baling la bom... biar dia rasakan macammana dia bom orang yang tak bersalah dulu...

Salam Perjuangan..

CJ

sumandak bayu berkata...

Salam CJ

masalah kalo lontar bom kecain kat budak2 wartawan yang lain terkorban sama sedangkan dorang ni cari makan..... hati man ni cepat tersentuh bila sentuh bab kematian...

Tapi ape ye perasaan Bush bila ramai pula rakyat Iraq terkorban disebabkan tindakan beliau sebelum ni.

bungaraya berkata...

Saya pernah bertanya seorang Ustaz satu masa dulu. Saya tanya kenapa orang-orang Indonesia terikut-ikut meletupkan bom di Bali?. Kebetulan saya tanya dengan ustaz yang tepat yakni ustaz yang asalnya dari Jawa.
Jawapannya tidak memuaskan hati ini. Katanya..."mungkin terlalu marahlah tu. Orang islam sekarang terlalu dizalimi oleh barat"..

waritarakyat berkata...

Padan muka dia. Mungkin dia tak sedar diri yang dia ni memusnahkan kehidupan rakyat Iraq.

Medan Info Kita berkata...

bila agaknya reformis nak BOGEL depan khaled berahi M dlm serang hendap..?????

harap2 masa tu dua andartu exco sgor ada bersama...[teresa + elizabeth]

Zorro berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zorro berkata...

Salam Sumandak Bayu,

Tahniah pada Wartawan tu yang berani menzahirkan kemarahannya. Bior sedor diri sikit kafir macam BushDog tu.

Yang bangang dan bodoh ialah pengawal Iraq yang pukul wartawan tu. Bodoh sangat pengawal tu...tak sedor ker, BushDog dah bunuh ratusan ribu rakyat Iraq. Sedorrrlah diri sikit.....

Bior mampus BushDog tu lagi baik....

AbgTuah berkata...

Salam Sumandak,

Saja ziarah blog man. Seronok tumpang dengar lagu.

SUPERMAN berkata...

Salam muhibbah..
Yang sian bukan BUSH, tapi apala nasib wartawan tersebut..

Apai Ngelai berkata...

Salam man,

Itu nasib baik kene baling ngan kasut jer.. Patutnya Bush itu kene baling ngan batu lesung!!

Itulah, dasar muka tak sedar diri..dia ingat suma orang suka kat dia. Padan muka dia, satu dunia akan ingat dialah satu-satunya Presiden Amerika yang kene baling dengan kasut sebelum bersara.

Jairo berkata...

ngam la tu tukanbg hasut kena kasut!!!!

Faizal Zakaria's Blog berkata...

Pandang muka dia kan :-)




(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Muhammad Azli Shukri berkata...

ini yang patut bush terima..

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"