Rabu, Disember 31, 2008

SeLamAT TaHUn BAru 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009

Setiap kali menjelang tahun baru mesti kita akan terfikir AZAM BARU.... tahun ni Sumandak tak ada azam baru cuma nak teruskan AZAM tahun 2008 untuk direalisasikan.... yelah buat ape nak pasang AZAM baru kalo AZAM 2008 masih lagi belum dicapai...
Cuma penambahan kecil dalam AZAM 2009 ialah ingin mempertahankan AGAMA, BANGSA dan NEGARA... untuk pertahankan ketiga-tiga perkara ni Sumandak tak perlu nak angkat senjata.. tak perlu lontar batu... tak perlu MENCARUT cukup untuk menggunakan otak yang rasional dalam memastikan segala fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan BN yang dah terbukti mampu membawa rakyat MALAYSIA ke mercu KEJAYAAN.

Pak AnWar PenGerUsi PerHUbuNgan NeGeRI SaBah- PKR

Sejak disebarkan kenyataan media daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat, DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL pada 19 Disember 2008;- Sumandak sehingga hari ni tak paham ape relevennya Pak Anwar dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri di Sabah dan Sarawak.......
Bersama ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008:

1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis - Encik Johari bin Shafie
9. Melaka - Encik Khalid Jaafar
10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak - Encik Osman Abdul Rahman
12. Terengganu - Encik Wan Rahim bin Wan Hamzah
KoMen SuMAndAK: Bole ke Anwar ni jadi pegawai perhubungan PKR untuk negeri Sabah..... padan lah dengan muka , Ansari, Jeffry dan Yong tolak sangat pentadbiran kerajaan BN skang korang putih mata.... jawatan ape yang korang nak harap kalo dah Pak Anwar sebagai Pengerusi... LU PIKIR LA SANDIRI

IntiPati Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

  1. Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
  2. Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa- apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
  3. Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Dengan perkara 153 inilah, ramai anak Melayu yang berjaya kerana mendapat peluang kouta pendidikan, peluang pekerjaan dan lesen serta permit. Semuanya semata-mata untuk membantu orang Melayu. Ramai Melayu daripada kampung dan bukanlah pandai sangat. Adakah Melayu sudah lupa? Ingatlah peringatan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

sUMber: http://aspirasi-bangsa.blogspot.com

MaLu JaDI BaBi


Cerita anak babi yang malu nak jadi babi :-
Lim : Atan! lu pernah dengar kah itu ceta anak babi..
Atan : Anak Babi? tak pernah lah Lim ape punya ceta.
Lim : Lu pernah tengok itu anak babi ah kalo jalan asyik tunduk saja....
Atan : Kenapa itu anak babi tunduk?
Lim: Aiya...... sebab itu anak babi malu sebab MAK dia BABI!!!!!
Atan: Cinabeng ko Lim......

Komen Sumandak: Kat gambar ni macam ada persamaan cuma kat babi tu anak dia yang sengan nak mengakui mak dia babi tapi kat gambar atas; Pemimpin yang masyhur PAKATAN RAKYAT kena pula tarik dek pemimpin DAP...... tak ikut salah.... ikut macam adat anak babi tulah..... jadi kesimpulannya LU PIKIRLAH SANDIRI....

PeRiT MaUng HiDup SaiFul

Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat majikannya itu enam bulan lalu, kembali mengisi blognya hari ini dengan menyifatkan tempoh enam bulan yang lalu sebagai "paling mencabar dalam hidupnya."
"Hari ini, 28 Disember 2008 genaplah sudah enam bulan dari hari saya membuat laporan polis di wad OSCC Hospital Kuala Lumpur.
"Terus terang, inilah enam bulan yang paling mencabar dalam hidup saya," kata Saiful, 23, yang kali terakhir memuatkan tulisan dalam blognya sempena Aidilfitri yang lalu.
Kata Saiful, tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia telah dilemparkan kerana tidak mempercayai dakwaannya terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.
"Namun, Alhamdullilah saya bersyukur kerana dengan kuasa Allah s.w.t, saya dan keluarga telah diberi kekuatan, pertolongan dan semangat bagi mengharungi dugaan ini dengan penuh tenang dan sabar," katanya Saiful lagi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah didakwa meliwatnya pada 26 Jun lalu di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara dekat sini.

Pada 15 Ogos lalu, Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu.
Pada 9 Julai lalu Anwar telah mengadukan isu laporan polis Saiful kepada Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan Jawi, mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf (kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu).
Saiful muncul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 27 November lalu.
Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful.Dalam tulisannya kali ini sempena sambutan Maal Hijrah esok, Saiful berkata:"Bagi saya, saya hanya mampu berusaha untuk meyakinkan mereka tetapi yang boleh mengubah hati seseorang itu hanya Allah s.w.t."
"Saya hanya mampu berdoa dan berserah. Dalam tempoh enam bulan ini juga, pelbagai pengalaman dan pelajaran dapat saya pelajari dan sekali gus mengubah diri saya."Ia bagaikan mutiara hidup yang dapat saya kumpul sebagai bekalan di masa hadapan dan di akhirat kelak."Antaranya, saya benar-benar dapat menghayati konsep pengorbanan dan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.," katanya lagi.
Bagaimanapun Saiful mengakui bahawa dia tidak pernah sama sekali menyesal di atas pengorbanan dan penghijrahan ini.Malah, katanya, ia telah memberikannya lebih semangat untuk menghadapi hari-hari mencabar pada masa akan datang terutama semasa ketika perbicaraan kes itu kelak.
Kes itu masih di peringkat permohonan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.Mahkamah Tinggi telah menetapkan 5 dan 6 Februari depan untuk mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan semakan Pejabat Peguam Negara bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan kes liwat itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.Jelas Saiful, walaupun terkilan atas kelewatan hari perbicaraan, mungkin ini antara hikmahnya.
Merujuk kepada sambutan Maal Hijrah pula, Saiful menulis, konteks hijrah tidak semestinya berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain."Dalam konteks hijrah saya, saya telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran."Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan."Pada hemat saya, jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insya-Allah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba," katanya.sumber - Mstar online

Selasa, Disember 30, 2008

Lokasi Blogger Pedestrianinfidel nick Anti Jihadist sudah dikenalpasti dari luar negara !!



Salam semua.



Pagi ini Pang5 dah mendapat info dari sahabat BPN, iaitu http://beritamalaysiakini.wordpress.com tentang IP anti jihadis yang merupakan blogger pedestrian infidel.. Blogger tersebut telah dikesan dan di atas alamat IP beliau...



Ini kerana blogger tersebut telah memberi komen di ruang komen blog team BPN tersebut dan IP beliau telah dirakam dengan automatik oleh pihak Wordpress sehingga memudahkan kita mengesan IP miliknya.



Blog ini antara blog yang tegar antinya kepada agama kita dan kita telah dedahkan sebelum ini di dalam siaran media BPN ( klik sini ) dan kedegilan menyiarkan artikel menghina agama Islam telah menaikkan kemarahan kita semua, blogger yang komited dalam membela agama yang sangat kita cintai ini.



Terbaru di blog yang sama sudah ada video mengaitkan Nabi dengan seks budak bawah umur iaitu Saiditina Aisyah r.a yang berkahwin umur 8 dan 'bersama' dengan Nabi umur 9 tahun. Lihat di sini http://pedestrianinfidel.blogspot.com/2008/12/interview-with-mohammed.htmlbagaimana sebuah temubual dibuat bagi memburuk burukkan nama baginda s.a.w....



Sahabat kita dari Mesir ( azzuhrie ) sudah berusaha untuk membuat report kepada Suruhanjaya Komunikasi dan blogger ini memang mempunyai rangkaian yang luas di seluruh dunia untuk misi memburukkan agama kita...Justeru penemuan IP beliau ini akan menjadikan tugas kita lebih mudah dan sudah tentu ia akan menakutkan sesiapa sahaja yang berniat ingin merosakkan kesucian agama kita..



Cara lain mengesan IP akan diberitahu kepada team semua di masa akan datang.Lokasi beliau ialah di Korea negeri Daejeon. Seperti paparan gambar yang sudah disahkan enjin penjejak lokasi berdasarkan IP ini :



sumber: artikel ini telah disediaka oleh Pang5-BPN
http://penembak-tepat.blogspot.com/2008/12/lokasi-blogger-pedestrianinfidel-nick.html

Isnin, Disember 29, 2008

MaT SaBU TeTAp CaLOn Luar

Bahang Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kian terasa. Meskipun penamaan calon akan dilakukan pada 6 Januari depan, namun rakyat semakin hebat bercakap mengenainya.


BN telah mempertaruhkan Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri (Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu) untuk dipilih pengundi pada 17 Januari akan datang. Di pihak pembangkang, Pakatan Rakyat bersetuju untuk menyerahkan kerusi parlimen itu kepada PAS.


Walau bagaimanapun calonnya belum lagi diputuskan.Desas-desus menyatakan bahawa PAS keliru untuk meletakkan nama calon-calonnya kerana orang yang disukai oleh Tuan Guru Nik Aziz iaitu Mat Sabu tidak mendapat sokongan disebabkan beliau adalah orang luar. Kononnya penyokong-penyokong PAS hanya mahukan orang tempatan sebagai calon mereka.
Dilihat pemimpin-pemimpin PAS sendiri sukar untuk membuat keputusan dan memilih yang terbaik bagi mendokong perjuangan parti mereka. Semangat asabiyah (kenegerian) mereka begitu menebal kerana menolak Mat Sabu tanpa mengambil kira latar belakang pengalaman, kejayaan dan populariti Mat Sabu di kalangan pengundi-pengundi.PAS sering menguar-uarkan bahawa tiada konsep diskriminasi dalam perjuangannya. Semua orang akan dilayan sama rata. Tetapi kini lihatlah. Mat Sabu tetap diiktiraf sebagai orang luar meskipun banyak menabur jasa kepada parti PAS.Sumber: http:citraadora.blogspot.com

KoMeN SuMandak; Mudah je kita tengok perjuangan PAS masa kini... cakap tak serupa bikin...ape lah akan jadi ye kat Mat Sabu dah tabur JASA kat PAS ni tapi dilayan macam orang luar..... MAT SABU kena sabar je lah dengan kerenah ahli PAS yang sememangnya macam tu.....

APe HaL RuMaHTanGGA PAKATAN RAKYAT....

Sumber: http://pilihan-anda.blogspot.com/2008/12/rumahtangga-pakatan-rakyat.html


Dah menjadi lumrah nak dekat-dekat Pilihan Raya Kecil ni ade aje yang nak diuar-uarkan oleh Pakatan Rakyat... masalah keluarga le... masalah pembangunan lah... masalah pemimpin le... ade je yang nak dihighlight kan... Sumandak rasa dorang ni saja je nak publisiti murahan..... yelah macam gak Anwar tu... pi mana-mana je...... jaja ceta diri sendiri... nak dapat simpatilah katakan....Anwar tak jemu ke ASYIK je buat ceta MAT JENIN... janji tak jga pandai ditunaikan..... Tapi hairan gak ada yang masih percaya.... (Berita penuh ;Pak Husin baginasihat kat PKR)


Sumandak harap sangatlah Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu ni dapat membuka mata dan hati rakyat Kuala Terengganu yang tak akan terpedaya dengan usaha JAHIL Pakatan Rakyat.


Ahad, Disember 28, 2008

SaLam MAAL HIJRAH 1430

KEMAAFAN 1
ketenangan buat jiwa.....
KEINSAFAN 1
kepuasan bagi hati...
KESILAPAN 1
teladan pada diri....
KEGEMBIRAAN 1
nikmat dari Illahi
KESEDIHAN1
ujian-Nya ya rabbi... semuanya memerlukan 1000 PENGORBANAN yang akan membawa SEJUTA HIKMAH paling berharga dari-Nya Yang Maha Esa....

Salam MaaL Hijrah kepada semua Umat Islam...

PeNAja KeLAB GaY dAh BerTApaK di KUaLa LumPUr

Satu lagi pendedahan yang diperolehi daripada seorang ahli BPN iaitu yagami_um melalui hebahan yang diuar-uarkan oleh Pang5; mengenai laman web yang menjadi penganjur bagi parti gay di Kuala Lumpur.

Bukan setakat itu aje; siap lagi laman web ni bagi tentatif program yang bukan kepalang lagi...HEBAT sungguh dan gerun gak bila tengok negara kita ni dah mula ada aktiviti GAY.... GEMPAQ tu....... ape lah nak jadi ngan lelaki-lelaki ni semua... sayang sungguh dah lah populasi lelaki kat muka bumi ni hampir 'pupus' (macam tu lagi) nikan lagi nak buat aktiviti di luar tabii.... Kesian kat wanita di dunia ni...









Sabtu, Disember 27, 2008

BloG ADiBah PaLsu

Kalo benarlah ape yang dinyatakan kat utusan malaysia hari ni selamat lah 'Adibah'... tapi boleh caya ke.... ape pun kita serahkan ka pihak berkuasa untuk siasatan lanjut nak buat spekulasi ni buanh air liur je... baik lagi kita tengok susulan tindakan pihak berkuasa... baru TERBUKA SIKIT MATA BLOGGERS yang tak bertanggungjawab...




Ni pula keadaan yang dah berlaku kat blog adibah setelah mendapat serangan bertubi-tubi dari rakyat Malaysia.... hehehe rasanya ahli BPN je kot ops TALABIH sudah....




KOMen SuMaNDak: Rasanya dia memang nak menguji tahap kesabaran rakyat Malaysia ke atau saja nak buat lawat bodoh plus antarabangsa.... dia buat blog dia macam biskut chipsmore kejap ada kejap tak ada... ingat selepas dah hina agama dah boleh lepas gitu aje... SUMANDAK Sekali lagi berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera kerana 'tahap kurang ajar' dia ni dah melebihi; kat sekolah moden pun tak ajar... rasanya subjek moral pun tak ajar hina agama yang dianuti mana-mana rakyat di MALAYSIA ni....

Jumaat, Disember 26, 2008

Resolusi ke 13 / 2008 pada 18 Disember 2008

TAJUK : KEDUDUKAN BAHASA MALAYSIA DI MAHKAMAH NEGARA KITA


1. Blogger Pembela Negara ( BPN ) merasakan sudah tiba masanya Bahasa Malaysia ( BM ) digunakan sebagai bahasa pengantar dan penulisan di mahkamah. Situasi sekarang BM menjadi bahasa kedua jika berlaku percanggahan di dalam penghakiman. Untuk kes terpencil yang melibatkan orang asing di dalam mahkamah, prosiding perbicaraan tetap mengunakan BM, tetapi boleh dialihkan bahasa supaya memudahkan urusan pengadilan



2. Firma Guaman dikehendaki menggunakan BM dalam surat menyurat dan juga perjanjian agar penipuan kepada orang Melayu tidak akan berlaku ekoran penggunaan bahasa Inggeris secara pilihan pertama perjanjian atau urusan perundangan. Pemahaman dalam perjanjian mengelakkan orang ramai daripada dieksploitasi oleh orang-orang yang berkepentingan



3. Syarat menjadi peguambela atau pendakwaraya hendaklah DIKETATKAN dengan hanya mereka yang berjaya dan lulus dengan gred A atau gred 1 bagi kertas Bahasa Melayu sahaja diterima jadi peguam.



4. Firma guaman yang berbaur politik dan yang secara terangan atau senyap mencabar kedaulatan bangsa dan agama perlu dielakkan dari dipilih sebagai wakil guaman kita bagi apa jua urusan perundangan supaya sesitiviti semua kaum dapat dijaga terutamanya ketuanan Melayu dan Kedaulatan agama Islam.



5. Peguam-Peguam Melayu seharusnya menghadiri Mesyuarat agung majlis peguam bagi mengimbangi dominasi Orang Bukan Melayu dalam Majlis Peguam bagi menghalang aktiviti-aktiviti bertentangan dengan kedaulatan bangsa dan agama...Seterusnya Majlis Peguam yang dikuasai orang Melayu boleh menjadi tulang belakang memperjuangkan penggunaan bahsa melayu di mahkamah.



6. Hakim-Hakim dan Peguam-Peguam berbangsa Melayu seharusnya bersatu tidak kira ideologi politik bagi meperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu dan kedaulatan Bahasa Melayu di dalam mahkamah.....Seterusnya mendesak penguatkuasaan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam prosiding.


7. Kelonggaran bagi menggunakan bahasa Inggeris di mahkamah selepas 51 tahun merdeka adalah satu penghinaan kepada martabat dan kedewasaan Bahasa Melayu di mahkamah. Penggunaan secara total di mahkamah perlu bagi memartabatkan kembali bahasa Melayu yang merupakan lingua franca di kepulauan melayu yang berpusat di Melaka....

Seharusnya bahasa Melayu dihormati oleh semua warga Malaysia dan menjadi bahasa perpaduan kita.





Disediakan oleh :




Panglima Perang Cyber


http://penembak-tepat.blogspot.com/

Isu Isu untuk rujukan Blogger Pembela Negara untuk kempen alam siber

antara isu kita bincang dlm sidang mlm dua hari lepas untuk perang siber sempena

pilihanraya Kuala Terengganu 17 Jan 2009 tidak lama lagi.

Antaranya :

1.Demonstrasi bantah tarian oleh PAS di Penang yang tidak dihirau DAP.

2.Statement laksana HUDUD oleh Husam.

3.Dap bantah PAS buat demo bantah tarian di Penang

4.Manifesto2 semasa PRU 12 yg gagal ditunai PR

5.Babi di Selangor dan Kedah ( dan kenapa Pulau Pinang tidak pula buat ternakan BABI di sana )

6.Larangan jual arak di Shah Alam yang tidak dikuatkuasakan.

7. Nik Aziz sokong papan tanda tulisan cina di Penang..

8. Team Erdogan yang digugurkan di Selangor selepas retreat PAS di Langkawi

9.Kereta Camry yang jadi ganti kereta nasional Perdana di negeri Pakatan Rakyat.

10.Kelewatan pengumuman calon tanda perpecahan dalaman PAS..

11. DAP bantah kenyataan Husam nak buat Hudud jika memerintah Malaysia

12. Pertelagahan terbuka blogger PAS Erdogan dan Ulama manifestasi perpecahan PAS.


Diharap isu isu di atas dapat digunakan untuk kempen kita di alam siber berkenaan isu2 tersebut.. Sebarang tambahan boleh ditambah lagi di ruang komen bawah.

tq atas perhatian sahabat2 BPN semua

Ayuh kita hancurkan gerakan mereka.... selamat berjuang !!!

Sumber: http://penembak-tepat.blogspot.com/2008/12/isu-isu-untuk-rujukan-blogger-pembela.html

BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM ~ Malaysiakini

KENYATAAN MEDIA

BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..

Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/ , http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com/ adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..

BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.

BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.

BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..


Yang Benar,
PANGLIMA PERANG CYBER
http://penembak-tepat.blogspot.com/
Yang Dipertua,
Blogger Pembela Negara ( BPN )

BeNarKah PeMilik NaMa AdiBAhAhmAd PeNgaNUt IsLam AtaU.......

3 minggu yang lepas Sumandak mendapat respon daripada rakan di dalam Chatroll BPN b4 Sumandak out Station, masa tu memang blog AdibahAhmad dah dihighlightkan menghina Islam siap dengan gambar yang dipaparkan dalam blog dia....

Dijadikan cerita Sumandak bagi tau kat teman tu bagi tempoh dia 7 hari letak komen kat blog dia sama ada dia ni dah dianiaya ke atau sebaliknya.... tub-tub bila Sumandak balik dari kerja kat BULETIN TV3 hari ni dah menyiarkan blog dia... Sumandak ape lagi macam bloggers lain gak ( reaksi yang sama dengan BroKulatlapok).... geram bukan kepalang... marah bukan alang-alang rasanya melebihi ketinggian GUnUng KinAbALu...

RasaNya ape yang Abidah ni dapat ye menghina agama dia sendiri... DiHArap Kerajaan dapat tangani segera masalah ini kerana ia betul-betul dah TALABIH sudah cakap orang Sabah....

Kemarahan Orang Islam belum lagi dia rasa kot.....

RAKAN-RAKAN BPN marikita flag blog ini kerana dengan jelas dah menghina ISLAM :
http://adibahahmad.blogspot.com/

Selasa, Disember 16, 2008

BuSh KeNa KaSUt - WaRtaWan KeNa TenDAng

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.

Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.
KoMeN SuMAndAk: Ramai yang asyik memandang kepada kasut yang dibalingkan oleh wartawan kepada Bush. Tetapi berapa ramai pula yang akan terpikir ape pula nasib yang bakal dihadapi oleh wartawan tersebut... Sumandak tengok wartawan tu dah tak boleh bangun selepas /#@* jadi paham-paham saja lah nasib yang menentang kepada kuasa besar negara..

Isnin, Disember 15, 2008

PuLaU KeDaI RunCit YanG nAIkKaN hARGA bARaNG kEpERLUan

Wajar bagi rakyat Sabah mengikuti saranan yang dikemukakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) cawangan Sabah untuk memulaukan kedai runcit yang masih degil menurunkan harga barang terutamanya barang keperluan asas. (Klik untuk berita penuh)

Selama ni hampir semua rakyat Sabah hanya menerima tanpa sebarang rungutan mengenai isu kenaikan harga barang. Namun kali ke-6 penurunan harga minyak di pasaran oleh kerajaan telah membantu menurunkan kos pengangkutan yang ditanggung oleh para peniaga baik pemborong mahupun peruncit. Oleh itu, tidak ada lagi alasan mereka menanggung kos yang tinggi hingga berupaya meningkatkan harga barang di pasaran,

Walau bagaimanapun usaha ini tidak akan berjaya jika KPDN & HEP tidak mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa, baik di bandaraya, bandar, pekan mahupun kampung. Usaha adalah tangga kejayaan untuk kita bersama-sama mempastikan harga barang asas tidak memberi beban kepada rakyat khususnya di kawasan pedalaman Sabah.

Ahad, Disember 14, 2008

YoNG TecK LeE BaKaL CaLOn PenSiaNGAn

Khabar Pensiangan masih lagi hangat dipasaran walaupun tumpuan kini hampir ke semua pemimpin parti tertumpu kepada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu pada Januari 2009. Dalam kesibukan tersebut, SAPP sekali lagi menarik perhatian dengan kenyataan akhbar mengenai isu Yong Bakal menjadi calon Pensiangan pada Pilihan Raya Kecil di kawasan ini akan datang. (klik untuk berita penuh)
Tindakan ini adalah satu kesinambungan daripada kenyataan mereka bahawa parti SAPP dan PKR Sabah mempunyai matlamat dan visi yang sama dalam memperjuangkan politik di negeri ini. Keputusan untuk bertanding di bawah tiket pembangkang jelas menunjukkan kesungguhan Yong untuk mencari kedudukan beliau semula di mata rakyat Sabah.
Keberanian dan kelantangan beliau menyuarakan 'kebajikan' rakyat Sabah tidak akan dapat direalisasikan jika beliau tidak mempunyai kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri mahupun Dewan Rakyat. Ini adalah realiti yang perlu dihadapi oleh penyokong SAPP... mereka sedar keupayaan mereka cukup terhadap dan atas imej yang mereka bina dalam beberapa bulan ini Yong yakin sebenarnya beliau dapat melangkaui imej populariti Datuk Jeffrey Kitingan.
Namun mampukah Yong menambat hati rakyat Pensiangan yang majoriti Kaum Murut.... mereka lebih memfokuskan kepada pemimpin anak jati Pensiangan yang berbangsa Murut... Nampak gayanya Andipai calon PKR sebelum ini kena sekali lagi bersaing dengan rakan sekutu mereka untuk mengekalkan kedudukan beliau di kerusi P.182 Pensiangan.
Adakah pula Datuk Jeffrey hanya berdiam diri kerana diuar-uarkan juga; jika calon BN masih lagi dikekalkan; Tan Sri Joseph Kurup... Jeffrey akan mempertaruhkan diri beliau kerana takut dimakan sumpah walaupun terpaksa menggunakan tiket BEBAS....
Senario ini jelas menunjukkan bahawa misi dan matlamat pihak pembangkang masih lagi belum ada kerjasama sebagaimana dakwaan yang mereka katakan kepada rakyat Sabah.... Mereka terpaksa dan dipaksa mendukung sifat HIPOKTRIT demi mengaburi mata rakyat Pensiangan khususnya... Diharap rakyat Pensiangan mampu membuka minda mereka sekali lagi agar tidak tertipu dengan DRAMA yang dilakon oleh YONG dan JEFFREY.

Khamis, Disember 11, 2008

Akhirnya kita berjaya tewaskan Blogger Menghina Agama !!!

Setakat ini sudah ada laporan polis dibuat oleh Mahaguru58 terhadap blogger menghina ibadat haji dan Islam bernama Surind di link ini ..


Beliau telah menyiarkan artikel bertarikh 8 Disember jam 12.21 pm berkenaan isu penghinaan tersebut selepas penemuan oleh team BPN iaitu saudara Fazrul di blog Harimau Menaip...


Maklumat disambung sebarannya oleh Sumandak Bayu selepas itu dan dihantar juga oleh saya ke seluruh team BPN yang ada di dalam YM...Kelewatan menerima mesej Fazrul dan Sumandak kerana saya mengalami masalah line internet di kampung yang begitu susah dicapai seperti di bandar..


Ekoran pendedahan blogger pembela agama Islam dan juga serangan habis habisan oleh BPN ke blog yang berani menghina agama suci kita. Akhirnya Surind terpaksa menapis komen di blognya :


Surind Raj said...

As of now & today... only constructive comments & those of intelligence
will me allowed.
I reserve the right to do so... with this being my blog
& me being the moderator of it.
Thank you.


Malangnya selain Surind, ada juga blogger bernama http://pedestrianinfidel.blogspot.com/yang turut siarkan artikel mengarut dari Surind itu..Juga blog yang baru dikenalpasti ini : http://ibloga.blogspot.com/

AHLI BPN yang ada buat artikel berkenaan isu ini ialah :
http://semut-mata.blogspot.com/2008/12/surind-si-kafir-laknat.html
http://piratesoftheblogger.blogspot.com/2008/12/mahaguru58-buat-laporan-polis-terhadap.html
http://perakbangkit.blogspot.com/2008/12/tq-ummi-anni-jom-kita-tolak-perbedaan.html
http://penjagaketuananmelayu.blogspot.com/2008/12/lagi-laknatullah-menghina-islam.html

Blog lain ada buat pautan tentang perkara ini :
http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/12/10/11348/
http://hasbullah.pit.my/2008/12/catatan-blog-hina-islam-jom-buat.html
http://harimau-menaip.blogspot.com/2008/12/mari-flag-blog-haram-jadah.html
http://nan-naga.blogspot.com/2008/12/blogger-lakhanat-mencabar-kesabaran.html
http://noorhasilahismail.blogspot.com/2008/12/minta-kerajaan-ambil-tindakan-terhadap.html
http://mahaguru58.blogspot.com/2008/12/surindblogspot-insults-islam-what-are.html
http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=705309130719127820&postID=6978429058166857503#%20http://zadhar.blogspot.com/2008/12/racism-again.html

Artikel penuh sila klik di sini:-
Sumber: Blog http://penembak-tepat.blogspot.com/

KoMen SuMAndAk : Artikel ini dah dihasilkan selepas Pang5 membuat lawatan ke semua blog ahli BPN mengneai isu Penghinaan ke Atas Agama Islam.

SuRAT TerBUka (1) UntuK BloGGEr SuRind RaJ

Saudara se-negaraku surind Raj,

Pertama sekali saya menyeru anda supaya masuk islam dan belajar islam secara menyeluruh supaya anda benar benar faham islam,ajaran dan cara hidup islam yang sebenar.Sesungguhnya islam itu amat menggalakkan persaudaraan,kasih sayang,keamanan,menyintai ilmu dan tidak sesekali menolak duniawi.

Ia adalah sebuah agama samawi dan teramat sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.Islam tidak pernah menganjurkan kekerasan,radikal atau ekstrim ,apa lagi untuk menyuntik benih-benih permusuhan dan kebencian sesama kita.Justeru itu islam amat menentang kekerasan dan kekejaman malah peperangan dizaman Rasulullah adalah untuk menegakkan kalimah tauhid dan mempertahankan diri dan agama dari ancaman kuffar.Peperangan qital dizaman nabi mempunyai sebab sebab syarat-syarat yang tertentu yang boleh kita pelajari melalui kisah kisah perjuangan nabi dalam ilmu Al-maghazi.

Saya seorang islam,Saya tidak pernah memusuhi saudara,tetapi adalah tugas saya untuk menyedarkan saudara bahawa sebenarnya saudara sudah keliru terhadap ajaran agama islam yang maha suci ini dan sudah terlalu jauh menyimpang dari fitrah beragama manusia sejagat malah sudah lari dari kebenaran sejati yang saudara cari-cari selama ini..Apa pun pandangan yang diberikan kepada saudara,nyata teramat payah untuk saudara terima kerana saudara kini sedang melihat islam dari kacamata saudara yang sudah jauh terkeliru.Oleh itu doa saya kepada Allah agar saudara diberi taufik dan hidayah untuk mendekati islam dan jika saudara menerima sinar islam sebagai penyuluh hidup saudara…..sayalah orang yang paling gembira sekali terhadap pengislaman anda!
Artikel selanjutnya:-Sumber: Blogger Sangtawal Sakranta (AHLI BPN)
KoMen SuMandAK ; Artikel ini Sumandak perolehi daripada rakan seperjuangan di dalam BPN, blog http://piratesoftheblogger.blogspot.com/2008/12/surat-terbuka1-untuk-blogger-surind-raj.html.... Sumandak hanya memaparkan artikel ini sebagai tanda setuju tindakan yang telah dibuat oleh Blogger Sangtawal Sakranta dan Jack Sparrow.

Resolusi ke 12/2008 pada 10 Disember 2008


1.BPN dengan ini ingin menegaskan bahawa kami tidak akan sesekali membiarkan mana mana blogger menghina mana mana agama dengan sengaja sehingga mencetuskan perasaan kurang senang penganut agama tersebut. Lebih lebih agama kami iaitu Islam.

2. BPN akan sedia berkorban untuk memerangi mereka yang hendak menganggu dan mencemarkan kesucian agama islam lebih lebih lagi sempena dengan raya korban ini.

3. BPN akan menubuhkan biro pemantau blog bagi mengesan salah laku blogger sehingga melanggar undang undang termasuk menghina agama agama yang wujud di Malaysia terutama agama rasmi negara kita iaitu Islam...

4. BPN menubuhkan Biro Pemantau Blog hasil cadangan Cheguman Waadat untuk mengesan dan mengenalpasti blog blog yang tidak beretika serta melanggar undang undang negara dan Blogger Empayar Malaya bersetuju menjadi ketuanya… Ahli lain akan bersama membantu beliau.

5. Resolusi sidang maya harian BPN hendaklah disiar penuh di blog ahli BPN dan kegagalan berbuat demikian akan menjadikan mereka mungkin dibuang dari senarai ahli BPN. Kecuali jika ada alasan yang kukuh.

6. Keahlian BPN akan dihadkan kepada 100 blogger sahaja bagi memantapkan lagi team yang sedia ada setakat ini…Perlanggaran etika sebagai Blogger akan menyebabkan keahlian mereka digantung..

7. Kelab Penyokong BPN akan ditubuhkan bagi blogger tidak aktif menyuarakan sokongan mereka kepada BPN sebagai wadah perpaduan umat Islam bagi melawan musuh di ruang siber ini.

Rabu, Disember 10, 2008

GiMIk PKR & SAPP

Rakyat Sabah sekali lagi nak diuji tahap kesetiaan mereka bila melihat PEMIMPIN KATAK macam Jefrrey Kitingan dan Yong Teck Lee nak buat satu lagi percaturan politik ala KOBOI. (klik berita penuh)


Kedua-dua pihak kata matlamat dan visi mereka adalah sama dalam erti perjuangan di dalam dunia politik Sabah... Sumandak memang akui semangat juang mereka memang sama berdasarkan sejarah ini:-


1. Datuk DR. JeffreyKitingan
Sejarah ringkas politik: Mula menjadi ahli PBS tak puas hati dengan abang dia Pairin dia keluar parti masuk PBRS; tatapi tak lama bila mula bertekak dengan Presiden PBRS dia keluar jadi BEBAS dan akhir sekali masuk pula pigi Parti KeADILan Rakyat......(Sumandak cuma masukan keahlian Jeffrey masa era PBS bukan zaman USNO & BERJAYA)


2. Datuk Yong Teck Lee
Sejarah ringkas politik
: Mula menjadi ahli PBS tapi tak puas hati dengan Presiden PBS buat keputusan keluar parti wujud SAPP (bila buat parti baru ada peluang jadi CM) bila tak puas hati dengan PM dia keluar pula BN skang ni ura-ura nak bersatu dengan PKR...


Takkan ini yang rakyat Sabah nak!!!! Pemimpin yang tidak mempunyai PENDIRIAN DIRI berjuang membelakangi prinsip seorang PEMIMPIN.... SETIA, BERSATU BERKHIDMAT...... hanya kerana beberapa isu peringkat nasional tak dilayan oleh pemimpin atasan KERAJAAN BN.... (bukan tak dilayan langsung tetapi permintaan mereka terlalu TAMAK) sampai bila kita sebagai rakyat Sabah nak diperbodohkan oleh kedua-dua individu ini.



Tanya dengan mereka apa yang sudah mereka sumbang kepada NEGERI SABAH.Periksa apa yang mereka dah wujudkan di Sabah ini dan apa yang mereka dah korek HAK orang Sabah semasa diberi jawatan penting dalam Kerajaan NEGERI......Sumandak yakin kita masih berpegang kepada pepatah orang Melayu walaupun kita BUMIPUTERA SABAH takkan kita nak lihat pisang nak berbuah dua kali......


Kehidupan kita di era pembangkang dah berlalu takkan kita nak ulangi ZAMAN KEGELAPAN.....rakyat Sabah pada hari ni dah boleh BANGGA dengan pencapaian kita........ memang kalo di kawasan pedalaman kita masih lagi perlukan penambahbaikan dan kita nak juga peluang pekerjaan di perluaskan dalam ape jua bidang...kita nak tengok penghijrahan anak muda kita ke Semenanjung dapat dikurangkan.. ape tah lagi usaha mengurangkan kadar kemiskinan tegar....


Dapatkah dalam sekelip mata kedua-dua PEMIMPIN KATAK. Kini merealisasikan agenda utama kerajaan SABAH pada hari ini....takkan kita nak dibuai lagi dengan mimpi indah...sanggup gadai negara kita dan beri apa yang mereka nak.... CUKUP dengan lakonan mereka selama ini....


Sumandak sedih dan terkilan kerana ada sekecil koman golongan profesional (artikel seorang profeser dan pensyarah kenyataan bertentangan dengan fakta sebenar)memberi ulasan tanpa melihat kesan yang bakal mereka bina di minda golongan muda....Golongan ini merupakan golongan yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Jika asas mengenali politik negara dah mula dipesongkan daripada fakta sebenar Negara kita mula terancam ... bukan dari ancaman luar tetapi ancaman dalaman kita sendiri....


Berbalik kepada kes PEMIMPIN KATAK... diharap rakyat Sabah khususnya di kawasan Pensiangan fikirkan lah masa depan generasi muda kita..... kerajaan Negeri dan Pusat tidak pernah menutup mata dan janji untuk membangunkan kawasan pedalaman khasnya akan dilaksanakan secara berperingkat... Jika kita memberi sokongan pada pemimpin seperti ini kita sama lah juga macam sifat KATAK bila dah tak selamat lari .......takkan kita nak digelar RAKYAT SABAH yang TIDAK MEMPUNYAI PENDIRIAN DIRI.... inilah satu-satunya TANAHAIR kita....dan kita kena JAGA MARUAH kita......

Selasa, Disember 09, 2008

JaLAN RayA SaLoNg - SePuLuT perLU DiBaIki SeGera

(Sumber: New Sabah Times 8 Dis,2008)

Tak sampai sebulan selepas lawatan kerja Menteri KerjaRaya ke kawasan P.182 Pensiangan kini hampir 6 ribu orang penduduk di Daerah Kecil Pegalungan yang merangkumi Mukim Pegalungan dan Pensiangan menuntut agar kerajaan Negeri dan Pusat dapat menyegerakan projek penyelenggaran/ pembinaan semula jalan raya sekitar kawasan tersebut. (klik berita penuh)


Diharap pihak Kementerian KerjaRaya dapat bertindak segera dalam tangani isu ini kerana dibimbangi terdapat individu yang cuba memanipulasikan fakta sebenar hingga menjejaskan kreadibiliti kerajaan sedia ada.






MiNi SteSen MinYaK SaLOng- PenSianGAn

Tepat masanya jika pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna(KPDN & HEP) memutuskan untuk pembinaan mini stesen minyak di Salong, Pensiangan. (klik berita penuh)
Salong adalah tempat yang strategik untuk kita meletakkan satu mini stesen minyak kerana 8 buah daerah mengundi perlu melalui Salong terlebih dahulu sebelum ke Pekan Nabawan- Sook - Keningau. Perjalanan menuju ke Salong mengambil masa antara 2 hingga 3 jam dengan hanya menggunakan bot. Selain bot kita juga boleh menggunakan perkhidmatan udara seperti helikopter. Dengan ringkasnya laluan darat tidak dapat digunakan sama sekali.
Manakala penduduk yang tinggal sekitar Salong hanya bergantung penuh kepada sumber pertanian. Kerajaan telah berusaha mengurangkan beban rakyat dan terkini penurunan kali ke-6 harga minyak yang berkuatkuasa pada 23 November 2008 telah disambut baik oleh rakyat Sabah terutamanya di Pensiangan.
Namun jika cadangan pembinaan mini stesen minyak tidak dapat direalisasikan Sumandak yakin dan pasti rakyat Pensiangan khususnya sekitar kawasan Salong masih lagi merasai beban kos minyak sebagaimana dakwaan pengusaha bot di Pangkalan Salong, Pensiangan.

Isnin, Disember 08, 2008

TRaGeDI HigHLAnd ToWers JaDI RUjuKAn

"Sape-sape je yang tengok gambar kat atas ni... ada yang akan sakit hati... ada
yang sayu... ada yang langsung tak ada perasaaan....ape pun kejadian Highland
Towers (hampir 15 tahun dahulu)kembali meniti dibibir rakyat Malaysia khususnya
yang tinggal sekitar Bukit Antarabangsa... kita nak salahkan sape bila dah
berlaku kejadian menyayat hati.... ape pun sekarang ni kita berdoa dan ucapkan
takziah kepada kaum keluarga yang ditimpa kemalangan..... Diharap ini adalah
pengajaran kali ke-2 yang perlu difikirkan oleh pihak tertentu jangan lah
fikirkan untung aje tapi fikirkan lah kebajikan rakyat MALAYSIA
sepenuhnya...."
(Sumber Gambarajah : Utusan Malaysia 8 Dis 2008)

SeLAmAT HaRI RAYa AidIL AdHa

Alhamdullillah tahun ni dapat lagi Sumandak menyambut raya Adha.....tapi sumandak tak dapat pula balik kampung; macam tahun-tahun sebelumnya di kampung Seliau, Negeri 9.
Tahun ni terpaksa berkorban demi menyelesaikan tugas-tugas yang diamanahkan oleh ketua Sumandak.... jadi setakat raya kat hati jelah jawabnya... Sedih juga bila adik beradik semua dapat balik kampung mak Sumandak... ziarah pak long, pak ngah.... dan ramai lagi lah....
Yang rindu sangat tu bila nak masak dodol, rendang dan lemang.... kat kampung meriah sikit... bukan lah maknanya sumandak lupa kampung halaman sebelah ayah pula di Sandakan... tapi ayah dah tak ada... jadi niat nak balik Sandakan pun bukan tak ada tapi kurang lah berbanding 6 tahun sebelum ni...
Masa kecik-kecik dulu asal je cuti sekolah mesti balik kampung di Negeri Sembilan..... kat sana memang rasa sangat suasana kampung.... Di Sabah pula kami tinggal kawasan taman (suasana bandar) jiran tetangga ramai Cina ..... masa raya hanya mengunjungi keluarga sebelah ayah yang tinggal mau gak lah 2 - 3 batu. Kalo nak balik di Kampung Bintang Emas ambik pula masa 3 jam perjalanan...
Masa kanak-kanak dulu ape saja yang Sumandak nak..... 'confirm' kena bagi apa tidaknya habis satu rumah di bongkar tanda protes... antara 9 orang adik beradik Sumandak memang PALING NAKAL..... Kaki Gaduh..... Kaki Ponteng...... itu lah mainan utama Sumandak.... kalo kena suruh pigi mengaji suka pula sebab aktiviti sampingan mengayuh basikal buat lawatan kerja satu kampung (di Seliau).... pastu balik dah dekat manghrib.... Arwah Wan dan Atuk sangat manjakan Sumandak....jadi perangai tu lebih-lebih lah sikit dari yang lain .......
Tapi bila dah besar panjang ni rupanya banyak yang perlu kita KORBANkan......masa, peluang, riadah, wang dan banyak lagi...dan dengan usia yang semakin meningkatkan ni juga kita akan diuji dalam kehidupan kita....
Ape pun korban yang Sumandak lakukan ada hikmahnya kalo tak mustahil untuk Sumandak dapat melahirkan artikel ni..... (luahan hati masa raya) tapi satu je yang Sumandak tak boleh bertolak ansur bila agama, bangsa dan negara Sumandak mula dicaci.... diherdik....dihina.....DICABAR....
Agama Islam tak pernah mengajar umatnya menghina, mencerca apa lagi mencabar agama lain yang ada di dunia ini. Demikian juga Sumandak diajar dan dibesarkan dengan budaya orang Melayu yang cukup indah dengan adat ketimurannya. Tetapi jika agama dan bangsa Sumandak mula dipijak dan dihina.... Sumandak tak perlukan arahan dari mana-mana pihak kerana ini adalah tanggungjawab Sumandak akan mempertahankan hingga ke akhir hayat....
Diharap tindakan sesetangah bloggers yang mula menggunakan isu agama mahupun bangsa hanya disebabkan idealogi politik yang berbeza BERHENTILAH kerana tak akan memberi untung kepada ANDA. Ingat undang-undang negara ni ketat silap sikit ANDA akan diheret di muka pengadilan kerana MENGHASUT...... Akhir sekali Sumandak ucapkan SELAMAT HARI RAYA KORBAN kat semua BLOGGERS dan AHLI BPN...... PERJUANGAN KITA MASIH BELUM SELESAI.................

Ahad, Disember 07, 2008

SaH KeDUDUkan KuRUp Di PENsianGan

Hari ni kedudukan Kurup telah disahkan oleh peguam yang mewakili beliau... (klik untuk berita penuh)...
Sumandak yakin pihak pembangkang akan beralih (buat sementara waktu) tumpuan dari Pensiangan ke Kuala Terengganu dalam usaha untuk menawan satu lagi kerusi BN.... Diharap rakyat Kuala Terengganu akan membuat pilihan tepat bukan mengikut kehendak hati yang boleh membinasakan masa depan generasi muda kita......
Yakini kerajaan sedia ada kerana segala pembangunan hanya dapat kita kecapi melalui perancangan kerajaan Negeri dan Pusat (Barisan Nasional).

Jumaat, Disember 05, 2008

WaJAr PeCAT ZaID

2 hari yang lepas Zaid buat siaran akhbar untuk nyatakan secara tersirat kewajaran atau ketidakadilan yang dihadapi beliau bila dipecat menjadi ahli UMNO...... Zaid kata nape dia tak dibagi surat untuk tunjuk sebab sebelum dibuat keputusan ke atas diri beliau.....

Bila kita lihat wajar atau tidak tindakan MT UMNO tu kita lihat pula ulasan Presiden UMNO (berita penuh) Pak Lah dah ulas wajar jadi kalo dah Presiden kata wajar nak persoalkan ape lagi... mustahil pula UMNO ni tak siasat dan hukum ahli begitu sahaja....

Kita kena jugak lihat wajar ke tindakan Zahid pergi ke kubu lawan (takkan buat lawatan kerja) Kalo pun ZAHID dikatakan 'mata-mata' biasanya akan maklumkan kat KETUA dia nak masuk kubu musuh... jadi wajar ke tindakan Zahid..... persoalan ni kena bagi bulat-bulat kat ZAHID......

Wajar jugak ke ZAHID ni digelar hero Melayu? Kononnya beliau pertahankan hak rakyat Malaysia dengan mempersoalkan ISA... perjuangan beliau dikatakan bukan hanya membawa suara Melayu tetapi suara India dan Cina......jadi wajarkah dia sebagai pemimpin MELAYU TERAKHIR....

Akhir sekali, wajar ke jemputan ekslusif Bro Anwar kepada Zahid... macam dah mengantuk disorongkan lagi bantal.... nilah keadaaan perjuangan sebenar ZAHID yang dikatakan berjuang demi orang MELAYU.....

Ape pun kewajarannya; DUNIA ZAHID hanya boleh dikatakan omongan kosong yang hanya nampak untuk mempopularkan diri beliau sendiri.....

KuALA TeRENgGanu BaKAL BerTEMPUr AwaL JanUARI 2009

Hari ni Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu jatuh pada 6 Januari dan 17 Januari pula sebagai tarikh untuk keluar mengundi. (berita penuh)
Nampaknya pembuka tirai tahun 2009; Malayasia akan menyaksikan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.. Sumandak sangkakan Pensiangan, Sabah dulu rupa-rupanya angin beralih arah dari bayu Sabah ke Terengganu....
Ape pun jentera BN kena bekerja keras buktikan kat Bro Anwar tu.... semangat BN 2009 semakin kuat... walaupun Permatang Pauh dah menjadi KEBANGGAAN PKR namun ini bukan alsan untuk melemahkan semangat jentera BN...... kuatkan kubu; bina perpaduan dan tingkatkan usaha namun doa daripada rakyat adalah perlu demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA.... rakyat Sabah yakin kat rakyat TERENGGANU tak akan beri ruang dan peluang kepada pihak pembangkang......

Rabu, Disember 03, 2008

MiNIT MesYUARAT BPN Bil2/2008

Minit Mesyuarat Meeting BPN pada Selasa bertarikh 2 Disember 2008

Penasihat BPN masih kosong kerana Dr Novandri sangat sibuk di klinik dan juga di dalam bidang politik dan tidak dapat menerima jawatan tersebut.. Walau bagaimanapun beliau tetap dialu alukan memberi pandangan tentang BPN pada masa akan datang.

Shahrezad Blogger Damai Abadi cadang Prof Madya menjadi penasihat dan Speaker mencadangankan bukan orang politik dipilih menjadi Penasihat. Ini bagi mengelakkan sebarang tohmahan BPN adalah pro atau alat kepada mana mana pihak.

BPN juga dicadangkan oleh Azzuhrie Biro Seberang Laut untuk menjemput Dato Noh Omar hadiri sidang maya BPN. Pengerusi mengatakan BPN bersedia menerima sesiapa sahaja yang sudi bersidang dengan ahli BPN tidak kira dari parti mana sekalipun.

Shahrezad http//sedarlahbangsaku198 6.blogspot. com akan menjadi wakil Melaka dan Farid http://pmukmkl0708. blogspot. com dilantik sebagai wakil Negeri Sembilan.

Farid dilantik sebagai Biro Mahasiswa bagi menarik lebih ramai mahasiswa menyertai gerakan BPN ini…

Speaker meminta sesiapa tak siarkan resolusi untuk berbuat demikian selain mengemaskini list ahli BPN di blog mereka.

Hang Tuah dipilih sebagai wakil Kedah.


Sidang tamat 10.44 malam


Disediakan oleh :

Panglime Perang Cyber
http://penembak- tepat.blogspot. com
KoMen SumanDAk: Tahniah kepada ahli BPN yang baru aje dilantik menjawat jawatan penting dalam MT BPN... Selamat berjuang...

BerNARD BaKAL CALON BN-BEBAS PENSIANGAN

Jangan kelirukan rakyat itu dah menjadi asas utama dalam perjuangan Kerajaan BN di Malaysia, Sabah pun tak terkecuali gak... Bila isu Bernard nak jadi calon BN-Bebas.. macam tak caya langusng takkan lah Bernard S. Maraat nak khianat bangsa dan negara dia hanya untuk penuhi kehendak dan kepuasan hati beliau.... (berita penuh)
Sumandak yakin dan pasti Bernard tersilap cakap kot sebab sebelum ni beliau dah berikrar masa PIRU ke-12 akan setia bersama BN dan sehingga kini Bernard dah jadi Ketua Bahagian PBS Liawan....
Sejarah semasa beliau jadi MP Pensiangan memang beliau merupakan pemimpin yang cukup menjaga kebajikan rakyat Pensiangan. Cakap je pelusuk kampung mana yang beliau tak pergi.... jalan kaki 8 jam selepas guna pengangkutan bot 2 atau 3 jam pun beliau dah redah... nikan lagi ada niat nak mengkhianati rakyat Pensiangan. Atas sebab inilah Bernard takkan jadi calon BEBAS... Datuk Jhon Ghani dah buat kesilapan semasa jadi calon BEBAS yang turut membayangi bahawa beliau adalah BN-BEBAS.
Tapi ape hasil yang beliau dapat rakyat sekali lagi membuat pilihan untuk memilih calon BN pada PIRU ke-12. Seorang pemimpin sejati tak perlu risau rakyat tahu sape kita.... rakyat tahu menilai.... rakyat dah bijaksana.... rakyat dah sedar dan rakyat dah memperakui kreadibiliti ANDA sebagai pemimpin. Jika kita sanggup keluar BN hanya nak membuktikan kita nak jaga kebajikan rakyat tapi membelakangi tunjang kepimpinan sedia ada itu bukan nama pemimpin malah bakal dikatakan 'KATAK'....
Tindak tanduk kita sedang dalam pemerhatian.... terdapat individu dan kumpulan yang suka mengambil kesempatan dalam satu-satu keadaan.. mereka tak pernah memikirkan secara ikhlas kebajikan rakyat... dan yang memalukan sekali ialah menjadikan anak-anak kecil dan kaum ibu sebagai benteng dalam merealisasikan matlamat JAHAT mereka...... (KITA RENUNGI BERSAMA)

ZAID TerIMA HUKuman SeWAJARnya - UMNO

Keputusan yang cukup bijak bagi pemimpin atasan UMNO bila memutuskan untuk memecat Zahid PengKHIANAT bangsa.... (berita penuh)
Mulai hari ni, Sumandak yakin ZAHID akan mencanangkan isu dalaman UMNO (biasalah nak burukkan parti UMNO yang selama ni membela@membelai beliau)..... jadi kita tunggu dan lihat.... ape pun nilah contoh yang terbaik buat rakyat Malaysia... ape pun status parti kita tetapi apabila kita dah jadi pengkhianat nilah hukuman sewajarnya....
Harap Pemimpin Pakatan Rakyat (DAP, PKR & PAS) tak akan guna pengkianat ni sebab tidak mustahil satu hari nanti beliau akan bertindak sedemikian rupa kat korang... belajar dari kesilapan UMNO tapi UMNO dah baiki keadaan.....

Isnin, Disember 01, 2008

RM 11 Juta ProJEK JaLAN RAya di PeNSIAnGAn

Baru-baru ni satu lawatan kerja daripada Menteri Kerjaraya Malaysia, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed telah diadakan sekitar kawasan P.182 Pensiangan. Semasa lawatan beliau nilah yang telah diumumkan oleh beliau semasa kenyataan akhbar beliau... (berita penuh)

"... kira-kira RM11 juta diperuntukkan untuk mereka bentuk, mengkaji jalanraya di seluruh kawasan Pensiangan......ia termasuk Jalan Menawo, Biah Skim, Sepulut – Salong – Pegalungan – Pensiangan, Ansip – Dalit, Sook – Sinua, Sodomon / Marapok – Mailo dan Biah Bt. 4."

Syukur alhamdulillah rakyat Pensiangan akan dapat menikmati kemudahan jalan raya yang baik dan membantu meningkatkan lagi ekonomi mereka kelak (walaupun hampir 92% rakyat Pensiangan Bumiputra bukan Islam namun tetap dijaga kebajikan mereka oleh kerajaan Negeri dan Pusat).... Rakyat Pensiangan juga perlu tahu bahawa projek ini bukan dibuat serta merta macam 'lampu aladin' tapi akan dilaksanakan secara berperingkat-peingkat di bawah RMK-9 dan RMK-10...... (Bah sabar ye kita tunggu)

BASmi KeMISKINAN usaHA BeRSAMA

Untuk tangani isu kemiskinan khususnya di negeri Sabah memang perlu kerjasama daripada semua pihak.... ada yang lapor dan ada yang ambik tindakan itu dah lumrah kehidupan kita untuk pastikan negeri yang kita cintai semakin maju ke hadapan... (berita penuh)
Selama ni kerajaan Negeri tak pernah nak heboh-hebohkan sangat usaha yang mereka dah buat kat rakyat sebab takut disalah ertikan.... lebih-lebih lagi pihak pembangkang yang selalu aje nak cari kesalahan (pok silap cakap orang Sabah).....
Tapi sampai bila kerajaan negeri dan pusat terus diherdik dan dilabelkan tak telus dalam menjaga kebajikan rakyat... skang dah tiba masanya kita uar-uarkan usaha kerajaan negeri dan pusat..... Kenyataan akhbar di bawah ni yang cukup memberi saranan kepada semua pihak.... (jom hayati bersama)

"Bagi memastikan sasaran ini mencapai matlamatnya, semua agensi pelaksana
perlu meningkatkan kecekapan sistem penyampaian masing-masing dalam soal
merancang,melaksana,memantu dan menilai perlaksanaan program program pembasian kemiskinan khususnya di luar Bandar."

“Matlamat ini sebenarnya bukan hanya mengharapkan usaha kerajaan dengan
peruntukan yang besar semata-mata namun memerlukan penyertaan yang proaktif dari rakyat agar matlamat murni ini akan tercapai sepenuhnya,”


(DSP Haji Musa bin Haji Aman, CM Sabah 1.12.2008)

PuiSI PerJUANGAN BPN

Salam perjuangan buat semua,
Dari kami di daerah maya,
Kami bersatu demi agama,
Kami bertemu demi bangsa
Kami bersama demi negara,
Kami berjuang dengan pena,

Satu suara kami,
Satu arah kami,
Satu akidah kami,
Satu matlamat kami,

Biar bertatih langkah kami,
Berundur kami tidak sekali,
Biar perlahan suara kami,
Beralah bukan sifat kami,
Biar sekuat manapun musuh kami,
Bertakwa dan istiqamah prinsip kami.

Wahai manusia....
Mengapa masih terus alpa?
Dibuai seribu fatamorgana khayalan...
Hingga sanggup melupakan Tuhanmu....
Hingga sanggup menderhakai kedua orang tua mu...
Hingga sanggup menghancurkan agama mu..
Hingga sanggup merosakkan bangsa mu..
Hingga sanggup menjual tanah tumpah darahmu..

Wahai manusia....
Apakah hanya untuk itu tujuanmu dihidupkan?
Apakah tiada sekelumit rasa kesyukuran kepadaNya...
Atas rahmat dan anugerahNya...kamu dilahirkan...
Sebagai melayu yang beragama islam?
Atau hadirmu hanya satu kebetulan?
Bukan atas urusan Tuhan?
Atau….
Apakah kamu dilahirkan dibumi bertuah ini...
hanya satu kebetulan???
Mungkinkah jua agama,bangsa,
dan bumi tempatmu berpijak ini juga
hanyalah satu kebetulan...???

Wahai manusia...
Sesungguhnya kamu telah kufur nikmat Tuhan...
Kamu berjuang....bukan demi Tuhan,
Kamu beramal.....bukan demi Tuhan,
Kamu menulis….bukan demi Tuhan..
Kamu bersuara…bukan demi Tuhan.

Maka...
Jadilah kamu munafik yang bertopengkan islam
Tipu-dayamu mengalahkan syaitan
Akal-budimu menjijikkan...
Sahabatmu zionis dan syaitan..
Amal-ibadatmu hanya perhiasan...
Bahkan matimu nanti, tiada iman...
Wahai pemimpin yang sedang berjuang...
Waspada langkahmu jangan sonsang..
Gerak tarimu jangan sumbang,,
Akal ,takwa dan iman pandu kebaikan,
Nafsu,dunia dan syaitan pandu kehancuran..

Ayuh...
Bersihkan dirimu zahir dan batin
Sucikan niat,bulatkan tekad,
Marilah kita bersatu
Dibawah satu panji kebenaran..
Yang Haq pasti kan menang,
Yang bathil pasti kan kecundang...

Marilah kita bersedia
Agar tidak tersungkur
sebelum berjuang...

Untuk membela syiar yang hilang!!!
Untuk Malaysia Darussalam.
Melayu kan gah di Nusantara.
Semoga terbilang ke akhir zaman.

Nukilan : Sangtawal Sakranta.(ahli biasa BPN)

TRue COlOUR ZaID


Bro AnWar tenGAh binCANG ape dengan ZAID??? (meh lah kita kongsi bersama).... Sumandak boleh teka nak bagi jawatan penting kat ZAId tak lama lagi sebab dah berani kHIANAT Bangsa, AGAMA dan NegaRA sendiri.... ikut jejak Bro ANWAR......

AnGAn-AnGAn AnWAR TetaP TAk SaMPAI - PAK JENIN MoDEN

Sumandak nak gelak pun ada bila Bro Anwar ni bersungguh-sungguh menyakinkan ahli dia bahawa AGENDA utama 16 September akan ditunaikan bila-bila masa lagi..... Ada satu gelaran yang sesuai kat Bro Anwar- PAK JENIN MODEN.....
Bila Sabah dah confirm tak dapat nak tawan sebab orang kepercayaan dia pun tak bersatu hati di Sabah kini sasaran seterusnya kat SARAWAK tapi ape jadi kalo Ketua Menteri Sarawak respon macam ni..... (berita penuh)
Sumandak yakin Bro Anwar hadapi kes yang sama gak macam di Sabah...... Sudah-sudahlah nak bermimpi di siang hari Bro Anwar; jaga jelah kes yang masih dalam perbicaraan dengan SAIFUL.. bagi dulu bersihkan nama takkan rakyat MALAYSIA nak pilih 'Pemimpin GAY' ops talabih sudah; gelaran ni sesuai dibagi bila sabit kesalahan dah dijatuhkan oleh mahkamah (jan mare Bro...)apepun bertindak mengikut KEHENDAK RAKYAT....

ZAID pengKHIANAT BanGSA, AgAMa dan NEgaRA

Sumandak dah jangka dah pergerakan Zaid ni akan menyertai juga PKR walaupun tak disuarakan daripada mulut dia sendiri tapi kita dah nampak tindak tanduk dia.... inikan lagi dia siap hadir pada Kongres Nasional PKR di Shah Alam (berita penuh)
Rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO perlu buka mata sape yang mereka pelihara dan lindungi selama ni.... Sape ZAID sebenar? Jawapannya dah ada tak perlu lagi sumandak ungkaikan satu persatu sape dia...... rasanya kita PULAUkan ZAID dami agama, bangsa dan negara.
Bila anak bangsa dah mengkhianati bangsa, agama dan negara sendiri... kita kena beri hukuman yang sesuai bukan bermakna hukuman gantung tetapi cukup menyedarkan dia sape dia selama ini....

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"