Kekalahan 8 kerusi DUN ( Pending, padungan, Batu Lintang, Kidurong, Meradong, Kota Sentosa, Bukit Assek dan Ngemah) semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-9 telah menyuntik semangat SUPP untuk menambahkan lagi usaha menawan semula kerusi ini.
SUPP telah meletakkan 19 calon parti di bawah tiket Barisan Nasional dan 15 kerusi kawasan yang dipertandingkan adalah kawasan majoriti kaum Cina. Dan daripada 19 kerusi ini SUPP telah mengklasfikasikan 5 kerusi adalah kawasan panas iaitu DUN Lingga, Engkilili, Bawang Assan, Ba’kelalan dan Telang Usan.
Ternyata PRN Sarawak ke-10 bukanlah satu laluan mudah bagi SUPP namun Sumandak yakin SUPP tidak akan tunduk dengan kekalahan yang pernah dilalui semasa PRN Sarawak ke-9. Malah ia dijadikan panduan untuk membaiki setiap kelemahan yang pernah dilakukan oleh pucuk pimpinan SUPP.
Hampir semua kawasan yang ditandingi SUPP akan melihat perlawanan 1 lawan 1 dengan DAP walaupun ada calon SNAP atau BEBAS namun penumpuan akan lebih melihat siapa bakal jaguh PARTI CINA sama ada SUPP atau DAP.
Lumrah semasa kempen; DAP akan memperggunakan pelbagai teknik jijik dan kotor untuk memastikan undi Cina akan terus kekal bersama mereka. Turut tidak keterlaluan dikatakan DAP akan bermegah dengan kemenangan PRK Parlimen Sibu yang lepas hingga lantang sungguh 'peliharaan DAPig', Setiausaha Politik Lim Guan Eng memaki Ketua Menteri Sarawak kerana menyatakan bahawa Taib gagal membawa perubahan pada negeri Sarawak.
DAP turut menggunakan isu bahawa SUPP adalah parti veteran yang perlu diubah selari dengan pembangunan negeri Sarawak. Jahil dan jumud sungguh pemikiran DAPig ini walaupun pemimpinnya bila tengok semula berkelulusan tinggi hingga ada yang pegang kuasa undang-undang negara. Tapi apa yang cukup mengecewakan bila DAPig berperanan seakan-akan mereka tidak berprinsip semua pun disondol... tidak memikirkan sensitiviti masyarakat Sarawak. Sedangkan kita lihat sendiri Lim Kit Siang dan Tok Guru Nik Aziz... boleh katakan kubur dah kata mari tapi masih menjadi penasihat kepada parti masing-masing. Jadi bolehkah DAP beri nasihat kepada rakyat Sarawak untuk "UBAH PEMIMPIN" sedangkan mereka masih memelihara tokoh antik yang sungguh berumur sealiran dengan Ketua Menteri Sarawak.
Diharap pengundi Cina Sarawak kembali sedar akan peranan sebagai rakyat Malaysia... Sumandak tidak ingin menyentuh banyak kerana sentiviti sesuatu kaum bila diungkit seolah-olah Sumandak bakal dikategorikan sebagai rasis. Ini semua adalah hak kita tidak mengira kaum mahupun agama. Memang betul undi kali ini boleh sahaja kita serah kepada pembangkang tapi fikirkan lah apa yang mampu DAP lakukan jika kerajaan negeri masih dipimpin oleh Barisan Nasional....
Jika Anda inginkan kemajuan kenapa perlu kita musnahkan sebuah negeri yang telah dibangunkan sejak merdeka dan cuba mengubah pula sedangkan jelas bahawa parti DAP gagal sepenuhnya mentadbir Pulau Pinang. Pilihlah sebuah parti yang jelas memberi jaminan dan bukan janji semata-mata kerana ini UNDI ANDA ADALAH PENENTU MASA DEPAN ANAK CUCU CICIT KITA..
Bukti aliran pelaburan antarabangsa terus ke Sarawak:-
Pada 2009 – RM 5.7 bilion (perbezaan peningkatan sebanyak RM4 billion)
Pada 1990 – RM 1.7 billion
Semua ini kesan daripada pelaksanaan Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan untuk kesan dalam tempoh 2010 hingga 2020 ia dijangka akan naik sehingga mencecah RM147.5 billion.
Jika pengundi cina menolak SUPP maka agak sukar untuk membawa wadah kaum cina di angkat ke kabinet negeri seterusnya ke peringkat Pusat. Suara pengundi cina perlu diterjemahkan menerusi SUPP yang kini berada utuh di sebelah Kerajaan Pusat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan